Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.
Balik dari Bandung hari Ahad 31/5. Isnin cuti Wesak 1/6, hubby, anak soleh dan mak balik Kuantan. Sampai Bentong hubby call, "I TERBAWAK BALIK KUNCI KERETA YOU."
Haha. Tak apa I balik Kuantan dengan anak solehah naik bas Rabu nanti. Teruskan la perjalanan tu, ada lah jalannya Insyaa Allah. Call one and only brother no4, tanya kot ada kawan2 nak balik KL sebab Selasa masih cuti. Alhamdulillah anak kawannya (memang kami kenal baik) juga jiran setaman di Taman Guru, juga cucu kawan arwah papa nak balik Klang esoknya, Selasa.
Sampai je di Taman Guru petang Isnin tu hantar mak, kawan adik datang ambil kunci kereta dari hubby, nak pass ke anaknya yang akan balik Klang hari Selasa tu.
Maka Selasa petang 2/6 tu berdua dengan anak solehah naik Bolt ke Klang untuk ambil kunci kereta. Thanks Ain (anak L/cucu Uncle D) bawak kan kunci. Balik Putrajaya naik Bolt. Bagus ehh boleh compare dan pilih yang murah antara Grab, Bolt, In-drive. Alhamdulillah smooth pergi balik Putrajaya ke Klang sebab masih cuti umum.
Rabu lepas, selesai kelas anak solehah, berdua drive balik Kuantan. Singgah RnR Temerloh. Wajib lah makan Patin Tempoyak. Licin anak solehah hirup kuah.
Khamis lepas mengopi di CBTL LOTUS KUANTAN dengan junior sekolah. Dia ni lah paling senang ajak keluar membawang secara fizikal 😄😄 mata ke mata, walaupun dapat peluang mengopi 2-3 kali je setahun. Actually nak pass sotong katak besar dan ikan yang hubby tangkap. 2 kopi dengan one slice cheese cake. Kejap je mengopi tapi best.
Tulang daging korban, masak SUP TULANG MERAH TAPI TAK MERAH. Cicah roti. Noxxa yang bekerja, campak je semua dalam nya. Isi lembut terlerai2 yumm sedapnya, Alhamdulillah. Resepi campak2 pernah share dulu.
Frozen/leftover RENDANG AYAM HANCUR masa Raya Haji. Cabutkan tulang, campur sos cili, sos tomato, oregano, garlic powder, onion powder, lada hitam, chilli flakes, perasakan semua bagi sedap. Masak sampai kering sikit, atas masing2. Freeze kan. Boleh makan bila2 dengan wrap atau buat sandwich dengan roti. Stok untuk anak soleh dan hubby.
Anak solehah request FOCACCIA dengan MUSHROOM SOUP.
Stok ikan banyak Alhamdulillah. Kita masak tempoyak biarpun bukan patin. Ada buah kuini adik no2 bagi, makan dengan kicap cili, malas buat sambal belacan. Lauk macam ni pun boleh bertambah nasi.
CINNAMON ROLLS
Lama tak buat. Tersilap tekan button on menguli masa doh dah siap naik nak diuli. Tapi tak apa Alhamdulillah masih elok naik nya.
Wajib lah ada cream cheese frosting.
KARI KEPALA IKAN
Selagi ada kepala ikan. Makan dengan frozen prata, untuk breakfast.
Ahad 7/6
Jiran, Doktor HTAA wsap ada program DERMA DARAH di BERJAYA MALL. Teman kan anak2. Mak nya darah tak diterima dulu.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.












Sama la kita Kak Mulan, skrg dah ambik macam2 ubat jadi dah tak boleh menderma darah lagi 🥲
ReplyDelete