SEMINGGU YANG PENUH RIANG RIA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.

Sorotan kisah kami.... Memang sibuk sangat minggu ni.

Selasa pagi memang lepak di rumah (Putrajaya) dengan mak dan anak solehah. Penat sebab malam sebelum tu di KLIA hantar nephew. Tiba rumah dah pukul 11 malam. Hubby dan anak soleh di Kuantan sebab kerja. Aunty Putrajaya dan cousin ada datang, borak2 dengan mak pagi Selasa tu.


Rabu pagi, aunty Putrajaya bawa mak keluar breakfast sekali dengan aunty Sg Merab. Breakfast di area Teras Jernang katanya. Aunty Putrajaya ni rajin update hehe. Tak join breakfast sebab ada hal dengan anak solehah.


Mi Rebus sedap kata mak. Malam tu, aunty Ampang sampai, datang tidur sebab mak ada di rumah kami. Kami dah pujuk awal2 ajak datang. 


Khamis pagi ke PUNCAK ALAM. Bawa mak dan 3 adik2 mak (aunty2 Sg Merab, Putrajaya dan Ampang) nak ziarah tok saudara. Nampak Restoran Marlina terus lah masuk parking, sebab kami belum breakfast. 


Tengah memilih makanan.


Nasi Kerabu Ayam Percik yang sangat sedap. Saya punya.


Semua yang kami order - nasi kerabu, laksam dan kuih muih semuanya sedap. Nasi Dagang tak dapat cuba sebab banyak sangat menu lain.


Pening nak pilih.


Memang lah kesukaan kalau kedai makan banyak kuih muih. Tapai tu kan, first time tengok dibungkus menggunakan plastik bercorak daun, tanpa daun getah atau daun lain seperti cara lama. 


The 4 Sisters. Mak dengan adik2 perempuannya no4, no5 dan no6. Anak solehah kena tinggal sebab kereta tak muat hehe lagipun dia kurang sihat. 


Siap makan shopping sekejap. Mr DIY seberang jalan baru buka pukul 10. Aunty Ampang beli tanah nak tanam pokok. Aunty Sg Merab beli pasu. Aunty Putrajaya dan mak tak nak beli apa2. Anak mak ni beli tong sampah hehe. Kemudian kami terus ke Alam Suria untuk ziarah tok saudara iaitu mak saudara kepada mak. Duduk dalam satu jam, drive balik Putrajaya. Aunty Sg Merab paksa mak dan Aunty Ampang lepak rumahnya. Aunty Putrajaya kena balik sebab cucu2 transit rumahnya lepas sekolah. 

Malamnya aunty Sg Merab hantar mak balik. Memang havoc 4 sisters ni, 60s dan 70s. tapi Alhamdulillah dapat control kalau di tempat awam hehe. Dalam kereta memang riuh rendah, berebut nak bercakap. 


Ehh aunty dan uncle Putrajaya pun nak datang sama, tapau nasi goreng dan beli durian jugak. Dah hampir pukul 10. Walaupun mak dah kenyang dan mengantuk tapi mak tahan sebab seronok ramai2. Riuh rendah mak dengan adik2 dan iparnya. Pukul 11 baru lah aunty uncle Putrajaya dan Sg Merab balik. 


Jumaat pagi bawa mak dan aunty2 ke Cyberjaya pulak. Ziarah tok saudara yang lain dan sepupu mak. 


Nak visit baby Michelin ni jugak. Amboi pandai tutup mata ya. Siap di Cyberjaya, aunty Putrajaya pulak ajak mak dan aunty Ampang lepak di rumahnya. Kita balik dulu sebab nak ke kedai dobi. Malam nya mak dihantar balik. Malam tu juga hubby dan anak soleh tiba dari Kuantan juga aunty Ampang balik, diambil anak dan menanti. Sunyi sikit rumah.


Sabtu ke GRAND AIRIZ, Sungai Buloh menyantuni jemputan majlis perkawinan anak sepupu hubby. Jauh juga dari Putrajaya namun cantik tempatnya. Kami berdua saja sebab anak solehah demam, mak tak nak ikut dan anak soleh ke majlis perkawinan kawan sekolahnya. 







Bersama sepupu hubby dan isterinya. Siblings hubby yang lain tak dapat datang. Jauh2 di Taiping, Manjung, Kulim, Langkawi dan Oz. Kakak ipar di Taiping ada program sekolah, selalunya dia datang. 





Luar dan dalam semuanya cantik. Banyak spot untuk bergambar.


Siap ada surau. Toilet di sebelah nya.


Lauk nasi memang mantap dan sedap Alhamdulillah. Nasi putih, ayam masak merah, daging kicap hitam, cendawan masak lemak, paceri nenas, hati ayam berlado macam dalam pinggan ni. Seriously memang sedap. Ada lagi sambal, ulam dll malas nak ambil. Dessert pun banyak tapi ambil bubur pulut hitam sebab favorite. Sambil makan sambil borak dengan sepupu hubby duduk semeja yang datang ke majlis ni. 


Kemudian drive dan drop hubby di Shah Alam, menyantuni wedding anak kawan sekolahnya. Tak ikut sebab bagi peluang diorang berborak makan2 lama2. Kalau bawa si isteri ini, lepas 30-40 minit nanti kenyit2 mata atau tendang2 kaki kerusi ajak balik. Ya lah, bukan kawan sekolah kita. Maka nya, better lah dia pergi sendiri. 5-6 jam jugak tu, nak Maghrib baru balik, kawannya hantar. 


Anak soleh pula ke Shah Alam menghadiri wedding kawan baik dari sekolah rendah ke sekolah menengah lebih 15 tahun. Memang mak2 pun sama2 rapat. Moga ukhuwah kekal selamanya walaupun ada yang bukan Islam. Kalau di Kerteh dulu, rumah kami jadi sleepover port. Seronok tengok anak2 berkawan rapat.


Ahad pagi tadi jam 7am. Kami berlima dengan mak, hubby, anak2 soleh solehah ke Food Court Presint 16 untuk breakfast. Kuih dan nasi kerabu hubby tak sempat snap. Laju makannya. Food Court ni banyak pilihan makanan dan sedap pada kami juga dekat rumah.


Kemudian ke sini, drop hubby dan anak soleh yang nak berjogging.


Hasrat nak brisk walk santai2 area Masjid Besi tapi parking berdekatan Smoked Kingdom Ustaz Don ditutup. Pusing2 lalu Anjung Floria, nampak ada event, masuk lah parking yang masih banyak kosong.



Mak kata tak bawa seluar. Alaa takpe mak, pakai je jubah dengan sport shoe anak mak ni ada extra. Mak dengan cucunya. Jadi lah, nampak Masjid Besi dari jauh.


Jalan2 tengok apa yang berkenan. Tapi tiada sebab dah kenyang.


Inilah PANTAI FLORIA PUTRAJAYA. Nak masuk area pantai, ada bayaran dikenakan. Memang patut pun sebab tempat dijaga.


Ada event, ada VIP nya. Nampak YB Hannah Yeoh melawat kawasan.


Kemudian drive ke HERIOT WATT UNIVERSITY. Hubby dan anak soleh dah jogging sampai area university.


Suruh mak posing.


Panas2 kami ke sini nak makan gelato.


Yang biru tu perisa bunga telang.



Bunga telang, chocolate chips, pistachio, biscoff dan lupa yang lain tu.




Kami jumpa YB Hannah Yeoh di Anjung Floria. Hubby dan anak soleh bertembung dengan YB Syed Saddiq ketika jogging.

Sedih ni, rumah Putrajaya dah sunyi. Berdua dengan anak solehah je. Mak, hubby dan anak soleh dah balik Kuantan lepas Zohor. Moga Allah lindungi sepanjang perjalanan mereka. Rindu rumah Kuantan. Pesan macam2 banyak kali pada hubby dan anak soleh, especially jangan lupa siram pokok. Basuh sidai gosok baju, bahagian dapur semua tu Insyaa Allah boleh diharap. Kalau waswas, kita video call tengok camna kan haha.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.


0 comments