Wednesday, November 01, 2023

JJCM PERAK. HOSPITAL BAHAGIA. LAKSA KUALA. PUTU CAWAN. APAM PASANG.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira bahagia selamanya.

🇵🇸 🇵🇸 DOA BERTERUSAN BUAT PALESTINE 🇵🇸 🇵🇸


Khamis lepas jam 6pm, drive ke KL berdua dengan anak soleh. Tidur 1 malam di area Sg Buluh. Jumaat pagi dalam pukul 7 kami drive ke Seri Iskandar. Drop anak soleh untuk berjumpa kawan2 nya.


Hehe bila hubby tak ada, domestic goddess ni panjang kaki lah. Drive ke Batu Gajah, rumah kawan sama2 tunai Haji tahun lepas. Kawan sebelah tilam di Mina & Arafah. Memang baik sampai kini Alhamdulillah. Wan nak beli baju di Kuala Kangsar, then ada site visit di Tanjung Rambutan. Kita pun ikut lah.


Siap beli baju, pukul 12 lebih dah agak lapar. Ke JETI DATARAN SUNGAI PERAK INDAH, KUALA KANGSAR tu. Makan Laksa & Cendol. 

Jumpa pulak kuih APAM PASANG KUALA, PUTU CAWAN KUALA KANGSAR & KUIH DANGAI KUKUS GULA MELAKA.  Sedap sangat2.


Laksa ni sedap dah tapi Pak Mus yang meja sebelah kata tempat lain lagi sedap. Dah lapar, tak sempat cari tempat lain. Dahaga cendol pun ya. Dah nampak tepi jalan depan mata. Stop terus, parking pun banyak. Punya lapar, lupa snap foto jeti dan sungai dll. Next time balik Perak lagi lah, snap foto banyak2.


Antara mercu tanda KUALA KANGSAR. Kami terus ke AEON Ipoh untuk solat & mengopi sebelum site visit.


Kemudian ke HOSPITAL BAHAGIA. Wan ada site visit. Dia suruh ikut awal tadi. First time, ya lah tiada sebab nak ke sini. Memang nak sangat. Besar sungguh tempat ni. Binaan lama, cantik dan kukuh. Dinding punya la licin. Kalau dinding binaan sekarang, retak sana sini kan. Segan nak snap gambar tapi pegawai tu bagi je. Tapi memang segan.


Cantik kan tingkap lama ni.


So kita snap kat pagar je lah. "I was here". Lawatan tapak je tau. Tak duduk sini.


Memang besar kawasan HOSPITAL BAHAGIA ni.


Suka sangat tengok rumah tradisional macam ni. Done JJCM hari Jumaat.


SABTU, kawan baik jiran lama di Kerteh ajak paksa berkali2 ke rumah di Meru, Ipoh. Drive sorang2 sebab anak soleh ada hal & jumpa kawan2. Biarkan, sebab mak nya sama nak berjimba dengan kawan2. Sementara hubby belum sampai.

Awal2 disajikan dengan Lepat Pisang & Lempeng Pisang Kelapa. Uihhh memang sedap air tangan Kak Su ni. Mas berjiran dulu memang kami selalu tukar2 kuih. Borak pun dari tingkap dapur jerit2 je, time orang dah pergi kerja lah. Bujang2 sebelah memang faham & ok je sebab angin laut belakang rumah tak akan bawak suara kami ke rumah lain haha. Kak Su memang terer buat kuih tradisi. Kita reti buat kek simple je.


Gerak dari Kuantan hari Khamis. Nak buat kek awal2 takut tak elok. So bawak bahan2 dari Kuantan. Bakar kek di rumah Kak Su. Buat Marble Cake. Alhamdulillah elok jadi. Bawak hand mixer murah RM20 takut Kak Su tak ada mixer. Alhamdulillah ok.


Kak Su memang tau kita suka Laksa. Dia buat jugak. Memang best. Alhamdulillah siap tapau. Sambung makan untuk dinner, bekal untuk anak soleh jugak.


AHAD pagi jam 5am, hubby sampai dari Kuantan naik bas. Alhamdulillah smooth. Macam biasa lepas Subuh, kena paksa brisk walk. Kami pergi Tasik UTP. Subhanallah cantik langit Subuh.








Wahh ada dinosaur.


Bawak anak2 sure seronok.


Macam oversea je kan.



Belum pun pukul 8 pagi, langit membiru cantik sangat. Suruh anak soleh ambil jubah dalam kereta. 


Cantik sangat.


Maka berposing lah dulu, outdoor session.




Haha dengan t-shirt & seluar jogging nya. Tak apa janji dapat foto yang awesome. Alhamdulillah. Balik hotel semua kepenatan, tidur dan lepak je. Hubby lagi penat, bas pukul 10 malam, sampai pukul 5am. Katanya seat atas tayar bas, berenjut2 susah tidur.


Lepas Zohor, mencari2 tempat makan. Ke sana sini tak dapat decide. Last2 ke Tasik Raban. Sedap semua lauk.




Kami punya. Semua sedap. 


Ikan Nyok Nyok. Kami tak ambil sebab lauk lain dah banyak.


Cendol sedap. Memang makan cendol datang Perak ni.


RESTORAN TASIK RABAN ni lepas pada exit TOL GOPENG. 


ISNIN, 30/10/2023. 
Alhamdulillah dan Tahniah semua. Syukur Alhamdulillah. 


Alhamdulillah jumpa kawan2 ITM, kawan2 dari Kerteh dulu especially jumpa anak2 kawan yang kami kenal sejak 2008. Dah macam anak2 sendiri. Moga ukhuwah kekal abadi.


Tepukan gemuruh para graduan buat ibubapa/penjaga dan keluarga. Moga semua anak2 kita berjaya dunia dan akhirat. Aamiin. 


SELASA, 31/10/2023. Drive balik Kuantan dengan anak soleh. Subhanallah cantik langit sunrise lepas Subuh. 

Isnin petang semalam nya lepas majlis, hubby balik Kuantan naik bas 6.45 petang. Plant tengah turnaround so dia tak boleh lama. Alhamdulillah hubby selamat sampai jam 4 pagi. 


Alhamdulillah smooth journey balik Kuantan dengan anak soleh.

24 comments:

  1. cantik view tu..kalo photoshoot utk convo tu ala2 overseas gitu gayanya...sedap laksa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah cuaca cantik sangat memang macam oversea kan.. Laksa kat Perak memang sedap.

      Delete
  2. Cantik-cantik gambarnya!
    Saya selalu juga ke Seri Iskandar jengok anak di sana, tapi tak sempat nak jalan-jalan dekat tasik UTP.
    Agaknya anak saya tak terfikir untuk bawa kami jalan-jalan ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih 😊 haaa lepas ni boleh jalan2 keliling tasik.

      Delete
  3. tahniah anak soleh & Mulan sekeluarga...menu kat kuale tu, kuih dangai kukus je tk pernah makan...ok nampaknya kuah laksa tu tak cair..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih 😊 Laksa sana kuah memang pekat2. Kuih Dangai kukus tu di kuantan ni pun ada tapi tak banyak tempat jual. Memang macam rare.

      Delete
  4. congrats to ur son! gambar view nature semuanya sgt cantik!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank You 😊 Alhamdulillah cuaca elok gambar pun cantik.

      Delete
  5. Hospital Bahagia..memang bahagia orang yang pernah duduk dalam tu. Saya pernah kena kejar masa abang sepupu bawak kami ronda2 naik basikal dalam tu..(masa tu umur dalam 14 tahun)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mild2 ada je jalan2 luar wad. Tapi yang lain memang dalam wad bertutup. Laaaa pernah kena kejar ya. Mula tu takut jugak tapi kawan kata ok je semua terkawal.

      Delete
    2. Hebat Hjh drive 👍
      Ukhuwah yg hebat, alhamdulillah...

      Delete
    3. Puan Hazel: Alhamdulillah kami dua beranak gilir2 drive.Aamiin. Memang seronok jjcm jumpa kawan2.

      Delete
  6. makanan n minuman sedap2 belako. pemandangan pulak comel2 belaka. Puashati buleh jalan2 cari makan n letih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok jjcm walaupun letih. Sesekali camtu.

      Delete
  7. Kebetulan, Cuya baru je pos entri pre convo CUya... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah & Tahniah. Cuya pun tak lama konvo ya.

      Delete
  8. Memang cantiiik view yg dekat danau kak 😍😍😍. Seperti di negara lain.

    Makanan yg tersaji bikin saya rindu nak balik Malaysia. Baru tahun depan bisa kesana lagi.

    Itu laksa Penang kah? Saya pun penyuka laksa sangat. Apalagi laksa di Malaysia ini beda2 rasa dan penampakannya di berbagai tempat kan. Tapi so far saya sukaaaa😍👍

    Kue lempeng pisang buatan teman Kaka pasti sedap. Terbayang aroma wangi pisangnya 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fanny. View di tasik memang sangat cantik dengan langit yang biru dan terang. Betul di Malaysia ada banyak jenis laksa. Semua pun sedap. Lempeng pisang memang favorite kami. Nanti datang lagi Malaysia ya 😍

      Delete
  9. Saya suka laksa, sedap.
    Pemandangan dekat tasik tu canti, suka tengok.
    Tahniah - convo anak soleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Laksa memang sedap apalagi kalau kuah pekat kan. Alhamdulillah sunrise dan cuaca cantik pagi tu. Memang seronok jalan2 keliling tasik.

      Delete
  10. terkejut mama tetiba nampak dinosaur kat situ haha.. laksa mmg nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe macam real je kan dinosaur tu. Laksa Kuala memang sedap Alhamdulillah

      Delete
  11. waduhhhh apa apa pun laksa tetap menggoda...

    wahhh tahniah! convo dah dia... selamat menumpuh alam pekerjaan selepas ni💪💪💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah & terima kasih. Laksa Kuala memang mantap sedap.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com