Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Allāhumma innaka 'afuwwun karīmun tuhibbul 'afwa, fa'fu 'annī.
"Tuhanku, sesungguhnya Kau Maha pengampun lagi pemurah. Kau menyukai keampunan, oleh kerananya ampunilah aku."
FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE.
Puasa 1 Ramadhan. Barli sirap honey lemon. Kuih Lopes. Mi Rebus Sos Tomato/Cili.
Misi search and rescue bahan masak di dapur. Jumpa beras pulut. 2 pot kecik je. Rendam dengan esen hijau dan esen pandan. Daun pandan tak ada. Pernah tanam dalam pasu tapi monyet tarik. Balance pulut masuk freezer. Reuse nanti.
Kelapa parut pun ada sepeket kecik dalam freezer, masih elok. Favorite kami Kuih Lopes ni. Sedap buat sendiri, siapa lagi nak puji kan hehe. Suka kelapa banyak. Pulut ni tekan2 bagi bulat leper dengan sudu je dalam mangkuk ada kelapa. Hehe so rajin kan.
Jumpa GULA KABUNG dalam fridge, sedap makan dengan LOPES ni.
Mi Rebus ni ada kawan ajar masa duduk Vietnam. Dah jadi favorite kami. Tumis bawang besar kisar dengan ciliboh. Masukkan ayam + udang dan air sikit. Bila menggelegak, tambah air sikit2, sos tomato, sos cili, sawi, garam gula. Last, pecahkan telur sebiji2. Kuah kena pekat sikit, bukan cair. Tak guna bancuhan tepung jagung pun. Daun sup & bawang goreng jangan lupa. Tak habis, sambung makan untuk sahur. Alhamdulillah hubby jenis tak kisah.
Bukak kitchen cabinet masa kemas sebelum Ramadhan, nampak set pinggan viral ni. Gatal beli masa viral dulu tapi memang berkenan corak2 nya. Ouucchh tak guna nanti kena soal. So kita guna untuk iftar. Kadang lupa nak ganti2 guna.
Barli dah berbulan dalam balang. Alhamdulillah masih ok. Rebus dalam Noxxa, tak payah jenguk2 macam dulu. Tekan je, pergi tengok Kdrama haha. Hangus jugak beberapa kali dulu sebelum ada Noxxa. Alhamdulillah senang kerja dengan Noxxa. Barli lebih masuk freezer, reuse nanti.
2 Ramadhan. Wraps je. Malas. Guna isi ayam & Kofta seasoning beli di Turkiye dulu. Dessert buat JELLY MANGGA instant yang kuning tu, makan dengan susu cair terus dari tin. Tiba2 hubby balik kerja bawak balik KUIH ULAT BULU. Beli di kantin pejabat. Ingatkan BUAH MELAKA versi panjang. Intinya kacang merah. Sedap. Muffin tu tak sure orang bagi atau hubby beli di kantin pejabat.
Set pinggan lama arwah Tok. Asalnya tea set saja dengan piring kuih, tapi jumpa pinggan makan melengkung di IG mana ya, lupa. Beli 6. Jadi dapat lah set makan tapi tak ada mangkuk. Set ni berterabur, tak cukup dan ada yang dah sumbing sikit. Kutip sebab tak ada yang berkenan, masa mak adik beradik balik Kuantan pilih barang2, kemas rumah arwah Tok dan Tokki, sebelum rumah dijual. Mangkuk jelly, kita dah kidnap mak punya. Dia dah tak nak.
Sweet jugak kan corak pinggan lama ni.
4 Ramadhan (3 Ramadhan di KL ikut hubby meeting)
Snap 1 foto je sebab memang emotional sikit hari tu. Moga Allah permudahkan semua urusan. Aamiin. Dumpling tu hubby bawak balik dari plant. Buah Melaka beli luar masjid. Kesian katanya. No comment. Telan je lah. Mee siput goreng simple kawankan dengan Dumplings. Sawi, oyster mushroom, sawi, sos tiram, sesame oil. Tumis dengan bawang putih. Air Pisang & Kurma, blend.
Sabtu semalam. Adik balik rumah Mak, sekeluarga. Seronok sangat2. Riuh rendah rumah mak. Along nya ni malas masak. Penat goosk baju sebakul. Mintak dia belikan semua. Ya lah orang KL balik Kuantan memang diorang akan ke Bazar Ramadhan. Kuih muih macam2. Alhamdulillah semua sedap. Yang bentuk lada, telur dll tu, KUIH ANGKOO. Comel sangat banyak bentuk. Definitely anak2 sedara yang pilih. Sedap. DODOL KUKUS (warna cokelat ada tahi minyak) & KUIH PEPENA (warna hijau ada star warna cokelat) tu kuih tradisional Chenor, Pahang. TEPUNG PELITA pun sedap, kurang manis, memang elok.
KUIH NEKBAT. Only in Pantai Timur hehe. Bahulu kering, direndam dengan air gula yang dimasak dengan daun pandan + esen kuning. Sedap. BUBUR PULUT HITAM memang sedap.
TAUFUFA, KUIH TAKO, BINGKA UBI, LOMPAT TIKAM, BUTIR NANGKA. Alhamdulillah semua sedap. Uncle yang duduk di Taman sama pun ada iftar sama2.
Adik ipar sempat buat TAHU BEGEDIL. Sedap. Tak habis along nya bawak balik, masuk freezer.
Dia masak KERUTUK DAGING jugak, sedap. Dia memang pandai masak especially lauk pauk. Kawankan dengan nasi putih untuk Mak. Kita buka kuih2 je sebab banyak jenis. Tapau lauk untuk sahur.
Ya Allah, permudahkan lah semua urusan kami. Aamiin.
Meriahnya juadah berbuka puasa. Berderet-deret susunan kuih-muihnya terutama angkoo tu nampak comel sangat, memikat mata! Nekbat tu saya tak pernah rasa lagi. Cantik betul.
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki Allah di bulan puasa.
Alhamdulillah. Dah ramai2 memang meriah sbb favorite masing2 lain2 hehe. Nekbat tu sedap. Diorang jual bulan puasa je.
Deletesedapnyaaaa mi rebus
ReplyDeletefav sy jg tu
amboiiii mcm2 hidangan tu
habis x?
kalau x abis bleh pos ke sini😁
Memang sedap masam pedas manis. Alhamdulillah habis semua, sambung moreh dan sahur hehe
Deletelama tak makan nekbat
ReplyDeletetp kalau jumpa mkn sikit je
x tahan dgn manisnya tu
😁
Nekbat tu jangan ambik air gula banyak, campur air masak sikit jadi tak manis.
DeleteBelum pernah makan kuih nekbat. Tau namanya je.
ReplyDeleteSaya simpan segala daun herba dalam freezer, termasuklah daun pandan 😄. Senang bila-bila nak guna sentiasa ada.
Sedap Nekbat tu. Bahulu kering yang tawar, makan dengan air gula pandan. Memang simpan juga dedaun dalam freezer tapi daun pandan tak teringat nak simpan.
DeleteAlhamdulillah.. Seronok berbuka simple2 gitu...
ReplyDeleteAlhamdulillah kalau berdua memang simple je.
DeleteMeriah sungguh menu menu berbuka dia.. alhamdulillah rezeki ada masa nak masak .. kita balik keje terus campak2 jer asal jadi lauk tak menang tgn nk uruskan anak kecil hahaha..
ReplyDeleteMeriah banyak bila ramai2 hehe. Alhamdulillah dah duduk rumah je kan so kena la masak. Dengan anak2 kecil memang tau struggle nak buat macam2. Moga dipermudah semua. Rindu zaman anak2 kecik.
Deletesedapnya semua menu berbuka puasa akak tu... pelbagai
ReplyDeleteAlhamdulillah, bila ramai2 memang berbagai lah juadah ikut selera masing2.
Deleteameeeeeennnn untuk doanya di atas..
ReplyDeletebanyaknye mulan masak... nekbak tu sedap sgt2..
Satu hari masak satu main dish je. Buat kuih simple2 bila rajin. Yang banyak tu beli hehe masa adik balik.
Deletealhamdulillah, semaunya sedap2 tu...err terliur hahahhah
ReplyDeleteAlhamdulillah, ya pulak bila tengok rasa terliur haha.
Deletemcm2 menu tu..meriah...kuih ulat bulu lastyear 1st time mkn opismate bagi...buat sendiri lopes tu puas la mkn
ReplyDeleteMenu banyak hari hehe, sedap jugak kuih ulat bulu tu. Betul Lopes tu senang je buat memang puas hati makan.
Delete
ReplyDeleteSemuanya menyelerakan...
Sy ambil resepi Mee rebus tu ye Kak 🤗
Alhamdulillah, ambil la resepi simple je tu :)
DeleteBuka puasa ramai2 antara moment best..dengan pelbagai makanan..thn ni belum ada kesempatan lagi balik kmpg..berbuka sorang2..hehe. Pinggan bunga biru tu i bekenan laaa....hehe
ReplyDeleteMemang seronok buka puasa ramai2, macam2 menu. Kongsi sikit sorang. Sweet kan pinggan biru yg lama tu.
DeleteMenarik jugak menunya. Kuih pepena tu belum pernah jumpa.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Kuih Pepena tu banyak dijual di Pahang, kuih tradisional
DeleteTrakhir kali buka puasa sangat meriah macam nih, waktu masih stay Ama mama 😅. Kalo skr, dah tak mungkin saya masak LBH dari 2 menu. 🤣. Kecuali beli di luar. Kalo masak sendiri memang paling banyak 2. Itupun digabung dengan dinner 🤣. Nasib baik saya dapat suami yg juga tak kisah. Yg penting ada makanan di meja 😁. Cooking memang bukan favorit saya. Dulu ada asisten pandai masak. Tinggal saya kasih resep, dia eksekusi dan jadinya enak. Tapi mudian resign. Penggantinya tak pandai masak, tapi pandai bersih rumah 🤣. Dah laah, tugas masak saya ambil alih. Dia fokus beres rumah saya.
ReplyDeleteSaya suka masak tapi bukan yang complicated. Yang senang2 saja tapi menu favorite 😍😍 Selalu nya plan sikit2 dari pagi. Dapur pun kecil jadi nya masak senang, kemas pun senang. Masak memang 2 jenis saja, tengok mood juga. Alhamdulillah suami pun tak cerewet, boleh diulang makanan yang di masak, lunch ke dinner atau buka puasa terus ke sahur.
DeleteBetul buka puasa ramai2 memang meriah especially kalau dengan Ibu kita kan. Bila semua dah besar berkeluarga, semua jauh2.
seronok dan meriah bila berkumpul waktu berbuka .
ReplyDeleteBetul memang seronok kalau dapat berkumpul buka puasa ramai2
DeleteTeringin mee rebus...lepas tu dah order 2 pack tauhu bergedil unuk berbuka hari Khamis / Jumaat
ReplyDeleteNama Mee Rebus pakai sebut je haha tapi guna sos cili dan sos tomato je. Tahu Begedil sedap kan.
DeleteNampak pulak kuih lopes. Lama tak makan ni....
ReplyDeleteSenang buat Lopes ni :)
DeleteMenu iftar sedap sedap. Korek selagi ada saki baki kita buat dia kan. Bila dah biasa buat, memang mudah dan rajin jadinya kan. Tak habis, simpan. Ada beberapa jenis kuih yang tak pernah saya dengar dan tengok. Antaranya kuih angkoo dan pepena tu. Kuih pantai timur mostly manis². Dapat yang kurang manis okaylah. Cantik set pinggan lama. Rugi tak ada sape nak, baik kita ambil. Boleh guna.
ReplyDeleteAlhamdulillah buat mana mampu yg suka makan. Kuih Pantai Timur lately banyak dah tak manis. Macam2 jenis macam tempat lain juga. Pinggan lama banyak memory kan
Deletesedap2 semua makanan, pandai mulan masak ikut bahan yg ada. x membazir
ReplyDeleteCampak buang je hehe, Alhamdulillah suami tak cerewet
DeleteLama pulak tak makan kuih lopis tu...Nekbat tu macam susah je nak jumpa....
ReplyDeleteKuih lopis tu masak macam pulut biasa hehe versi malas, nekbat memang banyak bulan puasa je
Delete