BILA TERKENANG MASA... LALU, RASA TERHARU..



Sila sambung lagu di atas.... Siapa penyanyi nya.... Hehe.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.


Jumaat malam di BORA OMBAK. PUTRAJAYA.


Wedding anak perempuan, kawan baik di Kerteh dulu. Dah besar dah kakak. Dari Kerteh, pernah juga berjiran ketika menyewa di Cyberjaya hampir setahun tahun 2016. Moga bahagia selamanya.


Alhamdulillah dan Tahniah dapat menantu.


Anak solehah dengan adik2 pengantin. Friendship dari umur 10 tahun. Memang kami rapat sebab bila merantau jauh dari family, walaupun dalam Malaysia, kawan2 lah jadi family. Ambil hantar anak2 ke sekolah. Menumpang di rumah dll. 


Dengan sebahagian kawan2 dari Kerteh dulu. Riuh rendah betul kami. Biarpun tetamu lain lalu di tepi. 


Cantik nya view malam, setelah habis majlis nak balik rumah, di salah satu jambatan di Putrajaya.


Sabtu pagi. Penat malas macam mana pun, hubby akan ajak keluar lepas Subuh. Anak solehah ajak berbasikal. Angkut lah 3 basikal dalam kereta. 2 lipat, 1 cabut tayar. Mummy tengok dari jauh saja. Feeling2 tourist snap foto. Siap set tup basikal, panggil je.


Alhamdulillah cuaca cantik.


Kayuh2.


Stop makan dulu. Warung favorite.


Dekat dengan ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA.


Lama tak lalu Presint 18 ni.



Ada latihan nampak tu.




Wah cantik macam The Jet d'Eau di Geneva, Switzerland.




Nampak pelangi.


Kenangan 2011 di Geneva.


Cantiknya.


Macam oversea je kan. Tapi Putrajaya lagi cantik.


Siap kayuhan, mummy tunggu semua siap je lah. Snap2 foto. Nak masuk kereta, ON aircond, tunggu dalam kereta, macam kekwat diva sangat kan haha. Takut hubby suruh balik jalan kaki. Belas2 kilometer rasanya kami kayuh. Takkan sangat lah hubby tu bawak kami mengayuh kurang dari 10 kilometer. 


Balik mengayuh, rest sekejap. 11.30 ke Sungai Merab. Ada jemputan majlis perkawinan dari Kak Z dan suami, sahabat Haji 2022. Luas kawasan rumah nya. Semua adik beradik bina rumah sendiri di atas satu bidang tanah yang besar. Senang kenduri kawin, rewang masak sama2. Canopy kerusi meja semua dalam tanah sendiri. 

Nasi ada 3 jenis. Lauk pauk semua sedap. Ada kari daging, kambing masak sedap warna kelabu, ayam goreng berempah, paceri nenas, acar rampai, jelatah, ulam, sambal dll lagi. Stall2 dessert dll punya la banyak macam pasar malam. Ada Char Kuetiaw, Takoyaki, Cakoi, Apambalik, Rojak, Tahu Bakar, Cendol, Bubur, Keropok, Goreng Pisang, Jelly Kelapa, Kek, Kuih Muih, Teh Tarik dan banyak lagi. Tak sempat nak snap pun sebab kami sampai agak awal, namun sudah ada akak2 Haji yang sampai. Ambil nasi, makan borak, makan borak, sebab lama tak jumpa, lupa langsung snap foto.

Alhamdulillah dapat berjumpa Dr Fauziah Hassan, Aktivis Palestine, Penasihat Rose2Rose. Dapat bersalaman tangan pun dah rasa cukup seronok. Dr Fauziah berjiran dengan Kak Z.


Sebahagian sahabat2 Haji 2022. 45 hari kami bersama2 ketika musim Haji baru dibuka selepas COVID-19, kenangan yang tak dapat dilupakan. Macam2 kisah, kerenah, keletah. Juga bayangkan selepas 2 tahun, banyak hotel2 tidak berpenghuni. Jeng jeng... 


 Sahabat tilam sebelah di Mina dan Arafah. Ya ampun, dia ni memang buat semua tak lekang dengan gelak ketawa. Di dalam khemah, habis semua skill ketika camping waktu sekolah dengan pasukan Pandu Puteri dulu kami berdua kerjakan. Tiap detik dalam kenangan, apalagi sekarang memang musim Haji.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.


28 comments

  1. Tenang jew suasana di Putrajaya.
    Semua kenangan lalu tetap indah dalam kotak memori.

    ReplyDelete
  2. pernah 1 kali ke bora ombak tu wedding cousin husband. lama tak jalan2 putrajaya. baru ni nak pi tak berkesempatan.

    ReplyDelete
  3. Segalanya masih kekal dalam kenangan..... lagu peberet ni Wheels (Dalam Kenangan) kalau rindu kawan-kawan yang sehati sejiwa . Seronok nya dapat bertemu semula kawan semasa mengerjakan haji. 45 hari dah boleh jadi kawan kamceng

    ReplyDelete
  4. Warung favorite tu mcm kenal.. mcm pernah singgah juga huhuu.. selamat pengantin baru pada kedua mempelai.. smoga ceria bahagia sentiasa amin..

    ReplyDelete
  5. barakallahulakuma untuk kedua mempelai
    oo masih ada lg ya bora ombak ni ya? rs nya dulu pemes sekejap sbb ramai yg buat majlis kt sini termsk artis2

    ReplyDelete
  6. Cuya tak tahu lagu apa tu, mungkin bukan zaman Cuya kot. Hehe

    Meriah makan² ya.. Alhamdulillah rezeki Allah beri tiada habisnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bukan zaman kita Cuya. Saya pun taktau 😆

      Delete
  7. wahhh best tu masing dpt berkumpul dan berhubung sesama bekas rakan2 sejemaah haji👍alhamdulillah semua sihat2 belaka

    ReplyDelete
  8. Seronok tengok lampu² dan jambatan² di Putrajaya ni. Lawa² belako
    Kenangan haji adalah kenangan terindah dlm hidup seseorang kan. Nikmat besar.

    ReplyDelete
  9. Kawan-kawan susah senang tu.. sekarang berkumpul bila ada event. Anak-anak pun dah besar.
    Pasti setiap kali musim haji akan terkenang-kenang.

    ReplyDelete
  10. SA pun suka suasana di putrajaya Kak..sesekali balik kerja naik ERL suami amik lalu area office dia di Bangunan Sri Wilayah tu...rasa best je..x pernah lagi pi time Sabtu Ahad..rasa nak kena pi jugak nanti buat apa2 aktiviti kan...

    ReplyDelete
  11. LZ google tajuk lagu Dalam Kenangan by Wheels.. Pernah dengar lagu ni tapi baru tahu dinyanyikan oleh kumpulan Wheels (tak pernah ku tahu ada penyanyi ini).. Lagu nostalgia ni Kak Hjh. Mulan..

    ReplyDelete
  12. Luar biasaaaa indahnya ni mbak. Saya pribadi benar-benar terpukau melihat indahnya langit senja, berpadu dengan apiknya desain arsitektur di Malaysia. Benar-benar membuat mata saya nyaman memandangnya.
    Moga saja satu hari nanti saya bisa visit kesana.

    ReplyDelete
  13. Dalam kenangan saya pulak, dating dengan encik suami di Putrajaya satu ketika dulu 🤭 Gigih kiteorg merempit ke Putrajaya dari KL sbb masa tu belum public transport yg smp ke Putrajaya 😂

    ReplyDelete
  14. lawa... tetiba rasa macam eh ini gambar local atau di overseas.

    ReplyDelete
  15. Masjid pink tu nampak dr rumah saya 🥰 Memang tenang duduk sini. Warung tu rasanya warung yg husband selalu beli ayam penyet kalau tak silap. Dia suka ayam penyet kat situ.

    ReplyDelete
  16. vibe putrajaya kalau takde event memang tenang...seronok rasanya.. kalau ada event, crowded.. hihihi...
    bila throwback, selalu kepayahan masa lalu adalah kenangan yang sangat mahal pada masa kini

    ReplyDelete
  17. Selamat Pengantin baru buat kedua mempelai. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

    Putrajaya, dah lama tak ke sana, waktu apatah lagi.

    Bila menghadiri kenduri, kalau boleh nak tunggu sampai habis majlis sebab bukan selalu dapat berjumpa.

    ReplyDelete
  18. Pagi Sabtu tu, kalau saya teruskan naik tangga ke Masjid Putra mungkin jumpa Mulan 😀

    Wah…Alhamdulillah, dah kerjakan haji rupanya. Seronok masing-masing masih mesra.

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah seronok bila dpt jumpa semula dgn jiran dan kawan2 lama. Time kenduri, hari raya jelah baru dpt berjumpa pun :D

    ReplyDelete
  20. Putrajaya memang best. Saya sukaaa suasananya, view-nya. Memang betah sangat stay sana.

    Teringin bisa menginap lagi di sana.

    Bagus juga idea 1 tanah dibangun rumah Kaka beradik yaa. JD teringat tanah mertua saya yg diwariskan ke suami dan Kaka ipar . Kan bagus kalau buat rumah masing2. Jadi dekat juga dengan Kaka ipar saya

    ReplyDelete
  21. Rasa warm je dalam hati, baca entri ni. Tumpang seronok, tengok aktiviti Mulan sekeluarga, cycling, makan kenduri, jumpa teman² rapat, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  22. Membesar dengan ulang alik johor-putrajaya utk apply passport Malaysia mama. Suka betul tengok orang2 ofis sana. kemas je pakaian.

    Bestnyaa jumpa sahabat handai di kenduri kendara ni. Mesti banyak yang diborakkan.

    ReplyDelete
  23. view di putrajaya bila riadah cantik btul...selamat pengantin baru utk kedua mempelai

    ReplyDelete
  24. Nasib baca caption di Geneva hihi.. baru nak tanya putrajaya kat mana ada angsa putih tu hihii

    ReplyDelete
  25. bestnya dpt buat aktiviti cycling bersama2...gambar kat geneva tu nice sgt!! i dh lama tak ke putrajaya...biasanya kalau ke sana, suka OOTD sbb byk tmpt cantik2

    ReplyDelete
  26. Putrajaya dari lensa Mulan cantik sungguh. Memang macam di luar negara. Nak kena bercuti ke Putrajaya nampak gayanya ni. Banyak tempat molek-molek di Putrajaya yang tidak sempat dijelajah lagi. Rajin Mulan bersenam. Sebab tuh comel sokmo dia. Alhamdulillah rezeki berjumpa sahabat-sahabat di kenduri kahwin. Semoga ukhwahnya berpanjangan hingga ke jannah.

    ReplyDelete