Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Moga sihat ceria sentiasa. Revisit sebelum bulan puasa baru ni, tempat kami menetap selama 10 tahun dulu, 1997-2007. Pergi berdua, balik berempat. Mengandung dua2 anak soleh solehah di bumi asing, balik Malaysia tiap kali untuk bersalin.
Hubby ada program masuk hutan 3h2m di Dungun sebelum puasa. So dia yang suggest, pergi lah HCMC sebab dah plan lama tapi tak pergi2 pun. Call partner in crime, Alhamdulillah Cikyah free masa tu.
Rindu sangat view ni, Subhanallah. Cantik sangat kan.
Boleh tenung lama tak akan bosan. Partner in crime kita ni, naik flight memang terus lena haha. Bangun masa makan je. Terbang waktu tengahari memang order lunch siap2. Senang sampai nanti tak kalut nak cari makan.
Pulau apa ehh, Phu Quoc kot.
Rindu buah2 ni. Tepi kaki jalan2, merata dijual buah2 ni. Datang lepak2 je nak jumpa Makcik Phatima & Zaitun. Beli sikit2 bawak balik.
Ehhh semua sedap. Sampai hotel, campak beg terus tukar duit di kedai emas tepi hotel. Hotel kami dekat sangat dengan pintu Pasar Ben Thanh. Senang, beli barang, dah penuh tangan, hantar balik bilik hehe.
Ni air kelapa atau tebu kot, dengan limau nipis, memang sedap masa panas2.
Tempat hilangkan lelah masuk pasar dulu2, suka air pegaga. Tapi dulu sebelum ada anak, akak2 senior tak bagi minum. Katanya tak elok untuk yang belum ada anak.
Amoi ni masih ada jual minuman ni.
Cikyah cari bedsheet embroidery, dah tak banyak kedai jual hasil embroidery ni. Alhamdulillah ada very very few. Ni kedai yang selalu kami borong dulu. Toke & amoi yang sama.
Memang ulang alik kedai bag. Hubby kirim bagpack dia. Sambar jugak untuk anak2. Bag2 ni kena tengok, yang original memang ada tapi reject, tengok belek sampai puas hati, kadang zip lain, kadang sulaman brand tu benang tak cukup dll lah. Ada yang tak nampak langsung defect nya. Tapi quality memang 95% original. Ada bagpack kami yang guna lebih 10 tahun. Harga jauh murah dari outlet brand2 ni. Tapi tak beli beg yang macam dalam foto atas ni. Anak solehah tak minat hehe.
Dinner di sini. Bekas Qariah yang mewakili Vietnam, tak sangka Hajjah Basiroh ingat lagi saya. Ditegur lama tak datang. "COVID lah Hajjah hehe".
Pastu jalan2 tengok semua benda, sama sibuk meriah kan suasana.
Bag dah hampir penuh 20kg, so malam tu kami pergi massage lah haha. Dalam masa beberapa jam je sampai HCMC & terus shopping, bag dah nak sampai limit beratnya. Nasib datang 1 malam je. Kami dah tau nak cari apa, dan di mana so memang pantas Alhamdulillah. Nak datang day trip pun boleh tapi tak ada tempat nak lepak/Solat. Penat pun ya nanti. Santai2 tidur satu malam lah.
Malam2 pun diorang jual buah.
Beli 3 peket nak bawak balik Malaysia tapi tertinggal dalam peti sejuk eehh geram betul.
View dari bilik di Avanti Hotel. Lorong ni dulu adalah pasar malam tapi sudah berpindah ke An Ninh Street, tepi tu je. Tapi zaman kami di sana, tak ada pun pasar malam. In fact hujung tahun 90an, pukul 6 petang, bandar dah sunyi sepi, semua orang di rumah masing2.
Dulu ada Quach Thi Trang roundabout di persimpangan bercahaya banyak lampu tu. Tapi telah diratakan untuk memberi laluan pada pembinaan Ben Thanh metro station.
Foto dari post lama. Roundabout ni dulu terdapat statue Quach Thi Trang, seorang pelajar yang mati semasa protes terhadap rejim Saigon ketika Vietnam War, dan juga statue Tran Nguyen Han, military expert suatu ketika dulu.
Statue keduanya cuma dialihkan ke suatu tempat lain sewaktu pembinaan Saigon Metro ni, dan akan di tempatkan semula di lokasi yang sama, dengan cadangan park yang baru. Rasanya begitu lah dengan cerita nya.
Antara pintu utama Ben Thanh Market.
Satu lagi pintu.
Asal ke Ben Thanh, wajib ke kedai loyang favorite ni. Dari tahun 1998, dari asal mendiang mak dua beradik ni menjual, hingga kini. Loyang2 semua bagus quality nya. Tahan sampai sekarang. Sayang sangat, tebal sikit elok quality dan murah dari Malaysia. Sekarang stok dah banyak so tak beli loyang kali ni, bergambar je. Cikyah beli coffee grinder manual.
Satu lagi kedai kopi ni. Tak sesak macam kedai lain.
Macam2 ada. Banyak borong ni lah, kacang2, kopi, bagpack, telekung sikit, t-shirt sikit, kulit Popia, bahan sam bo luong (laicikang Vietnam) dll. Luggage tak sampai pun 20kg.
Last but not least, visit makcik kelapa ni. Hanya dari dia la tempat kami beli kelapa parut dan daun pandan. Tak pun kirim dengan Makcik Phatima dulu2 beli di pasar area rumah dia.
Sebelum balik, dah janji mintak Makcik Phatima datang, nanny kami dari awal beranak sampai balik for good. Juga Zaitun, nanny kawan baik kami. Diorang kirim barang dari Malaysia, saya mintak Zaitun buatkan Bingka Keladi & Popia Vietnam frozen (inti udang & Keladi). Rindu sangat diorang ni, dah jadi keluarga. Tiap kali datang HCMC mesti bagitau berdua ni. Kenal sejak tahun 2000. Setelah bersalin kan anak sulung anak soleh.
Dah sampai rumah, buka terus Bingka Ubi Zaitun. Sedap sangat. Hand carry, memang berbau sikit dalam flight haha, sedut je la ya passengers lain. Ya la takut kemek dalam luggage.
Malaysia pun ada tapi yang ni memang menggamit memori. Alhamdulillah smooth trip.
Yang tak smooth, nervous tahap Everest sebab book ticket balik Kuantan, ngam2 flight sampai ke KLIA2, ada 30 minit untuk rush ke KLIA. Rasa bengong sendiri, tak allocate lebih masa. Alhamdulillah hubby Cikyah ada tunggu, memang speed habis KLIA2 ke KLIA. Alhamdulillah sangat2 flight Air Asia dari HCMC on time. Yang lama sikit, part tunggu luggage. Kerja gila betul, sungguh tak perasan. Kalau flight HCMC delay, memang sah2 kena reschedule flight & tidur semalam. Alhamdulillah syukur sempat, tapi mengah berlari hantar luggage though dah check in, memang super mengah masa tu. Haha padan muka. Tak nak buat dah.
Insya Allah kalau ada masa panjang, nak bawa anak2 soleh solehah ke HCMC lagi. Makcik Phatima tanya berkali2 kenapa tak bawa anak2. Both di kolej. Rindu sangat dia. Jaga dari baby keduanya.
bestnya shopping2 tuuu...MZ pernah travel ke sini sekali jer...many2 years ago :) masa tu i travel with my mom (menang contest hari ibu karangkraf)
ReplyDeleteHCMC mmg pesat membangun, zaman kami di sana tak ada tarikan sangat. Sekarang memang ramai pergi utk shopping.
DeleteDulu masa kesana boleh lagi kendong kain ela 1 ke 2 kodi. Maklumlah lutut belum sakit lagi. Telekung beli kat sana masih utuh lagi..bagus material kainnya...
ReplyDeleteBetul kain dulu2 memang bagus material, sekarang dah jarang beli kain.
DeleteSeronok LZ tengok setiap satu gambar, terasa ada di sana..
ReplyDeleteBanyak tempat boleh shopping dan makan-makan..
Banyak lagi tempat boleh visit tapi kami pergi sekejap je.
DeleteOhhh... ini lah yg di cerita masa kat hospital dulu eh? hahahaa
ReplyDeleteHehehe hahaha.
DeleteLama stay HCM, dah kenal ramai orang. Mudahlah nak jalan2 shopping kan..
ReplyDeleteSyukur tak tertinggal flight 😅
Boleh bayangkan macam mana rushing, berdebarnya tu.
Tapi sekarang dah byk berubah. Nak pergi, kena gugel search jgk tengok apa yg latest. Haha mmg berdebar sgt2 part nak fly balik tu
Deletebuah2an nampak fresh..dulu2 gi sini, ulang alik kedai jual tudung naelofar...hehe...
ReplyDeleteBuah2 kat sana mmg fresh sgt2. Especially buah limau barli mmg jarang2 frust dpt tak elok, mostly elok Alhamdulillah. Hehe ya ramai shopping tudung lofa kat sana
Deletewahhh best nyaaa... sana buah buahan meriah. suka sy tgk...
ReplyDeletekalaulah sy tahu kedai bagpack tu kompem sy terjah...
Hehe kedai bagpack paling wajib pergi kt HCMC ni
Delete10 tahun di HCM.. alhamdulillah dikurniakan dua anak yg soleh :D
ReplyDeletebuah buah di vietnam tak tahu nape tapi semua nya sedap segar dan seronok dibeli hihiii..
Ben Ten Market tu dulu byk shoppingnya kalau nk beli baru minta kurang kalau tak nak jgn sibuk minta kurang huhu..
kesian passenger lain bau binka ubi tu.. terliur jer depa hahaha :D
Alhamdulillah banyak kami belajar masa duduk sana, 1997 dulu tak sama sekarang. Ya betul buah kat sana mcm kena rendam air gula, manis sedap. Aahh ya kalau nak beli baru bargain.
Delete