Monday, July 03, 2023

RAYA HAJI TAHUN INI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Taqobbalallahu minna waminkum. Maaf Zahir Batin. Syok Raya Haji sebab cukup korum kami 4 beradik dapat beraya dengan Mak. 


PUDING RAJA yang marvelous dari sis no 2. Stok Jala Emas dari Kelantan, dia ada banyak. Ni time makan2 petang + BBQ + Oden. 


Ayam BBQ, Puding Raja, Brownies & Lemon Cake. Ada Oden & Steamboat jugak tapi di meja lain semua lupa snap foto alahai. Oden & Steamboat ni usaha sis no 3 & sis in law no 4. 


Actually first time kami berkumpul makan kat rumah ni, sejak pindah dari Kerteh. Pindah semasa PKP 2 tahun lepas. 


Bahan Oden je ada. Mee, telur, sayur, tapi meja periuknya jauh.


Lama tak buat Brownies, Alhamdulillah elok jadi. Lemon Cake tu mulanya naik, after a while turun, tak tau apasal lah nya. Tapi sedap Alhamdulillah. 


BBQ dalam pemanggang ajaib je sebab tak prepare awal nak membakar bagai. Separuh lagi kat dapur sebab nak cepat.

Alhamdulillah best Raya Haji tahun ni sebab cukup korum 4 beradik, dapat kami beraya semua dengan Mak. Pagi balik rumah mak kejap, pastu balik rumah semula sebab surau kami buat korban 3 ekor. Makan2 ni belah petang.


Pagi lepas Solat Raya. Acara korban & melapah di Surau area rumah kami. Mak adik kakak sama kerja. Lama betul tak bersila potong daging.


First time anak solehah tolong potong daging. Alhamdulillah smooth semua, penat sikit tapi syok sangat. Best. Meriah Raya. Alhamdulillah.

Macam cacamarba je ayat dalam post ni. Haha baca je lah. Hari dah malam tapi nak post jugak. Take care & stay safe semua. 

24 comments:

  1. Alhamdulillah…seronok dapat kumpul semua, meriah hidangan.
    Bagus anak ikut potong daging, dapat pengalaman dan pembelajaran.

    Hehe..biasa tu, kita rasa cacamarba. Menulis kalau tunggu perfect, tak publish sampai ke sudah. Yang penting, sampai ceritanya kepada pembaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kan, ada masa banyak idea tapi malas takde masa nak post, bila nak post sangat, huru hara nak pikir ayat bombastik haha. Raya memang meriah Alhamdulillah lepas COVID ni.

      Delete
  2. Lemak manis puding raja....seronok berkumpul adik-beradik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puding Raja kena bagi pakar yang buat, Alhamdulillah raya meriah

      7:23 PM

      Delete
  3. gmbr2 mknn tu semua awesome! nmpk mcm gmbr iklan pun ada!! terliur i hhahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah Raya kan pads makanan jgk hehe especially yg tak reti buat.

      Delete
    2. pada makanan jgk ishh typo

      Delete
  4. Air neskepe ke dalam jug tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuah susu untuk Puding Raja la uncle tak pernah makan ya

      Delete
  5. sedapnya puding rajaaaaaaaaaaaaaa saya dah lamaaaaaaa cari tp tak jumpa2

    alhamdulillah dpt berkumpul ramai2 memang seronok dan meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puding Raja mmg sedappp, Alhamdulillah raya mmg seronok kumpul adik beradik yg jauh kan

      Delete
  6. Puding raja rupanya, saya ingatkan nasi minyak tadi. Banyak yang saya belajar dari blog ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ya sekilas pandang mmg macam nasi minyak yang ceria kan. Thansk singgah sini.

      Delete
  7. Replies
    1. Memang yummyyyy Alhamdulillah dapat makan masa raya

      Delete
  8. Alhamdulilah sedap2 makanannya...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah & paling seronok kumpul adik beradik

      Delete
  9. Alhamdulillah..selesai part korban..tapi serius gambar makanan macam dalam majalah. Puding raja begitu menggiurkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selesai acara korban. Terima kasih singgah sini, alaa foto cacamarba je. Puding Raja mmg sedap.

      Delete
  10. seronok sangat klo cukup korum kan..baru meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat kan, dah la duduk jauh2 mmg seronok meriah

      Delete
  11. Adik beradik kalau cukup kouta berkumpul mmg best kan.. meriah tak yah kata la huhuuu

    ReplyDelete
  12. Selalu senang hati kalo bisa kumpul dengan keluarga di moment hari raya ❤️. Saya sendiri tak selalu bisa, apalagi kami kakak beradik tinggal beda pulau. Dan saya selalunya tunggu asisten-asisyen rumah balik dari kampung, baru saya bisa balik kampung 😁. Soalnya di rumah ada kucing-kucing saya, dan mereka tak pernah suka kalo ditinggal di pet hotel.

    Kliatan sedap semua kuliner hari rayanya ❤️. Melihat lemon cakenya, saya jadi teringin pulak 😄😄

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com