Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.
Petang Sabtu kami ke Dungun, Terengganu. 144km dalam 1 jam 44 minit.
Nampak laut biru, Subhanallah lain macam moodnya.
Kami check in sini lagi. Permata Resort yang berhampiran, pilihan utama fully booked.
Bilik untuk 3 tapi boleh masuk 4-5 pax, bawak lah toto kata adik reception dalam perbualan telefon ketika booking. Memang tiada family room tapi bilik luas. Kami bawa camping foldable bed, nun di hujung anak soleh dah book. Ada satu Queen size bed dan satu lagi tu saiznya macam antara King Single dan Double bed. Pernah menginap di sini juga tahun lepas, ketika Permata Resort fully booked juga.
Bilik ni RM150. Aircond sejuk, ada Wifi dan smart TV yang awesome boleh tengok YouTube dan Netflix, juga channel MyTV dll juga, ada water heater, towel bantal boleh minta extra. Paling awesome location hotel yang facing laut macam Permata Resort jugak. Sebab barang banyak so kami request bilik bawah. Tak ada view cantik, cuma dinding blok belakang tapi, semua tak kisah. Kami pilih di sini sebab lokasi.
Siap rehat2 pukul 5 kami ke VIKING SCUBA. Hubby nak drop scuba diving equipment. Syabas anak Melayu, dapat beli tanah dan bina proper bangunan untuk kemudahan divers dan pelanggan.
View jeti di-zoom dari VIKING SCUBA.
Siap semua, bermula lah JJCM cari ICT. Tempat popular tutup lah pulak.
Terjumpa kedai ni di tepi jalan, depan PANTAI TELUK LIPAT. Ikan, keledek dan goreng pisang je yang ada. Keropok lekor pun dah habis. Awal betul habis. Order KUETIAW CELUP AYAM juga. Seriously sedap, Alhamdulillah. Anak soleh order ABC, hubby dan anak solehah order AIR KELAPA.
Balik hotel, ambil camping chair dalam kereta, nak lepak tepi pantai. Memang ramai yang lain juga sama2 berpicninc, bawa anak2 main pasir/birai2 air laut dan bawa family healing tepi pantai.
Order juga coffee. Tunggu rider tepi jalan je. Letak instructions dalam order. Alhamdulillah memang seronok mengopi tepi pantai. Anak solehah order Iced Cheese Cream Caramel Matcha, wow panjang nya nama coffee. Mummy dengan Hot Spanish Latte lah.
Kena paksa.
5 minit sebelum Azan, kami gerak balik hotel. Depan seberang jalan saja.
Ahad lepas Subuh. Kemas2 mana boleh especially barang2 hubby dan anak2. Lipat siap2 camping bed. Semua ke dalam kereta. Tinggalkan satu luggage bag je.
Sunrise yang cantik Subhanallah.
Stop untuk breakfast.
Anak2 tak nak makan heavy, so kami order ROTI CANAI & ROTI SARANG BURUNG.
Roti Canai Banjir mummy punya.
Suka sangat tengok sunrise.
Subhanallah.
Terus ke VIKING SCUBA.
Hubby dan anak2 menyelam di PULAU TENGGOL, DUNGUN. Pakej promo dibeli tahun lepas ketika DIVE EXPO.
Jeti sini agak baru sebab sebelum nya, divers Viking Scuba turun di jeti lain.
Alhamdulillah cuaca cantik. Doa selalu Allah pelihara dan mudahkan semua. Ada adik dive master tanya kenapa mamanya tak ikut sekali. Mama nya ni dah gantung lesen. Tapi who knows, ada comeback nanti,
In syaa Allah hehe.
Kita pun drive balik hotel. Lalu tepi pantai, ramai berjogging dan brisk walk.
Kita balik lepak golek2 sebab tau siap diving nanti, kudrat tenaga kita pun sama2 akan diperlukan nanti. Alhamdulillah tak ada guest baru, boleh late check out, sampai 6pm, tambah RM70.
Pukul 2 ke AURORA COFFEE HOUSE. Belakang hotel je. Asalnya nak jalan kaki tapi lepas 10 tapak, macam lenjun peluh keluar. Terus start enjin kereta. Biarpun tak sampai 100 meter.
Banyak dessert tapi lapar, nak yang heavy.
Order HAINANESE CHICKEN CHOP. Sedap, sos nya sweet sour. Coffee tu signature drink diorang, sedap sebab tak manis dan pahit sikit. Tapi saya suka.
Suasana luar AURORA COFFEE HOUSE. Tiada ruang makan di dalam rasanya, semua di luar.
Bawah tu adalah dapur di belakang nya dan bahagian depan adalah tempat order, cashier dan ruang dessert. Atasnya adalah ruang privasi coffee house ni.
Pernah duduk makan di kerusi hijau sebab makan seorang juga, ruang depan agak ramai. Introvert agak2 masa tu.
Balik hotel, lepak sebentar, check out dan ke VIKING SCUBA untuk ambil hubby dan anak2. Siap semua terus drive balik Kuantan.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.

































Tengok rupa dan saiz biliknya, kira murah dengan harga gitu.
ReplyDeleteMasyaAllah cantik sunrise di pantai.
Memang murah. Tepi laut ni hotel dan resort limited sikit. Tapi kami book je sebab lokasi cantik dan senang ke sana sini.
DeleteCantiknya gambar pertama.
ReplyDeleteKenapa Mulan tak join dive sekali?
Memang cantik kan. Hehe lesen dah gantung. Malas sebab leceh dengan equipment semua tu.
Deletebest betul la lepak- lepak tepi pantai sarapan sambil menghayati sunrise...bila la SA nak lepas ke Sana ye...kena cuti lama sikit ni baru berbaloi kan
ReplyDeleteMemang best lepak tepi pantai.
Deletewahhhh cantiknya tempat tu kak, lenkali kalau balik kerteh boleh try la kt dungun tu.
ReplyDeleteBetul Dana boleh drive atas sikit ke Dungun
DeleteSukanya tengok gambar healing tepi pantai sambil mengopi tu 😍
ReplyDeleteMemang best
DeleteSubhanallaaaah, definisi dari healing yang sesungguhnya ya mbak.
ReplyDeleteJujur, aku iri sekali lho ketika melihat foto kalian semua sedang bersantai di pinggir pantai. Apalagi, pemandangannya benar-benar bisa menikmati sunset dengan sempurna, heuheu. Nikmat Allah apa lagiii yang kita dustakan.
Moga suatu saat nanti aku bisa healing lagi mbak. Rasanya butuh liburan juga, tapi dompet belum mendukung, hihihi
Rumah kami pun tak jauh dari pantai tapi kadang malas ke sana hehe. View tepi pantai walau di mana memang cantik kan Subhanallah. Insyaa Allah moga Fajar dan family boleh ada masa untuk healing di tepi pantai.
Deletemacam rasa nak bercuti kat dungun la pulak tengok posting sis mulan ni. kuantan - cherating dah jemu. boleh la lajak ke dungun pulak nanti.
ReplyDeleteMemang best. Tapi Cie try ke Pantai Sepat atau Pantai Kempadang pun best. Atas dari Tg Lumpur macam2 ada.
DeleteSy dapat bau² tak lama lagi mommy pun akan join semula diving ni. Wait & see kan Kak 😁
ReplyDeleteDoakan ya PH
Deletebestnya healing di pantai... bestnya ganu dpt mkn ICT
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best.
Deletedekat dgn hotel pun start kereta juga ye hehehehe
ReplyDeleteLitlit panas ya Anies hehe
Deletekeajaiban alam kan... duduk lepak2 tepi pantai pun dah rasa menenangkan...
ReplyDeleteBetul memang tenang
DeleteCantiknya langit sunrise tu Mulan. Terpegun....seronok melepak tepi pantai camtu. Bawak kerusi healing memang syok la.
ReplyDeleteCantik kan, Subhanallah. Memang seronok duduk mengopi healing tepi pantai tu.
DeleteVery Interesting! Thanks for sharing!
ReplyDeleteBjxxx,
Pinterest | Instagram | Blog
Thank You for dropping by
Deleteooo ok...kiranya sblm2 ni mulan pun ada lesen diving dan join diving sama2 jugaklah yer. tabik laaa....kagum sgt tgk those yg buat hobi gitu! ari tu tgk video/reel erra fazira diving dgn suami dia
ReplyDeleteHehe memang ada. Dipujuk dive master ketika hubby ambil lesen dulu. Alhamdulillah lulus, terkejut jugak 😍😍
DeleteMemang luas kamarnya yaaa. Baik juga staff mengizinkan boleh bawa foldable bed sendiri
ReplyDeleteKalau mencari hotel , biasanya saya juga mementingkan lokasi kak. Biar mudah kemana2 kan
Ini untuk para penggemar diving, pasti suka lah yaa, ada tempat viking scuba begini juga .
Kalau dah ke pantai, pastinya saya sukaaa sangat dengan menu seafood segar 😍.
Bagus juga selama anak dan suami diving, kakak bisa STOp di cafe nya 😄👍
Memang luas, kalau 2 Queen bed pun masih muat. Masa booking memang request family room tapi tiada, cuma ada triple. Kata staff boleh saja bawa sendiri. Betul Fanny, lokasi memang priority kalau ke mana2.
DeleteDi Dungun memang ada beberapa dive center bagi aktiviti diving sebab lokasi nya berdekatan Pulau Tenggol yang famous untuk scuba diving.
Seafood memang sedap dan fresh. Betul 😍😍 hubby dan anak2 diving, maka mummy nya, cafe hunting.
Murah harga bilik tu, kira okaylah diorang kasi bawak tilam sendiri.
ReplyDeleteSeronok mummy me time sorang2. Boleh foodhunting kat kafe cantik2
Memang murah dan luas. Bagus kan, staff bagi bawa tilam sendiri.
DeleteKan, bila lagi nak ber ME time dan cafe hunting hehe
Wahh dasyatlah akak pandai diving. Cuya tak berani sebab trauma dengan air dalam. Setakat main air di permukaan sambil tengok ikan tu sukalah
ReplyDeleteDulu lah, sekarang tak lagi. Hubby dan anak2 je.
DeleteSetiap kali baca blogpost Mulan tentang Kuala Terengganu mesti terkinja-kinja dok fikir bila la hendak pergi ke sana. Pemandangan cantik. Ada resort dekat dengan pantai. Ada banyak cafe juga. Sangat molek untuk bercuti, bersantai dan healing kan? Cantik pemandangan sunrise itu. Sunrise di mana-mana biasanya tidak jemu mata memandang
ReplyDeleteKSarie cepat2 lah plan cuti ke Terengganu ya hehe. Banyak lagi tempat molek untuk makan dan lepak tau.
DeletePantai kat Dungun tu memang tempat terbaik untuk healing. Laut sangat cantik. Saya tak sampai-sampai lagi ke Aurora Coffee House tu. Satu hari nak cuba juga, Insya-Allah. Mulan tengah modify blog ya?😁
ReplyDeleteBetul memang cantik kan. Nanti sampai ke Aurora tu Insyaa Allah. Ya Nur, tengah tukar template dan adjust sana sini 😍😍
DeleteIndahnya pemandangan tepi laut. Cantik betul 🌅 . Saya teringin habiskan masa beberapa hari menikmati keindahan laut. Belum pernah sampai ke Dungun.
ReplyDeleteTepi laut mana2 pun memang cantik kan Kak Amie. Insyaa Allah sampai Dungun nanti.
Deletebestnya view pantai..tenang...dpt mkn celup tepung..yummyyy.,...lama tk ke pantai
ReplyDeleteMemang best sangat especially dapat makan celup tepung tu Alhamdulillah
DeleteSelamat ber-healing Mulan dan keluarga. Cantik la view Dungun. :)
ReplyDeleteMemang cantik view tepi laut :)
Delete