Tuesday, September 26, 2023

KUANTAN PICKERS YANG VIRAL, BUKIT GALING YANG KEJAM.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria sentiasa.


Air terjun kecil di kaki Bukit Galing. Kisah Sabtu lepas. Anak soleh ada balik. Seperti biasa kalau weekend atau cuti, hubby akan drag kami naik bukit atau brisk walk apa2 walk lah, atau kayuh basikal. Dia tanya nak ke mana. Mulut ni tanpa insuran, ter-sebut BUKIT GALING, Kuantan. Konon sebab tak sampai 300m. 


Hubby ada cerita kawan nya join PAHANG ECO 2023.  Larian 50km yang merentasi pantai, mengadap Laut China Selatan tanpa henti dan laluan berbukit - Bukit Pelindung, Bukit Tokki dan Bukit Galing. Ohhh haaii 50km.


Woaahhh pokok ni, unik lah.


Mula tu terkejut sebab macam ular kan. 


Kami masuk hiking konon nya lah, bertiga beranak. Sewaktu di parking lot, kami terserempak dengan satu group 5 orang yang masih berkumpul di tepi kereta. Macam tak ramai orang pun. Hubby kata tak apa sebab awal lagi 7.20am, hubby kata guna riben Oren tu sebagai tanda sebab itu penanda yang digunakan sewaktu Pahang Eco 2023.


Terjumpa air terjun kecil ni. Jernih jugak air nya.




Kecik, tak dalam pun. 


Kami ke Bukit Galing. Hhmmm, memang tertipu. Rupanya laluan ke Bukit Galing ni tak macam Bukit Panorama di Sungai Lembing. Laluan sana ada bertangga dan ada spot2 view cantik. Bukit Pelindung pulak laluannya jalan tar, ramai yang hiking. Yang ni, memang hutan. Menakutkan sebab sunyi yang amat sangat. Hanya bunyi binatang. 


Satu2 nya ketika yang dapat view ni. Dah macam nak bergaduh suami isteri dalam hutan haha. Marah hubby sebab tak bagitau laluan hutan. Dia kata tak expect pun macam tu. Yang rasa ok sebab ada penanda riben Oren. Ada juga seketika group askar lintas kami dalam 15 orang, laju la geng tu. Sebelum tu ada group 5 orang lintas kami. Ada ketika laluan yang pokok dan lalang setinggi kami, kecik pulak laluannya fuhh scary. Mulut ni memang tak putus berdoa. 


Siap pakej membebel sepanjang jalan, Alhamdulillah sampai ke puncak BUKIT GALING. Baru lah terjumpa geng askar tadi. Rupanya mereka silap jalan katanya. Jalan jauh tapi sampai awal dari kami. Apa2 lah. Ada another group, masuk ikut laluan lain. Rupanya diorang guna guide. Kami guna riben Oren. 


Subhanallah. Alhamdulillah dah sampai. Pahit getir campur membebel. 






Serik..!!!! Malam tu tidur tak keruan. Kaki tak boleh nak angkat ke kiri kanan. Haha padan muka. Namun, Alhamdulillah smooth dan selamat hiking kami. Rasanya tak famous Bukit ni sebab laluan hutan. Dah balik baru gugel, rupanya ada beberapa kes, yang pernah sesat di BUKIT GALING ni, Bomba dipanggil untuk search & rescue. Ada yang sesat, keluar hutan di belakang UIA, University Islam Antarabangsa. Call grab, balik ke kereta. Ada yang nasihat, masuk guna guide. Alhamdulillah kami guna riben Oren dan jumpa jalan pulang.


AHAD. Hubby ajak jalan2 lepas Subuh. No kata saya. Sakit kaki. Tapi nak keluar breakfast je. Pukul 7 dah lapar, ajak hubby ke KUANTAN PICKERS, kedai viral. Duduk Kuantan tapi tak sampai2 lagi. 


Pukul 7.15am dah buka, tak ramai orang. Yeyy Alhamdulillah. 


Ada dua pintu kedai. Deco berlainan tapi masih retro.




Lawa2 deco nya, simple. Retro.


Macam2 jenis nasi dan kuih, yeyyy favorite saya.




Beli Kuih Akok, sedap dan tak manis. Geram tengok kuih banyak jenis.





Kami makan NASI LEMAK KERANG. Alhamdulillah sedap. 


Macam2 ada.


Mengharap nasi tak banyak, rupanya banyak so tak dapat beli kuih lain yang banyak tu, kenyang sangat. Beli kuih akok je kongsi sebab geram. Insya Allah next time nak rasa kuih dan nasi lain. Kopi pun sedap. Hubby kata RM20. Kedai viral dan sedap, kenyang, ok lah kan sekali sekala.



Lepas kami siap makan, dah mula ramai orang.



Dah mula kena beratur.


Kami park kereta betul2 tepi KUANTAN PICKERS. Cross jalan dah sampai benteng Kuantan. Sebab perut dah kenyang, maka ikut lah hubby jalan slow2. Masa ni tak rasa kaki sakit.



Matahari di belakang awan yang tebal. 


Alhamdulillah sejuk berangin pagi tu. Mendung tak panas. Mungkin hujan malam nya.


Jam 8am lebih. Bandar masih lengang.


Ambil laluan Art Street.


Mural baru.


Cewah.


Awal2 pagi masih lengang. Alhamdulillah atas segala nikmat Allah. Dan kisahnya malam Ahad, kaki macam di paku ke lantai, berat dan sakit sangat. Nak turun tangga sangatlah seksa rasa. Hari ni Selasa semakin surut sakitnya. Serik jugak naik bukit. Tak suka sangat actually hiking ni. Tapi elok untuk jantung kot rasanya. Yang tak tinggi ok lah. Bukit Pelindung cukup lah.

22 comments:

  1. tempat kita ada tempat cantik rupanya ye kak..bukit Galing tu saya baru je tau ni...pusing2 Kuantan awal pagi memang seronok kak tenang je rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ya betul Kuantan banyak tempat menarik, macam tempat lain jugak. Malaysia memang indah.

      Delete
  2. Hehe…menarik kisah penyesalan hiking Bukit Galing. Kalau saya pulak, prefer masuk hutan gitu. Tak suka hiking kena lalu jalan tar, tak dapat menikmati irama hutan. Tapi kalau ada kes sesat, nampaknya trek situ tak jelas. Tahniah selamat naik turun πŸ‘πŸ½πŸ˜ƒ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka jgk hutan tapi yang ni trail macam tebal jgk hutannya, takut haha. Alhamdulillah mmg seronok sampai summit.

      Delete
  3. jernihnyaaaaa airrrrrr.... kalau saya tu kompem terjun hahaha lantak laa x bawa baju ke apa ke...janji dpt rasa ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang kecik, rupanya ada yang lagi besar

      Delete
    2. ya ke? wallaweiiiiiiπŸ‘πŸ‘πŸ‘

      Delete
  4. wahhhhh banyakknya pilihan kuih.... kompem rambang mata dibuatnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul rambang mata tgk kuih

      Delete
    2. semuanya sedap2 belaka. bikin laparrrrr

      Delete
  5. awal pagi husband ajak kuar jln2 tu ye...wife nya sakit kaki hiking blum reda lg hehe...tp tgk menu2 sarapan tu meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang camtu lepas Subuh dlm pukul 7 dah keluar rumah sbb kalau lambat nanti panas hehe. Dah kenyang perut dah ada tenaga Alhamdulillah boleh la jalan bakar kalori hehe.

      Delete
  6. kagumnya bab2 hiking tuuuu!!! u sgt fit la boleh panjat2 bukit tuuuu syabbassss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak suka sangat tapi nanti kena tinggal sorang2 haha. Mulut membebel pun sama fit jugak haha.

      Delete
  7. Indah pemandangan bukit galing

    ReplyDelete
  8. Hahahaha dah terbayang saat tahu rute trackingnya seperti apa, langsung nak begaduh ya kak 🀣. Ini saya sering diprank suami. Suruh ikut, bilang medan tak berat, ternyata macam hutan belantara 🀣🀣.

    Ya Allah kue kue yg dijual nampak sedap semua, ada Laksan jugaaa 😍😍😍. Yg beginiii saya sering kalap, hanya lapar mata saja πŸ˜…. Rasa semua nak dibeli πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fanny suami kita sama, kata route tracking senang tapi sebetul nya susah πŸ˜„πŸ˜„. Betul kuih2 di situ semua nampak sedap.

      Delete
  9. kenapa tak pernah tahu pasal bukit galing ni .. setiap bulan mesti turun kuantan :D
    cantik view nampak seluruh bandar kuantan tu... eh kita kat kuantan... nak jumpa boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab baru naik tu yang baru cerita haha. Memang lawa & haru biru nak sampai atas tu. Alaaa kita kat KL sekarang ni lah

      Delete
  10. Dapat bayangkan sakit kaki tak boleh angkat kiri atau kanan. Rasanya macam pengalaman turun dari Gunung Kinabalu.
    Makanan tu, ya ampun! banyaknya pilihan! Kalau saya tak tahu nak terkam mana satu dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik tak ada warm up dan pakai redah memang dapat lah semua sengal sakit tu. Makanan tu memang pening nak pilih

      Delete

TERIMA KASIH ~ THANK YOU