Wednesday, December 25, 2024

DAY 6 : Part 2 - OSAKA to KYOTO, DAY TRIP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.


Dari SHIRAKAWA CANAL, kami naik bas ke KYOTO CENTRAL MASJID untuk solat. Tutup lah pulak. 


Tunggu bas lain nya. 


Kami ke KYOTO GRAND MOSQUE. Nak jalan2 lagi, so better lah solat siap2. 


Berdekatan KYOTO GRAND MOSQUE je. Belum lapar so tak makan lah.


Naik bas lagi. DAYPASS untuk bas, beli awal2, tunjuk ke driver tarikh tu je. SUICA pun boleh guna rasanya, tapi mahal sikit lah. Sebab charge untuk tiap trip.


ARASHIMAYA BAMBOO FOREST 



Juga dikenali dengan nama Hutan Buluh Sagano ialah hutan buluh semula jadi di Arashiyama, Kyoto, Jepun. Ia kebanyakannya terdiri daripada buluh mōsō dan mempunyai beberapa laluan untuk pelancong dan pelawat. Kementerian Alam Sekitar menganggapnya sebagai sebahagian daripada landskap bunyi Jepun. Hutan ini tidak jauh dari kuil Tenryū-ji, yang merupakan ibu pejabat sekolah Rinzai Buddhisme Zen, dan Kuil Nonomiya. (Wikipedia)




Luas ARASHIMAYA BAMBOO FOREST ni.



One for the album. Alhamdulillah di belakang tu lambat jalan nya. 


Tak lah ramai sangat pengunjung di area ni. Kena cepat2 standby handphone/camera, bila tak ada orang, terus snap. 






Geram tengok daun2 merah tu.


JAMBATAN TOGETSU-KYO (di belakang sana)

Ianya telah menjadi mercu tanda di Daerah Arashiyama di Kyoto Barat selama lebih empat ratus tahun. Jambatan kayu merentangi Sungai Katsura di hadapan Gunung Arashiyama, menawarkan pemandangan yang menakjubkan. Bunga sakura musim bunga dan warna musim gugur menarik ramai orang, kerana pemandangannya menakjubkan.
 
Jambatan itu sering digunakan dalam filem sejarah. Ia juga merupakan tapak permulaan penting untuk kanak-kanak tempatan. Lelaki dan perempuan muda (yang terakhir berpakaian kimono) mula-mula menerima berkat daripada kuil tempatan dan kemudian menyeberangi jambatan di bawah arahan untuk berbuat demikian tanpa menoleh ke belakang. Jika tidak mengendahkan arahan ini, ia dikatakan membawa malang akibatnya, jadi taruhannya tinggi. (Sumber : kyoto.travel)



KATSURA RIVER
 (桂川, Katsura-gawa ) ialah kesinambungan daripada dua sungai lain, Sungai Hoz , sungai kecil dan deras yang bermula di pergunungan berhampiran Kameoka dan kemudian meluncur melalui pergunungan yang memisahkan Kameoka dan Kyoto; dan Sungai Ōi (大堰川Ōi-gawa), yang muncul dari pergunungan tersebut dan mengembang menjadi sungai yang cetek dan mengalir perlahan sehingga Jambatan Togetsukyo di Arashiyama. Sejak itu, sungai itu dirujuk sebagai Sungai Katsura, dan alirannya berterusan selama beberapa kilometer melalui Prefektur Kyoto sehingga ia bergabung dengan sungai Kamo dan Uji. (Wikipedia)





Sempat zoom, tak sure burung apa.


4.30pm kami naik train untuk balik ke OSAKA. 


Outlet ni memang tersohor untuk tourist dari Malaysia. Ramai yang jadi PS untuk belikan. Memang tak tau brand ni, anak2 dan hubby yang tau. Bila tengok harga dan compare, memang murah. Di Malaysia RM660, di Jepun RM390. 30-40% lebih murah.


Lapar sebab skip lunch. Asalnya nak lunch di area ARASHIMAYA, tapi fine dining rupanya. Mahal satu hal, lambat pun ya. Jumpa Family Mart, beli roti untuk alas perut sebab kami nak makan RAMEN di OSAKA, lagi dan lagi. Hehe.


Meja penuh so kami duduk depan kitchen.



Dua2 pun CHICKEN RAMEN tapi lain2 sup. Lapar kan, lupa nak snap menu. Tapi order guna QR. 


HALAL RAMEN HONOLU GRANDE, OSAKA 


On the way balik apartment, singgah Family Mart dan 7E. Shopping untuk breakfast siap2. 3 jenis ni disahian Halal dalam apps. Melonpan, Pancake dan French Toast. Klik jenis lain, banyak keluar Syubhah. Maka seminggu di Jepun, kami makan yang ni saja gilir2 tapi sedap. Plain sandwich bread ada yang boleh makan, tapi malas nak beli tuna in tin ke, butter dan jam ke. Malas nak prepare, nak basuh. Nak makan terus je. 


Barisan ONIGIRI yang segak cantik sedap, yang mengenyangkan kami sepanjang di JEPUN.


Paling banyak steps bercuti ke Jepun ni. Pagi gagah perkasa lagi, bila ke petang memang seret kaki. Macam dah boleh join Marathon 15km kan. Insyaa Allah. Hubby ajak join yang 5km pun banyak alasan. Hehe. 

Alhamdulillah smooth semuanya. 
Till later. Thanks singgah, baca& komen dairi seorang Mulan. Take care semua.

2 comments:

  1. memang cantik arashiyama ni, tapi tempat ni selalu penuh dgn tourist. kalau bergambar tu memang agak susahlah nak dapat background yg clear
    broth ramen tu nampak pekat!

    ReplyDelete
  2. Cantiknya hutan buluh tu!
    Memang berbaloi sungguh Akk travel ke Japan ni, semua tempat pergi cantik² belaka

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com