Tuesday, March 11, 2025

SAWADIKAP. MIANG PLA PAO NO KEPALA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Moga amal ibadah kita diterima Allah swt di bulan Ramadhan ini.

Iftar Isnin, semalam.


MIANG PLA PAO NO KEPALA

Belek2 freezer, jumpa ikan besar hubby tangkap tahun lepas, belum pun siang. Nak cepat defrost, rendam dalam sink. hubby siang ikan. Bab ikan besar ni, memang kerja dia, tak kuat la tangan kita ni. Sisik pun tebal. Kepala ikan, simpan dalam freezer untuk buat Kari bila2 nanti. Miang Pla Pao kita tak ada kepala. Guna badan je. Ikan ni besar & tebal, hubby potong fillet. Satu bertulang, satu lagi isi saja.

Sepatutnya ikan digoreng tapi malas. Goreng lagi sedap. Air fry ikan sebelah2. Gaul garam kunyit saja. Serve dengan lettuce, timun, tomato, suhun dan sambal cili (kisar 3 cili api, 1 suduteh sos ikan, 1-2 genggam daun sup/ketumbar, 4 sudubesar gula/gula melaka, 3 garlic, jus 3 limau nipis). Sambal cili perasakan ikut suka, ada masam manis pedas masin, sos ikan kena ada kalau nak sedap.


Sambil air fry ikan, rebus Pulut Hitam dengan daun pandan dalam Noxxa HP15. Siap tu, guna mode stir fry, tambah santan, gula melaka dan garam. Rebus 1 cawan je. Santan 1 pek kecik triangle tu.


Murtabak frozen, panaskan separuh je. Tapi dah dibawa keluar awal. Hampir lupa, dah nak berbuka baru perasan belum dipanaskan. Makan dengan bawang besar dihiris kasar + cuka + gula. Hubby suka bawang cuka buat sendiri. Rasa rangup bawang tu.


Miang Pla Pao ni sepatut dimakan macam wrap. Lettuce tu diletak ikan, tomato, timun, suhun dan sos, dibungkus lalu dimakan. Saya pulak, suka makan macam salad. Gaul dalam mangkuk. 


Alhamdulillah sedap sebab ikan fresh walaupun dalam freezer.


Ada Cincau dalam fridge, jadilah Bandung Cincau.


Selasa. Sahur tadi. Bolognese Sandwich. 
Ada leftovers Sos Bolognese dalam freezer. 


Sapu butter pada roti, baru dia rangup. Atau cairkan butter dalam kuali (angkat dulu roti tu).


Iftar Ahad.

Ahad, lepas Zohor, drop anak solehah di campus nya, terus drive balik Kuantan. Memang tak sempat masak, sampai Kuantan 5.30pm. Singgah Bazar Ramadhan area Kg Padang, lepas Tol Kuantan. Pesan banyak kali pada hubby dan anak soleh, beli cukup2 je.

Mihun Sup Tetel & Lemak Daging. Kongsi dengan hubby. Anak soleh beli Kuetiaw goreng talam. Sedap keduanya. Air Tembikai, blend sendiri di rumah sebab ada Tembikai dalam fridge.



Ayam Bakar Madu ni memang favorite kami di bulan puasa. Beli 3 ketul je, first time beli untuk tahun ini.


Asam Gumpal memang sedap di bulan puasa. Favorite kami.


Selalu isinya kacang hijau. Tapi kacang merah ni pun sedap. Isi/filling banyak memang ok, kalau sikit, sedih tau. Terbeli 2 plastik ada 6 ketul sebab hubby tak perasan anak soleh dah beli. 3 ketul masa iftar, 3 ketul lepas Terawih. Sedap.


Ada 2 extra cinnamon rolls dari semalamnya. Hubby beli juga daging kerutuk sikit, beli extra kuah. Cicah roti untuk sahur. Macam ngam2 sebab daging kecik je 3 ketul, tapi tak habis. So masuk freezer. Alhamdulillah atas semuanya.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
>>>> Selamat Berpuasa <<<<

4 comments:

  1. Jauh2 menu akak..pusing dunia ni....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...bulan puasa nie, makan sikit2 je...tpai berat tak turun jugak...nie linda lah...hihihi

    ReplyDelete
  3. menu miang plak sodap tu....lamanya tk mkn bubur pulut hitam..nk plak kalo ltk santan pekat ats bubur tu...yummyyy

    ReplyDelete
  4. Baru tahu yang bawang cuka makan dengan murtabak tu, bahannya cuma cuka dan gula selain bawang besar, yek. Lain kali, boleh buat sendiri, sebab yang dibeli rasa macam tak cukup.

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com