Sunday, December 03, 2023

KEK APAM BALIK. PATIN TEMPOYAK. NAIK MRT. WEDDING @ CINEREA HALL & TIMORRA VENUE.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira & dimurahkan rezeki selalu.

🇵🇸 🇵🇸 DOA BUAT PALESTINE 🇵🇸 🇵🇸


3 minggu lepas. Tiba2 terasa nak try buat KEK APAM BALIK. 


Ok jugak lah rasa nya. Tapi rasa nak buat balik, improvise sikit2.


Beli kacang tak ada kulit sebab rajin haha.


Goreng manja2 jangan hangus.


Rupa sebelum bakar.


Rupa selepas bakar.


Nak letak butter tapi lupa, atau malas.


Patut letak elok2 jagung krim & kacang tu, tapi nak cepat, malas pun ya.


RESEPI KEK APAM BALIK (TESTING DULU)

3 telur
3/4 cawan gula perang (boleh lebihkan)
- Blend keduanya 

1 cawan minyak jagung
1 sudu teh vanilla
2 sudu besar susu pekat
- Masukkan dengan adunan telur & blend

2 cawan self rising flour
2 sudu teh susu tepung
3/4 cawan kacang tanah tumbuk kasar
3/4 tin jagung krim

- Masukkan dalam mangkuk besar
- Campurkan sekali dengan adunan telur, gaul rata
- Tuang dalam loyang yang diglis
- Saya buat 4 loyang kecil (nak bagi jiran kiri kanan)
- Tabur kacang tumbuk atas adunan kek
- Sudukan juga baki 1/4 tin jagung krim atas adunan kek
- Tabur sikit gula perang
- Nak letak butter sikit2 tapi lupa
- Drizzle sikit2 caramel sauce pun sedap kot

Bakar macam kek biasa, ikut oven masing2.


Alhamdulillah mission accomplished. Nanti lepas cuba resepi baru, kita share lagi.


Jumaat kemarin, lepas hubby solat Jumaat, ke KL lagi. Dia ada hal kerja. Jammed la jugak. Kita drive dari Kuantan sebab hubby ada meeting online, walaupun line di LPT semput2 manja. Hujan kadang lebat kadang renyai kadang tak hujan. Sampai PETRONAS Sg Dua, handover lah driver seat tu. Mengantuk & malas dah haha. Hubby pun dah habis meeting. 


Singgah ALONG PATIN STATION, TEMERLOH. Sedap sangat2 Alhamdulillah. 
Foto : FB Along Patin


Senang kedai ni sebab dekat dengan exit TOL TEMERLOH 
Foto : FB Along Patin


Sampai hotel & check in, hubby hantar ke MRT BANDAR UTAMA. Jalan kaki saja lalu dalam ONE UTAMA, nak ke MRT KAJANG sebab ada gathering makan2 dengan kawan2 jemaah Haji. Hubby tak ikut lah sebab dia ada program lain. Dari MRT KAJANG naik grab ke SG MERAB.


Senang kan ada KOC WANITA SAHAJA. 



Selesa.


Moga ukhuwah selamanya. Makan2 sebelum kenduri kawin esok hari nya. Plan asal nak balik hotel naik GRAB & MRT jugak tapi ada kawan duduk Sg Buloh nak hantar balik hotel, Alhamdulillah. 


Sabtu 2/12/2023. 
CINEREA HALL, FOREST VALLEY. First time datang sini.


Seronok semuanya (kita tiada dalam foto). Kami pergi awal pukul 11 sebab 11.30 nak drive balik Kuantan. Ada wedding lain yang kami nak meraikan. Gilir2 drive sebab mengantuk. Perut pun kenyang kan, Alhamdulillah.


Alhamdulillah sempat sampai jam 2.50pm di TIMORRA VENUE, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN. Jemputan majlis hingga jam 3.30pm. Tak sempat nak snap foto. Food sedap2, rasanya ada lauk DAGING OPOR PAHANG. Dewan pun besar. Rasanya muat 50 meja. Deco pun cantik. 
Foto : FB TIMORRA VENUE


Foto dari luar. Parking space memang besar. Rasanya event place paling besar di Kuantan, selain DEWAN JUBLI PERAK di TELUK SISEK. 

Sampai rumah, badan terasa lemau. Alhamdulillah smooth semuanya walaupun penat sikit ulang alik ke KL. Semua dengan izin Allah.

34 comments:

  1. A day well spent gitu! have a nice day!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok and smooth. Penat pun kurang rasa nya.

      Delete
  2. kek apam balik menarik nmpknya...kalo mkn apam balik jagung suka extra...patin tempoyak tu pernah merasa time outstation...sedap juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apam balik sedap lagi tp ni saja2 suka nak try hehe. Patin tempoyak mmg favorite kami, sedap.

      Delete
  3. Wow sis Mulan, masih berblog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe Alhamdulillah masih sayang blog ni.

      Delete
  4. Sedap nampaknya kek apam balik tu. Macam2 orang2 improvise makanan2 sedia ada untuk dijadikan dalam pelbagai bentuk lain. Apam balik pun orang dan mula jual dengan perisa tambahan cheese dan chocolate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah nampak ada baker buat muffin apam balik dulu, tetiba teringat terasa nak buat hehe

      Delete
  5. first time tengok kek apam balik...menarik...cantiknya dua2 wedding venue...

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time makan jugak ni dah lama terasa nak buat. Cantik kan venue wedding. Sekarang tak buat kat rumah dah.

      Delete
  6. wow..nampak sedap kek..ikan patin tempoyak pula lama dah tak makan..tapi kena pantang ikan sungai lagi 6 bulan. isk..iskh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap jugak tapi nak try lagi nanti. Pantang dulu la nanti later boleh makan ikan sungai ya :)

      Delete
  7. nampak sedap betul kek tu. BTW Salam perkenalan. Singgah & Done follow 😊💪👌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks singgah Dan follow, nanti saya follow. Alhamdulillah ok jugak rasa nya.

      Delete
  8. waduhhhh sedapnyaaa nak sikitttt🤭🤭

    nama je koc wanita. tp ada je yg buta dan tuli. main terjah masuk je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa dah habis :) buat la senang je. Ada jugak dengar yang masuk koc wanita tu. Ishhh apa lah diorg ni.

      Delete
    2. jenis yg x membaca. dah tegur baru nmpk hmmm...

      Delete
    3. Kann, dah sah2 warna PINK tu takkan tak nampak.

      Delete
  9. Assalamualaikum sis mulan...sedap nmpk kek apam balik tu..nanti Linda amik ya resepi nya...
    salam kenal ya dari Linda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum Salam. Terima kasih singgah sini. Try la tapi next time rasa nak alter sikit. Salam kenal.

      Delete
  10. kek tu nampak sedap la...bila la SA nak belajar buat kek betul2 ni..bagus bila ad akoc wanita..kalau KTM koc wanita SA x suka masuk..sebab ganas2 wanitanya...especially diorang nak rebut tempat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je pakai blender utk kek ni hehe. Bila naik train sorang2 memang selesa naik koc wanita kan.

      Delete
  11. nampak sedap.tengok terus terliur. nampak moist je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap jugak, cuba la buat :)

      Delete
  12. Laluan koc wanita... dapat pulak pintu 'musang'

    Ish....

    ReplyDelete
  13. penat tapi berbaloi dapat jalan2 n jumpa kwn2 kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah betul tu sbb bukan selalu kan

      Delete
  14. Nampak padat kek apam baliknya tu. Mesti kenyang ni dapat makan sepotong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mmg kenyang sbb ada jagung krim & kacang kat dlm kek.

      Delete
  15. Sedap nyer kek apam balik tu.. luar biasa lain dari yg lain hahahah :D
    Jalan jem memang kena tukar tukar drive la jawap nya.. tak larat nak hadap sorang2 :D
    Ikan Patin Tempoyak kat temerloh tu mmg sedap .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap jugak kek tu. Patin tempoyak pun memang sedap. Lately memang hadap jem sebab banyak ke KL

      Delete
  16. first time dgr nama kek apam balik. nampak sedap

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com