Monday, August 07, 2023

PEKAN SARI TEMERLOH & GREAT WEEKEND

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga semua sihat ceria. Jumaat baru ni, pagi2 ke KL lagi. Hubby ada meeting, ada majlis aqiqah anak sepupu dll.


View yang paling saya suka. Sunrise dan sunset. Subhanallah cantik. On the way nak ambil mak di rumah dia, nak bawak mak ke KL sama2.


Bawa mak minum petang di IOI Putrajaya. Sedap la Croffle + ice cream ni. 


Bawa bahan nak buat kek. Esok nya Sabtu ada majlis aqiqah anak sepupu. Tapi badan penat. Last2 order KUIH TIGA BERADIK ni. Memang toke ni asal dari Chenor, Pahang. Alhamdulillah Sabtu pagi selamat deliver ke rumah kami. Ni versi kecik.


Pinggan saya di majlis aqiqah. Sambal Jawa sedap. Cream Puff yang adik order di Klang pun sedap. Banyak food tapi lupa snap. Excited jumpa aunty uncle sepupu sepapat yang lama tak jumpa.



Seronok tak terkata lah.


Ahad pagi2 gerak balik dari Putrajaya. Nak singgah PEKAN SARI TEMERLOH
Hari Ahad je, pagi sampai pukul 12. Exit Tol Temerloh LPT, masuk ke bandar. Waze je. Memang macam2 ada. Part yang best. Mostly hasil tanam sendiri.


EMPING sedap makan dengan kelapa. PEKASAM IKAN SUNGAI pun sedap.


BUAH PERAH REBUS. Sedap lemak2 rasanya. Memang pernah dan biasa makan tapi payah dapat. JERING REBUS dengan Kelapa, saya beli. Biarlah busuk pun tapi sedap, hehe.


KUIH TIGA BERADIK. 
Ni bentuk asal. Besar dalam 4-5 inci. Memang senang dapat di TEMERLOH ni. Beli lagi. Yang warna cokelat tu DODOL KUKUS, best banyak tahi minyak, yang putih tu BADAK KUBANG, yang hijau tu PEPENA. Semua dari tepung beras dan tepung pulut biasa dan pulut hitam.


Favorite saya, KUIH KEPAL. Beli.


Jering Cambah, mak kata. Sedap buat SAMBAL PEDAS.


KUIH HALWA ABU. Beli, saya suka.


Macam2 jenis ikan sungai. Tak beli, stok ada lagi.


Geraammm sebab lupa beli. 


TITIK TENGAH SEMENANJUNG.


Lagi.


IKAN PEKASAM. Sedap.


PASAR PAGI TERPANJANG DI SEMENANJUNG MALAYSIA. Cer gugel.


Air sungai memang tohor (surut) sebab faktor cuaca yang agak panas. Tak dapat nak snap sebab hubby malas stop, aiisshh. Simpati pada penternak PATIN  sebab banyak ikan tak dapat bertahan. Air sungai surut dan kering. Moga dipermudah kan semua urusan mereka. 

Alhamdulillah great weekend dengan keluarga. 


WAJIK DURIAN. Lupa nak snap awal2, dah nak habis. Sedap sangat.


JERING REBUS + KELAPA. Sambung makan hari ni. Tambah kelapa, sebab tak cukup. Sedap tak terkata Alhamdulillah.

18 comments:

  1. Assalamualaikum..bestnya pekan sari tu..macam2 ada..seronok tengok..btw kuih kepal tu..macam kuih kasturi ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum Salam. Memang best Pekan Sari Temerloh. Kuih Kepal tu, tepung beras pulut yg dikisar sendiri, inti kelapa, gula melaka yg kering, dikepal kan dan disalut tepung beras pulut.

      Delete
  2. banyaknyaaaa kuih muih tradisional... rs nya sy x penah rs kot kuih muih ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak, rasa nak beli semua hehe

      Delete
  3. bestnya pasar tu ada mcm2 kuih2 yg saya tak pernah tahu kewujudannya ;) terliur plak hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best, mostly fresh mcm sayur ikan & kuih muih jugak especially kuih traditional.

      Delete
  4. Kuih 3 beradik tu macam tepung pelita tapi macam bukan pulak. Best la kalau banyak kuih2 macam ni. Saya suka merasa kuih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kuih lama2 ni. Kuih tiga beradik tu memang dibuat dari tepung beras dan tepung pulut. Macam serupa tapi tak sama hehe.

      Delete
  5. Menariknyalah Pekan Sari Temerloh tu. Teringin nak pergi. Kadang2 balik Temerloh tak kena hari nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal Temerloh ke. Kadang macam tu lah bila dah kerja kan, tak sempat nak singgah. Takpe, ada lah masa nanti tu.

      Delete
    2. Saya lahir di Kuantan, wife pula kampungnya di Bera. Jadi kadang2 akan sampai juga ke Temerloh.

      Delete
  6. Macam menarik jer pekan Sari Temerloh tu...teringin nak pergi tapi SA kat NS ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila2 cuti ke Pantai Timur, set time pagi Ahad lalu Temerloh. Dekat highway LPT je, exit tol Temerloh

      Delete
  7. Teringin nak jalan2 di Pekan Sari Temerloh sejak saya tengok IG reel org ambik video kat sini.

    ReplyDelete
  8. Kuih tiga beradik tu nampak sedap sangat.
    Aduhai.... seronoknya melihat suasana Pekan Sari Temerloh!
    Terima kasih perkongsiannya. Mana tahu ada rezeki sampai ke sana!

    ReplyDelete
  9. menarik nmpk kuih 3 beradik tu...tkpernh dgr

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com