Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria sentiasa.
September memang banyak kenangannya bagi kami. September 1997 kami bermusafir dan bermastautin di Saigon (Ho Chi Minh City) dan September 2000 kami ke Seoul selama 10 bulan, then balik semula ke Saigon.
Foto2 lama dari gulungan2 Kodak Film. Abaikan kekaburan nya. Dah kuning2 foto nya.
Foto dari balcony apartment kami pada tahun 1998.
September 1997 hubby dihantar/dipinjamkan 3 tahun untuk pembinaan loji petchem di Vietnam. Tapi menjadi bertahun tahun. Hasrat hati nak sambung study di ITM tapi uncle nasihatkan ikut hubby. Sejak saat itu, kerjaya bertukar kepada surirumah. Belum pun ada anak.
Jalan2 first weekend di Saigon (Ho Chi Minh City) ke Cu Chi Tunnel. Singgah Den Ben Duoc. Sebuah kuil memorial.
Ada lapang sasar menembak. Kami try je.
Antara laluan bawah tanah di Cu Chi Tunnel. Kecik sangat lubang nya. Sesuai badan orang Vietnam yang kurus2. Dibuka hanya sebahagian tunnel, bukan seluruhnya.
Sampai di kawasan dewan makan bawah tanah, kami disaji ubi kayu rebus cicah kelapa. Sedap la pulak. Borak dengan tourist dari Eropah.
Ke Dalat. Cuti apa tak ingat dah. Singgah kaki Gunung Lang Biang di Dalat. Begini lah rupanya dulu tahun 1998. Sekarang dah cantik semuanya, dah develop banyak.
Waterfall di Dalat.
Naik train lama tapi bersih ke Nha Trang. Tak jumpa gambar dalam train. Nha Trang ni famous pantai yang cantik. Sekarang dah ada cable car. Dulu memang jauh beza nya.
Antara sebab ke Nha Trang, hubby nak menyelam.
Wedding siapa eehh tak ingat. Saudara mara Saedah & Falahiya. Nanny kawan2 kami. Dari kalangan Muslim Cham di Saigon.
Korban Raya Haji yang dibuat dalam masjid. Masjid pun tiada kawasan lapang. Ianya umpama beberapa lot2 kedai. Memang sukar untuk dapatkan kebenaran pihak berkuasa.
Antara aktiviti hawa2 Malaysia, main bowling. 2-3 bulan sekali kot. Al Fatihah buat yang dah tiada.
Kalau tak farewell, ada la celebrate apa2 hehe lupa. Gathering sekali sekala. Hawa2 Malaysia ni merangkumi China, India, Sabah, Sarawak memang saling caring & sharing. Ni group Malaysian Ladies tapi ada kawan2 Jepun, Filipino, Singapore yang join sekali.
Celebrate Hari Kebangsaan 1998 di Phan Thiet.
Raya Puasa. Buat sate sendiri. Isshh renyah lah. Tapi terpaksa sebab nak makan ramai2. Buat pun ramai2, still renyah haha. Lagipun mengidam kot, baru pregnant tu hehe.
Nha Trang dengan anak2. Sewa motor round bandar. Ketika itu, topi keledar memang diorang di sana tak pakai pun.
Sunrise di Nha Trang.
Volunteer. Mak2 dengan cikgu bawak anak2 naik cruise di Saigon River.
3 sekawan.
Bawak anak2 soleh solehah masuk Cu Chi Tunnel sebelum balik for good.
Sambutan United Nation Day di sekolah anak2. Kena bukak booth tiap negara. Mak2 yang excited.
Bersama Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.
Dapat naik Kapal Sri Indera Sakti yang berlabuh di Saigon.
Lawatan Rasmi Tun Mahathir.
Hari2 terakhir di sana, dengan membawang dengan kawan2 sebelum ambil anak di sekolah.
Antara aktiviti kesukaan. Line Dance, bukan Lion Dance. Elok untuk exercise kaki. Ni bukan dance gelek2 pun. Gugel atau search di YouTube cari Line Dance. Syok tau. Asalnya follow kawan je, kemudian macam best pulak. Biarpun sorang je Muslim tapi diorang semua sangat baik. Bertahun2 jugak join sampai la pindah balik Malaysia.
Night train Hanoi ke Sapa. Seronok sangat 2 beradik ni. Kena paksa tidur.
Halong Bay. Lawa2 traditional Junk Boats ni.
The boys berkayak di Halong Bay. The girls duduk tepi je la sebab anak solehah kecik sangat tak boleh naik. Sejuk.
Cat Cat Village di Sapa.
Gua di Halong Bay, tak ingat nama.
Hanoi.
Phu Quoc Island. Hubby nak menyelam.
21/12/2007. Few days je sebelum balik for good ke tanah air. Tenang betul air laut.
Anak solehah terjun laut tanpa segan silu.
Farewell untuk kami2 yang dah nak balik. Foto anak2.
Jiran2 terbaik di The Waterfront, umpama keluarga. Malaysia, Singapore, Korea, Indonesia, Jordan. Foto terakhir kami sebelum pindah balik Malaysia. Time nak Nasi Lemak, saya la mangsa nya. Ada je kawan2 Chinese ni, adik beradik dah masuk Islam. Diorang sangat faham.
SEPTEMBER 2000 - SEOUL
Hubby dihantar ke Seoul untuk urusan kerja dengan kontraktor. Hasrat nak balik duduk Malaysia dengan anak soleh yang baru 4 bulan, tapi hubby ajak jugak pergi sama. Yang besar tu anak kawan, suka betul main dengan baby.
Jalan2 Olympic Park. Masih agak panas masa tu.
Jalan2 dengan family lain. Musim buah.
Dah Autumn. Masa kami di sana, drama Autumn in My Heart baru dimainkan di TV. Nami Island tak famous lagi sebab Winter Sonata belum pun ada.
SEOUL LAND AMUSEMENT PARK
Di Seoul, public transport memang senang. Train & bus banyak. Senang nak ke mana2. Kendong je baby, bawak baby stroller slim & ringan tu jugak.
CHUNGCHEONG-DO
Memang cantik masa Autumn. Time ni, sewa shuttle jalan ramai2 so bawak baby carrier tu ok je, ringan pun.
GYEONGBOKGUNG PALACE
26/12/2000. First time dalam hidup merasa salji. Tinggal baby dalam apartment kejap, ajak hubby turun nak pegang salji, nak bergambar. Memang jakun sangat.
Apartment kami dekat Han River. Seberang jalan je. Dapat buat Snowman, hubby ajar.
HANGGARAM APARTMENT, TONGBU ICHON DONG
Ni la satu2 nya foto nampak apartment kami. Typical apartment design di Korea Selatan. Percaya tak, apartment kami kecik je macam studio tapi ada 3 bilik kecik2. Ada kawan datang, dia ukur, 10 langkah x 10 langkah besarnya apartment kami. Umpama sebesar master bedroom di Malaysia. Alhamdulillah ok sangat sebab murah, dekat pulak train station senang nak ke mana2.
Ada kadangnya, weekend kami ke Ski Resort. Banyak public bus ke sana. Ni acah2 je konon.
Dah la. Tak minat. Nasib ada jaring. Kalau tak ada, terus tergolek ke kaki bukit.
Weekend trip jalan ramai2 sewa shuttle.
MOUNT SORAK (SORAKSAN). Angin kuat tak dapat naik cable car.
June 2001. NAMDAEMOON MARKET
Jalan2 shopping sebelum balik Vietnam.
Tak sempat tengok World Cup 2002. Ambil gambar dekat stadium yang belum siap je lah.
EVERLAND THEME PARK
CHERRY BLOSSOM. Subhanallah cantik sangat pokok berbunga2.
Ni lah kisah sepintas lalu. September hijrah seketika ke Saigon & juga ke Seoul. Alhamdulillah atas semua nya. Kenangan & pengalaman, semuanya pengajaran kehidupan yang hebat buat kami, pahit manis suka duka, semuanya akan terpahat sampai bila2. Alhamdulillah.
This is so nostalgic 🤩
ReplyDeleteGambar dari Kodak lagi... bagus puan abadikan dlm blog, Insha Allah tak hilang/rosak gambarnya.
1998 sy baru masuk U :D
Tu la patut awal2 scan tapi tak ingat :)
Deletekenangan terindah pastinya...fasa hidup kita yg takkan berulang...anyway 1997 tu i baru masuk 1st year kat uia gombak..grad tahun 2000....my kenangan terindah ialah masa duduk kat nottingham dari 2007-2008 then 2010-2011.... selalu rindu life kat sana dan masih belum boleh balik notts sejak balik ke msia apr 2011 (dh 12 tahun memori kat notts)
ReplyDeleteWahh best kat Nottingham. Insya Allah nanti MZ akan ke sana semula.
DeleteWow! Blast from the past!
ReplyDeleteEncik suami agak berisi dulu eh...?
Bukan agak2, memang sah2 hehe
DeleteMasuk gambar2 dalam blog buat kenangan sepanjang hayat
ReplyDeleteBetul Wak, untuk kenangan anak cucu.
DeleteAlhamdulillah merasa pengalaman duduk di negara orang bukan sekali, tapi 2x. Mesti hubby sis tu skrg dah jadi boss2 besar kan, sbb biasanya high potential talent je dpt peluang assignment kat overseas 😉
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sekolah kehidupan buat kami terutama di Vietnam. 1997, masih ramai rakyat Vietnam tidur atas kotak tepi jalan. Memang bersyukur jadi rakyat Malaysia.
DeleteWahh.. akk pandai ckp vietnam ke? hehe Cuya setakat pernah gi Thailand je kakk...
ReplyDeleteTapi Cuya berimpian untuk pergi ke negara luar satu hari nanti.. Tunggu duit ramai sikit HAHA
Alhamdulillah masih boleh cakap Vietnam sikit2. Insya Allah Cuya sampai sana nanti.
Deletewahhhh the good old days ni... kalau pergi ke tempat2 yg disebut dlm entry ni, bandingkan dgn 20 thn lps... agak2 nya boleh sesat tak?🤭😁😁
ReplyDeleteTengok tour group pergi Vietnam sekarang memang jauh beza, sekarang membangun sangat. Memang boleh sesat kot kalau tempat yang lama sangat tak pergi
Deletewah bestnya tgk gambar2 kenangan macam ni boleh lihat byk kisah sana sini..
ReplyDeleteMemang kenangan sangat, jauh beza dengan sekarang
DeleteYa ampuuun masih tersimpan ya kak foto2nya, dari 1997 pula. Tahun itu saya masih lagi high school tahun pertama 😅.
ReplyDeleteIkut rasa seronok pas lihat salju di Seoul, memang best lah, tapi saya tak pernah berani nak coba ski 🤣. Takut terjerembab pula ke depan hahahaha.
Chu Chi tunnel saya pernah coba juga 2011. Langsung tak terbayang bagaiman orang Vietnam nih bisa tahan di dalam . Saya nak patah rasanya badan terbungkuk di dalam hahahaha
Ya masih simpan foto lama, semua buat kenangan. Saya pun tak suka ski, takut jatuh sebab kurang pandai balance badan. Ya Cu Chi Tunnel sangat kecil lobang nya. Kami pun sakit badan terbongkok. Tapi seronok dapat tengok kesian sejarah di sana
Deleteassalamualaikum..
ReplyDeleteboys yang 3 sekawan tu, masih berhubung?
Tak dah. Masing2 dah jauh2,
DeleteBila tgk gambar2 nie semua mesti rasa cepat nyer masa berlalu ...
ReplyDeletedulu2 simpan gambar dalam album now dalam komputer.. sebab tu gmbr2 dulu penuh nestolgia :D
Foto ni dari filem kodak, scan & save dlm laptop, dalam hard disc pun jgk. Dah lama maka kuning2 dah color nya
DeleteNostalgia sungguh gambar yang lahir dari zaman kodak.
ReplyDeleteTak sangka zaman itu sudah lama berlalu, meninggalkan kesan warna kuning hening....
Tu la kan sayang foto lama. Kena simpan walaupun kuning
Deletepengalaman hidup yg penuh kenangan...comel orangnya..
ReplyDeleteAlhamdulillah pengalaman yg sangat berharga dan sangat manis
Delete