THE SQUARE & THE HUB, A PARK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

Kisah ukhwah.....


THE SQUARE, A-PARK, PUCHONG
Sabtu 2 minggu yang lepas. Berdua dengan anak solehah ke majlis perkahwinan anak kawan. Hubby ada acara CLIMBATHON di Dungun, dengan kawan-kawan nya.


Terkenang banyak tahun yang lalu ketika majlis perkahwinan sepupu di sini. Kami sekeluarga yang jauh, disuruh aunty tidur di banglo ini. Pakej perkahwinan termasuk 1 malam di banglo ini. Namun A-PARK yang luas ini, tidak banyak berubah rupa, masih tetap cantik dengan perkahwinan outdoor dikelilingi bermacam jenis pokok-pokok dan tasik kecil memenuhi setiap inci ruang nya. Dulu namanya cuma THE A-PARK, tetapi kini THE SQUARE, A-PARK. 


Memenuhi jemputan kawan di Kerteh dulu, untuk majlis perkahwinan anaknya yang juga classmate anak soleh ketika di sekolah. Tapi anak soleh tidak dapat hadir sebab kerja. Macam biasa lah kan, koleksi foto-foto bersama kawan-kawan yang lama tidak bersua. Moga ukhuwah kekal selamanya.


Makanan yang disaji, Alhamdulillah memang sedap dan marvelous. Moga kedua pengantin kekal bahagia selamanya. Aamiin. 


THE HUB, A-PARK 
Sabtu lepas. Juga di A-PARK, tetapi perkarangan majlis perkahwinan yang baru. Kawasan A-PARK ni memang luas, maka buggy disediakan buat tetamu dari parking lot ke dewan majlis. Sebenarnya tak lah jauh sangat. Ketika di THE SQUARE, minggu sebelum nya, kami jalan kaki saja berdua dengan anak solehah. Kali ini pun berdua dengan anak solehah juga 2 sahabat sekolah. Hubby dan anak soleh nun di LAUT CHINA SELATAN, menyelam selagi boleh, sebelum musim tengkujuh. MB & FA datang ambil kami di rumah. 


Buggy akan berhenti di main entrance dewan majlis. Oh rupanya THE HUB A-PARK ini, di dalam dewan seakan glass house. Berhawa dingin dewannya. Akan tetapi THE SQUARE ruangnya terbuka namun ada canopy tinggi menghalang hujan juga sinaran mentari.


Terserempak dengan classmate saya yang dah nak balik. Ada majlis lain juga ada ride ke utara. Mengaji tilawah sedap dia ni. Anak solehah saya, tugasnya sebagai photographer lah hari tu. 


Macam biasa di pintu masuk dewan, kita pause sekejap, tunggu orang tak ada, terus snap foto dengan parents & siblings pengantin. Mak pengantin ni, schoolmate kami dan juga kami berkongsi katil double decker dari Form 1 hingga Form 3. Kami berempat ni, sama bilik asrama 3 tahun juga sama rumah sukan dari Form 1 sampai habis SPM.


Photo session dengan schoolmates yang dah nak balik. Kami pula tiba pukul 12pm.




Paling kelakar, kami yang perempuan ramai di meja hujung. Bila ada saja kawan-kawan yang belum bergambar, semua dikerah ke meja kami. Tak kisah lah pangkat apa pun, kami tetap macam di sekolah dulu. Tengah makan pun, ada kawan yang 4 kali kena bangun untuk bergambar.  Para isteri juga kami kenal dan mesra. 


Moga anakanda berdua kekal bahagia selamanya.


Dewan yang penuh walaupun sudah jam 3pm.


Bersama kawan yang sudah bergelar Datin, namun diabaikan gelaran. Kecoh riuh havoc kami tetap sama macam dulu. Serious memang tak mampu nak control haha.


Foto lagi bersama yang baru tiba.


Uncle dan aunty2 gorgeous di atas pelamin.


Last foto dengan bestie yang baru tiba. Moga ukhwah kami schoolmates kekal selamanya.


Banyak spot untuk berfoto.



Mungkin pemilik menyukai suasana seumpama di Amsterdam.


Jetty kecil, ada service FOC bot keliling tasik.


Ruang luarnya.




Walaupun berjerebu, namun semuanya tetap cantik.


Kata adik yang bawa buggy, DEWAN HACIENDA ni juga pemiliknya yang sama. Namun capacity untuk 400 pax sahaja, kalau tak silap dengar.


Doorgift yang comel. Teh yang diklip depan belakang, berlainan perisa. Tak ingat nak snap foto makanan, memang kecoh jumpa schoolmates.

Maaf lately agak lama tak bersiaran juga bw. Urat buat hal. Moga hilang peritnya.
Aamiin ya Rabbal Alamin.

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

14 comments

  1. Cantik tempatnya kak, pelamin lawo, makanan pelbagai jenis ada meriah.

    ReplyDelete
  2. Cantik tempat dua² majlis ni. Begitulah harapnya ukhuwah dgn kawan² berkekalan hendaknya 🤲🏻

    ReplyDelete
  3. Cantek park n dewan nya... x pernah sampai area puchong hehe... ok minggu ni ada kenduri kawen lagi.. dah hujung² thn ni mula la ramai² makan nasi minyak ye😜😜

    ReplyDelete
  4. First gambar tu, igtkan kak Mulan travel ke negara Belanda sbb architecture mcm kat sana hehe. Cantik betul kawasan wedding tu ye. Seronok dapat reunion dgn kawan2 sekolah.

    ReplyDelete
  5. cantik tempatnya... aaaminnn semoga ukhwah yang terjalin sejak remaja kekal hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  6. MasyaAllah cantik lokasi majlis, saya sangka kat luar negara tau 😀
    Gitulah kan bila berkumpul dengan kawan sekolah, terus lupa diri 😅

    ReplyDelete
  7. Yes pernah attend kenduri kawen di sini.. mmg ala ala europe sikit kawasan dia yg sgt luas.. mak mertua punya ex jiran punya anak kawen masa tu.. 😅

    ReplyDelete
  8. cantik betul tempat wedding ni..design rumah tu mcm feeling2 obersi...shafakillah utk mulan

    ReplyDelete
  9. Membayangkan punya rumah seperti ini, depannya ada sungai kecil, memang betah lah tak kemana2 😄.

    Dan sesuai dijadikan tempat nikah outdoor ya kak.

    Happy lah bisa ketemu teman2 lama ya kak. 😄.

    Ntah kapan saya menunggu anak2 teman saya menikah nih. Semua masih pada kecil2 😄😄

    Biasanya acara wedding begini yang bisa mempertemukan lagi sekalian reuni .

    Sukaaaa lihat tempatnya, dekorasi pun cantik. Sampai pohon di luar pun dihias dengan kain 😍😍

    Baca nama dewan hacienda, jadi teringat restoran meksiko di jakarta 😄

    ReplyDelete
  10. Waaa cantiknyaaaa tempat majlisnya.. suka suasana itu.. bulan ni ada 3 jemputan juga ni

    ReplyDelete
  11. Seronok dapat berjumpa kawan2 lama memang kena snap memory banyak2.

    ReplyDelete
  12. SA pun pernah attend wedding kat sini...kawan office kahwin...luas dan betul dulu dikenali A-Park sahaja...

    ReplyDelete