KISAH TOFU YANG TERLEBIH


TOFU CHOCOLATE MOUSSE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.

Anak solehah buat kelmarin. Sedap sangat, mummy pulak chocoholic kan. Mula macam ragu-ragu bila dia nak guna tofu. Tapi memang sedap. Cuba gugel, memang ada resepi nya.

Bahan-bahan:

100 gm  chocolate (cooking/dark compound/choc biasa yang kita makan)
340 gm silken tofu pada suhu bilik, ditoskan
2 sudu besar sirap maple/madu (boleh kurang kan)

Cairkan coklat di dalam microwave, setiap 30 saat dikacau, sehingga coklat cair. Ketepikan, sejukkan pada suhu bilik.

Sementara itu, masukkan silken tofu dan sirap maple/madu ke dalam blender dan kisar sehingga sangat sebati. Masukkan coklat cair dan kisar sehingga sebati.

Tuang campuran ke dalam 3 ramekin atau gelas, dan sejukkan seeloknya 3-4 jam.

Hiaskan dengan serbuk coklat, raspberi, beri hitam, daun pudina atau apa2 pun lah.

Boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 3-4 hari.

Resepi lengkap DI SINI


STEAMED EGG + TOFU + GARLIC CRISPY CHILLI 

Dinner semalam, nak makan yang ringan2. Sebenarnya kisah, terlebih beli tofu. Maka menggugel lah mencari resepi berasaskan tofu. 


Banyak resepi STEAMED EGG + TOFU ni di social media, berbagai cara dan rupa. Resepi di bawah, olahan sendiri sebab guna bahan yang ada. 

Bahan-bahan (tiada sukatan tetap) :

2 keping tauhu 4 segi, dilenyek2 di dalam bekas nak dikukus
1-2 Shiitake mushroom, dipotong dadu/nipis
Tomato cherry, dipotong kecil
Capsicum, dipotong dadu
3-4 udang
- Kesemua disusun letak di atas tofu/tauhu dilenyek

2-3 biji telur
1/4 - 1/2 cawan air
Secubit garam
- Pukul sebati telur, air dan garam
- Curah ke atas tofu
- Kukus hingga masak
- Makan dengan garlic crispy chilli (homemade)

Alhamdulillah sedap kata anak solehah. Walaupun bukan resepi asal yang gunakan daun bawang, kami guna tomato/capsicum. Memasak ni guna saja apa yang ada, kalau tiada. Tapi kalau buat kek/biskut/roti, wajiblah ikut sukatan. 


KIMCHI-JIGAE
Lunch Isnin. Memasak lah selagi boleh menu tofu sebab nak habiskan. Foto lama sebab lupa snap foto. Makan macam tu saja tanpa nasi atau udon/mee. Memang mengenyangkan.


LONTONG LEFTOVER
Lunch tadi. Lontong yang tak habis minggu lepas, disimpan beku dalam freezer. Kuah kacang dan sambal nasi lemak pun yang frozen. Nasi impit dimasak semalam. Sedapnya Alhamdulillah. Suka makan lontong dengan kuah kacang dan sambal nasi lemak.


 Dinner tadi menghabiskan ada balance sikit nasi impit dan kuah kacang. Macam tak cukup, anak solehah bagi idea buat lempeng (crepe) makan dengan limau nipis dan gula. Crepe + lime + gula ni, kami mula kenal dan makan di Lombok dulu. Memang sedap. Crepe ni macam lempeng resepinya, juga resepi basic roti jala kami, dan juga untuk buat Risol/Risoles/Lumpia, menjawab soalan Fanny. Lupa nak mention resepi crepe.

1 cawan tepung gandum
1 telur
1 cawan air, lebih kurang

1/2 suduteh minyak
Secubit garam

Resepi paling basic, 3 bahan iaitu tepung, telur dan air saja, cara malas saya. Hehe. 

Tulis dan simpan untuk rujukan dan kenangan. Mood oh mood, please be good to me, ya. Ada ketika rasa nak tutup blog. Tapi sayang.......

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

60 comments

  1. Hebatnya sajian..menarik sekali..salam kenal ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Terima kasih singgah sini

      Delete
  2. Saya baca resipi dua dua kali tapi .... tak kot buat sebab mmg tak reti hahahaa.. :D
    Nampak kesedapan nya Tofu Chocolate Mousse tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Afif beli je hehe. Memang sedap mousse tu

      Delete
  3. Uwaaaah saya nak cari dark choco lah. Silken tofu selalu ada di rumah, sebab saya memang penggemar tahu kak. Nak dibuat apapun, memang sukaaaa sangat tahu 😄.

    Malah penasaran lempeng dengan gula dan jeruk nipis 😅. Lempeng nih berarti macam kulit risol lah yaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang buat nya Fanny nanti cuba ya. Lempeng tu memang sedap

      Delete
  4. nampak sedap pulak steamed egg tu. ada pulak udang atas tu.

    ReplyDelete
  5. Wah, nampak sedap pulak resipi2 tofu kat sini. Kebetulan ada lagi chocolate compound coin dalam fridge, tinggal nak beli silken tofu je la ni. Boleh la nak try jugak dessert sihat ni 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Carneyz dessert sihat ni nanti try ya 😊

      Delete
  6. Anda di tag !!
    Kalau ada kelapangan masa jemput memeriahkan
    https://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2026/04/tag-berantai-selamat-berkenalan.html

    ReplyDelete
  7. Alaa..jangan la tutup..stress stress boleh jamu mata blog Mulan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih sayang blog ni, thanks selalu singgah ya

      Delete
  8. Menarik menu tofu akak tu, biasa dana kukus pastu boh kicap macam yang kat TCRS tu, tapi boleh buat pencuci mulut juga rupanya. Menarik la kak. Steamed tofu dengn udang beso-beso tu pun sedapnya. Eh semua yang akak kongsikan memang sedap la semua. Jom jadi jiran kak hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang Dana buat tu pun sedap. Tu lah anak solehah ni ajak buat dessert ni memang sedap

      Delete
  9. steam egg tofu tu nampak sedap sungguh!! anyway, me counting down to fly soon. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap dan senang nanti try la buat. Can't wait baca entri work trip MZ

      Delete
  10. Nampak sedap semua masakan!

    Alaa akak nak tutup blog kenapaa..
    Tarik nafas dulu kak, fikir masak2...rugi tutup.
    Dah lama kan akk blogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap buat kami. Kadangnya macam tu lah rasa nak tutup tapi sayang

      Delete
  11. sedap2 nyaaa..ye la mulan. akak pun cam dah sendu2 nak menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap. Blog ni paling sayang compare to FB dan IG

      Delete
  12. Ala jangan la tutup blog Mulan. Kitanya baru berkenalan. Tak sempat banyak kisah travelling yang Mulan kongsi. Semoga terus semangat menulis ye💪💪💪Seperti biasa kalau singgah blog Mulan akan berakhir dengan kelaparan😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadangnya rasa camtu tapi sayang sangat blog ni. Thanks tau KSarie selalu singgah sini 😍😍😍

      Delete
  13. Nampaknya anak solehah pun pandai masak macam mommy-nya. Anak soleh pun sama kan.. 👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tapi lain2 menunya hehe

      Delete
  14. Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0 kembali lagi!
    Semua warga Kelapa Bersekutu dijemput untuk memeriahkan lagi majlis beta!

    Jumpa tuan hamba di sana!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2026/04/giveaway-kerajaan-kelapa-20.html?m=1

    ReplyDelete
  15. W'salam sis Mulan..
    Nampak sedap semua makanan dipaparkan dalam post ini.. Semua favourite saya. Kimchi-jigae teringat ada stok kimchi dalam peti ais, nak buatlah esok. Makan panas-panas time hujan, sesuai sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kimchi-jigae ni makan masa panas2 masa hujan memang sedap

      Delete
  16. sedapnyaaa tofu tu kalau dpt mkn sejuk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tofu mousse tu sedap makan masa sejuk

      Delete
  17. boleh cuba buat tu lempeng + limau nipis + gula

    ReplyDelete
  18. Kalau tutup blog, tak dapatlah saya cuci mata dan tahu pelbagai hidangan unik 😁
    Saya menulis ikut mood, tu selalu terbiar lama sebab tengah malas la tu 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadangnya begitu lah perasan tapi sayang blog ni 😄😄 maka itu lah menulis ikut masa dan mood

      Delete
  19. Wah banyak betul ya inspirasi menu tofunya mbak Mulan. Agak kaget aku pas baca menu tofu yang dikombinasikan dengan cokelat. Unik sekali! jadi penasaran rasanya seperti apa.
    Tofu ni salah satu bahan makanan favorit saya juga. Tinggi protein, dan cocok untuk mengurangi makan-makanan junkfood.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awalnya terasa ragu-ragu jugak tapi sedap mousse itu

      Delete
  20. Ehh, jangan la tutup, Mulan. Kita pun baru je kenal. Dulu, Faa pun penah delete blog lama. Sekali rasa rindu berblog tu buat blog baru. Its oke jika Mulan perlu waktu rehat. Sayang tau tutup blog. Blog Mulan best. Tak penah tak lapar jika singgah ke blog Mulan 💐

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadangnya terasa begitu tapi memang sayang sangat blog ni 🌸🌸🌸

      Delete
  21. Walaupun lontong leftover tapi tetap nampak sedap.
    Jangan tutup blog dulu Mulan. Marilah sama-sama terus menulis, boleh beri motivasi buat rakan-rakan blogger. Saya pun muncul mana sempat saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Amie walaupun leftover tapi sedap. Hhmm kadangnya rasa begitu tapi sayang sangat blog ni

      Delete
  22. Banyak rupanya menu dari tofu tu.
    Lempeng makan dengan gula+lime tu macam menarik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka jugak tofu boleh jadi dessert. Lempeng tu memang sedap

      Delete
  23. First time dengar Tofu Chocolate Mousse..jangan la tutup blog kak...face to face pun blom lagi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time jugak makan, memang sedap. Hehe kadang rasa camtu.

      Delete
  24. Garlic Crispy Chilly tu nampak sedap. Kena belajar buat la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang dan murah buat sendiri tau Ezna

      Delete
  25. Unik betul lempeng makan dengan limau nipis dan gula. Kombinasi masam dan manis.
    Saya pernah rasa nak tutup blog dulu. Been there, done that. Rasa tenang setelah delete blog. Boleh buat semua benda freely, tanpa risau nak update blog lagi. Tapi setelah beberapa ketika, rindu nak menulis tu kembali semula. Jadi, ambil masa rehat je, berapa lama yang Mulan suka. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tau lempeng lime dan gula tu. Tu lah kadang rasa camtu tapi sayang sangat blog ni sebab dah lama start 😄

      Delete
  26. linda selalu terliur tengok tofu yang masak dengan sup kimchi tu...tapi, tekak tak boleh masuk rasa kimchi tu...kalau jadikan dia tomyam sedap kot.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah kimchi masak tomyam mesti sedap sebab rasa seakan ada masam masin

      Delete
  27. kak Mulan, jgn tutup blog...sebab saya suka tengok gambar makanan kak Mulan yang fancy...adore sangat boleh masak sendiri macam2.. suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang sangat blog ni sebab dah lama start. Kadang tu lah perasaan yang bercampur baru hehe

      Delete
  28. Tiba2 teringat pulak culinary class war kat netflix, utk semi final tu peserta kena masak hidangan berasaskan tofu selama 6 pusingan. Bahan simple tapi boleh jadi menarik dan sedap!

    Bolehlah next year try apply culinary class war pulak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah first time makan tofu sebagai dessert tapi memang sedap

      Delete
  29. steam egg tofu sedap nmpk..saya tk smua tofu bole mkn

    ReplyDelete
  30. sedapnya lempeng!! saya tak reti mkn tofu, pernah try cuma tak berapa suka :) gmbr food kat blog mulan ni tak pernah tak cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap lempeng/crepe tu. Takpe nanti try sikit2 😍😍

      Delete