Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Allāhumma innaka 'afuwwun karīmun tuhibbul 'afwa, fa'fu 'annī.
"Tuhanku, sesungguhnya Kau Maha pengampun lagi pemurah. Kau menyukai keampunan, oleh kerananya ampunilah aku."
FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE.
Cantik kan rumah di tengah sawah.
Awal dalam minggu lepas, adik hubby no4 wsap dalam group adik beradik + ipar duai, bagitau kami, adik lelaki hubby no6 warded & kena operate di Hospital Langkawi. Dia memang bekerja di sana. Hubby minggu lepas di Beijing, China ada plant visit. Kami discuss berdua, dia sampai Jumaat malam, Sabtu pagi2 sepi'e kami fly ke Langkawi, balik petang Sabtu jugak sebab Ahad nak balik Kuantan. 2 minggu tinggal rumah. Hubby pun kena masuk kerja Isnin, kita pun nak prepare untuk Ramadhan jugak. Memang lama tak jumpa adik yang ni. Dia pun banyak merantau.
Mak ayah mertua dah tak ada. Kami usahakan juga untuk ziarah, Alhamdulillah smooth semua. Flight AA memang banyak. Pagi2 sepi'e tu tak ramai passenger.
Awal2 flight, kita zzzzzz dulu sebab mengantuk sangat. Dah breakfast siap2 di T2 KLIA.
Cuaca tak terang sangat tapi Subhanallah cantik. Spesis suka tengok langit biru, awan putih, laut, gunung dll. Tak akan puas menikmatinya, ciptaan Allah.
Alhamdulillah sampai dengan selamat. Setelah 12 tahun tak ke sini. Last datang tahun 2012. Sharing trip dulu, klik link di bawah.
Sampai airport, ambil kereta sewa. Dah pukul 11. Waktu melawat pukul 1pm. Jalan2 area KUAH. Bincang, baiknya lunch dulu. Gugel gugel. Perut pun lapar jugak.
Ada few kedai tapi KEDAI NASI CAMPUR TOP BBQ ni macam bagus review nya.
Sup seperiuk tengah menggelegak. Untuk makan dengan nasi atau mi.
Sama gulai ni jugak, masih atas api tapi semua dah masak.
Serius banyak betul lauk.
Ni kami punya. Yang banjir ada sudu garfu tu kita punya. Peria memang favorite. Hubby ambil Kerabu Mangga ++ lupa dah. Ikan Bakar tu memang sedap. Pes cukup rasa sedap. Ikan tu dibelah sisi, nampak je agak nipis. Tapi isi banyak betul. Bakar pun tak lama. Cukup untuk berdua. Dengan Sirap Limau, semua RM33.
2 pintu kedai ni. Pukul 11 lebih pun dah ramai. Hari Sabtu.
Bagus la kedai ada jual buah jugak.
Bahan2 untuk Mi Sup Daging.
Tengok la lauk pauk nya.
Macam2 jenis sambalnya.
Siap dibakar, ikan2 diletak atas meja, siap ada kipas macam tower nak halau lalat.
Sedapnya.
Kerabu Kerang rasanya. Dah kenyang baru nampak aiiihhhh.
Alhamdulillah puas hati.
12.30 ke HOSPITAL SULTANAH MALIHA, LANGKAWI.
Untuk apa, hubby kata untuk orang merokok. Ya ke?
Lengang.
Cantik. Bangunan tak macam hospital lain.
Lif ada tapi hubby kerah naik tangga sebab dah makan banyak katanya. Tahan je la dalam hati haha. Katanya alaaa 2-3 tingkat je.
Selagi belum 1pm, security guard memang tak bagi masuk. Memang kita kena patuh.
Alhamdulillah akhirnya bersua. Ehh tapi hubby ada jumpa 2 tahun lepas. Hubby dan geng sekolah camping di Langkawi. Alhamdulillah siap operate, tunggu lab test dll. Ahad dapat result semua clear. Rabu discharge. Pukul 2 security guard dah minta kami keluar.
Next ke rumah kawan sekolah hubby. Cantik rumah design lama ni kan. Rumah ni berdekatan.
Ke sini kami. Alhamdulillah tuan rumahnya ada.
Jumpa kawan sekolah memang banyak cerita. 1 jam memang tak puas. Borak dari dalam rumah sampai ke luar laman.
Thanks for having us. Hubby selalu cerita, bangga dengan kawan dia ni, design rumah sendiri. Tumpang sekaki. Serius suka sangat rumah ni. Arkitek. Jumpa lagi Insyaa Allah.
Pukul 4, jumpa adik hubby no3, sampai naik ferry. Dia stay overnight, datang seorang sebab nak tidur di hospital tunggu adik no6 tu. Kami makan charkuetiaw sebelum ke airport.
Pukul 5 terus ke airport. Pulangkan kereta sewa. Dah siap check in. Kami tak bawak apa. Day pack sorang satu je. Terus ke surau.
Cantik airport ni.
Petang, ramai di airport.
Alhamdulillah flight semua on time. Lawa aircraft ni. Colorful kan.
Mendarat di Langkawi.
Sempat snap plane nak pusing ke runway. Sunset tu, Subhanallah.
Subhanallah.
Subhanallah cantik semuanya.
Alhamdulillah smooth semuanya.
oo hubby org pulau langkawi keew.,
ReplyDeletecantaik gmbr sunset atas awan gituuu., ;p
Haha Wak ni terjah je ya. Jauh sangat darah Mahsuri tu.
DeleteGambar sunset memang tak pernah tak cantik.
Semoga cepat sembuhnya
ReplyDeleteAamiin dan Insyaa Allah
DeleteAisssh saya pun sukaaa design rumah dia. Bagian dalam pun cantiiiik 😍😍. Dan Untungnya rumah dibuat tinggi ya kak, takut pula ada ular masuk Krn dekat sawah 🤣.
ReplyDeleteMakanan juga kliatan sedap. Saya belum pernah ke Langkawi. Padahal dulu beberapa temen kuliah yg orang Langkawi. Menyesal juga tak pernah mampir
Memang cantik luar dan dalam rumah tu Fanny. Dibuat tinggi, bawahnya tempat rehat. Lupa snap foto di bahagian bawah nya. Nanti datang Malaysia Fanny boleh ke Langkawi.
DeleteBanyak tempat Malaysia yg masuk bucket list saya. Pelan2 nak datangi 1-1. Langkawi, Terengganu , Sabah, Serawak, JB, Ipoh 😄. July ini ke KL, tapi plan nak ke kota lain juga, cuma masih galau nak kemana 😅
DeleteWahhh excited lah Fanny mau ke Malaysia. Harap dapat bertemu kalau diizinkan ya 😍😍
DeleteSinggah malam di sini. Wah banyak makanan yang sedap. 😁 ijin saya follow blognya. Salam kenal
ReplyDeleteSalam. Terima kasih singgah di sini dan follow. Ya banyak lauk pauk nya dan memang sedap.
DeleteAlhamdulillah perjalanan yg ringkas tapi nampak tenang jer sepanjang tu.. alhamdulillah ada dah discharge rabu syukur boleh sambut Ramadhan di rumah.. cantik rumah tu kena pulak kawan mr hubby punya.. mmg best la dpt masuk hihii.. restoran tu meriah betul makanan berlauk dia.. mmg puas hati lah..
ReplyDeleteAlhamdulillah smooth semua. Adik dah discharge, makanan sedap, dapat ke rumah cantik tu, jumpa adik2 ipar. Alhamdulillah
DeleteAlhamdulillah.. Semoga ukhwah adik beradik hubby berkekalan baik...Aamin2x...
ReplyDeleteArkitek, syok lah design rumah sendiri, dalam dia lawa teruksss...
Terima kasih kak mulan share gambar awan tu... Linda tak pernah naik kapal terbang, jadi selalu tanya husband, cmne eh bentuk awan belah atas tu.. Kan kapal terbang lalu atas awan tu... Kalau dok atas awan tu, tembus tak bawah?.. Hahaha.. Yang nie imagine goku naik awan terbang..
Aamiin. Memang syok sangat tengok rumah tu, cantik design nya dan yang pasti ventilation semua bagus.,
DeleteSama2 kasih. Memang suka sangat tengok awan dan langit, dari kecik suka pandang langit biru, awan berkepul2. Kalau langgar awan nak hujan tu baru bergegar2 kapal terbang.
subhanallah cantiknya kak tenang je dapat tengok pemandangan langit
ReplyDeleteMemang tenang sangat, spesis suka tengok langit Subhanallah cantik sangat
Deleterumah tengah sawah tu mcm rumah pusaka ayah saya la. Bila berangin amatlah nyaman rasanya. Tempat lahir sy tu... skrg ni umah tu hampir roboh.
ReplyDeleteLaa ya ke AK. Sayang nya. Cuba la baiki jangan bagi roboh.
DeleteMasya Allah cantiknya rumah dia. Bumbung tu guna tenaga solar ke? Nama pun Arkitek, rumah mestilah cantik. Seronoknya dapat tinggal dalam suasana aman tenteram, di kawasan sawah padi. Bestnyaaa tengok. Salam Ramadan dan selamat berpuasa buat Mulan dari saya, mommy eez =D
ReplyDeleteSalam Ramadan dan selamat berpuasa. Memang cantik rumah tu. Tak sure pasal bumbung tu, tapi banyak bahagian ada functionnya tersendiri. Tak pandai nak olahkan. Kena spend masa lama sikit nak faham hehe.
Deletelama kita tk pi langkawi...last pegi thn 2010....meriah tgk gmbr makanan tu....alhamdulillah adik husband dh boleh discharge...cantik nya rumah tengah sawah tu
ReplyDeletePergi la memang best. Alhamdulillah makanan sedap, adik dah discharge. Rumah cantik tu, memang nak kena pergi lagi Insyaa Allah.
Deletewaduh waduhhh
ReplyDeletesedapnya gulaiiiiii
Yaaa memang sedap. :)
Deletewallaweiiiii cantiknyaaaaa rumah diaaaa
ReplyDeletemacam rumah orang lepas pencen
saya sukaaaaa!!!
dia tu arkitek ya?
Memang cantik kan. Rumah tu, sekali dengan port kerja, cari ilham. Belum pencen lagi tu.
DeleteSyafahullah utk bil Akk 🤲
ReplyDeleteCantik betul rumah kawan tu, sesuailah dgh empunya diri arkitek 👍
Aamiin dan Terima kasih PH. Memang cantik dan terpegun sangat tengok rumah nya, Masya Allah
DeleteWahh tak pernh try kerabu kerang..
ReplyDeletebtw kak, Cuya dah guna tupperware akk bawa gi kerja utk makan bekal. Function! XD
asal bawak bekal berkuah, mesti pakai tupperware tu hehe
Sedap tau kerabu Kerang ni. Tapi tu la tak nampak hari tu. Alhamdulillah Cuya dah guna Tupperware tu 😍😍 take care and stay sweet ya.
Deletemoga ur BIL cepat sembuh. cantik betul rumah kat tgh sawah tu...dan of course MZ suka tgk gmbr2 awan sbb penchenta awan kan hahahah (nephophile!)
ReplyDeleteAamiin. Memang cantik rumah tu kan, tengah sawah. Sama kita memang suka sangat tengok awan.
Deletesemoga adik cepat sihat yer Mulan...
ReplyDeleteTerima kasih Ldy.
DeleteAlhamdulillah dapat juga menziarah dan bersua muka. Allah permudah segala urusan balik hari. Syukur ada kemudahan yang dapat memudahkan urusan ke sana ke sini. Tak ramai tu yang bagus tu.
ReplyDeleteBanyak betul menu dia ye. Rambang mata nak memilih yang sama. Saya pun suka peria. Sedap, suka buat ulam direbus dulu cicah sambal belacan.
Unik bangunan hospitalnya. Kalau hospital tak banyak tingkat okay lagilah nak panjat tangga. Boleh exercise lah gitu lepas makan seperti kata suami akak. hihi...
Wahh patutlah pun rumah dia cantik, arkitek rupanya. Seronoknya design rumah sendiri. Nice betul. Rasa tenang je duduk rumah yang banyak cahaya masuk dengan tanah luas dan suasana kampung tengah sawah tu.
Alhamdulillah smooth semua. Ya betul rambang mata tak reti nak pilih lauk.
DeleteFirst time tengok hospital macam tu, selalu standard je design kan. Semput nafas naik tangga lepas makan hahaha.
Excited campur terpegun tengok rumah tu, berkenan cantik sangat. Memang suka design macam, tu. Apa lagi di tengah sawah kan.
Tempat batuk tu tempat diorang collet sample kahak... Untuk TB dll...
ReplyDeleteOhh ya ke, hubby tipu la hari tu.
DeleteUnik dan menarik rumah di tengah sawah tu Mulan.
ReplyDeleteLauk tu banyak betul Semua nampak sedap tapi kalau saya memang tak tahu nak terkam mana satu.
Biasanya kalau teringin merasa lauk, memang tinggalkan nasi dulu lah. Isi perut dengan lauk-pauk dulu.
Subhanallah... cantiknya awan, indahnya pemandangan sunset ....!
Cantik dan suka sangat design rumah tu. Apa lagi tengah sawah nampak gunung.
DeleteLama nak pilih lauk sebab banyak sangat, sedap semua yang kami ambik.
Bila fly berdua dengan suami memang dapat seat di tingkap haha tak gaduh dengan anak2.
Memang suka tengok awan.
Semoga adik ipar Mulan terus - terusan sihat ye
ReplyDeleteInsyaa Allah. Thanks SA. Take care tau.
DeleteCantik betul design rumah tepi sawah ni. Macam depan tu ala ala bentuk kapal.
ReplyDeleteBetul memang cantik design rumah ni kan, di tengah2 sawah mengadap gunung.
Deletebestnya gi langkawi, tapi misi tu yg bagusnya.. boleh cuba nanti kedai nasi campur yg mulan pegi
ReplyDeleteAlhamdulillah sambil ziarah, sambil berukhuwah dan makan2
Delete