SAHABAT DUNIA AKHIRAT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.


Semalam cuti Awal Muharam, drive berdua dengan anak solehah ke Klang. Ziarah mak pada FH, bff UITM. Lama betul tak jumpa Makcik K ni. Last masa si FH ni kawin dulu. Kami pakat tidur ramai2 di rumah ni lah dulu. Merewang sama2 jiran Makcik K. Seronok sangat. Moga cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan nya. Makan2 borak lah kami bertiga lepas pada borak dengan Makcik K, bagi dia rehat pulak. 


Pukul 12 tinggalkan FH dengan maknya, Cik WD ni ajak lunch. FH memang tak dapat ikut sebab temankan mak nya. WD ajak ke DAPUR DARLING, Shah Alam. Sebaris Restoran Cili Merah, dulu pernah pergi breakfast. Cantik mural pokok di dinding.


Tak sure apa di atas.


Corner untuk dessert,


Cantik kan deco nya.


Ada scones dan beraneka jenis kek.


WD order Seafood spaghetti. Favorite dia, katanya. Regular kot mek ni di cafe ni. 


Anak solehah order set NASI TOMATO dengan AYAM MASAK MERAH. Mummy nya setuju sangat sebab memang lemah masakan Melayu, sebab malas menumis lama hehe. Kongsi je sebab nampak meja sebelah order, portion besar. Ya sungguh, banyak nasi nya. Tadi di rumah FH pun dah berjamu Mee Goreng dan kuih muih. Sedap nasi dan ayam, juicy ayamnya, tak kering atau terlalu garing.


Cekodok ni sedap tau dengan sos nya. Crispy.


WD order PUDING ROTI. Favorite dia jugak katanya. Memang sedap. A bit later, suami WD join, rumahnya tak jauh. Kami memang kenal suami nya. Dia order ASAM LAKSA. Sedap katanya, first time order. Sebelum ni pernah order MEE REBUS, macam tak berapa, katanya. Lupa pulak snap foto. 


Antara cake di sini.


Asalnya nak order scones tapi dah kenyang.


Cantik kan arrangement dan deco. Meluap2 rasa nak bukak cafe. Ehhhhh kaki dan hati kena kuat. Dah ada 2 kawan ajak bukak cafe. Diorang ni takut hangat2 tahi hidung masin je nanti. Haha. Tapi, mana tau kan. Perkakas dah ada sikit. Actually dulu pernah juga manage cafe arwah papa di dalam Stadium Darul Makmur, Kuantan. Experience sekumit tu ada lah. Tak lupa kenangan paling manis, pernah berjualan di Bazar Ramadan. Ya, saya pernah buka gerai di bulan puasa, lepas papa meninggal dan tiada kerja. 


Siap makan, drive balik Putrajaya. Hari mendung dan hujan, tak berani nak stay borak lama, apalagi drive ketika hujan2 di KL dan Selangor ni. 

View dari luar DAPUR DARLING. Seksyen 9 rasanya. Sedap dan cantik cafe nya.
Foto : Zeta Omar


Jumaat lepas, drive berdua dengan anak solehah ke Keramat. Ziarah Kak F, kakak yang sangat baik dan helpful ketika duduk di Ho Chi Minh dulu. Arwah suaminya meninggal malam Raya Aidil Adha baru2 ni. Moga rohnya En M dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Aamiin. Keluarga yang sangat2 baik.


Sempat bakar MARBLE CAKE untuk Kak F.


Petangnya pula Jumaat lepas, ke Presint 9, ziarah kawan yang uzur, yang juga sama menetap di Ho Chi Minh dulu. Moga Kak H cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan nya. Bila bermusafir, bila susah, sahabat lah yang dicari bila jauh dari family.


Ahad baru ni, berhempas pulas pulis berdua dengan anak solehah masak rendang ayam seekor je dan goreng spaghetti sebungkus (fusion style). Sate HAKIMI tu, order je la di Dato Abu Bakar Baginda, Kajang/Bangi/Sg Merab. Entah la alamat diorang, semua daerah ada. Confuse betul. 

Keropok lekor memang ada stok beku. Alhamdulillah rendang ayam masak elok HP17 dalam pressure cooker. Dah tak hancur macam masak ketika Raya Haji. Cantik seketul2.

Lemang frozen pun ada. Kukus semula. Masak nasi impit mini juga untuk makan dengan rendang dan kuah sate. 

Masak2 ni untuk kawan2 anak solehah ni, dah lama diorang nak datang. Dekat 20 orang jugak, 4-7pm. Pukul 8pm baru balik kekdahnya seronok makan dan borak. Alhamdulillah rendang licin, sate dan spaghetti sikitttt je tinggal.


Buat juga KEK LEMON, BROWNIES dan KEK BATIK INDULGENCE.


Kek Batik Indulgence ni first time buat Alhamdulillah elok jadinya cuma tak tinggi. Tapi elok sebab bite size. Laku keras ni, kawan2 anak solehah tu suruh jual. Isshh tak kuasa. Aunty bagi resepi je lah. Sedap. Resepi ni ala2 Kek Batik Mr Ali katanya. Di FB banyak resepi nya. Nanti nak cari semula, boleh share sini.


Kek Lemon ni Alhamdulillah ok. Brownies macam kering sikit sebab terlebih 10 minit dalam oven, lupa nak check tapi laku keras juga. Alhamdulillah semua seronok jumpa sambil makan2. Riuh rumah. Alhamdulillah hujan lebat so tak lah rasa risau takut bising kacau jiran.

Bersahabat ini ianya, walau di depan mata atau di alam maya, moga ikhlas menyayangi semuanya, moga menjadi sahabat akhirat dan dunia, yang akan menarik kita ke Syurga. Aamiin.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

1 comment