Assalamualaikum dan Salam Jumaat Penuh Berkat.
Throwback lepas Raya Haji. Alhamdulillah dapat bahagian daging korban. Lama betul tak masak Sup Tulang Merah ni. First time makan masa di Singapore. Aunty Uncle kerja di sana bawak kami makan di Newton Circus.
Alhamdulillah dengan NOXXA, rebus high pressure 45. Memang lembut lerai daging dengan tulang.
RESEPI SAYA:
1-2kg Tulang lembu/unta/kuda/apa2
Air ngam2 cover tulang
6 sup punjut
4 asam keping
• Rebus dalam Noxxa 45 min
3 bawang besar
5 bawang putih
• Kisar halus
1-2 sudu besar ciliboh
• Tumis bahan di atas
• Masukkan bahan di bawah
1/2 botol sos tomato
1/2 botol sos cili
1-2 sudu besar rempah sup serbuk/kurma
1 sidu kecil serbuk ketumbar
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
• Sukatan ikut cita rasa sendiri ya.
• Sup ni pekat masam manis tau, masin pun ada.
Kami makan cicah dengan roti. Terajin pulak buat roti, sebab anak soleh ada di rumah.
FRENCH BREAD :
3 cawan tepung/tepung roti
1 1/4 cawan air suam
7gm yis kering
Secubit garam
1 sudu teh olive oil
• Uli dalam bread machine/tangan.
• Doh ni memang lembik sikit.
• Biar naik 2x. Bahagi 4. Bentukkan ikut suka.
• Biar naik lagi. Toreh atas roti.
• Oles dengan susu/air. Bakar sampai masak.
Alhamdulillah elok jadi. Dulu buat tak jadi, tak lawa. Tapi boleh makan.
Lubang2 roti pun cantik. Tapi roti ni memang elok cicah sup, keras kejung roti nya. Haha. Penat ngunyah. Dah standby roti gardenia kalau tak jadi hehe, Alhamdulillah jadi elok tapi roti ni selalu jadi cuma rupa elok atau tak hehe.
W'salam & Salam Jumaat..
ReplyDeleteAlahai sedapnya sup tulang merah.. Saya sejenis suka makan sup..
Cantik betul hasil kejadian French bread tu.. salute pandai betul buat sendiri..
Sama la kami pun sama suka sup2 ni. Roti tu Alhamdulillah jadi, sebab dah standby roti gardenia hehe.
Deletesiyes terliur hahahhah MZ tak reti masak yg grand2 gini. biasa masak simple2 yg basic2 jerrr
ReplyDeleteIkut angin jugak masak ni, bila anak2 ada memang semangat lain sikit hehe. Buat la senang je.
Deletesedapnya tgk menu dia..roti pun buat sdiri..fresh from oven...yummyyy
ReplyDeleteAlhamdulillah, bahan senang je tu, buat lah Mama Tisya
DeleteKu... kuu... kuuu.... KUDA?
ReplyDeleteAaarr yaa kalau makan haha.
DeleteNampak cantik rotinya. Daging pun nampak lembut kenyal.dapnya
ReplyDeleteTq tq. Daging masuk pressure cooker cepat lembut kan.
DeleteMula-mula terliur tgk sup tulang tu tapi lepas tu teruja pulak dgn roti tu.. alahai buat sendiri gebu fresh sedap nya ... lapar sudah kol 1.00 pg ni hahahhaa
ReplyDeleteHehe buat lah sama2 ma'am, senang je.
Deletesy nak pass laa resepi roti ni kat mak cik. saan thn dia buat menu raya sup tulang dgn roti perancis ni. tp roti dia selalu beli kat tesco je. mentang2 tesco dpn rumah dia hahaha
ReplyDeleteTry gugel resepi yg lain jugak, mesti ada yang sedap. Tapi kalau lagi rajin, memang sebelum ni ada ke kedai jgk haha.
DeleteSup ini remind saya saat makan sup Rusa di Serbia kak. Tekstur dan warna miriiiip. Saya yakin pasti suka resep di atas, kalo dah berbahan daging , apapun itu, pasti sedaaap, apalagi makan dengan roti 😄😍😍.
ReplyDelete