Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
PINEAPPLE UPSIDE DOWN CAKE
Anak solehah request. Tiap kali cuti, kek ni memang naik nama kek ni. Kencang dapur kalau anak2 balik, mak pun mood lain macam, seronok di dapur.
Tak cantik sebab ada insiden. Tak apa lah sebab kena terbalikkan nanti. Siap adun kek, rupanya oven silap adjust. Tak panas langsung. Terus lah panaskan maximum 2 minit, kemudian adjust to 170'C macam biasa.
Alhamdulillah elok jugak lah jadinya. Favorite anak solehah dan sekeluarga.
Resepi dari IG PandanGulaMelaka
KIMCHI. Stok dah habis. Buat batch baru.
RESEPI KIMCHI :
1/4 Kobis Panjang yg besar
- Potong sebesar 3cm x 3cm. Basuh & rendam dgn air garam yg separas saja (guna 5 sudubesar garam) selama 4 jam. Basuh & perah 3 kali.
1 bawang besar dipotong kecil
1 epal merah dikupas kulit & dipotong kecil
2 sudubesar serbuk cili
1 sudubesar Sos Ikan
1 sudubesar gula
- Kisar halus semua bahan di atas. Tambah air sikit saja kalau perlu untuk mengisar.
1 carrot dihiris halus panjang 2 inci
Kucai dalam segenggam dihiris panjang 2 inci
- Gaul semua bahan di atas & simpan dalam balang plastik di dalam peti sejuk, bukan di tempat beku. Rasanya masam masin ada sikit manis macam jeruk asin sikit.
DINNER - CHICKEN SALAD bila malas.
Ayam dada didadu di-gril dengan croutons macam dah serupa bentuk dan warna. Capsicum, carrot dan zucchini. Dadu atau hiris. Guna Pomegranate Molasses dressing dari Turkiye. Beli dulu, sikit lagi expired :) tapi Pomegranate Molasses dressing ni memang sedap. Beli di Pasar Bursa rasanya. Shopee pun ada jual sekarang.
BIBIMBAP
Lunch. Bila berdua saja dengan anak solehah. Masak nasi beras Sumo. Sayur2 digoreng sebentar dengan sedikit minyak bijan dan garam. Ada telur mata macam dalam foto + GOCHUJANG PASTE. Tabur Aonori, seaweed flakes.
PUDING PISANG PEACH
Lagi satu wajib buat kalau anak solehah ni balik cuti lama.
Resepi :
12 Pisang Emas atau Pisang jenis lain. Adjust kan size sama.
Goreng sekejap dengan api yang agak panas, hanya untuk bagi Pisang masak keemasan di luarnya. Jangan sampai lembik dengan minyak. Angkat, tos minyak. Susun dalam acuan/bekas dessert.
1 tin kecil peach dalam tin, tos an ambil sirapnya
1 tin susu cair
1 telur dipukul
1 sudu teh vanilla
2-3 sudu besar custard
Sirap dari peach, dimasak dengan semua bahan di atas, dengan api kecil sederhana. Kacau selalu.
Bila masak likat, curah atas Pisang. Susun peach atas custard. Sejukkan.
MISO SOUP
Versi campak2 apa yang ada. Bila nak makan yang ringan2. Miso paste yang halal, beli di Shopee, kawan blogger dulu yang jual. Letak fishcake, egg tofu, lotus root, enoki mushroom, Aonori seaweed flakes (abaikan keberteraburannya) dan poached egg. Dan halfway makan baru nak snap foto, macam tu lah rupa dia. Aiihh.
GUNKAN SUSHI
Gunkan secara literal bermaksud "Kapal Perang" dan terdiri daripada bebola bujur kecil nasi sushi yang dibalut dengan rumpai laut nori dan di atasnya dengan pelbagai bahan.
Sumber : schoolofsushi.com
Jumpa Tobbiko (flying fish eggs) yang merah & Chuka Wakame yang hijau dalam freezer. Ada seaweed sheet (Yaki Nori) 3 keping. Buat scramble egg, gaul dengan mayonnaise. Siap lah lunch berdua dengan anak solehah tadi. Hubby ke Rompin, masuk laut cari ikan. Nanti update pasal ikan pulak.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
Meriah hah macam2 ada. Elok je kejadian kek tu.
ReplyDeletewaahhhhh ini memang betul2 kencanggggg kitchen! sedapnyaaaaaa! hehehe
ReplyDeleteNampak sesedap semuanya
ReplyDeletenanti sy nak request laa juga kek nanas
ReplyDeletehahahaha
Aduh Kak, Sy ingat nama kafe hahaha...
ReplyDeleteDapur Kencang yg satu ni mmg tak pernah mengecewakan đ
sedapnyaaaa pudingggg
ReplyDeletedpt mkn sejuk2 yummyyyyy
terus terasa lapar la bila tgk mcm2 gmbr mknn niii!!! semua nampak sedap sgt2!!!!
ReplyDeleteMakanan macam ni CUya pon sukaa..sebab ada unsur jepun dan korea, favouriteeeeee
ReplyDeleteSalam. Cake nenas tu nampak menggoda sangat. Mintak izin ambil resepi ye.
ReplyDeleteWah..wah..memang kencang dapur ni...merata negara pergi..korea, japan..hehehehehehe
ReplyDeleterajinnya Mulan, kek upside down ni memang cantikkan, tq for sharing resepi dik, mana tahu boleh try nanti, In Syaa Allah
ReplyDelete