Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat SUMATERA, MALAYSIA dan semua yang terkesan dengan banjir dll nya. Moga dipermudah kan semua urusan, diganti dengan yang lebih baik.
Siap breakfast, kami ke REGISTAN SQUARE. Breakfast menu yang sama semalamnya, simple tapi sangat kenyang, Alhamdulillah. Dah siap kemas bag dan check out, cuma luggage bag semua kami tinggalkan di reception hotel.
Registan Square ialah pusat bersejarah kota purba Samarkand, Uzbekistan, terkenal dengan seni bina Islam yang mengagumkan. Ia adalah tapak Warisan Dunia UNESCO dan dibingkai oleh tiga madrasah (sekolah Islam) yang besar dan dihiasi dengan hiasan.
Untuk masuk ke REGISTAN SQUARE, ada bayaran dikenakan. First day sampai, kami cuma snap foto dari luar.
Tiga Madrasah
Dataran itu ialah ensembel seni bina yang menampilkan tiga madrasah berbeza yang dibina sepanjang dua abad, setiap satu dengan hiasan yang unik.
Madrasah Ulugh Beg : Madrasah tertua antara tiga, dibina antara 1417 dan 1420 oleh pemerintah Timurid dan ahli astronomi Ulugh Beg. Ia merupakan pusat pendidikan utama, terutamanya terkenal dengan kajian sains, matematik dan astronomi.
Madrasah Sher-Dor : Ditugaskan pada abad ke-17 (1619-1636) oleh pemerintah Yalangtush Bakhodur, ia berdiri bertentangan dengan Madrasah Ulugh Beg. Fasadnya terkenal dengan penggambaran mozek unik makhluk seperti singa (harimau dengan matahari di belakang mereka), motif yang jarang berlaku dalam seni Islam.
Madrasah Tilya-Kori : Terletak di tengah-tengah dan siap kemudian (1647-1660), madrasah ini terkenal dengan dalaman "masjid emas" yang mempesonakan, dihiasi secara mewah dengan daun emas dan kaligrafi yang rumit.
(Sumber Ringkas AI)
Kami masuk ke tiga2 MADRASAH. Cuma nya tak sempat nak detailkan semuanya. Baca mana sempat dan snap foto.
Sama tapi tak serupa dengan foto yang sebelumnya.
Tak dapat dinafikan, senibina dan reka bentuk, Masya Allah cantik sangat.
Sempat melihat mesin tenun dan cara pembuatan dengan ringkas. Di Malaysia pun ada cuma corak yang dihasilkan agak berlainan. Setelah puas hati, kami berlalu pergi.
Berjalan menuju SIYOB BAZAAR, nampak kedai roti. Snap sekeping foto, cara pembuatan roti di sana. Tak banyak beza dengan cara kita. Yang lain cuma rempah inti nya.
Laluan yang sama.
Menusuk pula bau PLOV (nasi Pilaf) di cafe lokal berdekatan laluan kami, hubby ajak lunch terus. Order dessert juga, semua sedap, Alhamdulillah. Nasi Plov nya ada kacang merah dan kacang kuda. Menarik deko dan corak hiasannya.
Aduiii SIYOB BAZAAR tutup hari Isnin rupanya. Tak apa sebab first day kami dah masuk.
Alhamdulillah jumpa sunglass corak idaman hati di kiosk ditepi2 jalan. RM12. Yang lama patah sebelum ke Jepun lagi. Serius murah, tak percaya mula nya. Menuju ke destinasi seterusnya.
Nekropolis Shah-i-Zinda ("Raja Yang Hidup")
...ialah kompleks sejarah dan seni bina yang menakjubkan di Samarkand, Uzbekistan, terkenal dengan jalan makamnya yang menakjubkan yang dihiasi dengan jubin dan mozek biru yang rumit . Tapak Warisan Dunia UNESCO, ia adalah destinasi ziarah utama dan karya seni Islam.
(Sumber Ringkas AI)
Hubby pasrah je diminta jadi model hehe.
Masya Allah semuanya cantik kan.
Jumpa toilet dan tempat wuduk selesa berhampiran, Alhamdulillah dapat solat Zohor/Asar terus. Di sana, toilet yang berbayar, memang bersih. Cuma tak ada bidet, ada juga plastik disediakan.
Foto dari seberang jalan. Kami jalan kaki untuk ke satu Mall berdekatan sebenarnya tapi mall kurang menarik. Book Yandex, pulang ke area hotel.
Singgah minum kopi dan makan dessert sikit.
Ke hotel dan book Yandex/Grab, terus ke stesen keretapi SAMARKAND. Waktu masih awal, duduk charge handphone dan tapau beli roti/puff dan pizza untuk dinner dalam train. Kali ini train yang paling biasa, berlainan dari train sebelumnya. Seat nya cantik. Hubby macam biasa dengan KDrama dalam tablet nya. Nampak tak si comel baju oren tu, dia main handphone pasang lagu Shark Doo Doo dan lagu kanak2 lain, agak kuat volume nya. Ada lagu one little finger, two little finger, comel geram je tengok dia. Bagi kami ok je tapi penumpang lain tiada yang menegur. Namun setelah train bergerak 5 minit, tiada lagi lagu Shark Doo Doo nya. Meriah train ni, borak sekampung tapi tak lah sepanjang jalan. Train murah ni, tingkap kami loose sikit. Beberapa kali terbuka sikit dan sejuk sangat. Penumpang di depan kami, report pada staff dan dalam sekejap waktu, mereka datang untuk membetulkannya. Penat dan makan bekalan, terus lena.
Alhamdulillah smooth train nya hingga ke TASHKENT. Hubby book Yandex/Grab terus ke GuestHouse. Kami dah maklumkan awal, tiba dalam pukul 12 malam, sebab hanya itu train yang ada. Alhamdulillah ada staff tunggu. Bilik besar dan selesa. Mandi dan terus sambung tidur. Tak selesa tak mandi. Sebab ada water heater.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.














































En hubby layan kdrama jugak ye... best la ada geng bercerita... hehehe... registan square tu mmg awesome la... tmpt ni mmg sesuai utk budak² archi ni
ReplyDeleteHehe ya peminat KDrama. Registan Square memang cantik memang sesuai untuk students archi.
Deletenasi pilaf tu nmpk sedap...saya tak pernah mkn tapi tahulah kewujudan nasi ni...rasa dia sama mcm nasi arab ker? best baca entry mulan...moga2 ada lg rezeki saya nak jln2 obersi thn dpn insya Allah :)
ReplyDeleteNasi Pilaf macam nasi arab juga MZ. Thanks singgah baca tau dan moga MZ sampai sana nanti
DeleteMemang tak jemu la tengok senibina bangunan dekat sini... Semuanya mengagumkan !
ReplyDeleteMemang kagum sangat senibina di sana, cantik semuanya
DeleteBila dah seharian berjalan, memang kena mandi, x selesa kan..
ReplyDeletelepas mandi, terus tidur....lenaaa...
Betul kalau dah terasa peluh dan berlengas memang nak kena mandi
DeleteNasi pilaf tu nampak banyak bahan dalam tu.....dessert pun nampak sedap ya Mulan.
ReplyDeleteBetul banyak bahan tapi macam nasi arab je kot, dessert memang selalu sedap kan hehe
Deletecmel je ank kecil tu dengan baby shark do do do...
ReplyDeletememang cantik2 semuanya bangunan tu.. memang tak jemu mata memandang...
Memang terhibur dengar lagu shark duduk hehe. Bangunan di sana memang cantik2
DeleteCantik senibina sana.
ReplyDeleteNegara diorang pon takde bidet eh? Bukan negara islam ke
Susah kalau takde bidet, tak selesa.
Nasib baik zaman sekarang ad jual bidet utk travel
Memang cantik binaannya Masya Allah
DeleteTu lah bukan semua ada bidet.
Dia punya detail, dalam bangunan tu, lawanya... boleh duduk lama kot, perhati dinding dan hiasan pada siling.
ReplyDeleteMemang ralit kalau tengok dengan detail. Kena duduk lama baru puas hati.
DeleteCantiknya Registan Square tu kak...eh..eh..suami akak pun layan Kdrama ye...SA rasa kan kalau la SA ada kat situ especially kat bangunan yang cantik2 tu...memang masa banyak habis lama kat situ..
ReplyDeleteMemang cantik Masya Allah. Hehe tengah ada drama yang dia suka, download je lah. Betul memang ralit tengok bangunan MADRASAH dll di sana.
DeleteCantik, warna warni, seni binaan awesome memang tak menang tangan nak memfotokan semuanya kan?
ReplyDeleteBeribu fotonya KSarie hehe puas kering mata nak memilih nya.
DeleteUnik. Cantik. Menarik.
ReplyDeleteSoalan: KakMulan take photo guna digital camera ke?
Memang unik cantik menarik. Guna hp & hubby punya.
DeletePhotonya, di pamer dgn sangat baik sekali.
DeleteAlhamdulillah ada jgk edit sikit2
Deleteini yg ada kat taman tamadun islam kalayu tak silap. cantik betul corak-coraknya. teringin nak tengok depan mata. tapi tangga dia tinggi2 betul nk melangkah ye..
ReplyDeletepelik jugak tandas kat masjidtakde air
Moga Mazni sampai sana nanti. Memang cantik. Tu lah bab tandas dan tempat wuduk, Malaysia memang best.
DeleteDah tak paham saya tiap kali melihat bangunan mereka.... TERCANTIIIIIIIK sangat 😍😍😍😍😍. Motif dan designnya rumiiit, pasti tak mudah nak buat. Memang angkat topi untuk arsitek yg membuat ini.
ReplyDelete