Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Post yang terakhir ni, untuk percutian kami November lepas.
DAY 15
Seawal 6.30 pagi kami berjalan ke pick up point. Ada trip ke tasik lagi. Sejuk sangat pagi tu.
ALMATY HOTEL. Berdekatan pick up point.
ARBAT (ALMATY) WALKING STREET
Abay Kazakh State Academic Opera and Ballet Theater
...ialah mercu tanda budaya terkenal yang terletak di Almaty, Kazakhstan, terkenal dengan seni bina yang menakjubkan dan pelbagai repertoir persembahan klasik kebangsaan dan dunia. Teater ini ditubuhkan pada tahun 1934 dan dinamakan sempena nama penyair dan ahli falsafah Kazakhstan yang hebat, Abay Kunanbayev pada tahun 1945. Bangunan semasa, gabungan seni bina gaya klasik dan kebangsaan, dibuka secara rasmi pada tahun 1941.
Di sini lah pick up point yang sebenar.
Cantik sangat daun2 yang disaluti ais yang nipis. Snap satu tatkala menunggu van, juga terpaksa bergerak sana sini untuk melawan rasa sejuk. Serius memang sejuk ketika itu. Alhamdulillah bawa glove tangan. Sebenarnya tak bawa dari Malaysia pun, tapi hubby kata kena beli dan bawa untuk standby. Asalnya rasa macam tak sejuk sangat. Hehe lesson learned.
Driver yang membawa kami pagi itu, laju betul. Friendly sangat. Kami beli pakej tour ini juga dengan Trip Advisor. Review nya bagus lagipun kami agak last minute. Harga berpatutan dengan servisnya.
Di sini, van berhentikan kami. Kami diarahkan berjalan sedikit ke hadapan, untuk menaiki kenderaan lain iaitu pacuan 4 roda (4x4).
Masih awal pagi, lengang tempatnya.
Di dalam kereta 4x4. Hanya kenderaan yang tertentu dibenarkan di dalam kawasan tasik ini. Licin kan jalannya.
Semua dilitupi salji.
BIG ALMATY LAKE
...ialah sebuah takungan alpine glasier yang menakjubkan di pergunungan Trans-Ili Alatau Kazakhstan, berhampiran Almaty, terkenal dengan airnya yang berwarna biru kehijauan (berubah menjadi seperti susu pada musim bunga) yang terletak di puncak yang dilitupi salji, berfungsi sebagai sumber air yang dilindungi untuk bandar, memerlukan pendakian atau tunggangan untuk diakses disebabkan oleh peraturan taman, dan menawarkan pemandangan altitud tinggi yang menakjubkan dari bulan Jun hingga Oktober.
Sumber AI
Sebenarnya kami pergi terlalu awal. Maka warna tasik tidak menampakkan warna biru hijau cantik yang sering diperkatakan, mentari pun belum keluar. Juga trip yang ada ketika itu sangat limited. Namun kami tetap sangat bersyukur kerana diizinkan ke sini. Di depan mata memang cantik, terapi di dalam foto, warna agak gelap. Malas nak edit.
Hubby ni kan, memang ke sana ke sini.
Ada adik Filipina tolong snapkan foto. Group kami pagi itu ada 7 orang, group yang pertama sampai lake ni agaknya. Sebab tiada orang lain. Best sebab sunyi cuma bunyi angin dan binatang seperti burung. Tenang sangat.
Bila mentari mula menyinar.
Subhanallah.
Dapatlah menyaksikan sebahagian tasik dengan warna biru firus nya.
Rasanya trip sebelah petang lagi baik sebab matahari menyinar dari belakang, terus menyinari tasik. Kami dapat melihat warna tasik yang cantik namun di dalam gambar, warna nya tidak kelihatan sebagaimana yang kami lihat. Setelah 45 minit seperti waktu diberi, kereta 4x4 kami tiba.
Kami diturunkan di lokasi kami diambil awalnya. Berjalan ke van asal.
Guide membawa kami ke sini. Air dari gunung. Boleh diminum terus. Guide sendiri membawa botol kosong 5 liter untuk diisi dan dibawa pulang.
Hubby yang memang selalu bawa botol kosong, juga memenuhkan botolnya.
Segar dan sejuk.
Berjalan ke van.
Walaupun cuaca terang namun terasa sejuknya.
Dikatakan November adalah low season di sana. Maka memang tak ramai sangat pelancung tapi rata2 tour guide lebih tenang dan seronok sebab group yang dibawa lebih kecil. Lagi mesra katanya. Kalau group besar, ada kala terpaksa menggunakan bas.
Jeram kecil yang hampir membeku.
Hubby yang laju dah pun sampai ke van. Big Almaty Lake ni tak jauh dari kota Almaty berbanding Charyn Canyon, Kolsay Lake dll yang kami pergi sebelumnya. Ada yang cuma menaiki Yandex/Grab namun tak pasti kenderaan untuk ke dalam. Maybe lah kena bayar lain. Rasanya ada bayaran ke sini namun tak lah mahal.
Kami diturunkan di tempat pick up. Berjalan melalui Walking Street ke train station berhampiran.

Balik ke apartment untuk solat.
Keluar semula untuk lunch.
ALMATY CENTRAL MOSQUE memang berdekatan apartment.
BAUYRDA. Ternampak resto ini dengan logo halal juga menu lokal. Hubby ajak lunch di sini. Menu yang sangat menarik, ada daging kuda dll. Dessert nya, fried noodles + condensed milk (susu pekat). Nak try tapi dah kenyang. Malas nak tapau.
Saya order Burger Hati Lembu. Sedap. Something different. Ada sup sekali.
Hubby punya. Noodles dengan shredded daging kuda. Sedap.
Macam biasa, teh disajikan di dalam mangkuk.
Antara ruang di resto ini. Alhamdulillah memang sedap.
Resto juga berdekatan Almaty Central Mosque.
Almaty ialah bandar terbesar di Kazakhstan, merupakan ibu negara sehingga tahun 1997. Dikenali sebagai "Ibu Negara Selatan," ia kekal sebagai hab komersial, budaya dan kewangan utama negara. Terletak di kaki bukit pergunungan Trans-Ili Alatau di tenggara Kazakhstan. Bahasa Kazakh ialah bahasa negeri, tetapi bahasa Rusia kekal sebagai "bahasa komunikasi antara etnik" yang dituturkan secara meluas.
GREEN BAZAAR ALMATY
....ialah sebuah pasar awam yang terkenal yang terletak di tengah-tengah Almaty, Kazakhstan, terkenal dengan suasananya yang meriah dan pelbagai jenis barangan, daripada hasil segar hinggalah makanan tempatan dan cenderahati. Memang besar GREEN BAZAAR ni.
Hari dah senja ketika kami tiba di kawasan apartment. Malam terakhir di Kazakhstan.
DAY 16
Hari terakhir kami. Seawal pagi kami breakfast di apartment. Kemas barang2 dan timbang luggage. Alhamdulillah masih ada ruang. Kami cuma ke hypermarket di belakang apartment. Sambil bawa keluar semua sampah yang kami kumpul selama 4 hari. Senang sebab tempat sampah berdekatan dan agak sistematik.
MAGNUM CASH & CARRY HYPERMARKET
Macam2 ada yang geram sosej semua halal. Juga KURT yang putih2 tu. Ianya cheese keras. Beli sikit untuk anak2 rasa.
KURT @ KASHK
...ialah snek keju tradisional yang keras dan masin yang diperbuat daripada susu yang ditapai, makanan ruji untuk nomad, dibentuk menjadi bebola kecil dan dikeringkan sehingga keras seperti batu, menawarkan rasa masam yang kuat yang sama ada dimakan begitu sahaja, dilarutkan dalam air untuk minuman atau ditambah ke dalam sup, berfungsi sebagai sumber makanan berkhasiat dan tahan lama.
Kami ke resto semalamnya BAUYRDA. Belek menu lain. Macam2 ada semua menarik tapi tak ter order semuanya.
Hubby order susu kambing. Hhmmm agak berbau, masin dan sedikit masam. Cuba jugak minum sikit. Hubby habiskan, dia semua ok.
Hubby order nasi dengan daging kuda menu lokal. Sedap.
Saya order ini, lupa nama. Lupa nak snap foto. Barli dalam sup daging kuda. Memang sedap.
Kalau tak ada pokok, nampak terus masjid.
Siap lunch balik apartment. Flight kami balik Malaysia pukul 7 malam. Kami book extra 1 malam sebab check out kan selalu pukul 12. Mana nak lepak dengan luggage semua. Apartment tak mahal sangat, 100 lebih. Pukul 3.30 kami naik Yandex Grab ke airport. 30 minit je. Dapat naik kereta Haval baru, best. Yandex Grab pun murah di sana. Nampak beg dah siap plastik, wrap luggage di Uzbekistan dan Kyrgyzstan mahal, RM50 satu beg. Pulak tu tak kemas. Kami agak tak puas hati especially bila wrapping tak kemas, bahagian roda pun balut cincai. Pergi pasar cari cling wrap dan tape. Tak sampai RM10, tinggal je lebihan di apartment. Hubby memang awesome bab membalut. Lagi cantik dan kemas. Cover semua. Sikit je kan luggage kami. Check in luggage 15kg x 2 luggage bag, hand carry 7kg x 3 small bagpack.
Cantiknya airport dengan view pergunungan.
Dapat solat Maghrib Isyak dengan selesa. Berakhir lah percutian kami selama 16 hari ke bumi Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Kazakhstan. Memang seronok sangat. Syukur Alhamdulillah, diizinkanNya.
CONTEST JOM TEKA (ke negara mana Mulan bercuti), tiada yang teka dengan tepat. Ada few yang hampir tepat. Habis entri ni, tiba2 rasa sayu, rasa sedih. Bumi Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Kazakhstan tak akan kami lupakan. Apalagi bumi yang majoritinya umat Islam. Tenang, cantik, halal, murah. Hubby kata boleh pergi lagi. Nanti free, entri untuk ITINERARY trip ni akan menyusul Insyaa Allah. Thanks tau pada semua yang mengikuti kisah holiday kami ni.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

























































Ni salah satu negara dalam bucket list saya 😍 semoga ada rezeki ke sana.
ReplyDeleteInsyaa Allah sampai nanti
Deletesubhanallah, memang cantik sangat semua gambar. apatah lagi tengok depan mata! big almaty lake tu, kalau ada sinaran matahari mesti lagi lawa vienya, nampak lake tu kaler biru je.
ReplyDeleteburger hati lembu tu ada rasa mcm pedal ke? daging kuda pun saya curious rasa cam mana.
thanks share entri negara tan tan. memang dalam bucketlist saya! semoga ada rezeki, saya sampai sini jugak!
Memang cantik Subhanallah. Warna lake tu lagi lah memukau mata.
DeleteYa Mazni, macam rasa hati lembu kita je tapi ada rempah.
Daging kuda tu rasanya lebih kurang lembut kot tapi bau hamis tu ada
Thanks tau singgah baca. Moga Mazni sampai nanti
seronok bercuti ek. akak takat Uzbek n Tajik je pegi hari tu. Kazak maybe next time kot. tp food dia sedap2 kan mulan. akak pun suka tau daging kuda tu. teringat2 ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Memang rasa nak pergi lagi. Betul food sedap2
DeleteMasyaAllah pemandangan memukau gunung ganang bersalji 😍. Belum ada matahari, gambar jadi gelap. Cantik sungguh bila matahari naik tu.
ReplyDeleteKiranya elok jugak Mulan datang bulan November - tak ramai pelancong dan belum banyak salji. Tak terlampau sejuk.
Wah…menu daging kuda aje ya. Agaknya saya pun tak boleh nak telan susu kambing tu 😄
Memang cantik memukau semuanya Subhanallah
DeleteBetul juga Ujie bila pergi low season orang tak ramai. Still, banyak tempat boleh pergi. Cuaca pun nice je. Kalau banyak salji, ada tempat tak boleh pergi.
Daging kuda ok lagi, susu kuda tu aihh tak nak dah kot 😆😆😆
Terasa² dinginnya tu sampai ke sini hihi ...
ReplyDeleteBest nya air gunung jernih dan segar. Dulu² minum air perigi, segar je.
Memang sejuk hehe. Tapi still ok, kalau January mesti lagi sejuk.
DeleteAir gunung memang best. Perigi dulu pun boleh minum macam tu tak payah masak kan,
lama nya mulan kat sana...memang best sgt! i miss all those snowy view...so bolehlah masuk almaty in my travel wish list :)
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best. Moga MZ sampai sana nanti Insyaa Allah
DeleteCantik sangat daun2 yang disaluti ais yang nipis tu...rare menu burger hati lembu & wow ada menu daging kuda
ReplyDeleteCantik kan. Sedap burger hati lembu tu, daging kuda pun.
DeleteSaya tengok dari gambar pun tempat-tempatnya macam tenang, tak ramai orang. Tempat pejalan kaki pun luas. Kalau saya nak pergi melancong ke, akan pergi tempat majoriti Islam macam ini. Tengok beg-beg yang bergantungan di Green Bazaar tu, cantik-cantik. 😊
ReplyDeleteBetul Nur, memang tenang. Apalagi negara Islam makanan pun banyak halal. Beg2 tu pandang sikit je sebab malas nak beli 😆😆😆
DeleteSeronok. Thank you so much kakMulan.
ReplyDeleteStill nampak jubin unik dan menarik tu.
Alhamdulillah. Thanks tau singgah baca. Betul corak dan design jubin memang cantik
DeleteSuka sangat gambar atas tu daun dan bunga diselaputi ais tu. Ya Allah cantiknya Almaty lake tu dan nampak pula signboard Edelweiss terus teringat lagu Edelweiss...Edelweiss...every morning you greet me....
ReplyDeleteCantik kan. Nampak je terus snap sebab cantik. Big Almaty Lake memang cantik dan top attraction di sana. Hehe kan, memang teringat lagi Edelweiss.
DeleteMaknanya kalau nak ke sini dan menikmati keindahana ni bulan November la ye kak...almaty lake tu dibenarkan pergi dekat-dekat ye kak...cantik betul..
ReplyDeleteSemua musim pun cantik lake ni, cuma terhad nak hiking lebih jauh.
DeleteMolek sungguh pemandangan tasik dan gunung tuh. Hampir semua tempat memerlukan kekuda kaki yang kukuh ye. Lama KSarie tengok gambar-gambar pemandangan tuh. Terpesona sungguh. Banyak menu daging kuda di sini ye. Rasa macam mana daging kuda tu? Ada sikit macam daging lembu ke?
ReplyDeleteMemang semua molek sangat terpesona Subhanallah ciptaan Ilahi. Rasa daging kuda tu macam daging lembut jugak kot tapi ada bau hamis lagi.
DeleteCantik Lake tu... Mesti freezing sgt sbb seawal pagi sblm matahari naik dah smpai huhuu..
ReplyDeleteKat sana daging kuda sedap tak liat hahaha.. kalau kat malaysia kene ketuk dulu 😅
Memang cantik sangat, sejuk tak terkata. Daging kuda memang sedap tak list kan.
Delete