Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.
Semalam cuti Awal Muharam, drive berdua dengan anak solehah ke Klang. Ziarah mak pada FH, bff UITM. Lama betul tak jumpa Makcik K ni. Last masa si FH ni kawin dulu. Kami pakat tidur ramai2 di rumah ni lah dulu. Merewang sama2 jiran Makcik K. Seronok sangat. Moga cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan nya. Makan2 borak lah kami bertiga lepas pada borak dengan Makcik K, bagi dia rehat pulak.
Pukul 12 tinggalkan FH dengan maknya, Cik WD ni ajak lunch. FH memang tak dapat ikut sebab temankan mak nya. WD ajak ke DAPUR DARLING, Shah Alam. Sebaris Restoran Cili Merah, dulu pernah pergi breakfast. Cantik mural pokok di dinding.
Tak sure apa di atas.
Dessert station.
Cantik kan deco nya.
Ada scones dan beraneka jenis kek.
WD order Seafood spaghetti. Favorite dia, katanya. Regular kot mek ni di cafe ni.
Anak solehah order set NASI TOMATO dengan AYAM MASAK MERAH. Mummy nya setuju sangat sebab memang lemah masakan Melayu, sebab malas menumis lama hehe. Kongsi je sebab nampak meja sebelah order, portion besar. Ya sungguh, banyak nasi nya. Tadi di rumah FH pun dah berjamu Mee Goreng dan kuih muih. Sedap nasi dan ayam, juicy ayamnya, tak kering atau terlalu garing.
Cekodok ni sedap tau dengan sos nya. Crispy.
WD order PUDING ROTI. Favorite dia jugak katanya. Memang sedap. A bit later, suami WD join, rumahnya tak jauh. Kami memang kenal suami nya. Dia order ASAM LAKSA. Sedap katanya, first time order. Sebelum ni pernah order MEE REBUS, macam tak berapa, katanya. Lupa pulak snap foto.
Antara cake di sini.
Asalnya nak order scones tapi dah kenyang.
Cantik kan deco cafe ni.
Siap makan, drive balik Putrajaya. Hari mendung dan hujan, tak berani nak stay borak lama, apalagi drive ketika hujan2 di KL dan Selangor ni.
View dari luar DAPUR DARLING. Seksyen 9 rasanya. Sedap dan cantik cafe nya.
Foto : Zeta Omar
Jumaat lepas, drive berdua dengan anak solehah ke Keramat. Ziarah Kak F, kakak yang sangat baik dan helpful ketika duduk di Ho Chi Minh dulu. Arwah suaminya meninggal malam Raya Aidil Adha baru2 ni. Moga rohnya En M dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Aamiin. Keluarga yang sangat2 baik.
Sempat buat MARBLE CAKE untuk Kak F.
Petangnya pula Jumaat lepas juga, ke Presint 9, ziarah kawan yang uzur, yang juga sama menetap di Ho Chi Minh dulu. Moga Kak H cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan nya. Bila bermusafir, bila senang susah, sahabat lah yang dicari bila jauh dari family.
Ahad baru ni, acah2 berhempas pulas berdua dengan anak solehah masak rendang ayam seekor je dan goreng spaghetti sebungkus (fusion style). Sate tu macam biasa order dari SATE HAKIMI. Keropok lekor memang ada stok beku. Alhamdulillah rendang ayam masak elok HP17 dalam pressure cooker. Dah tak hancur macam masak ketika Raya Haji. Cantik seketul2.
Lemang frozen pun ada. Kukus semula. Masak nasi impit mini juga untuk makan dengan rendang dan kuah sate. Masak2 ni untuk kawan2 kolej anak solehah ni, dah lama diorang nak datang. Dekat 20 orang jugak, 4-7pm. Pukul 8pm baru balik kekdahnya seronok makan dan borak2.
Buat juga KEK LEMON, BROWNIES dan KEK BATIK INDULGENCE.
Kek Batik Indulgence ni first time buat Alhamdulillah elok jadinya cuma tak tinggi. Tapi elok sebab bite size. Sedap. Resepi ni ala2 Kek Batik Mr Ali katanya. Jumpa resepi di FB.
Kek Lemon ni Alhamdulillah ok. Lama jugak tunggu masak bahagian tengah. Lain hari, lain cara masak kek ni. Brownies macam kering sikit sebab terlebih 10 minit dalam oven, lupa nak check tapi laku keras juga. Alhamdulillah semua seronok jumpa sambil makan2. Riuh rumah. Alhamdulillah hujan lebat so tak lah rasa risau takut bising kacau jiran.
Bersahabat ini, ianya, walau di depan mata atau di alam maya, moga ikhlas menyayangi semua, moga menjadi sahabat akhirat dan dunia, yang akan menarik kita ke Syurga. Aamiin.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.






















Semua sedap2 menu akak..
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletecantiknya rumah ur fren (FH) tu...cute nama cafe tu...dapur darling! terliur cekodok!
ReplyDeleteMemang cantik kan. Nama cute, food pun sedap.
DeleteMenarik juga buka cafe tu. Impian Cie dari zaman remaja. Hihi. Entahla boleh tercapai ke tak tu.
ReplyDeleteHehe kan macam seronok je
DeleteAlhamdulillah... jumpa sahabat2 yg baik tu satu bentuk rezeki dan nikmat juga 😃 cantiknya kafe dapur darling tu, tapi jauh sangat la kalau nak pergi ke situ.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sahabat2 memang rezeki.
DeleteKami dari Putrajaya lagi lah jauh nak ke Dapur Darling tu. Tapi sebab dah on the way balik, so boleh la singgah
Salam Maal Hijrah buat Mulan sekeluarga.. Nice deko cafe ni. Ala2 english style.
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah buat Faa juga. Memang cantik deko cafe ni. Food pun sedap
DeleteSuka la tengok deco cafe ni...cantik dan sedap mata memandang..tenang aje...buka la kak cafe..mana tau balik Kuantan SA bleh terjah..kalau plan buka di Kuantan la..hehehe..kalau di putrajaya lagi dekat kan...Salam Maal Hijrah buat Kak Mulan dan family
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah SA dan family jugak.
DeleteHehe bukan senang nak buka cafe ni tapi macam seronok kan
Cantik restaurantnya kak, tengok memacam dessert tu geram betul. Lepastu rajin akak masak teringin nak merasa kek lemon akak yang menggoda tu la
ReplyDeleteMemang cantik, makanan pun sedap.
DeleteHehe masak memang masa rajin je 😄😄
Alhamdulillah dapat ziarah orang sakit, besar pahala.
ReplyDeleteCantik dan menarik deko cafe tu, nampak macam hotel.
Sedap betul nampak kek batik indulgence tu
Alhamdulillah berkesempatan masa.
DeleteMemang cantik dan sedap food nya.
Sedap resepi batik indulgence tu.
Cantiknya restoran, suasana macam makan di rumah mewah. Kot ada ke Shah Alam, teringin jugak nak cuba makan di sini.
ReplyDeleteRamai tu 20 orang kawan yang datang. Meriah rumah! Untung mereka dapat menikmati air tangan Mulan.
Memang cantik dan sedap food nya. Try la nanti.
DeleteAlhamdulillah diizinkan tenaga. Budak2 students tu kalau tak sedap pun kena paksa makan haha
Subhanallah.. sedap2 semua gambar makanan tu
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteBoleh ambik order kek batik indulgence tak. Deko cafe tu murah. Rezeki dapat kawan yg baik
ReplyDeleteBuat la senang je. Memang cantik deko cafe tu. Alhamdulillah memang rezeki dapat sahabat2 baik
Deleteorg jauh dh singgah dapur darling...mmg cantik cafe tu tp kita tk sempat try
ReplyDeleteBoleh la singgah nanti kalau ke area berdekatan. Cantik, food pun sedap
DeleteTengok orang jual dessert dan baking dessert cantik-cantik. Teringin juga nak belajar dan membuatnya..Tetapi apakan daya, tangan ini takde skil itu kalau melibatkan baking samada bahan tak tau atau kalau mixed together boleh baling ke dinding..Pecah!!!!! hehehehehe..
ReplyDeleteMemang ambil masa nak masak2 ni tapi tu lah ada hari kurang jadinya.
DeleteCantikk sangat dekorasi keduanya... dessert semua nampak sedap..
ReplyDeleteMoga persahabatan kalian semua kekal hingga ke syurga aamiinnn
Memang cantik deko kedai, food pun sedap.
DeleteAamiin Ya Rabbal Aalamiin
nampak garing betul cekodok tu!
ReplyDeletesedapnya semua masakan kak mulan.. baking pun semuanya perfect! boleh bukak kafe kecik2, mesti ada je yg beli. hikss
Cekodok memang sedap, favorite kita.
DeleteBaking ni kadang jadi, kadang kurang jadi. Camna nak buka cafe haha
Tengok semua menu sedap belaka. Deco kedai tu kemas dan cantik. Dapat pula bertemu sahabat2 baik memang seronok rasanya,
ReplyDeleteBetul.. hujan di area Lembah Klang ni rasa 'menakutkan'. Pernah waktu petang hujan lebat disertai angin kuat di area Cyberjaya. Berdebar-debar waktu drive sebab tak nampak jalan.
Deko cafe memang cantik, food pun sedap. Alhamdulillah diizinkan jumpa sahabat lama.
DeleteTak menentu cuaca sekarang kan
Seronok tengok ukhwah yang terjalin lama masih berkekalan sehingga sekarang. In sya Allah semoga hingga ke syurga ye. Semoga yang diberi ujian dapat melaluinya dengan tabah. Yang kurang sihat dipercepatkan kesembuhannya. Nanti KSarie nak siasat Dapur Darling ni sebab ada scones. Makanan yang dimasak oleh Mulan sokmo la buat perut KSarie berdongdang sayang.
ReplyDeleteMoga ukhuwah kita semua kekal selamanya hingga ke syurga, Aamiin. Try la ke Dapur Darling tu, sedap food nya. Hehe kita masak ikut mood. Kot tak sedap, yang dijamu kena makan jugak 😄😄😄
Deleteohooo~ warna hijau.
ReplyDeleteport scones tu sgt love ya.
Cantik kan cafe tu. Scones hhmm nak makan tapi dah kenyang.
Deletelawa signage kedai warna hijau...
ReplyDeleteke batik tu nampak smooth je.. suka
Memang lawa kan hijau je.
DeleteTak la smooth sangat first time buat Alhamdulillah resepi sedap
Menarik betul tempat makannya. Sambil menhamu selera, sambil hamu mata.
ReplyDeleteCantik dan menarik cafe tu, food pun sedap
DeleteMula² saya nampak scones, dah telan ailio. Alhamdulillah, dapat ziarah sahabat lama, semoga silaturrahim tetap terjalin. Bestlah, anak solehah dan kawan², dapat makan yang sedap². 😋
ReplyDeleteTak sempat la makan scones tu sebab dah kenyang. Alhamdulillah diizinkan ziarah dan berjumpa. Hehe kalau tak sedap pun diorang kena makan 😄😄
DeleteRestoannya mewah betuul mbak, macam di michelin stars. Terasa macam restoran papan atas :D
ReplyDeletehamdalah, masih bisa bertemu ya mbaak
Memang cantik dan sedap makanan nya. Alhamdulillah dapat bertemu
Deletecantik tempatnya
ReplyDeleteni mkn bertambah2 pun x sedar😁
Memang cantik dan sedap
Deletewahh sampai 20 org tu
ReplyDeleteconfirm meriah rumah
Memang meriah
DeleteAghhhhhhhh sukaaaa lihat restonya kak 😍😍😍. Saya catat dulu namanya, dapur darling. Nama pun cute 😄😍.
ReplyDeleteSaya nih peminat tempat2 yg banyak mural, lukisan, Krn buat suasana jadi meriah.
Aneka makanannya pun nampak sedap. Dan banyak pilihan. Puding roti tuh saya penasaran. Krn saya memang sukaaa bread pudding.
Kombinasi warna biru dan hijau dari resto nya, betul2 menarik mata 😍😍👍👍👍.
Kak Mulan kalau baking memang dah pro nampaknya 😄👍👍. Semua kue yg dibuat kliatan sedaap dan cantik. Bisa dijual lah kak 😍😁
Cute dan cantik. Makanan pun sedap. 😍😍
DeleteYa jarang2 ada kedai ada mural. Memang suka tengok nampak vibes nya lain.
Makanan yang kami order semua sedap.
Betul combination warna memang tenang dan cantik 🥰🥰🥰
Hehe masak yang biasa buat saja, juga yang anak suggest. Maka nya pasti diorang akan makan.😄😄😄
Kalau dekat dengan Cili Merah tu memang saya pernah pergi la area tu. Cantik kedainya pun. Nampak klasik.
ReplyDeleteBetul dekat dengan Cili Merah. Selang beberapa unit kedai saja.
Deletekak, masak rendang dalam noxxa tu, lepas dah masuk semua bahan sekali harung (ayam dan segalanya) baru set hp17 eh? ammi tak pernah lagi try masak rendang dalam noxxa...
ReplyDeleteAlhamdulillah..ada kesempatan dapat berjumpa dan melawat. Cantiknya cafe ni. Selesa sangat kalau menjamu selera di sini. Rasa macam semua sudut menarik.
ReplyDeleteTempting tengok kek marble dan kek lemon tu. huhu...
Alhamdulillah berkesempatan jumpa. Memang cantik cafe ni, food pun sedap.
Delete