Thursday, December 28, 2023

COVID & KECUNDANG AKHIRNYA. VIETNAM REVISIT. REUNION.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira bahagia dan dimurahkan rezeki sentiasa.

SALAM JUMAAT PENUH BERKAT

TERUSKAN BERDOA BUAT SAUDARA2 KITA DI SANA
..From the river to the sea, PALESTINE will be free..
..WE WILL NEVER FORGET..


Lama tak naik MAS ke Ho Chi Minh City. Trip Jumaat-Ahad baru2 ni. Kali ni sekeluarga, 4 beranak. Hubby berjejak kasih dengan office mate warga Vietnam. Harga nak sama AA lagipun kami pilih sebab masa yang kami nak.


Dah check in online, nak drop luggage je. Mak aii, panjang sungguh queue. Flight 8.55am. sampai KLIA 6.40am. Later tengok news, MAS suruh datang 4 jam awal. 


Alhamdulillah sempat. Memang versi bergegas2 berlari anak sebab kena naik bas. Aerotrain belum beroperasi. Tak sempat breakfast so beli bun2 di kiosk sebelum boarding. Ok, kisah Vietnam kita hold dulu. Banyak sangat foto nya.

Selasa kelmarin, drive balik Kuantan bawak mak & anak solehah. Anak soleh dah drive balik sendiri. Hubby kena hantar FORD pickup nya ke workshop. Balik naik bas. Isnin badan masih ok. Ke sana sini. Tapi Selasa, on the way tu rasa nak demam. Alhamdulillah mak duduk sebelah. Ada pulak yokoyoko souvenir dari aunty (adik mak). Boleh la tenyeh2 kat kepala.  Tu la muka tengah drive (stop kat tol). Mata macam tak boleh nak bukak. Alhamdulillah mak dok cerita macam2 tak ada lah rasa layu. Anak solehah tu, masuk kereta zzzz je.


Aihhh Selasa pun banyak kereta. Maybe sambung cuti untuk travel balik.


Monsoon is here. Kali ini memang real. Sebab banyak tempat dah naik air. Moga semua dipermudah kan. 


Lepas hantar mak balik, terus buat test kat rumah. Tu dia. Kecundang akhirnya. First time. Alhamdulillah. Fuhh badan memang macam ditekan2 tak boleh bangun. Rasa nak merangkak ke toilet. Solat pun lepas niat terus duduk. Berayun2 kepala. 


Sebelum sampai rumah, singgah kedai. Mintak anak solehah beli 100 plus. 100 plus ni, seingat nya masa anak2 di sekolah rendah, wakil negeri untuk Action Song, ada seorang student demam panas. Ada doctor (suami kawan) belikan 100 plus. Dia kata untuk cepat cergas, lepas 3-4 jam baru makan ubat. Sampai sekarang ingat. Bukan bergantung sepenuhnya. 

Macam di Pulau Perhentian dulu, pernah demam yang sakit badan. Ingatkan salah tidur tilam lembik. Minta hubby belikan 100 plus sebab lemah. 100 plus ni dalam kepala untuk bagi cergas je dulu. Alhamdulillah better boleh bangun. Balik Kerteh, jumpa jugak doktor sebab tak ada ubat, disahkan DENGGI. Tapi badan cuma sakit sikit je & demam pun sikit. 


Hantaran terkini. Body/digital thermometer tu, dari zaman anak2 soleh solehah kecik/baby dulu. Alhamdulillah masih elok. Omron tu pun dah lebih 10 tahun, masih elok cuma tak boleh guna bateri. Kena guna kabel. Yang lain tu ada stok lama, ada yang terpaksa baru beli. 

Rabu pagi anak soleh call. Positive jugak. Dapat MC 5 hari, drive balik rumah terus. Kuarantin la masing2 dalam bilik. 


Mak share. Minum air kelapa + limau nipis + garam + madu. Dah minum semalam. Hari ni lupa. Badan ni bila dah ok, mula la nak buat kerja. Tapi anak solehah bising.


Bawang putih dalam madu. Ni hubby buat dah lama. Simpan dalam fridge. Jadi kita makan je lah. Sebab sekarang, tekak yang belum baik. Hingus pun sikit2. Alhamdulillah tekak rasa ok sikit.

Few days sebelum ke HCMC, bergather dengan kawan2 Haji di KLCC.


Terung ni memang favorite.


Dengan lauk kacang ni + daging Salai kot masak lemak. Ummpphh. Alhamdulillah.


Kemudian diorang ajak ke TRX. Saja jalan2. Kita ikut je.



Suami Kak Dah belanja kami mengopi + men-dessert. Alhamdulillah murah rezeki kami, juga buat Kak Dah sekeluarga.



Semua sedap.


Jalan2 balik ke parking lot.


Ramai betul, cuti sekolah satu dunia kan.

34 comments:

  1. Cuya pon demam minum air kelapa campuran lemon+madu+ garam......Alhamdulilah ibu yang cadangkan sebab tengok ustaz mana tah bagi nasihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pernah dengar, bila kena mak & aunty2 semua share

      Delete
  2. Musim skrg ni covid naik balik.. kalau demam mmg kena check... Semoga dilindungiNya selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la dah naik balik. Terima kasih. Aamiin.

      Delete
  3. sedappnya semua
    musim demam, cuaca pun panas dan hujan skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap. Ya jugak musim kan, dah naik kes tapi Alhamdulillah tak teruk

      Delete
  4. Syafakillah Kak 🤲
    Tak sabar nak dengar citer trip Vietnam tu. Tapi apa pun jaga kesihatan dan semoga dipermudahkan segala urusan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, terima kasih PH. Tunggu badan dedar sikit nanti boleh update.

      Delete
  5. Sempat lagi pergi Vietnam.
    Jaga diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik kampung lama hehe. Terima kasih NA

      Delete
  6. bimbang la jika kena Covid 19 lg. 2 thn lps masuk wad 10 mlm angkara covid ni. Ya! Ampun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke AK? Moga tak kena dah Insya Allah. Jaga diri deh.

      Delete
  7. dan lagi ke vietnam. kalau tahu nak kirim spring roll hajah basiroh hahahaha

    apa-apa pun syafakillah...
    seram tgk kes dah naik semula niiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sedap kan spring roll Vietnam. Thanks Anies. Alhamdulillah much better dah

      Delete
  8. take care kak...harap cepat sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Afzan. Alhamdulillah dah baik

      Delete
  9. First time covid?
    Haha, kita geng... Ingatkan dapat la mempertahankan rekod dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu lah. Tapi best jugak sebab relax, semua kerja anak & suami buat haha

      Delete
  10. Dessert atas tu mengancamnya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, sedap pulak tu Alhamdulillah

      Delete
  11. Memang sedang banyaak yg kena COVID nih, mama papa saya di Medan pun sedang kena .. semoga kakak cepat pulih lagi yaa... Istirahat yg cukup, minum obat dan vitamin. Dan semangat makan kalo kata adik saya 😁.

    Panjangnya antrian di airport tuh 😄. Lagi musim liburan memang. Awal Januari ini saya pun nak DTG awal ke bandara takut masih ramai pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fanny. Get well soon buat Mama & Papa Fanny. Ya sekarang musim cuti seluruh dunia, ramai yang bercuti.

      Delete
  12. beberapa minggu yang epas...saya pun demam dan kini ahamduiah sudah sihat kembai...moga awak dan famii semuanya sihat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah baik & Terima kasih

      Delete
  13. Musim tak sihat ni. Minggu lepas pun demam, badan sakit-sakit. Alhamdulillah demam viral je tapi sendi semua rasa dicucuk-cucuk. Alhamdulilahlah ada banyak cuti yang bersambung-sambung, dapat la rehat.

    Best pulak tengok desserts tu semua, menggiurkan, nampak sedap bebeno ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Take care & moga cepat sembuh. Desserts tu memang la lawa pastu sedap Alhamdulillah nanti try la hehe

      Delete
  14. Musim covid skrg ni. Husband pun tengah kuarantin dalam bilik sorang2 sebab baru detect covid 2 hari lepas. Ada 3 hari lagi nak kena habiskan kuarantin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga dah sembuh untuk En Suami. Kes dah naik sikit kan tapi masih terkawal. Moga dijauhkan lah.

      Delete
  15. Syafakillah...semoga cepat sembuh.....Paris Baguette dah masuk balik ke M'sia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tak lama demamnya. Thanks Nohas. First time makan kat Paris Baguette tu.

      Delete
  16. Syafahallah...semoga kak Mulan kita cepat sembuh ye...covid ni dah macam demam biasa tapi jenis sakit2 badan tu..memang kena ambil ubat yg complete serta kena ambil antibiotik..nampak sedpa plak makanan yang di order..restauran mana tu kak oiii...geram tgok terung ngan sotong tu..TRX x pernah sampai lagi tapi mcm nak pergi je nanti dalam waktu terdekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks SA. Alhamdulillah demam tak lama. Restoran Cili Kampung rasanya. First time makan situ, memang sedap. Nanti free jalan2 la kat TRX tu hehe. Besar betul.

      Delete
  17. Ya Allah!
    Kena tempias kobit juga ye.
    Syukurlah sudah sembuh.
    Risau juga dengarnya kobit semakin mencanak naik jumlahnya.
    Moga semuanya baik-baik saja.
    Best pergi Vietnam kan... rasa hendak ke sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, Alhamdulillah demam tak lama. First day je sakit badan sikit. Lepas tu ok dah cuma masih positive. Moga dijauhkan semua dadi covid. Vietnam memang best pergi hehe. Nanti free, Kak Amie pergi lah lagi Vietnam.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com