Monday, October 02, 2023

GIVEAWAY. TENANG-TENANG. JANGAN MEMBAZIR.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira bahagia selamanya. Kemas2 rumah jumpa souvenir2, rasa nak buat giveaway tapi tak tau camna. Tengok lah nanti. Maybe soalan cepumas pada mana2 post yang baru2 atau yang akan datang. Tengok lah, harap nya jadi. Hehe.

Ada apple merah 3 biji hampir kecut dalam fridge. Kesian tengoknya. 

Sedap sangat Apple Pie ni. Memang gelak gamat tengok rupa apple pie ni haha. Sebelum tu nak share, ada doktor kata hidup kena ketawa, supaya sihat dan tak stress, tapi berpada2 lah, jangan sampai lupa dunia akhirat. Juga mesti ada kasih sayang, supaya hidup sihat tenang. Sayang pada yang dipertanggung jawab lah. 


Don't judge a book by its cover..!! Sedap tau. Hehe kembang mekar setaman pie nya. Ehh serious sedap ya. Tanya anak soleh, dia kata memang sedap, tak cukup lah pulak. Haha. Mesti lah sedap, filling banyak tu kan.


Haha. Kembang lah ohhh pie, janji sedap. Alhamdulillah. Mau tak kembang, tengok filling dah lah. Tak lokek langsung, kan. Haha.


Potong apple dadu2. Masak dengan brown sugar. Adjust sendiri nak manis mana. Letak cinnamon powder sikit, ikut suka kalau nak. Letak jugak butter 1/2 suduteh. Masak api kecik, letak air 2-3 sudubesar je sebab tak nak berair, nak pekat2. Bila apple dah lembut masak, letak 1 suduteh tepung jagung dan kacau. Sejukkan. Foto di atas ni belum masak pekat.


Puff pastry kena pada suhu bilik. Bawak keluar awal2 supaya lembut. Letak la filling apple tu macamana pun.


Nak cepat hari tu, buat macam ni je. Filling apple memang banyak jugak, tapi habiskan jugak. Tutup/gulung pastry ikut coral/rupa disukai. Sapu telur sebelum bakar. Tak perasan ada bahagian tak kemas. Bakar 180'C sampai masak keemasan bak emas 999.


Bila pastry tak kemas, redha la kan dengan paras rupa nya. Tapi, sedap sangat..!! Kembang mekar harum satu taman. Alhamdulillah.


Lunch tadi sorang2. Ada leftover, frozen sos black pepper 1/2 cawan. Saya spesis suka simpan saki baki lauk dll walaupun sikit 1/2 cawan. Macam sup, kuah kari atau apa jua kuah dll. Bila sorang2 boleh alter, masak & makan bila2 perlu. 

Ada ayam bahagian chicken chop. Bila beli ayam, suka asing2 bahagian ayam, senang nak guna. Search & rescue bahan2 dalam fridge. Guna apa yang ada. Masukkan sos dalam periuk + garlic powder, onion powder, shitake mushroom, kicap, paprika powder, oregano, air sikit2 bagi pekat. Masukkan ayam dah defrost jugak. Masak sampai masak. 


Makan dengan daun lettuce, carrot, zucchini, jalapeno, pitted olives & marinated cheese dalam olive oil. 

Hidup ni kan, kena EXPECT THE UNEXPECTED bak kata orang Temerloh. Allah jadikan kita semua lain2. Understanding, perasaan, pandangan, fikiran, semua orang lain2. Kena terima walau payah. Ni peringatan untuk saya yang kadang overthink sangat dulu2. Sampai kena anxiety, depression pada tahun 2007. Tahun terakhir di Vietnam. Alhamdulillah hubby dapat balik for good akhirnya. Terkadang sekarang terbuat jugak, aiihhh.

Teringat pulak kisah sangat sedih, doktor Vietnam yang sangat baik dengan patients, yang banyak bagi nasihat kepada saya tentang depression, doktor yang boleh borak anytime, gelak anytime, tapi dia dulu yang meninggal dunia - BUNUH DIRI. Muda lagi. Anak seorang kecik lagi. Tak sanggup nak tanya kenapa. Kami baru saja pindah balik Malaysia. Menangis jugak. Sedih sangat, sebab dia seorang yang ceria dan baik. Kita orang Islam, dalam apa jua keadaan, kena redha. Mengadu lah pada Allah. Kena jugak jumpa doktor kalau sakit. Usaha, doa, tawakal. 

26 comments:

  1. waduhhh ini mengundang kelaparan ni😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe 😂😂😂

      Delete
    2. 🤭🤭🤭

      Delete
  2. sedapnya apple pastry tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious senang beli frozen pastry, letak je apa2 filling hehe

      Delete
  3. Kalau dah pandai, buat apa pun menjadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kerjaya tetap di qichen hehe

      Delete
  4. Bercampur baur baca entri ni.
    Mula-mula terliur tengok masakan. Terbayang aroma cinnamon yang sedap.
    Lepas tu sedih pulak baca kisah doktor bunuh diri.

    Betul, hidup ini kena sediakan hati dan fikiran untuk apa jua kemungkinan supaya kita dapat kekal tabah. Memang tak mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's life kan, kadang dalam sehari macam2 ada nya. Apa2 pun Allah hantar, redha.

      Delete
  5. Sama la kita, suka simpan left over food yg boleh disimpan, guna bila emergency atau malas nak masak beria...
    Bertuah kita org Muslim, ada Allah utk kita adukan nasib dan pohon petunjuk & kekuatan. Syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeyy ada geng, ada orang tak biasa guna leftover food ni. Lain2 kan. Moga Allah jadikan kita hamba yang redha selamanya Aamiin

      Delete
  6. inti melimpah mmg mantap la apple pie tu walaupun kata rupanya sebegitu..tu seni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, nak ratah dah kenyang so sumbat jugak lah. Dah expect akan meluap2 gitu 😂😂

      Delete
  7. Terima kasih kak atas nasihat di akhir entri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peringatan untuk akak jugak CUYA, terkadang ikut emosi. Take care tau.

      Delete
  8. Terima kasih atas resepinya, boleh cuba nanti (ntah bila sebab kena tunggu anak dara balik, dia suka bab2 yang macam ni).. yang last sekali tu walau hati nak tahu tapi tak sampai hati nak tanya kan.. apa-apa pun moga kita semua berada di bawah lindunganNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Nanti anak dara balik boleh masak sama2 😍

      Delete
  9. penuh dgn isi aje apple pie tu yum yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penuh filling pie sampai terbukak pastry tu haha..

      Delete
  10. Kalo Apple pie, saya tak kisah bentuknya macam apa, bagi saya tetep sedaap 😍😍. Apalagi wangi cinnamon tuh menguar kemana2 kan kak. Saya bayangkan saja jadi nak Apple pie 😄😄. Nak cari besok pagi

    Kasian sangat cerita dokter Vietnam nya :(. Apalah kira2 yang membuat dia bunuh diri yaa, padahal ada anak kecil pula. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😄😄 betul kami memang suka apple pie walaupun buruk rupanya. Memang wangi bau cinnamon.

      Ya Fanny, sedih sangat bila teringat doctor tu. Masih bingung kenapa dia bunuh diri.

      Delete
  11. Pai epal ni kalau kita buat sendiri mesti bau dia wangi lain macam kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nikmat betul dekat rumah makan chicken chip berhias mcm di restoran hahaha :D

      Delete
    2. Memang semerbak bau sedap pie tu sekali dgn bau cinnamon Alhamdulillah. Kadang bila sensorang kat rumah, feeling2 la macam makan kat kedai 😁😁

      Delete
  12. Aduhai! Sedap sangat ni. Pernah belajar di kelas masak, buat apple pie. Intinya epal hijau, tapi dia punya aroma bila dah bercampur dengan kulit kayu manis, punya syadap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul aroma dia semerbak sedap. Ni habiskan apple yang dah kecut dalam peti. Apple hijau lagi sedap.

      Delete

Thank you for the comments. Nanti singgah lagi ya. Take care & stay safe.