Ada rakan bertanya bagaimana utk merancang percutian kalau memandu sendiri.. Post ni lebih berkisar pengalaman kami memandu ke Eastern/Central Europe memandangkan ianya proses lebih complicated dari negara lain, memasuki banyak negara yg berlainan.. Juga rough guide utk negara2 lain-nya juga.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Secara ringkas, berikut adalah cara bagaimana kami merancang perjalanan dll nya. Detail ada di posting negara yg telah kami dilawati.
1. Destinasi. Ke mana. Satu negara atau lebih? Tempat yg akan dilawati di sesuatu negara. Buat list.
2, Guna Google Maps atau yg seumpamanya utk tag tempat yg akan dilawati.
3. Buat laluan yg akan diambil mengikut tempat yg akan dilawati.
4. Tiket. Tag airport antarabangsa dalam laluan yg telah dirancang, utk survey tiket yg paling murah.
5. Sewa kereta dari airport pada hari tiba atau kemudiannya (andaikata ingin melawat sekitarnya dulu). Kami selalu sewa dari airport sbb mudah utk pulangkan ke ariport semula. Tapi di Greece, lebih murah ambil di cawangan lain, tapi dipulangkan ke cawangan airport. Baca tiap website utk kepastian.
5. Sewa kereta. Sila baca segala detail di website. Boleh berhubung secara chat & email. Bukan semua jenis kereta boleh dipandu ke negara lain darinya. Ada juga permohonan lain utk ke sesuatu negara lain seperti memandu keluar dari Greece.
5. Sewa kereta. Sila baca segala detail di website. Boleh berhubung secara chat & email. Bukan semua jenis kereta boleh dipandu ke negara lain darinya. Ada juga permohonan lain utk ke sesuatu negara lain seperti memandu keluar dari Greece.
6. Permohonan Permit Memandu Antarabangsa. Kami selesa memohon permit ini, sbb khuatir kalau dalam perjalanan akan diperiksa oleh pihak berkuasa. Yes ada yg kata tak perlu walaupun rental car company kata bawa Lesen Memandu Malaysia saja. Kami tak mau ambil risiko kerana undang2 disana mungkin berubah tanpa kita tau. Tapi ada certain countries yg memang hanya perlukan Lesen kita seperti Australia.
7. Highway & Tol.. Boleh guna GPS or Waze dll utk check laluan. Check cara pembayaran tol, boleh search di Internet. Jalan tiada tol lebih cantik view tapi adakalan lebih jauh. Ada highway yg perlukan tol jenis sticker yg wajib dibeli awal seperti trip kami ke Shengen (Slovenia, Hungary, Slovakia dll)
8. Hotel booking. Banyak website utk book hotel. Cari yg berhampiran dgn route yg telah dirancang tapi semua atas masing utk memilih jugak sbb masa dll utk kita semua memang tidak sama.
Di bawah adalah yang agak detail daripada ringkasan di atas.. Maaf atas kekurangan, kesemuanya adalah pengalaman kami sebelum ini tapi wajib pastikan get the updates dari tiap negara utk perkara berkaitan sewa kereta, tol dll nya kerana ia mungkin berubah.
Kami tak ada tips khusus cuma berkongsi sikit-sikit dari pengalaman sebelumnya.. Kami juga rujuk buku, blog & FB serta dari website2 yg berkaitan.. Antaranya Blog Khairul Abdullah serta buku nya I'm A Backpacker : Europe, Blog Hanis Amanina.. Apapun semua peraturan & selainnya mungkin/akan berubah dari masa ke semasa so wajib teliti kesemuanya yg paling terkini.. Nak masuk negara orang kan, better prepare se-MAKSIMA mungkin..
1. DESTINASI
Plan asal percutian kami pada 2017 hanya ke 3 negara iaitu Italy, Czech & Austria.. Kami share trip ni kerana agak complicated dari negara lain.. Sewaktu kami study peta di atas, kami dapati Slovenia, Croatia, Hungary & Slovakia sangat lah hampir dgn route yang akan kami ambil. Maka kami ambik peluang, extend sikit route, utk dapat masuk ke empat2 negara tersebut apatah lagi tiada visa diperlukan.. Alhamdulilah..
2. PLAN PEMANDUAN/PERJALANAN
Peta di atas adalah peta yg dah kami extend dari yg asal sbb nak masuk Slovenia, Croatia, Hungary & Slovakia.. German tu nanti kita cerita kemudian.. Kami selalu allocate 250-350km sehari utk memandu ke destinasi bermalam seterusnya. Seperti map di atas, dari Rome kami drive ke Florence sejauh 275km utk malam berikutnya. Oleh kerana Pisa agak dekat, kami ke Pisa sebelum ke Florence. Ada kala kami bermalam utk 1 malam, ada ketika nya 2 malam bergantung kepada berapa lama kami ingin explore sesuatu tempat itu. Kami guna Google Maps utk plan pemanduan kami, sbb dah terbiasa, tapi ya memang ada Apps lain jugak..
Dari Florence kami memandu ke Venice yg mana jaraknya 255km, Juga antara tempat yg kami ingin visit dan bermalam.. Seterusnya dari Venice, kami ke Ljubljana di Slovenia iaitu dlm 245km. Ljublana juga antara tempat kami bermalam & explore. Begitulan seterusnya kami plan mengikut 15 hari yg suami dapat cuti.. Adakala pemanduan utk sehari tu, lebih dari yg kami plan. Antara sebab, bandar utk bermalam kurang sesuai atau prefer bandar terdekat selepas dari jarak yg kami dah plan itu. Kalau compare peta plan asal dgn peta yg kami extend perjalanan tu, beza cuma tambah 200km sahaja.. Dari 3 negara kami dapat masuk 8 negara, Alhamdulillah... Semua negara tanpa VISA..
Pemanduan kami baru2 ni ke tiap destinasi bermalam :
Rome - Florence, Italy = 274km
Florence - Venice, Italy = 259km
Venice - Ljublajana, Slovenia = 242km
Ljublajana - Sarvar, Hungary = 307km
Sarvar - Prague, Czech = 477km
Prague - Teisendorf, Germany = 394km
Teisendor - Renon/Ritten, Italy = 287km
Renon - Bologna, Italy = 303km
Bologna - Rome, Italy = 375km
Namun berlainan dgn Spain & Portugal yg kami lawati pada November 2018, sbb dgn hanya 10 hari yg ada, kami terpaksa memandu lebih jauh ada kalanya hingga 600km dlm sehari utk sampai ke next destination.. Rujuk post Spain & Portugal di sidebar ya..
3. TIKET PENERBANGAN
Setelah confirm negara2 yg bakal dimasuki, kami mula cari tiket. Kami akan cari setiap International Airport yg berdekatan dgn route kami. Antaranya Rome, Vienna, Prague, Munich, Salzburg, Zagreb & beberapa lagi. Kami memang akan survey harga tiket yg paling murah, waktu transit & tarikh, maka ketika itu Rome lah yg menepati hampir semua yg kami kehendaki.. Book teruslah masa tu.. Skyscanner, Farecompare antara website yg kami guna, Takpun buka website airlines eg Emirates, Qatar Airways..
Semasa trip France, Germany, Switzerland, Belgium & Austria, flight ke Brussels paling murah so kami book KL-Brussels-KL.. Dan terkini ke Spain & Portugal, kami book KL-Barcelona-KL sbb ianya paling murah jika compare dgn Madrid/Lisbon dll.. (Transit Dubai, direct flight tak ada & also kalau direct flight mahal ya amat)..
4. PERMIT MEMANDU
Sesudah menempah tiket, kami terus cari kereta untuk disewa. Pastikan mempunyai International Driving Permit seperti di atas. Terima kasih Khairul Abdullah tolong betulkan istilah ni. Pernah terbaca yg Lesen Memandu Malaysia kita boleh di-translate saja utk digunakan, tapi kami belum cuba. Wajibnya bawa juga Lesen Memandu Malaysia yg sah bersama Permit Antarabangsa tu. Bagi memandu di Australia, Lesen Memandu Malaysia boleh digunakan dlm masa 3 bulan (mohon check dulu). Dan juga New Zealand sbb Lesen Malaysia ada English text, tak perlu nak translate, ni pengalaman kawan baru ni, December 2018..
5. SEWA KERETA
Sebelum menyewa kereta, baca habis2 TERMS & CONDITION utk tiap website car rental ni. Bukan semua kereta dibenarkan masuk ke semua negara yg kita akan lawati. Bukan semua negara boleh dimasuki, dgn kereta yg kita sewa dari sesebuah negara tu. Lain company, lain T&C nya.
Macam situasi kami, dari banyak2 car rental company, hanya SIXT yg benarkan keretanya yg disewa dari Italy utk memasuki semua 8 negara yg kami akan lawati ie Slovania, Slovakia, Croatia, Hungary, Czech, Austria & Germany. Banyak kali berbalas email & webchat utk dapatkan kepastian. Namun begitu, jenis kereta juga adalah terhad. Kereta branded ie BMW, Audi tak dibenarkan. Tapi semua T&C ni mungkin berubah mengikut masa. Baca semua detail, banyak pilihan tambahan ditawarkan eg insuran dll.. Asalnya kami book kereta Sedan Auto yg paling murah, namun rezeki kami diberi Jeep kecik ni.. Alhamdulillah.. Kalau kereta Sedan, wajib ambil Snowchain sewaktu musim Winter. Rules-nya sebegitu.
Seperti trip kami ke Greece pada Dec 2019 pula, pada asalnya nak masuk Albania & North Macedonia akan tetapi car rental company tak benarkan. Ada company yang benarkan namun terpaksa apply Green Card.. Memandangkan Greece banyak tempat utk dilawati, hubby kata Greece saja lah. Ada kawan suami yg terpaksa tinggalkan kereta di border utk sewa kereta lain, sbb kereta sewa nya tidak dibenarkan masuk ke negara lain.
Sebelum trip, memang tak pernah kami tau istilah SCHENGEN COUNTRIES ni..
6. SEWA HOSTEL, HOMESTAY DLL
Kami utamakan FREE PARKING (sbb kami memandu kereta sewa), TIADA CLEANING FEE & FREE WIFI + basic dapur.. Antara websitenya ialah booking.com & AirBnB. Apapun sebelum book, pastikan rancangan perjalanan dah siap. Destinasi, berapa jauh nak drive, berapa malam nak tidur, tempat utk dilawati dll..
Harga accomodation ni kadangnya tidak termasuk DESTINATION FEE PER PERSON atau CLEANING FEE PER DAY dll nya (ada hingga EU70 sehari). Kebanyakan AirBnb & Homestay kenakan CLEANING FEES ni. Kalau hostel & backpackers hostel, belum pernah kami jumpa, cuma Destination Fee Per Person normally EU1-1.50 setakat ni..
Germany.. Tiada dalam plan asal tapi accomodation mahal di Salzburg, Austria maka kami cari lain yg radiusnya dalam 20km.. Kami jumpa homestay di Teisendorf, Germany harganya reasonable. Subhanallah cantik sangat tempatnya, ada tasik & tanah tinggi..!!
7. INFO HIGHWAY, TOL DLL
Di samping itu, search internet utk info highway atau jalan biasa, juga tolnya & pemeriksaan di sempadan tiap negara.. Kalau tak nak bayar tol, boleh ambil laluan jalan biasa, boleh set di GPS atau Google Maps.. Memang ada laluan tanpa tol cuma kadang perjalanannya lebih jauh, tapi bukan semua..
HIGHWAY TOLL & VIGNETTE
(Source: dalnicni-znamky.com)
VIGNETTE ni adalah bayaran TOL dalam bentuk sticker yg dilekat pada cermin depan kereta, namun ada juga yg telah dimasuk dalam sistem di Plaza Tol tertentu. Vignette ni mesti dibeli awal sebelum masuk ke sempadan negara yg menggunakan Vignette. Selalunya dijual di stesen minyak atau Plaza Tol di setiap sempadan sebelum memasuki negara seterusnya. Tak susah, memang ada tapi make sure jgn terlepas sempadan. Ada signboard utk beli Vignette di sempadan.. Denda memang mahal, beratus2 Euro.. Kalau negara tak guna Vignette, bayar tol mcm biasa, guna credit card je di Plaza Tol tu.. Ada yg kami bayar cash jugak rasanya..
"Vignette is a form of road pricing imposed on vehicles, usually in addition to the compulsory road tax, based on a period of time instead of road tolls that are based on distance travelled. Vignettes are currently used in several European countries. The term is of French origin, and is now used throughout Central Europe, as well as in Italy (vignetta). Source: Wikipedia
Stesen Minyak di Gorizia, Italy. Selain mengisi minyak, kami beli Vignette sebelum masuk ke sempadan Slovenia.
Plaza Vignette pertama selepas saja melepasi sempadan Italy iaitu di Sempeter-Vrtojba, Slovenia.. Sesudah melepasi plaza Vignette ni, terdapat Border Guard yg bertugas di hujung plaza. Ada juga ketika tiada langsung Border Guard yang bertugas di luar plaza. Tak diketahui samada mereka mempunyai CCTV..
Road traffic is often monitored by roadside cameras, and vignettes are verified by state officials, such as border guard and national police. Hefty cash fines are often charged to travelers using public roads without a valid and properly affixed vignette."
(Source: Wikipedia)
Ini lah sticker VIGNETTE.. Kedudukan Vignette di sebelah kanan pada cermin kereta ni ditetapkan mengikut negara.
2 lagi sticker Vignette di sebelah kiri cermin depan kereta..
VIGNETTE juga boleh dibeli di kiosk2 yg terdapat di luar Stesen Minyak sebelum tiap sempadan.
Manakala di SCANDINAVIA (NORWAY, DENMARK & SWEDEN), semua tol hanya menggunakan Credit Card.. Di Scandinavia memang hampir kesemuanya tol, parking dll hanya menggunakan Credit Card.. Mostly cashless di sana.
MEMANDU DI SPAIN & PORTUGAL
Memandu di Spain tak ada byk hal sangat sbb boleh guna matawang atau Credit Card. Tetapi lain nya di Portugal, setelah memasuki sempadan terdapat plaza tol yg memerlukan kita verify Credit Card yg akan digunakan sepanjang perjalanan dlm Portugal. Kalau tak ada Credit Card, maybe ada jual card yg seumpamanya seperti sebelum memasuki Singapore, card yg akan di-scan & charge walau di mana kita drive seperti di Singapore yang tiada plaza tol. Perlu di-top up utk ditambah nilai.
Beginilah rupanya di plaza tersebut, kami memasuki lane ONLY FOREIGN VEHICLES sbb kereta kami disewa dari Barcelona, Spain juga lane ni utk verify Credit Card. Jika tersalah pun, the officers ramai boleh bantu.. Tak salah kalau kita ter-salah.. Kadang tu main redah jugak.. Ada button tekan je & tanya.. Itu lah namanya mengembara di tempat orang kan.. Kena soal pun, buat bodoh je lah jangan tunjuk pandai sangat sbb kita di tempat orang, thats us lah haha..
Nilai nya tol utk tiap kenderaan..
Zup zap lalu bawah tu akan terus di-charge ke Credit Card. Tiada Touch & Go seumpamanya. Drive terus. Ben-vienda PORTUGAL..
Begitu lah sedikit sebanyak yg dapat dikongsi. Post ni akan di-edit dari masa ke semasa utk info terkini juga info dari sahabat2 lain yg lain pengalamannya.. Maaf atas kekurangan. Terima kasih juga buat yg berkongsi pengalaman & pembaikan pada post ini.. Mohon dibaca komen sahabat lain utk info tambahan, kami dahulukan dengan jutaan Terima Kasih.
Boleh kata lengkap dah ni kak :D hahaha best sgt baca!
ReplyDeleteAnother thing boleh add on:
- ada rental company sediakan insurance foc dan ada yg kena bayar. My friend's experience, ada one time ni dia beli insurance kereta then bila dah balik Malaysia, rupanya dia kena speeding ticket somewhere. And company tu guna insurance tu je utk cover (since dia takde masalah teknikal lain kat kereta tu)
hanisamanina.com
Nina: Thank youuuuu so much. Tolong tambah lagi ya :)
ReplyDeleteThanks for the info.. ;)
ReplyDeletethanks sudi kongsi pengalaman
ReplyDeletenice info nih
Aiza: Welcome tapi kena search deep lagi takut belum tepat
ReplyDeleteHans: Sama2, hanya secebis dari pengalaman kami..
Assalamualaikum Kak,
ReplyDeleteGood tips. Dah detail dah tu :) Cuma saya rasa Lesen Memandu Antarabangsa tu perlu tukar kepada Permit Memandu Antarabangsa (International Driving Permit) kerana ianya bukanlah lesen, cuma permit. Oleh sebab itu ia mestilah ditunjukkan bersama lesen memandu yang sah. Ramai orang salah faham berkaitan permit ini.
Semoga post ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Assalamualaikum, boleh tak letak detail harga sewa kereta termasuk insuran dll utk rujukan utk sy sewa akan dtg
ReplyDeleteKA: Ohhhh.. Thank You Thank You so much for the additional detail & info.. Sgt2 menghargai nya..
ReplyDeleteRadziah: Ok will do Insya Allah, nak kena check dgn hubby sbb dia buat semuanya.. Btw ada email tak utk saya email..
email sy redziah@tm.com.my , terima kasih byk2
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih banyak sebab sudi berkongsi tips dan pengalaman. InsyaAllah akan saya jadikan panduan kalau berkesempatan.
Radziah: Sama-sama
ReplyDeleteAnon: Terima kasih singgah sini..