BERSAHABAT DUNIA AKHIRAT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.


Semalam cuti Awal Muharam, drive berdua dengan anak solehah ke Klang. Ziarah mak pada FH, bff UITM. Lama betul tak jumpa Makcik K ni. Last masa si FH ni kawin dulu. Kami pakat tidur ramai2 di rumah ni lah dulu. Merewang sama2 jiran Makcik K. Seronok sangat. Moga cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan nya. Makan2 borak lah kami bertiga lepas pada borak dengan Makcik K, bagi dia rehat pulak. 


Pukul 12 tinggalkan FH dengan maknya, Cik WD ni ajak lunch. FH memang tak dapat ikut sebab temankan mak nya. WD ajak ke DAPUR DARLING, Shah Alam. Sebaris Restoran Cili Merah, dulu pernah pergi breakfast. Cantik mural pokok di dinding.


Tak sure apa di atas.


Dessert station.


Cantik kan deco nya.


Ada scones dan beraneka jenis kek.


WD order Seafood spaghetti. Favorite dia, katanya. Regular kot mek ni di cafe ni. 


Anak solehah order set NASI TOMATO dengan AYAM MASAK MERAH. Mummy nya setuju sangat sebab memang lemah masakan Melayu, sebab malas menumis lama hehe. Kongsi je sebab nampak meja sebelah order, portion besar. Ya sungguh, banyak nasi nya. Tadi di rumah FH pun dah berjamu Mee Goreng dan kuih muih. Sedap nasi dan ayam, juicy ayamnya, tak kering atau terlalu garing.


Cekodok ni sedap tau dengan sos nya. Crispy.


WD order PUDING ROTI. Favorite dia jugak katanya. Memang sedap. A bit later, suami WD join, rumahnya tak jauh. Kami memang kenal suami nya. Dia order ASAM LAKSA. Sedap katanya, first time order. Sebelum ni pernah order MEE REBUS, macam tak berapa, katanya. Lupa pulak snap foto. 


Antara cake di sini.


Asalnya nak order scones tapi dah kenyang.


Cantik kan deco cafe ni.


Siap makan, drive balik Putrajaya. Hari mendung dan hujan, tak berani nak stay borak lama, apalagi drive ketika hujan2 di KL dan Selangor ni. 

View dari luar DAPUR DARLING. Seksyen 9 rasanya. Sedap dan cantik cafe nya.
Foto : Zeta Omar


Jumaat lepas, drive berdua dengan anak solehah ke Keramat. Ziarah Kak F, kakak yang sangat baik dan helpful ketika duduk di Ho Chi Minh dulu. Arwah suaminya meninggal malam Raya Aidil Adha baru2 ni. Moga rohnya En M dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Aamiin. Keluarga yang sangat2 baik.


Sempat buat MARBLE CAKE untuk Kak F.


Petangnya pula Jumaat lepas juga, ke Presint 9, ziarah kawan yang uzur, yang juga sama menetap di Ho Chi Minh dulu. Moga Kak H cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan nya. Bila bermusafir, bila senang susah, sahabat lah yang dicari bila jauh dari family.


Ahad baru ni, acah2 berhempas pulas berdua dengan anak solehah masak rendang ayam seekor je dan goreng spaghetti sebungkus (fusion style). Sate tu macam biasa order dari SATE HAKIMI. Keropok lekor memang ada stok beku. Alhamdulillah rendang ayam masak elok HP17 dalam pressure cooker. Dah tak hancur macam masak ketika Raya Haji. Cantik seketul2.

Lemang frozen pun ada. Kukus semula. Masak nasi impit mini juga untuk makan dengan rendang dan kuah sate. Masak2 ni untuk kawan2 kolej anak solehah ni, dah lama diorang nak datang. Dekat 20 orang jugak, 4-7pm. Pukul 8pm baru balik kekdahnya seronok makan dan borak2. 


Buat juga KEK LEMON, BROWNIES dan KEK BATIK INDULGENCE.


Kek Batik Indulgence ni first time buat Alhamdulillah elok jadinya cuma tak tinggi. Tapi elok sebab bite size. Sedap. Resepi ni ala2 Kek Batik Mr Ali katanya. Jumpa resepi di FB.


Kek Lemon ni Alhamdulillah ok. Lama jugak tunggu masak bahagian tengah. Lain hari, lain cara masak kek ni. Brownies macam kering sikit sebab terlebih 10 minit dalam oven, lupa nak check tapi laku keras juga. Alhamdulillah semua seronok jumpa sambil makan2. Riuh rumah. Alhamdulillah hujan lebat so tak lah rasa risau takut bising kacau jiran.

Bersahabat ini, ianya, walau di depan mata atau di alam maya, moga ikhlas menyayangi semua, moga menjadi sahabat akhirat dan dunia, yang akan menarik kita ke Syurga. Aamiin.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

55 comments

  1. Semua sedap2 menu akak..

    ReplyDelete
  2. cantiknya rumah ur fren (FH) tu...cute nama cafe tu...dapur darling! terliur cekodok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik kan. Nama cute, food pun sedap.

      Delete
  3. Menarik juga buka cafe tu. Impian Cie dari zaman remaja. Hihi. Entahla boleh tercapai ke tak tu.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... jumpa sahabat2 yg baik tu satu bentuk rezeki dan nikmat juga 😃 cantiknya kafe dapur darling tu, tapi jauh sangat la kalau nak pergi ke situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sahabat2 memang rezeki.
      Kami dari Putrajaya lagi lah jauh nak ke Dapur Darling tu. Tapi sebab dah on the way balik, so boleh la singgah

      Delete
  5. Salam Maal Hijrah buat Mulan sekeluarga.. Nice deko cafe ni. Ala2 english style.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maal Hijrah buat Faa juga. Memang cantik deko cafe ni. Food pun sedap

      Delete
  6. Suka la tengok deco cafe ni...cantik dan sedap mata memandang..tenang aje...buka la kak cafe..mana tau balik Kuantan SA bleh terjah..kalau plan buka di Kuantan la..hehehe..kalau di putrajaya lagi dekat kan...Salam Maal Hijrah buat Kak Mulan dan family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maal Hijrah SA dan family jugak.
      Hehe bukan senang nak buka cafe ni tapi macam seronok kan

      Delete
  7. Cantik restaurantnya kak, tengok memacam dessert tu geram betul. Lepastu rajin akak masak teringin nak merasa kek lemon akak yang menggoda tu la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik, makanan pun sedap.
      Hehe masak memang masa rajin je 😄😄

      Delete
  8. Alhamdulillah dapat ziarah orang sakit, besar pahala.

    Cantik dan menarik deko cafe tu, nampak macam hotel.

    Sedap betul nampak kek batik indulgence tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah berkesempatan masa.
      Memang cantik dan sedap food nya.
      Sedap resepi batik indulgence tu.

      Delete
  9. Cantiknya restoran, suasana macam makan di rumah mewah. Kot ada ke Shah Alam, teringin jugak nak cuba makan di sini.

    Ramai tu 20 orang kawan yang datang. Meriah rumah! Untung mereka dapat menikmati air tangan Mulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik dan sedap food nya. Try la nanti.
      Alhamdulillah diizinkan tenaga. Budak2 students tu kalau tak sedap pun kena paksa makan haha

      Delete
  10. Subhanallah.. sedap2 semua gambar makanan tu

    ReplyDelete
  11. Boleh ambik order kek batik indulgence tak. Deko cafe tu murah. Rezeki dapat kawan yg baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat la senang je. Memang cantik deko cafe tu. Alhamdulillah memang rezeki dapat sahabat2 baik

      Delete
  12. org jauh dh singgah dapur darling...mmg cantik cafe tu tp kita tk sempat try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la singgah nanti kalau ke area berdekatan. Cantik, food pun sedap

      Delete
  13. Tengok orang jual dessert dan baking dessert cantik-cantik. Teringin juga nak belajar dan membuatnya..Tetapi apakan daya, tangan ini takde skil itu kalau melibatkan baking samada bahan tak tau atau kalau mixed together boleh baling ke dinding..Pecah!!!!! hehehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ambil masa nak masak2 ni tapi tu lah ada hari kurang jadinya.

      Delete
  14. Cantikk sangat dekorasi keduanya... dessert semua nampak sedap..
    Moga persahabatan kalian semua kekal hingga ke syurga aamiinnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik deko kedai, food pun sedap.
      Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

      Delete
  15. nampak garing betul cekodok tu!
    sedapnya semua masakan kak mulan.. baking pun semuanya perfect! boleh bukak kafe kecik2, mesti ada je yg beli. hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cekodok memang sedap, favorite kita.
      Baking ni kadang jadi, kadang kurang jadi. Camna nak buka cafe haha

      Delete
  16. Tengok semua menu sedap belaka. Deco kedai tu kemas dan cantik. Dapat pula bertemu sahabat2 baik memang seronok rasanya,
    Betul.. hujan di area Lembah Klang ni rasa 'menakutkan'. Pernah waktu petang hujan lebat disertai angin kuat di area Cyberjaya. Berdebar-debar waktu drive sebab tak nampak jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deko cafe memang cantik, food pun sedap. Alhamdulillah diizinkan jumpa sahabat lama.
      Tak menentu cuaca sekarang kan

      Delete
  17. Seronok tengok ukhwah yang terjalin lama masih berkekalan sehingga sekarang. In sya Allah semoga hingga ke syurga ye. Semoga yang diberi ujian dapat melaluinya dengan tabah. Yang kurang sihat dipercepatkan kesembuhannya. Nanti KSarie nak siasat Dapur Darling ni sebab ada scones. Makanan yang dimasak oleh Mulan sokmo la buat perut KSarie berdongdang sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga ukhuwah kita semua kekal selamanya hingga ke syurga, Aamiin. Try la ke Dapur Darling tu, sedap food nya. Hehe kita masak ikut mood. Kot tak sedap, yang dijamu kena makan jugak 😄😄😄

      Delete
  18. ohooo~ warna hijau.
    port scones tu sgt love ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan cafe tu. Scones hhmm nak makan tapi dah kenyang.

      Delete
  19. lawa signage kedai warna hijau...
    ke batik tu nampak smooth je.. suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lawa kan hijau je.
      Tak la smooth sangat first time buat Alhamdulillah resepi sedap

      Delete
  20. Menarik betul tempat makannya. Sambil menhamu selera, sambil hamu mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik dan menarik cafe tu, food pun sedap

      Delete
  21. Mula² saya nampak scones, dah telan ailio. Alhamdulillah, dapat ziarah sahabat lama, semoga silaturrahim tetap terjalin. Bestlah, anak solehah dan kawan², dapat makan yang sedap². 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat la makan scones tu sebab dah kenyang. Alhamdulillah diizinkan ziarah dan berjumpa. Hehe kalau tak sedap pun diorang kena makan 😄😄

      Delete
  22. Restoannya mewah betuul mbak, macam di michelin stars. Terasa macam restoran papan atas :D
    hamdalah, masih bisa bertemu ya mbaak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik dan sedap makanan nya. Alhamdulillah dapat bertemu

      Delete
  23. cantik tempatnya
    ni mkn bertambah2 pun x sedar😁

    ReplyDelete
  24. wahh sampai 20 org tu
    confirm meriah rumah

    ReplyDelete
  25. Aghhhhhhhh sukaaaa lihat restonya kak 😍😍😍. Saya catat dulu namanya, dapur darling. Nama pun cute 😄😍.

    Saya nih peminat tempat2 yg banyak mural, lukisan, Krn buat suasana jadi meriah.

    Aneka makanannya pun nampak sedap. Dan banyak pilihan. Puding roti tuh saya penasaran. Krn saya memang sukaaa bread pudding.

    Kombinasi warna biru dan hijau dari resto nya, betul2 menarik mata 😍😍👍👍👍.

    Kak Mulan kalau baking memang dah pro nampaknya 😄👍👍. Semua kue yg dibuat kliatan sedaap dan cantik. Bisa dijual lah kak 😍😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cute dan cantik. Makanan pun sedap. 😍😍
      Ya jarang2 ada kedai ada mural. Memang suka tengok nampak vibes nya lain.
      Makanan yang kami order semua sedap.
      Betul combination warna memang tenang dan cantik 🥰🥰🥰
      Hehe masak yang biasa buat saja, juga yang anak suggest. Maka nya pasti diorang akan makan.😄😄😄

      Delete
  26. Kalau dekat dengan Cili Merah tu memang saya pernah pergi la area tu. Cantik kedainya pun. Nampak klasik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dekat dengan Cili Merah. Selang beberapa unit kedai saja.

      Delete
  27. kak, masak rendang dalam noxxa tu, lepas dah masuk semua bahan sekali harung (ayam dan segalanya) baru set hp17 eh? ammi tak pernah lagi try masak rendang dalam noxxa...

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah..ada kesempatan dapat berjumpa dan melawat. Cantiknya cafe ni. Selesa sangat kalau menjamu selera di sini. Rasa macam semua sudut menarik.
    Tempting tengok kek marble dan kek lemon tu. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah berkesempatan jumpa. Memang cantik cafe ni, food pun sedap.

      Delete