Wednesday, November 22, 2023

NASI DAUN PISANG. MONSOON. ROTI KACANG POOL FAVORITE. NAIK BUKIT LAGI.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira bahagia sentiasa.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ DOA BERTERUSAN BUAT PALESTINE ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ


Ahad baru ni. Lunch NASI DAUN PISANG.


AHAD PAGI. Monsoon macam dah tiba. Ahad baru ni renyai2 hubby ajak jugak naik Bukit Pelindung. Ok je la sebab sejuk. Kena jugak lah bakar lemak. Sebelum tu kami breakfast dulu di ROTI BAKAR BESERAH lagi. Bukak awal, dekat simpang nak ke Bukit Pelindung memang senang nak singgah. Isi perut dulu lagipun hujan2 memang lapar je kan. Favorite memang KACANG POOL lah. Memang sedap.


DOA TERUS MENERUS BUAT SAUDARA2 KITA DI PALESTINE. 


Signboard ni kadang bagi semangat, kadang nya menyakitkan haha.


Snap sambil jalan sebab hujan renyai2.


Trek sini kejam sikit sebab steep masa nak naik. 


Dah sampai 0.8km ni trek baru mendatar sikit.


Macam senang je cakap, kaaannnn. Penat tau.


Sebab dah ramai, cakap kat hubby takpe la pi jalan dulu. Kita pelan2 je. Dia nak naik sampai pencawang, I is malas.


Ya lah. Roger that.


Kalau naik sampai pencawang, boleh tengok view cantik. Pernah naik dah, tu sebab malas hehe. 


Ok dah sampai di persimpangan akhir. Ke kanan, ke pencawang. Ke kiri, ada Stesen TNB kot, lupa dah. 


1.4km COMPLETED. Alhamdulillah. 


Alhamdulillah sampah tak kelihatan sangat. Kalau buang jugak memang bebal lah manusia macam tu.


Patah balik pelan2. Kalau ramai boleh je jalan sorang2 tapi kalau tak ramai, sunyi sangat. Seriau jugak.


Actually time turun pun sakit jugak sebab last 600m tu trek nya steep macam masa naik. Rasa nak terguling pun ada. 


Lunch hubby ajak try NASI DAUN PISANG. Ikut je lah. Parking seberang jalan, ehhh macam menarik kedai ni.


Memang jarang sangat lalu sini.


Menarik. Boleh try nanti.


Nak ke RESTORAN ALIF tu.


Lengang sikit hari Ahad. Mendung.


Banyak la portion dia. Dah mintak nasi sikit.


Ikan goreng sedap. Telur sambal bawang sepiring tu pun sedap. Yang lain biasa. 


Dah start makan lupa order RASAM. Semangkuk share berdua. Alhamdulillah. Kedai ni dah lama memang ramai peminat. Ok boleh la. Tak try lauk lain sebab datang berdua je. Lagipun tak lapar sangat2. 

16 comments:

  1. Selamat beriadah dan menjamu selera

    ReplyDelete
  2. saya dapat bayangkan kalau kawasan tu sunyi tanpa orang ramai. jalan berdua pun terasa seram juga.
    kaw sekitarnya nampaknya dijaga dengan baik๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang seram kalau berdua je. Awal2 pagi tak ramai, lepas pukul 8.30 pagi dah ramai sikit.

      Delete
  3. Seronoknya hiking sambil2 jogging...best kalau ada teman..SA plak suami kat Spore, jumpa plak sebulan 2 kali je..ermmm....anak je la teman jogging ke atau apa je aktiviti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Insya Allah nanti hubby SA balik boleh plan sama2 dengan dia.

      Delete
  4. part mkn2 tu memang best hahah sbb MZ memang akan enjoy apa2 jua sesi jjcm kalau mknn tu kena dgn tekak laaa

    ReplyDelete
  5. banyak ayat motivasi..hihi...kedai roti bakar tu klasik sungguh...sedapnya nasi daun pisang...kuah kari..yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat motivasi yg bila mengah rasa nak tembak2 je signboard tu haha. Kedai roti bakar viral tu. Nasi daun pisang tu sedap jugak.

      Delete
  6. Belum pernah lagi jumpa trek yg penuh dgn kata2 semangat mcm ni huhu..
    Nasi daun pisang tu sungguh sungguh menyelerakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bagi lebih bersemangat kan hehe. Nasi daun pisang tu ok jugak la rasa dia.

      Delete
  7. Kiranya laluan ini ibarat pusat sumber, kongsi kata-kata semangat untuk menaikkan motivasi orang yang melalui kawasan ini.
    Sedap tu makan atas daun pisang. Tentu terbit aroma yang menyelerakan apabila semua makanan bersama lauknya diletak di atasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bila baca terasa jgk bersemangat. Bila mengah rasa geram haha. Nasi daun pisang tu sedap jugak especially sambal telur dgn bawang (first time makan) padahal simple je. Lauk lain kena try lain kali.

      Delete
  8. berbaloi2 naik bukit, pastu reward diri sendiri makan sedap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe baru rasa tak bersalah makan macam2 kan

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com