Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
31/12/2024. Last day tahun 2024. Esok pun 1 REJAB. Doa yang terbaik buat kita semua. Moga cemerlang dunia akhirat. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
Kena kental nak habiskan entry Jepun ni. Mood pun lari sana sini + hal2 berbangkit dan tertunggak hehe.
Sunset dari balcony. Sehari sebelum balik Malaysia.
Trek keretapi. Memang dekat sangat. Ketika check in, kami diberi earplug, ada di atas meja. Maybe sebab bunyi train. Tapi sebenarnya malam2 train tak jalan pun. Dah mengantuk, tak ada makna nya earplug. Lena keras kejung atas katil tu.
Lepas Subuh terus bersiap untuk ke OSAKA STATION (UMEDA). Naik train ke NARA PARK. 51 minit.
Beli makanan untuk deer2 dulu.
Eh ehh nak ke mana tu tanpa teman.
Jangan pandang saya. Saya tiada makanan.
Muzium Negara Nara (奈良国立博物館, Nara Kokuritsu Hakubutsukan ) ialah salah satu muzium seni negara yang terkemuka di Jepun.
Muzium Negara Nara terletak di Nara , yang merupakan ibu negara Jepun dari 710 hingga 784. Katayama Tōkuma (1854–1917) mereka bentuk bangunan asal, yang merupakan bangunan perwakilan gaya Barat pada zaman Meiji dan telah ditetapkan sebagai Penting Harta Budaya di Jepun. Junzō Yoshimura (1908–1997) mereka bentuk bangunan tambahan pada tahun 1973. (Wikipedia)
RUSA DI NARA PARK
Menurut cerita rakyat tempatan, rusa sika dari kawasan ini dianggap suci kerana lawatan Takemikazuchi, salah satu daripada empat dewa Kuil Besar Kasuga. Dia dikatakan telah dijemput dari Kuil Kashima di Wilayah Ibaraki sekarang, dan muncul di Gunung Mikasa (juga dikenali sebagai Gunung Wakakusa) menunggang rusa putih. Sejak itu, rusa dianggap suci dan suci oleh Kuil Besar Kasuga dan Kōfuku-ji. Membunuh salah satu rusa suci ini adalah satu kesalahan besar sehingga 1637, tarikh terakhir yang direkodkan bagi pelanggaran undang-undang itu. (Wikipedia)
NARA PARK
Sebuah taman awam yang terletak di bandar Nara, Jepun, di kaki Gunung Wakakusa. Ditubuhkan pada tahun 1880, ia adalah salah satu taman tertua di Jepun. Dari segi pentadbiran, taman ini berada di bawah kawalan Wilayah Nara. Taman ini merupakan salah satu daripada "Tempat Keindahan Pemandangan" yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi (MEXT). Lebih 1,200 rusa sika liar (シカor鹿 shika ) bebas berkeliaran di taman itu juga di bawah sebutan MEXT, diklasifikasikan sebagai khazanah semula jadi. (Wikipedia)
Alaaa alaa comelnya lintas jalan berdua.
Yang best jugak sebab daun2 pokok masih berwarna-warni.
Ralit sangat mata tengok daun2 bermacam warna tu.
Tak pandai nak posing2 memang betul macam ada kawan cakap, you ni kan bergambar macam robot. Yes that's me. Hehe.
Anak soleh kami.
Subhanallah cantik nya dengan daun2 kekuningan.
Lapar. Makan bekalan roti dll sebentar. Sampah, kena bawa balik atau buang di tong yang berkenaan.
Dia tu kan, dengan kaki nya yang macam robot. Macam ada bateri yang fully charged all the time. Tak boleh duduk diam sekejap. Asyik nak berjalan je. Diam dia waktu tidur atau K-Drama haha.
Todaiji Kagami-ike Pond
Walaupun KHAMIS, namun ramai betul pelajar yang berseragam ke NARA PARK juga.
Todai-ji Namdaimon (Grand South Gate)
Dikenali sebagai Great South Gate, berdiri sebagai keajaiban seni bina dan pintu masuk penting ke kompleks Kuil Todai-ji yang suci di Nara. Struktur dari abad ke-8 ini adalah Khazanah Negara Jepun dan mencerminkan ketukangan pembina Jepun purba. Menempatkan Nio Guardian Kings yang mengagumkan, pintu gerbang itu menjemput pengunjung untuk menerokai kedalaman rohani dan sejarah Todai-ji.
(Sumber : trundlejapan.com)
Dah ramai pengunjung.
Deretan kedai yang menjual pelbagai makanan, souvenir dll.
Berduyun lagi pengunjung. Bye bye NARA PARK. Kami ke train station. Balik ke OSAKA.
Don Quijote (Donki).
Salah satu kedai diskaun terbesar di Jepun, popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong untuk kemudahan dan diskaun "Donki" dinamakan sempena protagonis novel Sepanyol Don Quijote, yang bermaksud "Sentiasa bersedia untuk cabaran baharu."
Takao Yasuda mengasaskan Don Quijote, kini Pan Pacific International Holdings, pada tahun 1980. (Sumber: Google)
EBISU BASHI SUJI SHOPPING STREET
Ia adalah jalan membeli-belah yang menghubungkan Ebisubashi, terkenal dengan papan tanda Glico dan Kani Doraku, di utara, dan kedai Takashimaya Osaka di selatan. Terletak di tengah-tengah Minami, Osaka, ia mempunyai segala-galanya daripada kedai-kedai yang mantap yang telah wujud sejak era Genroku kepada kedai-kedai yang menerajui fesyen terkini. Ia adalah jalan yang meriah yang dipenuhi orang ramai siang dan malam, dan ia menyeronokkan untuk berjalan-jalan. Dikatakan bahawa daerah beli-belah semasa bermula sejak zaman Edo, apabila restoran seperti kedai udon dan kedai teh dibuka untuk jemaah yang menuju ke Imamiya Ebisu di sepanjang Ebisubashisuji.
SHIN BAI BASHI SHOPPING STREET & GLICO MAN
HALAL RAMEN NANI WAYA
Lapar, ke sini lagi.
Kami suka ramen di sini. Sedap.
Kedai VIETNAM halal di sebelah nya HALAL RAMEN NANI WAYA.
Juga halal, berdekatan.
MOMO'S juga halal. Anak soleh nak makan RAMEN di Jepun ni. Layan lah.
Famous 2nd STREET ni nampak di medsos tapi tak masuk lah.
Sunset. Balik apartment untuk solat.
HEP FIVE FERRIS WHEEL
HEP FIVE ialah kompleks komersial yang terletak di tengah-tengah Umeda, Osaka. Roda Ferris berdiameter 75m berwarna merah terang, yang dipasang supaya ia kelihatan menyumbat dirinya ke bahagian atas bangunan, adalah simbol kemudahan ini. Titik menaiki adalah di tingkat 7, dan gondola naik melalui bumbung hingga 106m di atas tanah, menawarkan pemandangan panoramik bukan sahaja pusat Osaka, tetapi juga Selat Akashi pada hari yang cerah. Muzik dimainkan di dalam 52 gondola empat tempat duduk, yang berhawa dingin sepenuhnya dan dipanaskan. Satu revolusi mengambil masa kira-kira 15 minit. Pada waktu malam, roda dinyalakan oleh lampu limpah yang dikawal oleh komputer. (Google)
Tiap kali keluar memang lalu di sini tapi tak ada kemahuan nak naik ferris wheel ni.
UNIQLO OSAKA.
The World's Best UNIQLO Store katanya.
Dalam RM30. Tak beli apa pun di Uniqlo Jepun ni, mostly baju musim sejuk. Malaysia suhunya lain. Winter clothing dah ada, cukup lah. Layan menunggu daddy dengan anak soleh membeli seluar dan stokin. Murah. Hubby ni jarang2 membeli so kalau dia membeli, make sure handphone banyak bateri, kita layan movie yang siap download. Hehe.
CASTELLA CAKE
Castella (カステラ, kasutera ) ialah sejenis kek span Jepun dan terkenal dengan rasa dan tekstur ala brioche yang manis dan lembap. Ia berasaskan kek yang diperkenalkan ke Jepun oleh pedagang Portugis pada abad ke-16. Ia kemudiannya dipopularkan di bandar Nagasaki, di mana ia dianggap sebagai kepakaran. Walaupun asalnya asing, ia dianggap sejenis wagashi, atau kuih-muih tradisional Jepun. (Wikipedia)
Dah nak balik baru ingat nak beli kek ni di 7E. Memang halal. Beli satu je bawa balik Malaysia. Nak rasa.
Nara & Dotonbori punya langkah. Tapi seluar baju tak pun rasa longgar. Kenapa ya.
JUMAAT 6/12/2024.
Usai solat Subuh. Terus check out.
Time ni semua kena carry backpack termasuk mak nya. Each bag 10-13kg je. 500m kena berjalan kata hubby. Ok je sebab sejuk.
HOTEL NEW HANKYU OSAKA
Beratur di sini. Bas terus ke KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT. Kami diberi tag untuk setiap bag.
Di Jepun ni, mostly station besar ada locker. Senang nak simpan luggage dll.
Dalam bas. Selesa.
Sampai airport, tunjuk tag untuk dapatkan bag. Cepat dan efisien.
Sunrise di KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT.
Wrap bag. Hhmm teliti sungguh abang Jepun tu. Memang lama sikit menunggu. Antara sebab kena datang airport awal, kalau nak balut bag dll. Alhamdulillah check in pun smooth. Lepak sejam lebih sebelum boarding. Banyak tempat duduk dan port untuk charge hp. Malas dah nak snap dalam airport tu.
Wahh best aircraft besar selesa spacious kali ni. Maybe ni SG airlines punya kot, pernah baca dulu AAX beli dari SIA.
Seat kami belakang tapi seat berdua. Senang nak keluar. Anak soleh duduk dengan passenger lain di belakang seat kami je.
Bye bye KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT. Bye bye JEPUN.
Jumpa lagi Insyaa Allah ya.
Subhanallah view yang sangat2 suka.
Sedap Alhamdulillah.
EVERYONE CAN FLY.
Trip kami. Sebahagian kecil Jepun yang dapat diterokai. Tokyo ke Osaka.
Tokyo - Tsujido - Odawara - Fujikawaguchiko - Osaka - Kyoto - Osaka.
Alhamdulillah smooth semuanya. Moga diizinkan kembali ke Jepun.
Till later. Thanks singgah, baca& komen dairi seorang Mulan. Take care semua.
Kagum bila RUsa dianggap suci dan banyak berkeliaran di situ...nampak jinak aje kak..21.7k steps...ya allah...kalau SA agaknya dah merangkak sebab lenguh kaki...hahaha...amin...moga SA ada rezeki ke Jepun...x tau la bila tu..bila nak dapat rezeki terpijak agaknya...hahaha..
ReplyDeletePuas hati layan gambar memang lawa negara Jepun ni, tahniah kak sebab berjaya jugak dokumenkan travel journey ni di blog... jgn lupa tau buat photobook semua gambar jalan² japan... cantik semuanya
ReplyDeleteCantik la kat Nara Park tu. Berkenan tengok daun warna kuning dan merah. Warna dia terang betul.
ReplyDeletejinak2 rusa tu...dan nampak seronok je berkeliaran sana sini
ReplyDeletebest baca entry cuti2 jepun u ni :) gmbr2 background autumn dan daun2 kaler2 tu semua fascinating. castela cake tu nmpk sgt sedap laa..nak kena cari kalau i gi tokyo nanti insya Allah
ReplyDeletealhamdulillah pengembaraan indah melihat kebesaranNya jua, tq Mulan berkongsi kisah indah di bumi Jepun :)
ReplyDeleteTiap entry menarik sebab disebalik penceritaan diiringi dengan gambar-gambar yang cantik.
ReplyDeleteWarna2 pokok yg vibrant macam tu tak kelihatan di asia
ReplyDeleteKalau saya, 10kg backpack pun dah terasa berat. Gagah sis 💪🏼
ReplyDeleteJepun memang negara yang best untuk kita explore, pergi sekali rasa nak pergi lagi kan 😀
Dilepas bebas ye rusa² tu... Bagus la diorg dapat bebas ke sana sini
ReplyDeleteLama tak fly, terliur pulak nak in flight meal tu haha...
#terliur pulak tengok, bukan nak ye Kak.. typo 🤣
DeleteJauh perjalanan, luas pemandangan.
ReplyDeleteTahniah kerana menjadi salah seorang pemenang pengomen tegar blog abam kie. Maklumat lanjut di www.zukidin.com
ReplyDelete
Tiba tiba rasa "termasuk" dalam semua pic tu pulak...Terbuai dek keindahan negara Nippon ni ..
ReplyDeleteSeronoknya
Selamat tahun baru semoga sehat selalu dan dimudahkan harapannya
ReplyDeletePuluh ribu langkah baju dan seluar tak rasa longgar agaknya sebab sejuk kot.. lemak tak sempat nak pecah huhu...
ReplyDeleteKiranya nak makan halal kena pergi town dia lah ya area Glico Man tu..sebab rasa macam 3 kali baca entries ada Glico Man.
cantiknya gmbr Todaiji Kagami-ike Pond.....slalu tgk kwn2 share yg bw ank2 kecik main2 dgn rusa kt nara park tu ...pokok2 yg colorful dedaun tu cantik
ReplyDelete