Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira sentiasa.
Subhanallah cantiknya sunset di Taiping. Minggu lepas sebelum Family Day, kami balik Taiping 1 malam. Naik train, ETS. Adik ipar ada balik bercuti, Alhamdulillah semua ipar boleh balik except sorang yang single, di benua lain. We miss you Bob. Ni family gathering paling ramai lepas ayah mertua meninggal dunia tahun 2020. Mak mertua meninggal 2015. Moga rohnya mereka dicucuri Rahmat, bersama mereka yang beriman. Aamiin.
Hubby memang agak busy dengan kerja so kami decide naik train je lah. Park kereta di Nu Sentral. Terus masuk KL Sentral. Lunch di Food Court. Fuuhhhh Nasi Kandar Ayam Madu + Sayur Kobis + kuah macam2 harga RM12 sedap sungguh. Lapar, lupa snap foto. Ni dah dalam train.
Alhamdulillah kami berempat dapat balik Taiping sama2. Hubby suruh book seat ada meja. Kita cop seat pandang depan sebab tak mau pening.
Coach C ada cafe. Tapi kami dah kenyang. Penat semua tidur.
Bila penat dah mengantuk, tapi nak snap foto. Layan je lah sekeping ni haha.
Alhamdulillah selamat sampai 5pm. Hujan lebat jugak on the way tu, delay 15 minit. Kalau drive, tak tau la pukul berapa sampai Taiping. Adik ipar ambil kami di stesen, terus ke Kama Lodge.
Kami book KAMA LODGE. Book Family Suite depan pool. Family Suite ni, yang kiri warna Oren tu, 2 different unit. Satu unit, atas bawah dalam RM370 rasanya. Untuk 4 adults camtu, tapi ok je additional dengan ada 2-3 anak2 kecik. Weekdays murah lagi. Yang kanan warna kuning tu, ada 4 unit berlainan. 2 atas, 2 bawah. Tangga di luar bilik, di tengah2 tu. Yang ni 1 unit tak sampai RM200. Macam normal room, 2 single bed atau 1 katil Queen rasanya.
Ada jugak Chalet depan pool, ada 2 Deluxe Room kiri kanan. Yang ni dalam each unit ada 2 single bed, boleh rapatkan katil tu. Sangat reasonable harganya, sebab bilik semua depan swimming pool. Bukak pintu bilik, terus terjun. Tak ada nak naik turun lif. 6.30am, Subuh sepie, maintenance atau staffnya dah cuci pool.
Ni bilik kami. Family Suite depan pool. Dua tingkat. Atas dan bawah ada bilik air.
Bawah, dua katil single. Boys punya.
Atas, satu katil Queen. Girls punya lah.
Malam tu dinner kami makan di Are We Corner. Lapar & penat, lupa snap foto. Sedap jugak banyak pilihan especially yang jual di stall2 dalam perkarangan Are We Corner tu. Ada Daging Menangis, Roti Wap, Yong Taufu, Bakso, Satay, Otak2 dll lagi. Minuman & Western order dari main cafe.
ROTI BAKAR ARANG FADZIL HOUSE (Foto FB Ibn Ahmad Termizi)
Kalut lapar lupa snap foto signboard kedai dan menu. Lama dah nak ke sini tapi tak sempat. So hubby dah remind malam tu, bangun awal takut ramai sebab kedai viral. 7.30am kami dah sampai. Memang pun, group big bikes pun ramai datang, family2 pun sama ramai datang.
Sambung meja terus. Roti Goyang Special (ada Baked Beans). Rasa bakar arang tu memang ada sebab bakar guna arang kan. Ada yang order Nasi Lemak Ikan Sadin & Mee Kari. Sedap jugak.
APAM LAMBUNG TELUR. Dijual di stall luar kedai, area parking lot. Sedap sangat ni, first time makan. Lembut sangat apam ni.
KUIH DANGAI. Dah pernah makan, memang sedap. Sama jugak, beli dari warung di parking lot.
View dari bilik kami, tingkat atas.
Seberang jalan, HOTEL GRAND BARON.
Sekitarnya.
Balik dari breakfast, terus terjun pool. Semalam nya hujan, sampai pun lambat sebab pool tutup 7pm. Alhamdulillah semua happy. Adik ipar yang 4 tahun lebih tak jumpa, baru dapat balik. Pukul 11am kami 4 beranak check out dulu sebab train balik KL pukul 11.50am.
Hubby order food untuk lunch. Memang lapar.
Tandas.
Surau.
Nasi + Butter Chicken & Nasi + Sweet Sour kot. Both sedap.
Nasi + Korean Chicken pun sedap.
Alhamdulillah selamat sampai.
Rushing sebab Hubby ada rehearsal nyanyi haha.
Sabtu, memang ramai la di KL Sentral ni. Alhamdulillah memang selesa naik train ni. Tak penat drive, tak de sesak dengan traffic kat highway. Duduk & tidur je. Seat pun selesa.
u parking keta tinggal overnite tu, berapa caj parkingnya yer?
ReplyDeleteDalam 50 lebih, tak lebih 60 rasanya. The rates tu kalau less 24 jam lain sikit rasanya.
Deleteok tq ;) gigih i dtg baca balik komen dan reply hahahah
DeleteHehe sbb tunggu jawapan pada soalan hari tu kan :)
Deletebaru nak tanya soalan yg sama jugak hihiii
DeleteMenarik tempatnya untuk buat family day tu. Syok budak2 bila pool depan bilik sahaja.
ReplyDeleteBetul, bukak pintu terus terjun pool.
DeleteMenariknya apam lambung telur tu. First time nampak.
ReplyDeleteSedap sangat dan lembut sangat. Memang sedap. Menyesal tak beli banyak boleh tapau.
DeleteKat belakang every seat ETS tu kan ada emergency guide sign tu kan? Tu air tangan uncle tu.... (tepuk bahu sendiri)
ReplyDeleteOk nanti naik ETS lagi boleh tengok. Woowww tumpang bangga.
DeleteYea la nampak sedap....first time tengok apam lambung telur.
ReplyDeleteHmm..tentang emergency guide dalam ETS masa naik baru-baru ni....rasanya ada snap..tapi tak jumpa pulak..uncle pun lambat bebenor cakapnya..
Memang sedap apam lambung tu. Tu laaaa next trip kena cari la emergency guide sign uncle tu.
Deleteperghhhhh roti goyang tu betul2 menggoyang selera...
ReplyDeleteantara tmpt yg sy x penah singgah lg... Taiping...
Macam roti Goyang lain jugak, yg best apam lambung tu + kuih dangai
DeleteAisssh saya tertarik liat apam lembut tuh 😍😍😍. Memang nampak sedap. Belum pernah ke Taiping lagi kak, nak juga kapan2 kesana. Apalagi resort ini pun terlihat selesa 👍❤️. Poolnya saya sukaaa.
ReplyDeleteKalau memang ada train menuju destinasi, saya pun prefer train. Krn lebih cepat dan tanpa hambatan.
Di Indonesia pun kalo hanya sebatas pulau Jawa, saya lebih sering naik train, selain nyaman, lebih murah dan on time.
Betul kan Fanny, naik train lagi senang dan cepat. Nanti kalau ke Malaysia lagi, Fanny boleh visit Taiping. Ya apam lambung tu memang sangat lembut dan sedap
Deletechalet ngadap pool mmg syok...sedap nmpk apam lambung telur
ReplyDeleteMemang best pool luar pintu chalet je, boleh terus terjun hehe. Apam lambung tu mmg sedap.
DeleteSemoga roh parents in law ditempatkan bersama para syuhada dan solehin amin..
ReplyDeleteOk jugak harga Kama Lodge tu.. not bad la kalau anak 2 3 orng boleh podok semua :D
Okay tak harga makanan dalam train tu? bila la nak naik train macam ni..
Aamiin. Ya betul ok jugak harga Kama Lodge tu, pool depan pintu. Kena call and book. Best naik train, food mahal sikit lah. Tapi sedap jugak
Delete