Monday, October 1, 2018

SELF-DRIVE - EUROPE, SCHENGEN, SCANDINAVIA, AFRICA, AUSTRALIA, NZ, SPAIN & PORTUGAL

Ada rakan bertanya bagaimana utk merancang percutian kalau memandu sendiri.. Post ni berkitar memandu ke Eastern/Central Europe memandangkan ianya proses lebih complicated dari negara lain, memasuki banyak negara yg berlainan.. Juga rough guide utk negara2 lain-nya juga.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..


Percutian December 2017, beginilah lebih kurang perancangan kami seperti percutian memandu terdahulu, Alhamdulillah smooth semuanya.. Utk lebih detail bagi negara2 lain, mohon klik peta2 di sebelah kanan BLOG ya..

Kami tak ada tips khusus sbb kami bukan pakar, cuma berkongsi sikit-sikit dari pengalaman sebelumnya.. Kami rujuk buku juga berkongsi pengalaman dari Blog/FB serta dari website2 yg berkaitan.. Antaranya Blog Khairul Abdullah serta buku nya I'm A Backpacker : Europe, Blog Hanis Amanina.. Apapon semua peraturan & selainnya mungkin/akan berubah dari masa ke semasa so wajib teliti kesemuanya yg paling terkini.. Nak masuk negara orang kan, better prepare se-MAKSIMA mungkin..

Plan asal percutian/perjalanan.. Hanya ke 3 negara iaitu Italy, Czech & Austria..

1. DESTINASI


Namun lepas di-amati peta di atas, kami dapati Slovenia, Croatia, Hungary & Slovakia sangat lah hampir dgn route yang akan kami ambil. Maka kami extend sikit route, utk dapat masuk ke empat2 negara tersebut. Ya lah kalau tak ambik peluang ni, bila lah nak sampai nanti kan.. Alhamdulillah tiada visa diperlukan.. Leceh lah nak apply visa ni utk kami yg tak tinggal di KL/Selangor. 

2. PLAN PEMANDUAN/PERJALANAN


Peta di atas adalah peta yg dah kami extend dari yg asal sbb nak masuk Slovenia, Croatia, Hungary & Slovakia.. German tu nanti kita cerita kemudian.. Kami selalu allocate 250-350km sehari utk memandu ke destinasi bermalam seterusnya. Seperti map di atas, dari Rome kami drive ke Florence sejauh 275km utk malam berikutnya. Oleh kerana Pisa agak dekat, kami ke Pisa sebelum ke Florence. Ada kala kami bermalam utk 1 malam, ada ketika nya 2 malam bergantung kepada berapa lama kami ingin explore sesuatu tempat itu. Kami guna Google Maps utk plan pemanduan kami, sbb dah terbiasa, tapi ada Apps lain jugak..

Dari Florence kami memandu ke Venice yg mana jaraknya 255km, Juga antara tempat yg kami ingin visit dan bermalam.. Seterusnya dari Venice, kami ke Ljubljana di Slovenia iaitu dlm 245km. Ljublana juga antara tempat kami bermalam & explore. Begitulan seterusnya kami plan mengikut 15 hari yg suami dapat cuti.. Adakala pemanduan utk sehari tu, lebih dari yg kami plan. Antara sebab, bandar utk bermalam kurang sesuai atau prefer bandar terdekat selepas dari jarak yg kami dah plan itu. Kalau compare peta plan asal dgn peta yg kami extend perjalanan tu, beza cuma tambah 200km sahaja.. Dari 3 negara kami dapat masuk 8 negara, Alhamdulillah... Semua negara tanpa VISA..

Pemanduan kami baru2 ni ke tiap destinasi bermalam :

Rome - Florence, Italy = 274km
Florence - Venice, Italy = 259km
Venice - Ljublajana, Slovenia = 242km
Ljublajana - Sarvar, Hungary = 307km
Sarvar - Prague, Czech = 477km
Prague - Teisendorf, Germany = 394km
Teisendor - Renon/Ritten, Italy = 287km
Renon - Bologna, Italy = 303km
Bologna - Rome, Italy = 375km

Namun berlainan dgn Spain & Portugal yg kami lawati pada November 2018, sbb dgn hanya 10 hari yg ada, kami terpaksa memandu lebih jauh ada kalanya hingga 600km dlm sehari utk sampai ke next destination.. Rujuk post Spain & Portugal..

3. TIKET PENERBANGAN

Setelah confirm negara2 yg bakal dimasuki, kami mula cari tiket. Kami akan cari setiap International Airport yg berdekatan dgn route kami. Antaranya Rome, Vienna, Prague, Munich, Salzburg, Zagreb & beberapa lagi. Kami mengambilkira beberapa faktor antaranya yg penting harga tiket yg paling murah, waktu transit, tarikh yg sesuai dgn percutian dll, maka ketika itu Rome lah yg menepati hampir semua yg kami kehendaki.. Book teruslah masa tu.. Skyscanner, Farecompare antara website yg kami guna, Takpun buka website airlines eg Emirates, Qatar Airways.. 

Semasa trip France, Germany, Switzerland, Belgium & Austria, flight ke Brussels paling murah so kami book KL-Brussels-KL.. Dan terkini ke Spain & Portugal, kami book KL-Barcelona-KL sbb ianya paling murah jika compare dgn Madrid/Lisbon dll.. (Transit Dubai, direct flight tak ada & also kalau direct flight mahal ya amat)..

4. PERMIT MEMANDU


Sesudah menempah tiket, kami terus cari kereta untuk disewa. Pastikan mempunyai International Driving Permit seperti di atas. Terima kasih Khairul Abdullah tolong betulkan istilah ni. Sebelum ni suka sebut Lesen Memandu Antarabangsa. Pernah terbaca yg Lesen Memandu Malaysia kita boleh di-translate dll (kami tak pernah buat, sbb di tempat kami tiada service sebegitu). Wajibnya bawa juga Lesen Memandu Malaysia yg sah bersama Permit Antarabangsa tu. Bagi memandu di Australia, Lesen Memandu Malaysia boleh digunakan dlm masa 3 bulan (masih apply kot, lupa nak check). Dan juga New Zealand sbb Lesen Malaysia ada English text jugak, tak perlu nak translate, ni pengalaman kawan baru ni, December 2018..

5. SEWA KERETA

Sebelum menyewa kereta, baca habis2 TERMS & CONDITION utk tiap website car rental ni. Bukan semua kereta dibenarkan masuk ke semua negara yg kita akan lawati (UNTUK EUROPE). Bukan semua negara boleh dimasuki, dgn kereta yg kita sewa dari sesebuah negara tu. Lain company, lain T&C nya. 


Macam situasi kami, dari banyak2 car rental company, hanya SIXT yg benarkan keretanya yg disewa dari Italy utk memasuki semua 8 negara yg kami akan lawati ie Slovania, Slovakia, Croatia, Hungary, Czech, Austria & Germany. Banyak kali berbalas email & webchat utk dapatkan kepastian. Namun begitu, jenis kereta juga adalah terhad. Kereta branded banyak yg tak dibenarkan. Tapi semua T&C ni mungkin berubah mengikut masa. Baca semua detail, banyak pilihan tambahan ditawarkan eg insuran dll.. Asalnya kami book kereta Sedan Auto yg paling murah, namun rezeki kami diberi Jeep kecik ni.. Alhamdulillah.. Kalau kereta Sedan, wajib ambil Snowchain sewaktu musim Winter. Rules-nya sebegitu.

Setelah membaca T&C car rental company, baru lah kami tau mengenai SCHENGEN COUNTRIES ni.. Sebelum ni hanya tau Eropah Barat & Tengah/Timur tapi tak tau detail pun. 



6. SEWA HOSTEL, HOMESTAY DLL

Sesudah selesai booking kereta utk disewa, kami biasanya terus mencari accomodation yg berpatutan harganya. Kebiasaannya hostel, motel, apartment & guesthouse. Selalunya kami utamakan tempat yg ada FREE PARKING (paling utama sbb kami memandu kereta sewa), TIADA CLEANING FEE &  FREE WIFI + basic dapur.. Antara website yg kami suka ialah booking.com & latest is AirBnB. Apapun sebelum book accomodation ni, pastikan rancangan perjalanan dah siap. Berapa jauh nak drive dlm sehari, tempat2 utk dilawati, di bandar mana nak bermalam, berapa lama utk bermalam..

Perhatian penting, harga accomodation ni ada kalanya tidak termasuk additional charges seperti DESTINATION FEE PER PERSON atau CLEANING FEE PER DAY (antara EU30-70 sehari) atau lain2 chargesnya.. Semua ada dinyatakan pada booking page, so bacalah betul2. Kebanyakan AirBnb & Homestay kenakan CLEANING FEES ni. Kalau hostel & backpackers hostel, belum pernah kami jumpa, cuma Destination Fee Per Person. Apapon terpulang pada pilihan masing2. Baca dgn teliti.. Destination Fee per person tu murah je EU1-1.50 saja setakat ni..


Germany.. Tiada dalam plan asal, namun atas sbb mahalnya nak tidur di Salzburg, Austria maka kami cari accomodation yg radiusnya dalam 20km.. Ketika itu, homestay di Teisendorf, Germany lah yg paling murah & hampir.. Teisendorf ni hampir sangat2 dgn border Austria, then dlm map nampaknya macam kawasan tanah tinggi & tasik..!! Subhanallah cantik sangat tempatnya..!!

7. INFO HIGHWAY, TOL DLL

Sambungan setelah confirm booking kereta, cuba cari info berkenaan dgn jalan2 di negara tersebut. Bagaimana jalannya, highway atau jalan biasa, juga bagaimana bayaran tolnya.. Bagaimana pemeriksaan di sempadan tiap negara..




HIGHWAY TOLL & VIGNETTE
(Source: dalnicni-znamky.com)

VIGNETTE ni umpama bayaran TOL dalam bentuk sticker yg dilekat pada cermin depan kereta namun ada yg dah masuk dalam sistem di Plaza Tol tertentu. Vignette ni mesti dibeli awal sebelum masuk ke sempadan negara yg menggunakan Vignette. Selalunya dijual di stesen minyak di setiap sempadan sebelum memasuki negara seterusnya. Tak susah, memang ada tapi make sure jgn terlepas sempadan. Ada signboard utk beli Vignette di sempadan.. Denda tu mahal dengarnya, beratus2 Euro.. Kalau negara tak guna Vignette, bayar tol mcm biasa, guna credit card je di Plaza Tol tu.. Ada yg kami bayar cash jgk rasanya..

"Vignette is a form of road pricing imposed on vehicles, usually in addition to the compulsory road tax, based on a period of time instead of road tolls that are based on distance travelled. Vignettes are currently used in several European countries. The term is of French origin, and is now used throughout Central Europe, as well as in Italy (vignetta). (Source: Wikipedia)


Tol terakhir di Villesse, Italy sebelum memasuki Slovenia..


Stesen Minyak di Gorizia, Italy. Selain mengisi minyak, kami beli Vignette sebelum masuk ke sempadan Slovenia.


Plaza Vignette pertama selepas saja melepasi sempadan Italy iaitu di Sempeter-Vrtojba, Slovenia.. Sesudah melepasi plaza Vignette ni, terdapat Border Guard yg bertugas di hujung plaza. Jangan ambil mudah dengan Vignette sbb andaikata ditahan tanpa Vignette, denda boleh mencecah ratusan EURO. Ada juga ketika tiada langsung Border Guard yang bertugas di luar plaza. Tak diketahui samada mereka mempunyai CCTV..

Road traffic is often monitored by roadside cameras, and vignettes are verified by state officials, such as border guard and national police. Hefty cash fines are often charged to travelers using public roads without a valid and properly affixed vignette." 
(Source: Wikipedia)


Ini lah VIGNETTE yakni TOLL STICKER.. Kedudukan Vignette pada cermin kereta ni juga ditetapkan mengikut negara yg menggunakannya. 


2 lagi sticker Vignette di sebelah kiri cermin depan kereta.. Lupa negara mana. 


VIGNETTE juga boleh dibeli di kiosk2 yg terdapat di luar Stesen Minyak.

Manakala di SCANDINAVIA (NORWAY, DENMARK & SWEDEN), semua tol hanya menggunakan Credit Card.. Di Scandinavia memang hampir kesemuanya tol, parking dll hanya menggunakan Credit Card.. Cashless di sana.. Parking beberapa cents Euro pun guna Credit Card..

MEMANDU DI SPAIN & PORTUGAL

Memandu di Spain tak ada byk hal sangat sbb boleh guna matawang atau Credit Card.. Tetapi lain nya di Portugal, setelah memasuki sempadan terdapat plaza tol yg memerlukan kita verify Credit Card yg akan digunakan sepanjang perjalanan dlm Portugal.. Kalau tak ada Credit Card, maybe ada jual card yg seumpamanya seperti sebelum memasuki Singapore, card yg akan di-scan & charge walau di mana kita drive seperti di Singapore tiada plaza tol.. And kena top up kalau kurang nilainya.   


Beginilah rupanya di plaza tersebut, kami memasuki lane ONLY FOREIGN VEHICLES sbb kereta kami disewa dari Barcelona, Spain juga lane ni utk verify Credit Card. Kot tersalah pun, the officers ramai boleh bantu.. Tak salah kalau kita ter-salah.. Kadang tu main redah jugak.. Ada button tekan je & tanya.. Itu lah namanya mengembara di tempat orang kan.. Kena soal pun, buat bodoh je lah jgn tunjuk pandai sangat sbb kita di tempat orang, thats us lah haha..


Nilai nya tol utk tiap kenderaan..


Zup zap lalu bawah tu terus charged to Credit Card.. Takde dah nak touch or insert card kat mana.. Drive aje nya.. Macam Alien pun ya rupa nya, bercabang2 camera nya... Ben-vienda PORTUGAL..

Begitu lah sedikit sebanyak yg dapat dikongsi. Post ni mungkin akan di-edit dari masa ke semasa utk info terkini yg dapat dikongsi, juga dari sahabat2 lain yg lebih berpengalaman.. Maaf andaikata ada yg kurang tepat & kekhilafan pada semua di atas.. Terima kasih juga buat yg berkongsi pengalaman & pembaikan pada post ini.. Mohon baca komen sahabat lain utk info yg tambahan, andaikata tak sempat nak di-edit post ni..

12 comments:

Hanis Amanina said...

Boleh kata lengkap dah ni kak :D hahaha best sgt baca!

Another thing boleh add on:
- ada rental company sediakan insurance foc dan ada yg kena bayar. My friend's experience, ada one time ni dia beli insurance kereta then bila dah balik Malaysia, rupanya dia kena speeding ticket somewhere. And company tu guna insurance tu je utk cover (since dia takde masalah teknikal lain kat kereta tu)

hanisamanina.com

m.u.l.a.n said...
This comment has been removed by the author.
m.u.l.a.n said...

Nina: Thank youuuuu so much. Tolong tambah lagi ya :)

aizamia 3 said...

Thanks for the info.. ;)

Hans said...

thanks sudi kongsi pengalaman
nice info nih

m.u.l.a.n said...

Aiza: Welcome tapi kena search deep lagi takut belum tepat

Hans: Sama2, hanya secebis dari pengalaman kami..

Khairul Abdullah said...

Assalamualaikum Kak,

Good tips. Dah detail dah tu :) Cuma saya rasa Lesen Memandu Antarabangsa tu perlu tukar kepada Permit Memandu Antarabangsa (International Driving Permit) kerana ianya bukanlah lesen, cuma permit. Oleh sebab itu ia mestilah ditunjukkan bersama lesen memandu yang sah. Ramai orang salah faham berkaitan permit ini.

Semoga post ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Redziah Mohamad said...

Assalamualaikum, boleh tak letak detail harga sewa kereta termasuk insuran dll utk rujukan utk sy sewa akan dtg

m.u.l.a.n said...

KA: Ohhhh.. Thank You Thank You so much for the additional detail & info.. Sgt2 menghargai nya..

Radziah: Ok will do Insya Allah, nak kena check dgn hubby sbb dia buat semuanya.. Btw ada email tak utk saya email..

Redziah Mohamad said...

email sy redziah@tm.com.my , terima kasih byk2

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Terima kasih banyak sebab sudi berkongsi tips dan pengalaman. InsyaAllah akan saya jadikan panduan kalau berkesempatan.

m.u.l.a.n said...

Radziah: Sama-sama

Anon: Terima kasih singgah sini..