Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Alhamdulillah cuaca elok ketika terbang ke Sarawak, 29/1/2025. Subhanallah suka sangat tengok awan putih, langit biru.
PRAY FOR SARAWAK.
Moga dipermudah kan semua urusan mereka yang terkesan dengan banjir.
TAHUN BARU CHINA. 29/1.
Airport Kuching meriah, menyambut rakyatnya pulang dan tetamu yang datang.
Memang hujan lebat setibanya di langit BORNEO. Keluar saja, kami terus ambil sewa yang telah pun ada. Hubby book awal. Bezza Biru. Lupa pulak ambil gambar kereta.
VIVACITY MEGAMALL.
Hujan lebat, check in pun pukul 2pm. Anak2 gugel cari Mall. Mesti ada food court kan. Boleh terus lunch. Tapi kena brisk walk dulu dalam Mall, arahan siapa lagi kalau bukan one and only dearest hubby.
LAKSA SARAWAK. Sedap walaupun pes atau rempah tak banyak sangat. Pernah makan, di Vietnam dulu ada kawan dari Sarawak selalu masak masak gathering2.
JAPANESE CURRY + NASI. Sedap kata anak solehah.
NASI GORENG DAGING LALAP, BRUNEI. Sedap jugak.
SIGNATURE TOUFUFA. Memang sedap do'oh. Tambah kacang merah, yumm.
Banyak lagi menunya.
HARBOUR VIEW HOTEL, KUCHING
Bilik dengan 2 Queen Bed. Besar luas, bersih kemas.
Tak expect dapat view ni, Alhamdulillah.
Seronok sangat dapat view ni. Hujan, memang hujan sepanjang masa kami di Sarawak.
Hujan reda sikit, kami turun jalan2.
JAMES BROOKE BISTRO & CAFE. Viral jugak tapi tutup.
THE BROOKE GALLERY AT FORT MARGHERITA.
Dari kejauhan, bangunan putih.
CAT STATUE, KUCHING. Tapi tak jumpa kucing. Sepanjang di sana, hanya dua kali nampak kucing.
Jom naik perahu. RM1 je tapi boleh je bagi lebih seikhlas hati.
Hujan, tapi rintik2 halus je. Tak basah pun baju.
DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK.
Ada bahagian dalam pemulihan dan pembaikan.
DARUL HANA BRIDGE
MOKTI'S AIS KRIM GULA APONG. Memang sedap.
MASJID INDIA KUCHING, MASJID TERAPUNG.
MASJID India Bandar Kuching atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung menjadi salah satu tarikan pelancong di bandar raya Kuching. Menurut penulis jurnal Kisah di Sebalik Kawasan Masjid India Bandar Kuching, Haron Mustapha, tapak asal berdekatan masjid terapung ini ialah pasar ikan, pasar ayam dan bangunan Ban Hock setinggi tiga tingkat.
“Seberang jalan menghadap masjid ini pula menempatkan deretan kedai menjual rempah ratus milik masyarakat India dan kedai menjual pelbagai jenis kain serta keperluan asas harian. Masjid ini lebih dikenali sebagai “Masjid Tambi” dalam kalangan warga tempatan yang dibina pada 1834 oleh pedagang India, sekali gus direkodkan sebagai masjid tertua di Sarawak yang menjadi tempat ibadah sejak lebih 176 tahun.
Sementara itu, Masjid India baharu dibina di atas sungai berhampiran Tebingan Kuching dengan menelan perbelanjaan RM21 juta — siap dirasmikan pada 1 Mac 2019. Haron berkata, dahulu asal tapak masjid ini ialah tempat kapal nelayan berlabuh selepas memunggah ikan, bersebelah pasar ayam.
(Sumber : suarasarawak.my)
DARUL HANA BRIDGE & DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK
Gayat jugak lalu di jambatan ni.
KEDAI KEK LAPIS MAMA SU. Di deretan kedai di KUCHING WATERFRONT. Beli satu, Kek Lapis Chocolate Cheese, sedap.
MEE KOLOK & SATE AYAM @ WATERFRONT CAFE. Sedap. First time tengok cawan kopitiam sebesar mug. Jenuh nak habiskan kopi.
Kami makan di luar, ambil angin Sarawak.
Cantik kan bila malam.
On the way jalan balik ke hotel.
View dari bilik hotel. Tingkat 9. Harbour View Hotel.
Jalan2 kaki first day di Kuching.
Hari ke 2. Masa booking hotel di Bookingcom, sebelum buat bayaran, ada offer RM70 breakfast untuk 2 hari, untuk 4 orang. Apa lagi, rembat lah kan. Alhamdulillah.
Alhamdulillah sedap semuanya walaupun tak banyak pilihan, tapi banyak lah jugak sebab tak boleh nak makan semua pun, ketat perut. Mee Kolok Goreng dengan Ayam Kukus (untuk Nasi Ayam) memang padu. Mee Jawa pun sedap. Elok je diorang serve siap2 dalam mangkuk kecil2.
Siap breakfast, hubby drive ke sini. Plan asal nak ke BAKO NATIONAL PARK, FAIRY CAVE & SEMENGGOH WILDLIFE CENTER nak tengok Orang Utan, tapi sebab hujan lebat, maka kami tukar plan. Anak2 soleh solehah yang pilih ke sini.
Seriously tak sangka wujud nya batu2 seumpamanya di Malaysia.
Feeding time.
Beli makanan ikan di sini. RM2 sepeket rasanya, masukkan duit dalam peti kuning sebelah kiri. Ambil sepeket makanan ikan di kotak peti kanan. Kawasan ini dijaga oleh JKKK setempat.
Detail mengenainya, klik --> PAKU ROCK MAZE GARDEN
Budak2 ni kalau tempat macam ni, satu hari pun tak cukup. Tapi memang amazed sangat lah, rasa macam di luar negeri.
TASIK BIRU, BAU, SARAWAK.
Turun sekejap saja, ramai jugak pengunjung. Boleh ke seberang ada bayaran. Ada temple rasanya, kena hiking sikit. Kalau cuaca terang, memang cantik warna tasik.
Bau terkenal dengan gua batu kapur yang indah, peristiwa bersejarah dan tasik. Salah satu yang paling popular ialah Tasik Biru atau Tasik Biru Bau.
Tasik Biru, tasik buatan yang indah di Bau, kira-kira 300 kaki dalam. Tasik itu dahulunya adalah lombong emas di mana pelombong Hakka menggali emas dengan alat mudah tetapi kemudiannya diletakkan untuk membentuk tasik daripada air hujan. Gold Rush melanda bandar Bau seabad lalu dan Tasik Biru menyaksikan kemasukan pekerja perlombongan dari China.
(Sumber : gabanmeow.com)
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
Untungnya ada awk2 comel sambut kat airport.....
ReplyDeletesemoga Alalh permudahkannya.. ameeennn
ReplyDeletecantiknya view