Subhanallah cantiknya LABUAN BAJO @ FLORES.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
FROM THE RIVER TO THE SEA,
PALESTINE WILL BE FREE.
8 hari tinggalkan rumah. Lamanya tak BW, rindu semua. Risau tinggal pokok2. Alhamdulillah Abg At siramkan. Sebelum ni, tak cara pun. Tanam sebab saja2 tak nak nampak laman kosong. Banyak kali pokok mati. Beli baru yang murah2, tanam semula. 2-3 bulan lepas, kena brainwash dengan aunty di RASA SAYANG NURSERY KUANTAN tu. Dia marah sebab pokok tak siram, tak baja. Pastu komplen pokok mati, haha setepek kena.
Kaktus ni pernah cerita di blog sebelum ni.
Sekarang dah bertambah dan makin besar, Alhamdulillah.
Yang ni pun, pernah cerita dulu. Macam tak sihat.
Alhamdulillah sekarang makin bertambah dan tinggi.
Kaktus kepunyaan arwah tok. Mak letak tepi tong sampah. Alhamdulillah staff Alam Flora tak buang. Kami bawak balik sebab sayang. Alhamdulillah makin elok. Bahagian macam kering warna cokelat tu keras dan utuh. Semakin membesar.
Alhamdulillah sekarang lagi besar. Dah kena tukar pasu lain.
Dari 2 pasu, dah kena tukar ke 3 pasu. Patah tapi cucuk balik dalam tanah. Alhamdulillah elok tumbuh.
Sebelum ni letak di belakang dapur, bawah atap. Memang tak kena matahari. Tapi tak mati. Cuma macam hidup segan, mati tak mahu. Tapi dah dibawa keluar, tepi porch. Kena cahaya matahari. Yang patah2 dicucuk ke tanah. Alhamdulillah elok tumbuh.
Asalnya 2-3 pasu. Tapi ada yang jatuh berderai, langsung ditanam dalam pasu kecik2 yang lain. Alhamdulillah makin elok membesar.
Balik Selasa baru ni, kecut kering, agaknya Abg At miss pasu ni. Dah disiram semalam, Alhamdulillah segar semula. Pokok Bayam, kata Abg At.
Hampir nak buang dah pokok ni. Tak tau nama. Alhamdulillah membesar bagai johan. Disiram dibaja. Haha terpaksa.
Pun sama. Hampir kena buang. Membesar sampai tak nampak pasu.
Pernah beli dulu tapi buang sebab mati. Alhamdulillah kali ni elok tumbuh membesar.
Alhamdulillah dah 2 kali beli. Spray2 je. Mahal sikit tapi Alhamdulillah elok pokok. Lama gunanya. 2-3 bulan baru habis. Bukan spray tiap hari. Sekali seminggu je. Spray manja2, bukan banyak2.
Baja untuk kaktus. Dah 4 bulan guna, tak habis lagi. Drop sikit2 je. Kaktus pun aunty nursery kata, siram dan baja, satu kali satu minggu saja.
Asalnya tempat kaktus tapi tak dapat matahari kot. Kaktus kena pindah. Jadi tempat POKOK MONEY PLANT lah sekarang ni. Asalnya juga dapat satu pasu kecik dari BLOGGER AINT SUPERWOMAN. Sekarang dia dah pause blogging, hilang password hehe. Alhamdulillah elok tumbuhnya. Pokok ni senang jaga kan, tak siram lama tak apa.
Anak solehah ada cakap. Siram masa tanah dah agak kering. Kena pegang tanah atau cucuk untuk tengok kelembapan tanah. Wehh, renyah nya. Sebelum ni siram hari2 tapi pokok macam nak mati. Siram sikit2 memang sah air tak turun ke akar pun. Sebab tak tau. Baru ni gugel cara siram pokok.
Rupanya, tanah dan akar wajib kena air. Anak solehah kata, kena nampak air keluar dari pasu. Ohhhh camtu. Tapi tak boleh siram selalu sangat takut akar lemas. Leceh jugak. Maka, kita pun siram sampai banjir pasu, tapi siram 3-4 hari sekali. Itu pun, kalau tanah lembap, tak perlu siram. Alhamdulillah setakat ni, bertahan hidup pokok.
Sewaktu tiada di rumah baru ni, mintak tolong Abg At datang sekali je. Selang 4-5 hari. Alhamdulillah pokok elok. Dah pesan, siram pokok tapi cucuh air pada tanah, bukan pada daun pokok. Cucuh sampai nampak air pada permukaan tanah. Bukan tiap hari.
LABUAN BAJO @ FLORES
Labuan Bajo ialah sebuah bandar nelayan yang terletak di hujung barat pulau besar Flores di wilayah Nusa Tenggara Timur Indonesia. Ia terletak di daerah Komodo. Ia adalah ibu kota Kabupaten Manggarai Barat, salah satu daripada lapan kabupaten di Flores.
Ini trip hubby dengan kawan2 sekolah dia. AIR ASIA baru launch direct flight kan.
Wajib lah hubby pergi scuba diving.
Insyaa Allah ada rezeki, nak pergi jugak nanti. Cantik katanya.
Hubby tanya nak kirim apa. Tak tau apa ada sana. Alhamdulillah dia memang pandai. Memang ini yang disukai.
Yang lain belum rasa. Tapi ROTI BIJAN tu sedap. Ada cheese di dalam nya.
8 hari dia pergi LBJ, kita duduk Putrajaya. Ada impian, ada rasa nak jumpa kawan2 blogger maybe yang berdekatan. Tapi tak kesampaian sebab kena mild flu dan batuk. Insyaa Allah next time lah.
SALAM JUMAAT PENUH BERKAT.
Hari tu ada terbaca Labuan Bajo ni destinasi terbaru flight AA. Lepas ni mesti ramai orang akan datang melawat tempat ni. Macam menarik je dan boleh dipertimbangkan 😄
ReplyDeleteBab kena tinggalkan pokok-pokok tu, faham sangat sebab my mom pun sama, sepanjang dia di KL mesti dia video call adik remind siram pokok sambil tengok keadaan pokok yg ditinggalkan hehe. Subur2 la pokok2 kak Mulan ni, suka tengok.
Betul tu Carneyz. Ni lah diorang pergi sebab direct flight tak perlu transit mana2.
DeleteBaru je rasa seronok main dengan pokok2 ni, mula la rasa risau bila nak tinggal rumah,
sejuk tangan akak subur gemuk pokok2 nya...geram tengok orang tanam pokok cantik2 ni
ReplyDeleteAlhamdulillah baru2 ni lah cuba menjaga dengan betul hehe.
DeleteBestnya tgok tanaman tu semua...subhanallah cantiknya Labuan Bajo...boleh masuk wishlist je la dulu sebabnya SA bukan jenis diving..SA more to hiking...cepat sihat Kak Mulan...makan ubat ye...
ReplyDeleteAlhamdulillah pokok tumbuh elok. Tengok dalam gambar pun memang cantik Labuan Bajo ni. Tempat hiking memang banyak katanya. Tqs. SA, Alhamdulillah makin sembuh.
DeleteSubhanallah memang cantik betul kak pemandangannya... subur je tanamana kak, seronok nengok
ReplyDeleteMemang cantik view sana. Alhamdulillah makin rajin menjaga hehe.
DeleteCactus ni memang tahan lasak sebab kekurangan air pun dia boleh hidup di padang pasir.
ReplyDeleteBetul kaktus tahan lasak tapi nak kena jaga jugak supaya tumbuh subur.
DeleteMemang cantik menarik Labuan Bajo tu.
ReplyDeleteBila kerap tinggalkan rumah, memang susah bab bela pokok.
Dalam gambar pun cantik Labuan Bajo ni.
DeleteBetul tu kalau ada pokok, memang berasa berat je tinggal rumah.
pemandangan Labuan Bajo ni ala2 mediterranean
ReplyDeleteCantik kan.
Deletekaktus mmg tahan cuaca panas spt di gurun. x perlu risau jika ditinggalkan selama 1 minggu...
ReplyDeleteBetul tu AK, Alhamdulillah tak susah sangat nak jaga kaktus ni.
DeleteSaya pikir kakak juga ikut ke labuan Bajo 😅😅😅. Saya sendiri pun belum pernah loh kak kesana hahahahahaha.
ReplyDeletePadahal memang cantiiik, tapiiii puanaaaas 🤣🤣🤣. Tau kaaan saya tak kuat panas 🤭🤭.
Cuma kalo kesana, wajib lah coba LOB (live on board). Ada banyaaak perahunya, dan biasa pakai perahu pinisi , itu perahu khas dari daerah sana.
Teman saya ada yg sewa perahu nya memang khusus utk keluarga lah, JD tak campur dengan banyak orang.
Nanti selama di kapal, makan pagi siang malam dimasak fresh dari seafood yg baru ditangkap 👍.
Kakak harus coba. Apalagi ada plan labuan Bajo ini akan dibuat premium. Yg artinya akan mahal. Jadi sebelum mahal, didatangi dulu hahahah.
Cuma saya tak pasti lah mahalnya seberapa besar. Krn terkadang bagi sebagian orang nominal tertentu belum lagi mahal buat dia kan. Sengaja dibuat premium Krn tak ingin labuan Bajo jadi seperti Bali yg over tourism.
Hehe Labuan Bajo tunggu family trip nanti Insyaa Allah. Hubby pergi dengan kawan2 sekolah. Memang agak panas. Hubby balik memang sunburned sangat.
DeleteBetul, hubby dan kawan2 jugak book LOB. Memang seronok tengok tapi takut sea sick lah nanti mabuk muntah2 😄😄😄
Betul jugak kan, mesti pergi sebelum semuanya naik harga.
Pertama kali dengar nama LABUAN BAJO....kat mana tau ?
ReplyDeleteDi Indonesia.
DeleteSegar segar dan sihat walafiat pokok-pokok nya.. seronok jer tgk..
ReplyDeleteLabuan pernah pergi sekali jer pd 12 tahun yg lepas.. Mmg seronok..
Alhamdulillah elok tumbuh suburnya.
DeleteBoleh pergi lagi Insyaa Allah.
Cantiknya pokok-pokok semua tu Mulan. Kalau tak hijau, merah dan sihat nampaknya. Cukup bajanya.....cantiknya Labuan Bajo dan semestinya tak pernah pergi lagi.
ReplyDeleteBila dah pandai sikit jaga, Alhamdulillah elok tumbuhnya. Moga ada rezeki kita sampai ke Labuan Bajo ni.
DeleteCute betul koleksi cactus tu..love it🥰
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok tengok kaktus ni membesar 😍
Deletewahhhh sihat sihat belaka pokok pokoknyaaaa
ReplyDeleteAlhamdulillah moga terus subur
Deletesy nak baca dulu review2 yg pergi labuan bajo ni
ReplyDeletekalau ok ada rezeki boleh plan ke sini...
Hubby dan kawan yang pergi memang kata best.
DeleteSalam kenal Mbak Mulan, ini pertama kali saya berkunjung ke blog ini.
ReplyDeleteCantik sekali pemandangan di Labuan Bajo. Saya cuma dapat memperhatikan beberapa foto yang disampaikan pada artikel ini. Belum mampu juga saya berkunjung kesana.
Salam,
Salam kenal juga Pak Asa, terima kasih singgah di blog saya. Kata suami memang cantik sangat do Labuan Bajo. Moga Pak Asa akan sampai ke sana nanti.
Delete