JALAN-JALAN CARI MAKAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

Alhamdulillah ada masa dapat update blog. 


SMOKED KINGDOM BY DO DANIYAL, PUTRAJAYA 
Ingat tak apps EATIGO yang saya guna di CAFE CHEF WAN, dapat 50% discount. Saya guna lagi di SMOKED KINGDOM ni. Juga 50% discount, waktu 3pm berdua dengan hubby. 


MIXED LETTUCE SALAD


RIBEYE STEAK
Sedap kata hubby, saiz macam agak kecil tapi sebab 50% memang ok sangat lah.


NORWEGIAN GRILLED SALMON
Sangat sedap bagi saya. Food semua memang 50% (ikut masa ditentukan pada apps EATIGO) tapi untuk minuman, full price. Namun tetaplah berbaloi. Lupa sungguh total harga, tapi boleh gugel je menu dan harga terkini.


Suasana di dalam nya, memang tenang ada beberapa pelanggan sahaja. 


MASJID BESI nun di seberang sana.


GENG MINYAK ANGIN KERTEH.
Beberapa minggu lepas, Kak NH balik Kota Damansara. Kita pun ada di Putrajaya. Kak SZ memang tak boleh drive jauh. So berdua dengan AL yang duduk Bangi, kami drive ke Shah Alam. Park kereta di rumah Kak SZ, naik kereta Kak NH terus ke CAFE TEH LARIS. Opposite CAFE KUEH kepunyaan suami ERRA FAZIRA. Sempat berfoto dengan mertua Kak SZ dan cucu baru nya.


KACANG POOL, MEE SINGAPORE, LONTONG dan SOTO AYAM
Mee Singapore tu rasa macam Mee Rebus, sedap. Semua pun sedap Alhamdulillah. Ni cafe favorite Kak SZ, tu sebab kami dibawa ke sini. Makan borak, makan borak memang seronok GENG MINYAK ANGIN ni. Rindu geng yang lain. Alhamdulillah dapat tahan gelak kuat bila makan di cafe. Takut kena halau.


RESTORAN CITA RASA AIRENA IKAN SUNGAI, BENTONG
Minggu lepas kot. Berdua dengan hubby, kami singgah untuk lunch on the way balik Kuantan. 


Macam-macam menunya, memang pening nak pilih. Akhirnya hubby ambil kepala ikan patin masak tempoyak, siput sedut dan ulam-ulam. Sedap semuanya Alhamdulillah. Harga agak mahal tapi sedap dan ikan fresh dari sungai.


ROJAK LONTONG MAK BIBA
Baru2 ni lalu di medsos tentang rojak ni. Nampak sedap, excited nak cuba, kami singgah baru-baru ni sebelum drive balik Kuantan. Lokasi Kg Pandan, dekat Ampang. Setiap order, kuah rojak akan dibuat fresh. Guna LESUNG COBEK, tak sure batu atau kayu. Ada hirisan bawang putih digoreng garing, ada nangka rebus, air gula melaka, kacang, lontong (nasi impit) petis, kangkung, taugeh dan ada lagi, lupa nak tanya details. Ada keropok, add on.


ES TELER NANGKA 
Mak Biba ni juga jual juga ES TELER ni, menjual di porch rumah rupanya. Memang tiada kerusi meja. Maka kami terpaksa lah tapau. Fikir punya fikir, kami singgah GENTING SEMPAH, kami pun on the way balik Kuantan, dapat lah lunch rojak lontong dan es teler nangka. Serius memang sedap. Alhamdulillah tercapai hasratnya.


FOOD COURT TANJUNG API, KUANTAN
Ahad pagi. Singgah untuk breakfast. Pening lagi, macam-macam jenis kuih, geram betul.


Seawal jam 7 pagi, lauk pauk memang tersiap hidang. 


Lauk pauk pun macam-macam jenis. Hubby makan NASI KERABU, anak soleh makan KUETIAU. 


Saya ambil kuih favorite. DANGAI KUKUS dan KOLEH LEMAK (inti ikan).


TAMAN GELORA 
Siap breakfast, kami brisk walk sekejap, masih berjerebu tapi much better. 


SATA & OTAK-OTAK, PASAR TANI UTC
Selesai brisk walk singgah pasar tani. Beli 2 favorite ni. Alhamdulillah OTAK-OTAK ni memang isi ikan dan kelapa parut tanpa tepung dengan rempah yang secukupnya. Seakan otak-otak di KEDAI CHE WAN, KUALA KEMAMAN. Kedai favorite kami. Hubby pula macam biasa beli JERING REBUS dan buah-buahan. 

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

32 comments

  1. Ada beberapa tempat ni saya nak masukkan dalam bucket list JJCM saya. Alamak belum guna lagi apps Eatigo ni sbb akhir2 ni takde keluar rumah sgt sbb jerebu teruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti guna la apps tu sebab di KL lagi banyak pilihan

      Delete
  2. meriah sungguh gmbr food kat entry ni!! berbaloi2 la guna apps eatigo tu...rasa mcm nak download jugakkk tapi tak tau nak guna bila plakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Download la MZ sebab di KL lagi banyak choice

      Delete
  3. pepagi dah singgah sini...
    meleleh air liur nieyl tengok semua gambar makanan ni....
    wow!bestnya guna apps Eatigo tuuuu...kena guna juga ni...

    ReplyDelete
  4. Kuih koleh lemak inti ikan tu tak pernah try. Unik nampaknya tu...
    .
    Berbaloi ye guna apps tu. 50% off kira banyak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih lemak inti ikan ni banyak di Pantai Timur.
      Memang berbaloi sebab 50% discount

      Delete
  5. Dari kenyang terus lapar tengok semua makanan yang sedap-sedap tu kak oi...

    ReplyDelete
  6. ya allahhh... sedap2 nya food. buat lapaq je.

    ReplyDelete
  7. Nampak makanan malam2 terus la perut duk bunyi2.

    ReplyDelete
  8. Lapar...lapar....begitu kejadiannya bila membaca post ini. Cafe Teh Laris tuh tidak pernah sampai walaupun KSarie duduk Shah Alam. Nanti nak ajak konco-konco makan di sana. KSarie rasa macam susah hendak eat clean sebab semua makanan di Malaysia ni sedap-sedap belaka😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap food di Cafe Teh Laris tu nanti try la KSarie. Malaysia memang banyak makanan sedap-sedap kan

      Delete
  9. steak tu..terliur SA..dah la fav steak..salad tu pun looks yummy sangat...

    ReplyDelete
  10. Macam saya foreigner, boleh download juga aplikasinya ya kak? Bagus juga kalau bisa dapat promo setengah harga. Lumayan tuh 😍😍.

    Megah sangaaat mesjid besi itu yaa ❤️❤️❤️.

    Unik nama geng kalian yaaa, geng minyak angin 🤣🤭. Tapi seruuu kalau berkumpul dengan teman2 yang sudah sehati sejiwa ini kan.

    Sedapnya kacang pool ❤️❤️❤️. Rindu nak makan ini . Nanti di JB saya mau ajak suami coba kacang pool

    Rujak lontong ini miriiiip dengan pecal atau lotis kalau di sini. Saya sukaaaa sangat 😍😍. Apalagi kalau pakai banyak sayuran, dan tahu.

    Uwaaaah jual es teler juga yaaa 😄😄. Minuman fav saya nih kak. Es teler paling sedap tuh di Bandung. Dan Garut. . Paling sukaa saya pesan es teler kalau ke dua kota itu

    Satar ini saya penasaran rasanya 😍😍. Semoga nanti ada ketemu saat di KT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny boleh cuba install mana tau boleh guna. 😍
      Ya Masjid Besi memang cantik tersergam indah
      Hehe geng yang lucu sentiasa banyak menghiburkan 🥰
      Kacang pool, nanti cari kalau di JB ya 😋😋
      First time jumpa rojak lontong memang sedap, es teler juga 😍
      Satar ini isi ikan digaul dengan bawang, kelapa dan rempah, diisi dalam daun pisang berbentuk kon kemudiannya dibakar. Sedap tau Fanny 😋😋

      Delete
  11. Teh Laris tu tak silap kat Shah Alam ya Mulan? Depan2 tu ada Kueh juga. Pernah makan kat sini sekali ke dua kali ke tak ingat tapi memang dah lama dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, opposite nya seberang jalan tu kedai Kueh suami Era Fazira

      Delete
  12. Bila jumpa geng memang lupa dunia apa lagi bila bersembang Macam2 keluar. Aduhaiiiiii sedap2 semuanya. Ngences tenguk

    ReplyDelete
  13. Meriahnya episod Jalan - Jalan Cari Makan ini.

    ReplyDelete
  14. Dugaan tgh puasa tgk entry byk gmbr makanan ni.. Sedap2 belaka.. Teh laris xpernh try walaupn dlu kj Shah alam.. Lalu je... Smoked kingdom tu ada cawangan area umah nanti bole try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teh Laris ni kedai favorite kawan ni lah, memang sedap food kami order. Nanti pergi Smoked Kingdom ya

      Delete
  15. menarik apps eatigo tu. macam menjadi keperluan utk download jee hehe

    ReplyDelete
  16. Berbaloi apps eatigo tu.
    Es teler nangka tu menggoda betul. Sekarang macam dah ramai yang jual.. kat sini ada es teler ijo.. camtu lah bahan-bahan dia cuma takde nangka. Memang sedap sejuk-sejuk lalu kat tekak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berbaloi guna apps tu. Es teler apa pun memang suka dan sedap kan

      Delete