TOFU CHOCOLATE MOUSSE
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.
Anak solehah buat kelmarin. Sedap sangat, mummy pulak chocoholic kan. Mula macam ragu-ragu bila dia nak guna tofu. Tapi memang sedap. Cuba gugel, memang ada resepi nya.
Bahan-bahan:
100 gm chocolate (cooking/dark compound/choc biasa yang kita makan)
340 gm silken tofu pada suhu bilik, ditoskan
2 sudu besar sirap maple/madu (boleh kurang kan)
Cairkan coklat di dalam microwave, setiap 30 saat dikacau, sehingga coklat cair. Ketepikan, sejukkan pada suhu bilik.
Sementara itu, masukkan silken tofu dan sirap maple/madu ke dalam blender dan kisar sehingga sangat sebati. Masukkan coklat cair dan kisar sehingga sebati.
Tuang campuran ke dalam 3 ramekin atau gelas, dan sejukkan selama 30 minit.
Hiaskan dengan serbuk coklat, raspberi, beri hitam, daun pudina atau apa2 pun lah.
Boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 3-4 hari.
Resepi lengkap DI SINI
STEAMED EGG + TOFU + GARLIC CRISPY CHILLI
Dinner semalam, nak makan yang ringan2. Sebenarnya kisah, terlebih beli tofu. Maka menggugel lah mencari resepi berasaskan tofu.
Banyak resepi STEAMED EGG + TOFU ni di social media, berbagai cara dan rupa. Resepi di bawah, olahan sendiri sebab guna bahan yang ada.
Bahan-bahan (tiada sukatan tetap) :
2 keping tauhu 4 segi, dilenyek2 di dalam bekas nak dikukus
1-2 Shiitake mushroom, dipotong dadu/nipis
Tomato cherry, dipotong kecil
Capsicum, dipotong dadu
3-4 udang
- Kesemua disusun letak di atas tofu/tauhu dilenyek
2-3 biji telur
1/4 - 1/2 cawan air
Secubit garam
- Pukul sebati telur, air dan garam
- Curah ke atas tofu
- Kukus hingga masak
- Makan dengan garlic crispy chilli (homemade)
Alhamdulillah sedap kata anak solehah. Walaupun bukan resepi asal yang gunakan daun bawang, kami guna tomato/capsicum. Memasak ni guna saja apa yang ada, kalau tiada. Tapi kalau buat kek/biskut/roti, wajiblah ikut sukatan.
KIMCHI-JIGAE
Lunch Isnin. Memasak lah selagi boleh menu tofu sebab nak habiskan. Foto lama sebab lupa snap foto. Makan macam tu saja tanpa nasi atau udon/mee. Memang mengenyangkan.
LONTONG LEFTOVER
Lunch tadi. Lontong yang tak habis minggu lepas, disimpan beku dalam freezer. Kuah kacang dan sambal nasi lemak pun yang frozen. Nasi impit dimasak semalam. Sedapnya Alhamdulillah. Suka makan lontong dengan kuah kacang dan sambal nasi lemak.
Dinner tadi menghabiskan ada balance sikit nasi impit dan kuah kacang. Macam tak cukup, anak solehah bagi idea buat lempeng (crepe) makan dengan limau nipis dan gula. Crepe + lime + gula ni, kami mula kenal dan makan di Lombok dulu. Memang sedap.
Tulis dan simpan untuk rujukan dan kenangan. Mood oh mood, please be good to me, ya. Ada ketika rasa nak tutup blog. Tapi sayang.......
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.






Hebatnya sajian..menarik sekali..salam kenal ya..
ReplyDeleteSaya baca resipi dua dua kali tapi .... tak kot buat sebab mmg tak reti hahahaa.. :D
ReplyDeleteNampak kesedapan nya Tofu Chocolate Mousse tu...