Search & rescue stok dalam petisejuk magika minggu lepas.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
DOA BUAT PALESTINE, LEBANON, YEMEN & SEMUA NEGARA ISLAM TERTINDAS, SERTA MENEGAKKAN PALESTIN.
Fuhh. Bila pergi kedai baking supplies, macam kena rasuk, macam2 nak beli. Ni macam ada yang lebih setahun ni kot dalam fridge hehe. Jom lah settle kan mana boleh. Sangai sekejap dalam kuali api kecil, bagi garing sikit je. Nak masuk oven pun boleh.
Campurkan semua bahan kering. Maybe dalam 2-3 cawan kot. Lupa betul nak sukat.
Buat ganache ( 130gm dark chocolate compound/cooking chocolate + 1 suduteh butter). Cairkan sebentar + 1 sudubesarhoney + 1 suduteh peanut butter.
Maaf tau, sebab resepi ni anggaran tau. Tak sangka jadi lah jugak. Next time akan cuba sukat. Cuma jangan terkurang bahan ganache tu, takut tak lekat elok, tak dapat texture sepatutnya. Tapi asalkan lekat2 sikit pun ok je. Better masukkan bahan kering sikit2, atau kalau kurang lekat, tambah ganache. Tak pun, tuang madu, takut manis pulak. Better tambah ganache lah.
Alaskan loyang dengan baking paper. Tekan2 bagi mampat. Sejukkan few hours dalam fridge. Senang tak payah bakar.
Tadaaaa. Baru keluar fridge. First time buat ni.
NO BAKE CHOCOLATE GRANOLA
Alhamdulillah ada yang elok dipotong, ada yang pecah berderai sikit. But who cares kan. Kita yang makan. Alhamdulillah. Sedap serius tau. Tak manis. Manisnya dari madu dan bahal asal. Ada masam sikit dari raisins. Healthy tak rasanya? Murah sangat buat sendiri.
Sabtu baru ni, balik brisk walk, teringat ada IKAN SALAI hubby dan kawan2 buat dalam hutan dua bulan lalu. Masak untuk lunch lah. Ikan dalam pinggan, kuahnya dalam mangkuk.
Gigih group hubby ni, diorang memancing dan menyalai ikan dalam hutan di DUNGUN dulu. Aktiviti tiap tahun.
Hubby bawa balik 4 ekor besar2 jugak. Sama2 kongsi katanya. Simpan dalam freezer nak tahan lama.
MASAK LEMAK IKAN SALAI
Santan kotak, bawang besar sikit je dikisar, asam keping, serai, kunyit, garam, cili api. Cara saya.
Jumpa TELUR IKAN dalam freezer. Stress nak goreng sebab percik minyak haha. Alaa goreng sambil tutup kuali je. SAMBAL CILI PENYET tu bibik adik yang buatkan, boleh makan dengan apa2, memang sedap. Baik sangat orangnya, sayang nya dah nak balik sebab kurang sihat.
KEK OREN. Pagi Ahad baru ni.
Hhhmm ni OREN yang tersadai dalam fridge. Tapi still elok. Guna 3 biji, buang kulit.
Malas nak guna mixer. Guna blender je.
BAHAN A (DIKISAR)
3 biji telur ayam
3/4 cawan minyak jagung
3-4 oren, dibuang kulit
1 cawan gula perang
1 suduteh Esen vanila
BAHAN B (DIAYAK)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat (1/2 pun tak apa)
CARA MEMBUAT
1. Satukan BAHAN A yang telah dikisar dalam bekas besar.
2. Ayak BAHAN B. Masukkan bahan ini ke dalam bekas BAHAN A tadi.
3. Gaul adunan sehingga semuanya sebati. Alas loyang dengan baking paper.
4. Bakar pada suhu 170 darjah selama 50 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
Sebelum dan selepas dibakar.
Nak tabur almond slice sebelum dibakar, tapi lupa. Macam kosong je kek. Guna hirisan limau yang dibakar dalam oven sebentar. Drizzle lemon juice sikit dengan gula aising.
Makan sikit je, tapau untuk mak, Makcik Temah, jiran baik mak & adik nak balik KL, Ahad baru ni.
Baru2 ni beli ayam kisar RAMLY. Nak stock up filling untuk wraps.
Tumis bawang besar & garlic cincang, masukkan serbuk jintan putih + ketumbar (boleh guna serbuk rempah sup/kurma), garam, lada putih.
Bahagi 2 bahagian filling ni.
Satu bahagian (seperti di atas) disambung masak + serbuk paprika, oregano, parsley dan apa2 lah yang ada.
Satu bahagian lagi, dicampur dengan kentang rebus yang siap dilecek. Saya suka kentang tak dihancurkan sangat. Untuk filling TAHU BEGEDIL.
TAHU BEGEDIL.
Malas nak kerat X. Potong macam peti harta karun je lah. Bakar dalam air fryer. Malas nak goreng.
Ke KERTEH last week, day trip ikut hubby meeting. Lepak rumah kawan, dia hidangkan BUBUR KACANG. Aiihhh teringat2 pulak. Semalam petang buat jugak. Rebus dalam NOXXA HP15 je. Tambah santan, garam & gula Melaka. Yumm.
Yumm lama tak masak BUBUR KACANG.
Buat TELUR DADAR dihiris2. Telur balance celup TAHU BEGEDIL tu.
Makan malam kami, 6.30pm. Campur buah2 yang ada.
Semalam spring clean dapur. Lama tak guna pinggan mangkuk lain yang dibeli. Ok. Tukar set untuk makan hari2. Berdua je pun. Beli online masa PKP dulu, sebab geram tengok design lawa2. Beli sikit2, 3-4 kali jugak. Bukan sekaligus. Antara rembatan waktu PKP. Healing sendiri. Hehe.
Alhamdulillah untuk segalanya.
Take care & stay strong buat kita semua. Moga dipermudah kan semua urusan kita.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
alamak...Rizz x buat lagi tauhu bergedil Dania mintak...kena buat ni...x leh x buat kang moncong anak dara tu
ReplyDeleteBuat la senang je ☺️☺️
Deletewow....ikan salai memang sedap tu...menu lain pun nampak sedap
ReplyDeleteIkan salai, daging salai semua sedap kan.
DeleteCoklat tu menerujakan sgt2... Nk order sebekas hahaha.. special request :D
ReplyDeleteHehe buat lah senang je tu.
DeleteDah la salai ikan.. ikan pulak bukan bishe bishe.. sebarau dgn tengas atau kelah tu hihii.. alhamdulillah rezeki.. :D
ReplyDeleteSungai situ memang banyak ikan kelah, Alhamdulillah memang sedap
DeleteBanyak tulang ikan salai tu
ReplyDeleteBetul Wak tapi ikan agak besar, jadinya tak lah susah sangat tarik tulang.
DeleteSedapnyaaaa
ReplyDeleteAlhamdulillah memang sedap
DeleteFood presentation uncle bagi markah penuh!
ReplyDelete😄😄 tq tq
DeleteWah semua masakan sungguh meneteskan air liur..sedaaap...cukup sehat karena kita sendiri yang masak dan mengunakan bahan"yang baik....saya suka coklat itu..pasti renyah kan 👍
ReplyDeleteAlhamdulillah, ya kalau masak sendiri, kita boleh control apa yang dicampur dalam masakannya.
DeleteTak pernah merasa ikan salai kecuali itik, daging salai tu pernah la. Telur ikan tu feveret tu Mulan. Pandai Mulan bake kek oren dan buat granola tu.
ReplyDeleteSedap tau ikan salai, sama itik salai jugak. Telur ikan goreng garing memang sedap. Kek Oren biasa je, guna blender senang. Granola tu pun campur2 je.
DeleteBagi sy Akk ni kategori masak campak² je jadi, terbaiklah Kak 👍
ReplyDeleteBubur kacang tu sedapnya! Cicah biskut 4 segi/crackers perghhh syahduuuu Kak 😆
Makan sendiri hehe campak2 je. Tak sedap pun kena makan 😄😄. Bubur kacang memang sedap kan cicah biskut.
DeleteSaya setuju dengan uncle for the food presentation
ReplyDelete☺️☺️ tq tq. Saja suka2 sorang2.
DeleteMenu ikannya super nikmat tu
ReplyDeleteTahu, mungkin kalai di kampung saya namanya tahu bakso, atau tahu berontak namanya
Terima kasih. Ohh tahu berontak juga sedap tapi agak lain.
Deletemacam2 la Mulan ni masak. buat terliuq betul.
ReplyDeleteTengok mood jugak ni Kak Yan
DeleteGranola itu saya pernah save resepnya dari salah satu instruktur gym yg saya follow, dia bilang cemilan sehat jika nak coklat. Tapi sampai skr saya blm bulat2 lagi. Padahal mudah yaaa 🤣🤣. Nantilah kalo mood rajin keluar, baru buat 😅
ReplyDeleteSetiap lihat resep2 masakan kak Mulan, pastilah terbayang2 rasanya. Kek orange itu saya jadi teringin buat juga. Tapi banyak bahan2 yg tak ada . harus beli dulu. Saya nih bisa dibilang tak pernah baking kue.jd memang tak pernah stok bahan2 macam ragi, baking powder , vanilla etc.
Ya granola senang tapi malas nak buat. Ini pun first time tau Fanny.
Delete☺️☺️ Bosan di rumah seorang, kadang baking & memasak untuk puaskan diri.
sedap belako menu hari ni. syukur kpd Allah atas rezeki yg dikurniakanNya.
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteTampak menarik untuk dicicipi😍bikin perut terasa lapar padahal sedang diet niatnya hehe
ReplyDeleteHehe, teruskan dietnya ☺️
DeleteFuh…rajin macam-macam dimasak.
ReplyDeleteBestnya dapat makan ikan salai buat sendiri, masak pulak lemak cili api. Tentu sedap aromanya.
Nak makan kena lah masak. Suka jugak masak ni tapi tengok mood jugak. Ikan salai memang sedap.
Deletetu diaaaaaa
ReplyDeleteikan lemak salaiiiiii
waduhhhh lapar terus niiii
Sedap masak lemak
Deletekek oren ni sy membayangkan ia disaluti coklat ganache
ReplyDeletewarrghhhh sedapnyaaaaaaa
Tak semua suka kek oren letak ganache. Sbb nak bagi adik2 dll so tak boleh letak ganache
DeleteNampak kek oren air tangan Mulan, teringat pertama kali Kak Amie buat kek oren ketika umur 15 tahun. Waktu itu hari raya. Emak yang bagi resepi. Tak sabar nak makan, baru keluar oven sudah dipotong hehehhee... sebab aromanya sangat menggoda!
ReplyDeletePinggan mangkuk tu mengingatkan Kak Amie sewaktu makan di Nando's KLIA2 dengan Abang Farid dua minggu lepas.
Betul Kak Amie bau kek Oren ni memang semerbak sedap satu rumah.
DeleteHa ahh kan Nandos pun ada lebih kurang macam tu
ikan keli salai masak lemak tu sedapnya...kt umh mertua ni smua xmkn ikan keli kecuali kita je...sedapnya bubur kacang lama tk mkn
ReplyDeleteIkan salai memang sedap kan. Bubur kacang memang favorite kami, tapi tu lah tak rajin buat. Haha.
Deletesemua pun nampak sedap laaa esp ikan salai dan kek oren!!
ReplyDelete☺️☺️☺️☺️ Alhamdulillah
Deletesemua pun nampak menariks..tambah2 granola tu.mcm nak buat jugak..baca bawah..wah ke oren plak, tahu begedil....semua pun sedapppp. bila la nak rajin ni
ReplyDeleteBuat lah, Insyaa Allah sampai mood tu nanti.
Delete