Sunday, September 08, 2024

PENYU MENANGIS SIAPALAH YANG TAHU.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 

AHAD, PAGI TADI.
Bangun pagi tekak kering perit sikit. Ke klinik cari antibiotic dulu. Badan sendiri ni, dah agak2 dah. Memang doctor pun bagi antibiotic. Sebelum melarat. Dapat ubat, silap pulak makan nya hehe. Makan terkurang dos. Esok lah makan semula betul2. 


Dari klinik ke BESERAH untuk breakfast. Memang lah mengidam NASI DAGANG tapi apakan daya tekak tak sihat, kena avoid pedas dan berminyak. So tengok je lah hubby makan sepuas hati.  Memang sedap.




Antara kuih muin di sini.


Orang kurang sihat makan LAKSAM, sedap sangat. Makan dengan kuah je. Sayur dan sambal tolak tepi.


Lupa betul Warung ni ada LEMPENG NYOR. Owner nya lain, ke belakang sikit, tu yang tak perasan. Next time Insyaa Allah.


Lauk pauk yang dah tersedia.






PATIN TEMPOYAK pun dah ada 7.30am.

WARUNG SRI BESERAH/BESERAH JAYA.
Lupa nak snap foto signboard warung ni. Semua sedap. Memang ramai, will repeat sebab bukak awal. Insyaa Allah.


Dah kenyang, kami ke PANTAI PELINDUNG.


Park tepi, hanya 4x4 lepas masuk ke sini sebab tanah berpasir. Alhamdulillah hehe tak payah jalan jauh, alasan tak sihat. Tapi kami bawa payung.


Nun di sana.


MURAL #1 PENYU
Viral baru2 ni kan. 



Hasil usaha TEAM PROJECT ZERO SIX x TOURISM PAHANG.


Alhamdulillah pagi2 tak ramai orang. Cantik sangat walaupun cuaca suram. Sejuk sebab hujan renyai halus. Tengok mata penyu, teringat lagi arwah SUDIRMAN. "PENYU menangis siapalah yang tahu". Hujan pun sama turun bak gerimis. Cuaca pun suram sinis. Hari ni juga, dalam hati ada rasa nak menangis. Sendu sayu, cuaca pun camtu. Ingat jugak arwah papa.


 Makin ramai pengunjung. Dulunya, sunyi sepi pantai ni. Nak brisk walk pun tak berani. 


Cantik, memang batunya merah.




Jalan2 lagi.


MURAL #2. Kecil sikit.




One for the album.




Tak faham dengan segelintir, dua tiga empat gelintir manusia ni. Budaya bawa balik sampah sendiri belum ada dalam diri. Patut ada dalam subjek pre-school, taska, tadika, sekolah rendah dan menengah sekali. Then, komplen Malaysia kotor tak macam negara lain. Tak cantik macam negara lain. 

Hello, mentaliti mana. Nak compare dengan negara maju. Konon pekerja majlis perbandaran tak datang cuci. Aiihhhh. Sifat ni kan, bila mak ayah buat, boleh jadi automatic turun ke dalam jiwa anak2, Nauzubillah minzalik. Come on lah, be responsible lah. Bawak balik sampah masing2. Tak kena bayar duit pun. Sendiri punya kan. 

Sayangi lah MALAYSIA


PROJECT ZERO SIX.

Tak silap, 2 tahun lepas viral kerja mereka, melukis mural pada tangki air.



Cantik kan.


Tonggak utama. PROJECT ZERO SIX. 

Kudos..!! Teruskan berkarya. KUANTAN ART STREET pun hasil tangan mereka. Banyak lagi sebenarnya. 

40 comments:

  1. Kagum sungguh dgn hasil kreativiti mereka yg mhasilkan mural penyu2 ni... Ingatkan seekor je, rupanya ada 2 ye Kak...
    Setuju dgn Akak bab sampah tu 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PH, bukan senang nak melukis pada batu. Apa lagi tepi pantai, dengan cuaca yang agak panas masa tu.
      Bab sampah ni, kena educate dari rumah jugak kan,

      Delete
  2. pantai tu sgt cantik! dan saya sgt2 benci dan anti those yg suka buang sampah merata2..memang uncivilized ler...seratus tahun lg pun takkan dpt jadi mcm jepun tu bab2 bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram kan bab sampah ni. Macam tak akan selesai selagi masing2 tak cakna tentang sampah.

      Delete
  3. Suka betul dengan menu sarapan yang ada pelbagai jenis lauk dan kuih tu kak, rambang mata. Pantai di belah sana memang cantik, teringinnya bergambar dekat batu penyu tu dahla besar cantik pulak tu lukisannya. Tapi sayang betul masih ramai rakyat Malaysia yang takde kesedaran sivik dan perangai sama dengan sampah jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Dana, kami suka ke kedai makan pagi yg ada macam2 juadah dan kuih muih. Meriah tengok, mula lah jenuh nak pilih mana nak beli. Singgah la nanti Pantai Pelindung boleh bergambar dgn PENYU. Bab sampah ni penat tengok, geram rasa dgn yang tak reti2 buang di tempat sepatutnya.

      Delete
  4. saya belum sampai lagi macam la jauh sangat....tunggu Pia balik cuti nanti la boleh bawa dia ambil angin pantai
    tengok sampah tu rasa sedih dengan perangai orang yang pengotor ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena tunggu Pia balik, baru syok tengok penyu tu. Memang sedih sangat dgn yang pengotor ni.

      Delete
  5. nampak sedap kuih muih tu ..cantik mural penyu.

    bab sampah tu..hurmmm sedih la perangai manusia yang suka buang sampah merata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kuih muih ni. Penuh je kedai. Mural tu memang cantik dan unik.
      Moga diorang tu sedar, pandai urus sampah sendiri.

      Delete
  6. Jangan ada yang gatal tangan pergi vandalisme mural penyu tu...orang KL belum sampai lagi tau nak bergambar..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nak kena lah kalau ada yg gatal tangan vandalize penyu tu. Cepat datang hehe.

      Delete
  7. wahhh Ganu kite :) meriah kak ana tengok menu-menu kuih tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sebelah Ganu je ni Kak Ana, mai datang Kuantan.

      Delete
  8. Semoga cepat sihat. Aamiin...
    Bila tekak tak sihat, makanan sedap pun rasa tak lalu nak makan dan kena berpantang. Kita tengoka je lah orang makan. Takpe, nanti sihat boleh makan.

    Bagus juga inisiatif buat daya tarikan begini. Barulah ramai datang. Tapi yang tak menariknya bila sampah merata-rata tu. Sakit mata memandang. Bukan hanya dilaut, kadang hiking pun banyak sampah orang buang mera-rata. Tak tahulah kenapa mereka tak ada kesedaran, tak pandai nak jaga alam sekitar. Harapnya tak ada yang yang merosakkan mural tu.

    Sejak viral, rasa teringin juga nak datang sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Fizah, Alhamdulillah makin baik. Betul, menahan rasa bila tak sihat kan.

      Memang seronok tengok hasil usaha dan kreativiti team pelukis mural ni kan. Tak kira tempat, dengan cuaca yg tak menentu. Sampah ni kan, tak faham zaman makin maju ni, ada lagi buang merata.

      Delete
  9. Semoga cepat sembuh Kak Mulan. Saya pun 2 hari lepas sakit tekak. Biasanya saya akan kumur dgn mouthwash sebelum tidur dan selepas bangun pagi bila terasa tekak sakit dan gatal2 ni. Sedap betul semua makanan dekat kedai tu, kalau saya mesti rambang mata nak pilih yg mana nak ambik 😅 Wah, tempat viral baru. Kreatif buat mural penyu dekat batu. Hmm... kalau saya pun sakit hati betul tengok pemandangan cantik tercemar oleh kutu sampah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Carneyz, Alhamdulillah makin baik. Ramai jugak selsema batuk sekarang ni.
      Memang banyak kuih muih dan sedap di kedai tu. Penuh selalu dgn customer.
      Lately la viral penyu ni, cantik. Harapnya pengunjung pandai bawak balik sampah masing2.

      Delete
  10. Kagum SA dengan seni lukis mural tu...penyu tu cantiknya..masuk wishlist lagi nampaknya...Kak Mulan jangan lupa email details..SA nak kirim hadiah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kagum, tu yang kami pun sama cepat2 nak tengok sendiri. Memang cantik. Tepi pantai pulak.

      Delete
  11. Jaman awal tahun 80an dulu masih banyak penyu betul mendarat bertelur kat pantai rantau abang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Wak, sekarang makin kurang tapi masih ada.

      Delete
  12. Banyaknya pilihan kuih dan lauk di kedai tu.
    Cantiknya pantai!
    Mural penyu tu memang wowww sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak, rambang mata tengok.
      Subhanallah pantai memang cantik termasuk mural penyu tu.

      Delete
  13. Semoga saat ini dah membaik kak Mulan 🤗🤗.

    Saya liat laksam JD teringat laksam di two sons KLCC 🤤🤤🤤. Nak lagiiiii hahahahha.

    Cantiiiik nya murah yg berbentuk penyu dan yg di tangki air itu. Hebaaat lah dengan orang2 yg pandai melukis ini.

    Kalo masalah sampah, ini pun masalah negara saya juga. Dah letih nak bagi tahunya macam mana. Rasanya kalo utk yg tua2 nih, dah tak ada harapan. Memang tabiat nya begitu. 😔. Nanti kalo banjir, dia juga yg salahkan pemerintah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Fanny, Alhamdulillah makin baik.
      Laksam memang sedap kalau tau tempat nya.
      Mural pemyu memang cantik dan unik. Pelukis2 memang hebat.
      Betul Fanny, sampah juga antara yg mengakibatkan banjir kan.
      Buang merata, nanti kerajaan disalahkan bila tersumbat di mana2.

      Delete
  14. Cantiknya mural di tangki air tu. Terus nampak berseri tangki air.

    Betul, bab sampah tu janganlah harap semata pada pekerja pembersihan. Sampah sendiri, bawa balik buang dalam tong sampah. Kadang tong sampah awam dah penuh, tetap jugak nak sumbat. Terus melimpah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik kan. Berseri tangki air.
      Bab sampah ni kena start educate di pra sekolah, juga dari rumah kan.

      Delete
  15. meriah nya tgk gmbr makanan mcm2 tu di kala tgh puasa ni....lapar trus....wah besar btul penyu batu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak dan meriah kuih muih nya, sedap pulak.
      Memang besar mural penyu tu.

      Delete
  16. Owh... kat sini ke mural penyu tu... Nampak kat IG

    ReplyDelete
  17. Cantiknya lukisan penyu tu. Hmmmm sampah?.....pun tak faham kenapa takde common sense ya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik mural penyu tu kan. Betul Ezna, memang tak ada common sense.

      Delete
  18. kreatif betul laa yg buat mural ni. kalau yg x tau tu medyi pengsan tgk penyu besar tu

    ReplyDelete
  19. part sampah tu haihh x tau laa nak kata apa... sama je perangai tu tak kira bandar ke kg ke... 2x5 je... nmpk je dah dewasa tp kesedaran sivik zero

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram kan dengan orang2 yang suka buang sampah merata2 ni. Otak kat lutut.

      Delete
  20. Saya pun kurang gemar dengan sikap manusia yang tiada sivik...buang sampah merata-rata...nampak sangat mereka jenis pengotor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram kan dengan sikap pengotor ni.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com