Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria sentiasa.
Bila anak2 soleh ada di rumah baru2 dulu ni, semangat dan mood memasak tu melompat2 sikit. Cerita memasak ni panjang. Bila suami dipindahkan ke tempat kerja di bandar kecil, maka ketahui lah, kedai makan dll amat amat lah limited. Nak makan itu ini yang memang tiada, maka wajib lah belajar membuatnya. Termasuklah Cinnamon Rolls ni. Cuba beberapa kali Alhamdulillah jadi.
Tak lawa sangat macam dulu tapi still lembut, guna tepung roti biasa, bukan high protein bread flour. Takpe, kedai baking jauh nak buat camna.
Bau dia ohhhh semerbak.
ADUNAN ROTI :
1 cawan susu suam
2 biji telur
⅓ cawan marjerin, dicairkan
4 ½ cawan tepung roti
1 sudu teh garam
½ cawan gula castor
2 ½ sudu teh yis
(Saya buat guna separuh adunan)
Uli semua dalam mesin penguli roti. Mesin kami 1 1/2 jam siap doh sampai naik.
FILLING :
1 cawan gula perang
2 ½ sudu besar serbuk kayu manis
⅓ cawan butter, suhu bilik (lembut)
Tabur tepung atas papan pencanai atau meja marble atau silicone rolling sheet biru macam kami punya. Canai doh bentuk segi empat. Spread butter yang lembut atas doh dengan sekata, tabur gula perang, serbuk kayu manis & chocolate chips.
Gulung doh elok2 sampai hujungnya. Guna benang untuk potong supaya cantik. Tapi guna pisau pun boleh. Susun dalam loyang yang disapu butter, tutup dengan kain supaya naik sekali ganda. Bakar dalam oven 180-200'C hingga masak cantik.
ICING :
1 ½ cawan gula castor
¼ cawan butter
90 gm cream cheese
½ sudu teh vanila
Guna hand mixer, pukul semua bahan di atas sampai gebu. Nak pukul guna senduk & tangan pun boleh tapi kena sampai gebu hehe. Cinnamon rolls dah masak, boleh letak masa panas2 memang sedap.
Dua2 foto kat atas ni foto lama, masa rajin dulu hehe. Set cawan arwah Tok, bila semua orang tak kisah dia, kita kutip. Biarpun tak cukup, ada yang sumbing dan pecah, kita ambil mana yang ada. Selesai pembahagian harta di dapur arwah Tok dengan aman dan ceria setahun lebih yang lalu, seronok pulak tengok mak & aunty2 berbahagi barang sambil bercerita kisah2 lama. Nasib takde yang gaduh tarik rambut berebut. Hahaha dah bercucu pun semua. Nak simpan semua, banyak sangat. Ada yang hantar ke surau. Biar manfaat.
sedapnyaaaa :) salam jumaat almubarak
ReplyDeleteTq tq. Salam Jumaat MZ.
DeleteYums!
ReplyDeleteAlhamdulillah:)
Deletewallaaaa sedapnyaaaaa kalah kalah brand yg famous tu hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah hehe
Deleteada lagi tak? hahahaa
Deletesedap yg teramat bila buat minum petang... done follow your blog...
ReplyDeleteAlhamdulillah hehe sedap untuk minum petang. Terima kasih follow blog ni.
DeleteCinnamon rolls 😍😍😍😍. Sukaaaa sangat roti ini. Apalagi kalau baru matang, wanginya bisa Menuhin rumah 😍😍😁. Itulah kenapa saya sukaaa sangat aroma kayumanis.
ReplyDeleteSaya tak bisa bikin sendiri, tapi selalunya beli kak 😅. Tapi memang kalo tempat jauh dari mama2 atau tak banyak toko yg menjual, sebaiknya memang coba bikin sendiri 👍😘
Benar kalau baru siap di bakar memang wangi nya satu rumah. Dulu pun selalu beli tapi sekarang In syaa Allah cuba buat sendiri. Terima kasih visit blog saya Fanny
DeleteMood memasak melompat 'sikit'...?
ReplyDeleteIni dah macam kedai!
(yay! Fanny ada komen sini... ☝🏻 Yay!)
Mesti la excited dia lain macam sbb selalu sunyi je dapur haha. Kedai punya lawa sedap lagi lah :)
DeleteSaya suka bau cinnamon..harum!
ReplyDeleteCantik set cawan tu. Setiap kali guna pasti teringat kenangan lalu kan..
Kaannn bau dia best. Tu la memang teringat la arwah tok bila guna pinggan cawan dia
Deletetk brp suka sgt cinnamon tp bole la mkn..buat sdiri puas ati dpt ltk extra choc chips
ReplyDeleteTak letak pun takpe cinnamon tu, boleh buat perisa lain jugak kan
DeleteNampak sedapnyer
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
Deleteyes..cinnamon rolls..boleh rollup mata sambil mencium bau cinnamon..saya suka!!!
ReplyDeleteBau dia memang semerbak kan :)
DeleteNak kena buat la cinnamon rolls ni sebab memang suka. Bau dia ya allah wanginya.
ReplyDeleteBetul kan bau dia memang menusuk harum satu rumah.
Deletepembahagian harta di dapur kalau ceria seronok takde yg tarik2 rambut hahahah :P
ReplyDeletesedap la Cinnamon rolls tu teringta afrika dulu mmg famous :D
Ya kat Afrika sana banyak guna Cinnamon kan, rindu la Cape Town. Haha harta dapur lama2 memang banyak.
Delete