Sunday, March 25, 2018

RENEW SURAT BERANAK.. HILANG, KOYAK DLL

Baru tau Surat Beranak boleh renew. Tatkala mcm2 application perlukan surat beranak ni, baru lah terkial2 mencari..

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. 
Moga sentiasa sihat, dilindungi & dirahmati Allah.. 



Yang lama dah terputus dua hehe..


Yang baru hijau warnanya tapi besar sikit (banyak) saiznya.. Isi borang (mintak di kaunter reception), ambil nombor giliran & bawa IC sahaja.. Alhamdulillah yg lama depa tak mintak so boleh la simpan utk kenangan abadi.. RM10 aje rasanya.. Thanx Dear Anies tanya kan soalan ni, dapat edit & update info yg lebih detail..


Tqsm adik ipar yg kasi info. Boleh renew di JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Putrajaya.. 


Ramai juga, rupanya utk saudara2  berbangsa China & India. Datang utk daftar perkahwinan rasanya sbb semua pakai mcm utk ke majlis. Tumpang seronok tengok..


Meriah rupanya JPN ni.. Banyak level, semua dah diklasifikasikan ikut kategori. Tiap tingkat dah ada terpapar pada dinding tiap tingkat, boleh nampak dari ground floor. Senang sangat rupanya. Tak salah kalau nak tanya di reception. Semua sgt helpful..


Ground Floor nya..


Taman dalam bangunan pejabat..


Awesome kan..


Cantikkkk..


Sejuk mata memandang..


Kami park di luar bangunan, tak jauh sangat..


Lokasi detail utk parking, sebelah aje nya dgn MASJID BESI Putrajaya.. Tiap bangunan ada dipaparkan tiap Jabatan/Kementerian..


Ok babai JPN Putrajaya.. Awesome service.. 15-20 minit aje nya.. 


JPN Putrajaya 

6 comments:

nohas said...

my surat beranak pun dah koyak-rabak..lunyai jadinya, siap cellophane tape silang-menyilang...sentimental value..

Hanis Amanina said...

amazed tengok semua tingkat ada label macam tu :D

@ju said...

kalau renew surat beranak dia ambik tak yang lama punya ?

m.u.l.a.n said...

Nohas: Alhamdulillah dia tak amik yg lama so boleh la simpan..

Nina: Kaannn..

@Ju: Tak amik so dgn happynya dapat simpan yg lama..

Muhammad Khairuddin Lim said...

nice sharing

dear anies said...

kena bayar berapa?