Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
Slow sikit sekarang ni, nak update blog dan bw. Memacam kisahnya. Compile je lah mana sempat. Rindu, takkan tak rindu blog. Bulan ni cukup 20 tahun rasanya umur blog ni.
Memang musim majlis perkahwinan sekarang ini.
Bulan Oktober memang tiap weekend ada undangan majlis perkahwinan. 3/10 menyantuni majlis perkahwinan anak schoolmate lagi.
Antara yang berkesempatan hadir.
Puan Rumah dan Dr A yang balik bercuti dari Bahrain. Bukan untuk ke F1 katanya, sweet sokmo lah dia ni.
Selagi sempat bergambar.
Schoolmate @ Mak Pengantin ni asal Temerloh. Yumms ada lauk dan kuih favorite saya.
Kami keluar dewan tepat 3.30pm, waktu habis majlis hehe.
TAMAN PUTRA PERDANA, PUTRAJAYA
Ahad pagi 4/10.
First time ke sini. Singgah breakfast dulu di Food Court Presint 16.
Pernah ke Laman Megalit sebelum ini tapi dari TANGGA PUTRAJAYA.
LAMAN MEGALIT
...ialah sebuah taman bersejarah luar yang terletak di dalam Taman Putra Perdana di Presint 1, Putrajaya, menampilkan lebih 80 batu berdiri menegak kuno.
• Lokasi: Taman Putra Perdana , Presint 1, 62000 Putrajaya
• Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 7:00 PG – 8:00 PTG
• Asal: Batu megalit ditemui pada 1989 di Kampung Gelanggang, Negeri Sembilan, oleh Petronas semasa kerja-kerja penggalian untuk saluran paip gas, dan kemudiannya dipindahkan ke Putrajaya.
Sorotan & Mitos
• Batu Hidup: Penduduk tempatan kadangkala memanggil menhir menegak ini "batu hidup" kerana kepercayaan lama bahawa batu-batu itu menjadi lebih tinggi dari semasa ke semasa.
• Realitinya: Para saintis menjelaskan bahawa pertumbuhan yang ketara itu disebabkan oleh hakisan tanah jangka panjang di sekitar pangkalan, yang secara beransur-ansur mendedahkan lebih banyak batu yang tertimbus.
• Replika: Tapak ini juga menampilkan replika artifak sejarah terkenal yang terdapat di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, termasuk struktur batu yang berbentuk seperti pedang, kemudi, dan sudu.
Yang ini rasanya hanya replika.
Nun di sana kubah MASJID PUTRA
TANGGA PUTRAJAYA
Cuaca agak berjerebu maka kabur lah pemandangan nya.
ROUNDTABLE CAFE, belum dibuka di waktu pagi.
MAGIKA MONTEREZ
Meraikan majlis perkahwinan anak schoolmate lagi. Moga pengantin berbahagia hingga ke syurga. Juga moga ukhwah kami kekal selamanya.
Kalau ke majlis perkahwinan, saya tak ambil nasi sangat. Tengok menu lain dulu. Yumms ada SENGKUANG CALIT, ROJAK BUAH, APAM JOHOL (DAUN RAMBAI), MEE KARI, GARLIC BREAD + MUSHROOM SOUP, JELI DADIH & banyak lagi, Alhamdulillah. Tapi bila majlis perkahwinan anak schoolmate, makan tak banyak mana, borak yang tak pernah habis.
Isnin 5/10. Akhirnya serah diri di sini. Alhamdulillah tiada yang serius. Doktor suruh datang untuk sessi physio dan sports medicine. Dari zaman sekolah hingga ke UITM, memang lasak sangat kisahnya. Alhamdulillah hilang risau resahnya. Kena disiplin banyak benda lepas ni.
Balik dari PPUM, singgah PASAR UNITEN. Macam-macam ada. First time try KUIH SOPANG GULO ANAU ni. Sedap sangat, rasa seakan kuih koci yang lain bentuknya dan ada lagi sejenis kuih tu, alaa lupa nama. Kena cepat-cepat sebelum melarat nak beli lebih banyak lagi. Mulut berdua je.
Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.























20 tahun dah eh..lama2...
ReplyDeleteKuih halwa abu tu macam kuih tepung gomak @ abuk-abuk rasanya. Dulu menu petang di asrama ada kuih ni.
ReplyDeleteMenarik Taman megalit ni. Dulu di rumah arwah Pakcik Sy ada batu hidup juga katanya. Batu tu membesar bujan meninggi. Entahlah, kita kecik2 semua benda percaya aje :)
meriah wedding....kita pn br update entry wedding yg attend sabtu aritu...1st time dgr kuih luwer
ReplyDeletelawa betul dewan perkahwinannyaaaaaa
ReplyDeletebarakallahulakuma untuk kedua mempelai
sy hampir2 percaya yg batu2 tu memang berasal dari putrajaya
ReplyDeletehahahhaa
menarikkkkk sgt
nnt ada ms sy nak pergi laa
x penah smpi lg
Kita minggu lepas 3 wedding, dengan cuaca panasnya adeiii..
ReplyDeleteKuih sopang tu nampak sedaplah.. Jb macam takde pulak orang jual..