Friday, December 08, 2023

WARDED HALF DAY. HADIAH GIVEAWAY. ROTI GLUTEN FREE MELENGKUNG. LEFTOVER ROJAK MALAS.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira & dimurahkan rezeki sentiasa.


Alhamdulillah jadi la jugak ROTI GLUTEN FREE kali ni. First time buat hari tu lagi naik, yang ni melengkung jadinya. Maybe derhaka resepi sikit tadi agaknya haha. Macam SPANISH TAPAS la pulak.


Teruskan berdoa.


Beberapa hari lepas, warded sekejap. Sampai hospital sebelum pukul 8, masuk Daycare je. Procedure dalam OT pun 5-10 minit kata doktor. Nurse 1 tunjuk katil tanya, datang sorang je ke Kak. Ya. Nurse 2 datang bagi gaun & cap pesakit tanya, datang sorang ke Kak. Ya datang sorang. Dah kenapa semua tanya hehe. Nurse 3 datang, saya tanya, kejap je procedure ni kan. Dia cakap, full anesthetic camtu lah. Nanti tak sedar langsung, Kak. Berapa lama tak sedar, bergantung pada badan masing2.


Tangan baru di-lap sikit, tunggu kain/tisu extra. Kesian nurse muda tu, agaknya suspen kot tengok muka benyek patient ni yang kelaparan dari malam sebab kena puasa. Sebenarnya, tengah kusyuk tengok Drama Korea, kena pulak cucuk ambik darah. Nurse senior macam panik. Menitik2 jujuran darah habis cadar dan lantai. Sakit jugak rasa tapi jarum tu elok masuk salut darah, ok lah. Tak apa, cuba lagi. Proses belajar. Banyak kali minta maaf, saya kata ehh tak apa. Kena pulak tukar cadar, kita ni tengah kusyuk tengok drama Korea ni haha.


Charge siap2 kat rumah. DRAMA KOREA CASTAWAY DIVA. Best jugak drama ni. Macam2 plot ceritanya. Sambil menunggu giliran ke OT.


Selfie sendiri haha. Padan lah muka datang sorang2. Susah jugak sikit nak tukar baju dll. Malas nak susahkan sesiapa. Hubby kerja, tengah busy di plant. Nak ajak mak lagi lah kesian. Boring gila duduk tunggu di DAYCARE hospital ni nanti.

Pukul 10am lebih masuk OT. Seronok tengok suasana di area OT. Gurau gelak tawa yang sangat berpada2, stress kan kerja. Ada yang tak balik rumah pada waktu sepatutnya sebab emergency cases. Bila dah diangkat ke katil OT bawah lampu besar tu, baru terasa takut. Ehh lupa minta maaf dengan hubby, mak & anak2. Mana tau tak bangun dah nanti. Macam2 doa dibaca, yang kelakar nurse tu kata, baca doa tidur Kak, ni nak letak mask dah ya. Saya kira sendiri, rasanya lepas 4 kali sedut terus lena.

Bila sedar mamai2, nurse suruh cuba angkat badan nak transfer katil, ditolak dari area OT ke wad Daycare tu, tak jauh sama level je. Then tanya nurse pukul berapa, dia kata pukul 12 lebih. Lepas tu macam tidur bangun, nampak macam kelibat doktor visit dan tanya, tapi tak sure jawab apa, tidur bangun lagi, sebab perut lapar haha. Mintak nak makan, nurse tak bagi, takut muntah. Tapi rasa badan macam dah ok.


Terjaga lagi dari tidur bius, tekan button panggil nurse tanya pukul berapa. Pukul 2 katanya. Rasa dah boleh berlari, tak ada pening2 cuma mengantuk sikit. Pujuk nurse bawak makanan, lapar ni tolong lah haha. Last2 dia bawak jugak. Macam kebulur, tapi tak habis nasi sebab takut jugak muntah. Ada sikit2 je pening2. Sedap nasi goreng tu dengan Milo O. Alhamdulillah.


Pujuk lagi nurse tolong lah proses discharge, saya nak balik. Dia kata nanti dulu kena tanya doktor. Laa kita dah kenyang dan bertenaga, boleh lari keliling hospital.


Bila nurse datang kata doktor bagi discharge, terus zaassss tukar baju slow2. Lipat blanket, gaun hospital siap2 yeeyy. Result tunggu doktor call je nanti. 


Cantik pulak cotton gauze warna hijau ni, selalu putih je kan. Pukul 3 baru selesai, yeeyy boleh balik. 3.40pm, sampai rumah, drive slow2 sendiri. Lepas Asar, tumbang tidur semula. Tak ada la pening sangat tapi mengantuk yang tak boleh bawak bincang. 2-3 hari jugak mengantuk je mata. Terasa jugak sakit bahagian tangan dll tu lepas habis bius. Tapi sakit yang tak terbanding dengan saudara2 kita di Palestine kan. 


Semalam punya simple dinner hubby. Nak makan plant based protein la konon katanya. Tofu, tempe, carrot, timun ada. Rebus telur.


Tofu dan tempe, masuk air fryer je. Malas nak menggoreng. Malas cuci dapur.


Kuah Kacang & Sambal ada dalam freezer.  Campur kicap pekat manis. Yummmm memang sedap. Macam rasa TAHU TELUR kedai INDONESIA tu. Sticker tu beli di Shopee, senang nak label barang2.


Tempe masuk air fryer memang kering kusam je. Tak berkilat sebab tak berminyak.


Alhamdulillah rezeki...!!! Dapat HADIAH GIVEAWAY dari blogger DEAR ANIES. Betul jawapan nya. Alhamdulillah.


Dapat tudung cantik & case yang cute. Favorite color tudung tu. Alhamdulillah & Thanks Anies. Moga sentiasa dimurahkan rezeki.


Makin berusia, doktor suruh guna tepung gluten free. Kurangkan rashes pada tangan ni. First time buat cantik jugak. Kali ni melengkung macam mangkuk, macam kawah di Bandung tu haha. Tapi lembut la jugak.


Kalau ada mushroom soup mesti best kan. Letak sup dalam roti melengkung tu. Gelak sorang2 tengok roti ni.


Potong bahagian tepi. See, ada jugak lubang2 roti tau. 


Ada timun, tomato, pitted olives dan telur rebus yang balance buat rojak. Penyekkan telur dengan mayonnaise + roasted sesame dressing. Tabur serbuk lada hitam sikit. Sebelum makan letak sos cili. Yummeh sedap Alhamdulillah. Telur rebus sebiji je la pulak yang ada nya. Aisshh, tak cukup.

Take care & stay safe semua. Terima kasih singgah blog ni :)

28 comments:

  1. Sampai darah2 macam tu tapi masih cool...? Steadylah...
    Agaknya kalau orang lain dah marah2 kat twitter dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe bukan terkerat jari la uncle ni. Darah patient tu yg membuak2 sbb nervous kot haha

      Delete
  2. Semoga sihat walafiat. Bawa-bawa berehat ye.
    Hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk saudara kita di Palestin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Alhamdulillah ok dah. Betul, terus doa utk saudara2 kita di sana.

      Delete
  3. kuatnya akak...lepas discharge boleh drive sendiri balik rumah,moga sentiasa sihat ye kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas makan tu mmg rasa cergas sgt Alhamdulillah tp lepas Asar memang lelap sampai Maghrib.

      Delete
  4. habis hubby dtg jenguk x masa makcik kat spital nih.,
    moga cepat sembuh makcik ye., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh tak perlu datang pun sbb kejap je. Cuma dah bgtau kalau tak larat mmg dia akan datang. Tq tq sikit je procedure, 3-4 hari jgk la mata mengantuk je. Melayang2 rasa kepala. Bius kot.

      Delete
  5. wahhh kagumnya u boleh drive balik sendiri wpun full bius tu!! i ari tu (last 2 yrs rasanya) yg i masuk OT sbb luka kat jari tu, local bius jer tp memang stay overnite dan lps discharge tu mr hubby dtg amik (manja terlebey wpun mr hubby bad mood sbb trapped dlm jem semata2 nak dtg fetch me waktu ptg lps opis hour)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah plan dah, if tak larat mmg hubby akan datang. Tp lepas makan tu rasa dah boleh berlari hahaha pastu bosan gila duduk wad, tu yg pujuk nurse nak balik. Sampai rmh after 2 jam, tumbang lena. Alhamdulillah kat rumah dah nak ngantuk pening pun tak kisah sbb kat rumah hehe

      Delete
  6. Saluuut dengan kak Mulan. Berangkat sendiri ke Rumah Sakit, abis discharge pun langsung bawa mobil sendiri juga . Mandiri πŸ‘. Tapi memang teman saya yg juga having LDR dengan suami dia, selalunya mandiri dan bisa melakukan banyak hal sendiri. Semoga cepat pulih kak, banyak istirahat dulu πŸ€—

    Tak apa roti melengkung, yang penting rasa tetap enak πŸ˜„. Dan saya dah bayangkan dikasih topping gurih seperti itu, pastilah sedap roti ini 😍🀀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok je sebab tak sakit pun. Awal2 sudah discuss dengan hubby kalau tak larat memang dia akan datang ambil hehe. Roti tu walaupun tak naik tapi tetap boleh dimakan dan lembut juga.

      Delete
  7. Masyallah..semoga sihat2 sis. Lepas bius rasa boleh berlari keliling wad..hehehehe..betul kita rasa memang boleh buat..cuma misi2 dengan doktor2 nak pastikan kita betul2 in order...tumbang nanti depa yang susah. Takpe kita tawakallullah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak suka suasana hospital. Nak sangat balik cepat. Tapi memang kena pastikan betul2 boleh bangun dsn balik. Jangan pulak susahkan org lain kan. Nurse dah soal siasat haha tu sbb berani balik. Sampai rumah lepas 2 jam tumbang tidur lena, tak sakit pun Alhamdulillah

      Delete
  8. Alamak, masa drive tu ngantuk tak?? Alhamdulillah, dah selamat semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa balik Alhamdulillah ok je sbb dah kenyang hehe, sampai rumah lepas 2 jam baru ngantuk lena terus.

      Delete
  9. Alhamdulillah, semoga semuanya baik2, take care Mulan...sedap salad plant-based tu..dressing kuah kcg & sambal belacan dah siap.. senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nohas, Alhamdulillah ok dah ni. Tu lah kena ikut diet hubby lah sekarang tp kadang cheat jugak. Dlm freezer tu memang kena belek2 jugak senang boleh guna masa malas atau nak cepat hehe

      Delete
  10. Maaf kak.. agaknya Cuya terlepas cerita akk, taktahu akk sakit apa..
    Moga akk diberikan kesembuhan sepenuhnya ya. Allah beri sakit sebab Allah sayang akak lebih nii heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh Cuya ni procedure kecik je. Tak sakit apa pun cuma doktor nak pastikan kesahihan. Thanks tau. Ya moga ianya tidak serius.Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.

      Delete
  11. Get well soon Sis.. anyway cukup ke sekeping tu? nampak mcm tak cukup jer... ahaks.. πŸ€—πŸ˜ŠπŸ˜πŸ˜πŸ˜€

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks..!! Ehh mana boleh cerita makan byk mana haha. Butter jem kan ada. πŸ˜‚

      Delete
  12. Allahu akbar...
    kenape x panggil grab kan lbh mudah... syukur laa x ada apa-apa

    so skrg ni mcm mn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh Alhamdulillah ok sangat dah. Tak de serious pun, simple procedure je. Cuma full bius tu je. Dah discuss kalau tak larat mmg hubby akan amik. Thanks Anies

      Delete
  13. Dibaca dengan penuh teliti sampai ke sudah mcm eh masuk bilik bedah di hospital tu sebab apa hahaha.. :D
    Alhamdulillah semua dah selamat semuanya laju jer dia nak discharge pun.. Okla tu dpt nurse caring sibuk tanya dtg sorang ke.. kang diam kata sombong lak hahahah :P Roti tu nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua dah selesai. Memang baik2 nurse nya hehe

      Delete
  14. prosedur apa tu.. mmg kuat mulan pergi sorang, then drive balik sorang. kalau mama naik grab aje kalau sorang kot. risau tak boleh drive je. apapun semoga dipermudahkan semuanya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ingat nama procedure tu. Dah discuss dengan husband kalau tak larat memang dia akan ambik hehe

      Delete

Thank you for the comments. Nanti singgah lagi ya :) Take care & stay safe.