Friday, November 24, 2023

LEFTOVER. LOTUS BISCOFF CHEESECAKE. PUDING ROTI. AYAM SUMBAT CHEESE.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira bahagia selamanya.

πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡Έ DOA BUAT PALESTINE πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡Έ

SALAM JUMAAT PENUH BERKAT 


LOTUS BISCOFF CHEESECAKE. 


2 minggu lalu. Dah berbulan Choc Chips ni dalam balang. Rasanya hubby beli tapi dia tak mengaku. Biscoff biscuits pun dah beberapa bulan dalam laci. Nak buat tapi tak terbuat. Sebab anak2 tak ada. Ni sebab anak soleh ada di rumah, so mood tu datang dengan gembiranya. Alhamdulillah.


Kisar biskut2 ni dalam food processor. Rasanya biskut 2 jenis tu dalam 300gm, butter 120gm dicairkan. Ratio macam tu lah.


Sejukkan dalam fridge.


Buat kecik2 je. Padatkan dalam bekas yang sesuai. Cheesecake ni tak perlu bakar.


250gm Cream Cheese, 100ml whipping cream, 1-2 suduteh gula aising kalau suka (saya tak letak), 2 sudubesar Lotus Biscoff Spread, 1 suduteh Gelatin dilarutkan dalam 3 sudubesar air panas (tak guna gelatin pun tak apa). Pukul semua hingga sebati dan fluffy. Tuang di atas bekas berisi biskut. Sejukkan dalam fridge sekurangnya 6 jam, boleh je makan lagi awal kalau dah sejuk dan keras sikit.


Buat dalam mangkuk puding sebekas.


Dah siap deco semua, ada pulak lagi 2-3 keping biskut tak habis. 


Nak buat CHICKEN PARMIGIANA, cheese di atas ayam tapi rasa nak sumbat macam CHICKEN CORDON BLEU dalam ayam macam selalu buat dulu, salut telur & breadcrumbs dan goreng. Konon pulak rasa health conscious, sumbat cheese dalam ayam & masuk air fryer je lah. Malas pulak tapi sebab nak cepat sebenarnya.


Perap sebentar dada ayam dibelah tengah dengan garam, oregano, paprika, lada hitam, olive oil atau apa2 herbs lah. Masukkan grated mozzarella cheese. Sliced cheese pun boleh. Boleh guna lidi kecik untuk tutup ayam tu.


Bakar dalam air fryer sampai masak. Spray sikit atas ayam dengan baking spray. Atau olive oil atau apa2 lah. Semua boleh.


Anak soleh makan dengan Sos Sriracha favorite dia. Sayur tu guna apa yang ada, zucchini, tomato, capsicum + Roasted Sesame Dressing + cubed cheese + pitted olives.


Try buat ROTI GLUTEN FREE. Memang tak sedap sangat. Tapi boleh makan je. Ada balance, potong kecik2. Dalam mangkuk campur 1/2 cawan susu segar, telur sebiji, 1 suduteh butter dicairkan, kismis, serbuk cinnamon. Gaul semua dengan roti. Tunggu 5 minit bagi mesra dan bakar. Kecik je so guna air fryer je. 


4-5 inci je PUDING ROTI ni.


Tak letak gula dalam puding, sebab nak makan dengan CHOCOLATE SAUCE. Sauce ni resepi ganache tapi cair, lebihkan susu. 1/2 cawan susu & 50gm (atau 1-2 sudubesar) chocolate coins macam tu lah. Sedap sangat rasanya, sebab saya hantu chocolate. Semua benda kalau boleh nak letak chocolate.

32 comments:

  1. Ya allah..kenapa masuk sini mata SA terus terang je...mak oiiii...bestnyaaa...bila la nak pandai masak macam ni erk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut resepi je SA. Tak pun campak2 je ikut suka sebab kita je yang makan hehe. Bukan hidang utk orang lain hehe.

      Delete
  2. kecur ailio...sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab belum lunch kan hehe..

      Delete
  3. sesap belako tu. terliur plak sy. yummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je ni. Ikut resepi campak2 sikit. Alhamdulillah sedap jugak.

      Delete
  4. sedapnyaaaaaa cheesecakeπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat la senang je sebab tak perlu bakar. Leceh kalau kena bakar.

      Delete
  5. rasa2 kalau buat masa cheat day ok tak? ala..ok la kan...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat ok sebab senang je hehe.

      Delete
  6. Dah boleh bukak cafe ni....

    ReplyDelete
  7. waahhhh semua sedap2 ni...glute free bread tu memang menarik laaa esp utk MZ yg terasa ala2 nak diet hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cakap sedap sebab buat sendiri haha, ya sama lah kita ala2 nak diet try buat roti gluten free. Tak sedap sangat tapi ok je kalau makan.

      Delete
  8. Sedapnya sampai ke Indonesia, hehe ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah sini ya :)

      Delete
  9. p/s sy ada something nak beritahu. boleh tak WA sy nanti?

    https://bit.ly/3vKwHpg

    tqvmπŸ˜‰

    ReplyDelete
  10. menu cukup ,menyelerakan...untungnya boleh buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Suka masak kalau ada yang makan tapi tak suka masak yang renyah2.

      Delete
  11. fuyoooo rajin nya diaaaa... ini memang kena cari kerajinan klu nak 'main masak masak' camni :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tak selalu datang kerajinan tu. Selalu masa ada anak2 di rumah sebab ada yang makan. Hehe.

      Delete
  12. Serius la... Cenggini makan di masak di rumah hahahaa..
    Meriah dan seriously rajin hahaha... Sedap nyer la hai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu anak2 ada baru rajin sikit. Hehe. Kalau tak, cari leftover dalam freezer je pastu defrost.

      Delete
  13. lotus cheesecake fav tp tk pernh try lg buat sdiri

    ReplyDelete
  14. Saya Rasa, cuma puding lotus biscoff tuh yg saya mampu buat πŸ˜‚πŸ˜„. Lainnya butuh kesabaran dan skill agak expert dikit πŸ˜πŸ˜…. Awal2 saya biasa saja dengan lotus biscoff. Tapi makin banyak resep kue ataupun minuman yg pakai biskuit ini. Bbrp hari lalu ke kafe kopi, dan salah satu kopi andalannya pakai lotus biscoff. Waktu saya coba, enaaaak banget kak 😍😍. Memang lah saya LBH suka biscoff kalo diolah seperti ini drpd makan langsung πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny 😊😊 saya juga jenis yang kurang sabar tapi suka memasak. Maka masakan juga yang senang2 saja resepi nya, selalu saya cheating. Masak ikut cara sendiri, yang senang πŸ˜ƒ.

      Delete
  15. Ya ampun!
    Nak jamu mata sepuas-puasnya di sini. Terliur-liur hihihii. Semuanya nampak sedap belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tak malas, masa anak ada di rumah, Alhamdulillah mood memasak lain mcm sikit. Masak bila anak yg suka makan mmg seronok kan.

      Delete
  16. semuanya homemade ye. alahai sedap2 menunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila anak2 soleh ada rumah, ada yang makan memang seronok masak

      Delete

Thank you for the comments. Nanti singgah lagi ya :) Take care & stay safe.