Saturday, January 04, 2025

ITINERARY - PERCUTIAN DI JEPUN (TOKYO - OSAKA 2024)






ITINERARY PERCUTIAN DI JEPUN (DEC 2024)












Alhamdulillah siap update semua post di atas. Alhamdulillah smooth semuanya. Moga dapat kembali ke Jepun, ke bahagian lainnya pula. Insyaa Allah. 


BEBERAPA FAKTA MENGENAI JEPUN:

Di Jepun, ELAKKAN :

• Memakai kasut di dalam rumah: Sentiasa tanggalkan kasut anda apabila memasuki rumah, kuil dan rumah penginapan tradisional di mana anda akan duduk di atas tikar tatami. 

• Perbualan kuat di pengangkutan awam: Pastikan suara anda perlahan di dalam kereta api dan di ruang awam. 

• Membawa bagpack di bahagian belakang badan bila di dalam train. Bawa di bahagian depan badan. 

• Meniup hidung anda di khalayak ramai: Jika anda perlu meniup hidung anda, maafkan diri anda dan pergi ke bilik mandi. 

• Tip: Memberi tip bukan kebiasaan di Jepun, jadi jangan tinggalkan tip di restoran. 

• Makan sambil berjalan: Berjalan dan makan pada masa yang sama dianggap tidak sopan. 

• Tidak mandi sebelum memasuki onsen: Sentiasa basuh diri anda dengan bersih sebelum memasuki mata air panas, dan ambil perhatian bahawa sesetengah onsen mungkin tidak membenarkan orang yang mempunyai tatu. (Onsen are hot springs and the bathing facilities and traditional inns around them).

• Mengambil gambar tanpa kebenaran: Sentiasa minta kebenaran sebelum mengambil foto orang, terutamanya dalam detik peribadi. 

• Paparan fizikal kasih sayang di khalayak ramai: Elakkan PDA yang berlebihan kerana ia boleh dianggap tidak sesuai. 

• Memotong baris gilir: Beratur dengan betul dan jangan cuba melompat ke hadapan dalam barisan. 

• Tidak mematuhi peraturan pelupusan sampah: Berhati-hati dengan pembuangan sisa yang betul dan asingkan sampah anda dengan sewajarnya. 

(Sumber : Google)

SILA BAWA CASH/TUNAI di Jepun

Antara kegunannya untuk vending machine, locker dll. Tapi kata kawan di Tsujido, Janet, warga senior Jepun kurang menggunakan handphone maka bayaran melalui online atau QR memang tak dapat dilaksanakan. Juga dengan duit syiling atau kertas, menjadikan mereka lebih menggunakan otak untuk mengira. YA SETUJU SANGAT.

Tunai masih merupakan kaedah pembayaran yang paling popular di Jepun. Jika anda pergi ke luar bandar, kemungkinan besar ia akan menjadi satu-satunya pilihan anda. Walaupun kad dan cara pembayaran tanpa tunai yang lain diterima secara meluas di kawasan bandar, anda masih harus menyimpan wang tunai lama untuk anda. (Sumber : Google)


11 comments:

  1. Thanks for all the entries🤩🥰 moga2 ada rezeki i dan boys nak repeat tokyo thn ni

    ReplyDelete
  2. Jenuh nak khatam entry Jepun. Terima kasih tips2nya mungkin ada budaya sana yang patut kita contohi contohnya bercakap tak meninggi suara. Maaf cakap tapi ada bangsa yang memang jenis bercakap suka jerit2, ganggu betul dibuatnya.

    ReplyDelete
  3. tak ckp kuat di khalayak ramai tu mmg best sbb kurang selesa ada certain bangsa suka ckp kuat.. salam tahun baru 2025 buat akak sekeluarga! :)

    ReplyDelete
  4. Tak boleh makan sambil berjalan. kita kadang2 terlepas juga especially bila makan aiskrim..adoiii...

    ReplyDelete
  5. Yg tak boleh makan sambil berjalan tu selari dgn ajaran Islam kan...
    Tq Kak for sharing, kot ada rezeki fly ke Japan boleh rujuk sini 👍🏻

    ReplyDelete
  6. Tabung duit fizikal masih laku lah di jepun....

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas panduannya... kalau kami nk ke sana kami akn search balik... kawan2 lady ramai yg belajar di sana...

    ReplyDelete
  8. Serinok baca entry akak travel Jepun ni..harap dapat perf satu hari nanti..banyak do & don't kat Jepun rupanya...

    ReplyDelete
  9. yang nak gi jepun tu boleh laa selak2 iti ni... FOC ni ;-)

    ReplyDelete
  10. nak repeat jepun lagi tak?
    main salji kat hokkaido keee
    hahaha

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsian itinerary.Semoga ada rezeki kami ke sana juga

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com