Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
Alhamdulillah sempat BW hari ni walaupun tak dapat komen banyak-banyak di blog sahabat-sahabat blogger. Terubat rindu seketika.
Mak ada sama di Putrajaya lebih seminggu sebab kami ulang alik ke HUKM tengok adik no2 sebelum surgery brain tumor nya 28/10 ni. Kami berdua saja seminggu lepas, weekend anak2 soleh solehah baru ada. Hubby ke Makassar seminggu lebih, sepatutnya balik semalam Ahad malam, tapi flight cancel Luwuk - Makassar dan Makassar- KL, typhoon dan jerebu sikit katanya. Alhamdulillah dapat flight balik hari ni walaupun delay banyak jam.
DEMANGAN CAFE, BANGI
Last week, bawa mak breakfast di sini. Asyik beli dan tapau dari surau dekat rumah je. Ada juga masak yang ringan-ringan. Kadang bila nak ke hospital, tak sempat masak sebab ambil masa. Mak senang sebab malam tak makan berat, mak boleh makan leftover je. Pagi tu, Mak order Laksa Kari. Saya order Lontong Darat lagi. Memang sedap.
Suasananya, di dalam yang berhawa dingin dan di luar. Pernah datang dengan hubby sebelum ke Melaka beberapa minggu lepas.
Jumaat lepas, bawa Mak keluar jalan-jalan sekejap ke IOI CITY MALL sebab tak ke hospital. Bawa mak lunch di CAFE CHEF WAN. Tak dapat guna apps EATIGO sebab dah tiada dalam list untuk cafe di IOI CITY MALL tapi ada discount di branch lain. Mak order NASI GORENG UDANG PETAI dengan SAGU GULA MELAKA. Saya order CUCUR UDANG hehe memang suka cucur. Alhamdulillah semua sedap. Tak juga habis sebab portion besar, tapau lah kita, sambung makan untuk early dinner berdua. Waiter ada mention main dish pilihan untuk second order ada 50% discount.
Siap makan, jalan-jalan dalam mall, singgah SITI KHADIJAH. Mak kata asyik dapat telekung dari orang lain, kali ni Mak nak beli sendiri. Nak bayar memang Mak tak bagi. Duit pencen ada, katanya.
Semalam Ahad, waktu melawat di hospital lebih lama. 12pm-7pm maka ramai2 lah kami ber-gathering di food court HUKM. Siblings, cousins, uncle aunty Jerantut pun ada, anak-anak saudara + anak-anak soleh solehah juga. Aunty2 Putrajaya dan Sg Merab dah pernah ikut ziarah hari2 sebelum nya. Makanan sedap-sedap di Food Court ni. Secret Recipe pun ada, Ai Cha, Gloria Jeans Coffee dll. Gilir-gilir masuk wad tengok adik no2.
Pagi tadi aunty dan uncle Putrajaya ajak lunch di LA RIZZ, BANGI. Sedap makanan di sini. Mak pening nak pilih lauk sebab banyak sangat. Kuih-muih semua sedap. Dah makan, siap tapau. Alhamdulillah moga aunty Putrajaya dimurahkan rezeki selamanya. Berkeras dia nak belanja.
Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.






Teringin nak mencuba cucur udang chef wan tu.
ReplyDeleteTry la nanti, rasa cucur tu macam cucur udang jugak, tapi lebih besar dan crispy. Sedap sebab ada sos kacang dan sos cili. Presentation memang menarik dan mahal.
Deletenak kena repeat gi chef wan la sbb mcm craving cucur tu plak...tapi i kena tunggu my cheat day ahad nanti
ReplyDeleteSedap kan cucur udang tu
DeleteCucur udang chef wan tu teringin pula nak rasaa....
ReplyDeleteYe mak-mak ni kadang2 bila kita nak bayarkan, mmg dia marah...berkeras ckp tak payah..dia ada duit, dia nak beli guna duit dia sendiri..nieyl pun kadang2 kalah ngan mak..hehehehe
Try la nanti. Betul Nieyl, kadang nak gaduh pulak hehe
DeleteBest nya keluar JJCM dgn mak. Teringin nak pergi Demangan Cafe tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best. Free nanti pergi lah Demangan tu.
Deletebla laa agaknya dpt merasa cucur udang chef wan ni...
ReplyDeleteselalu nmpk resto nya tp tu laa tak singgah2 hahaha
Hehe kita pergi bila tau ada 50% discount
Deleteapa yg kaler putih gmbr bwh tu?
ReplyDeletebadak berendam ke puteri mandi?
Macam badak berendam je cuma bentuk macam torpedo
DeleteSemoga dipermudahkan semua urusan pembedahan brain tumor adik Mulan dan selamat semuanya ye. La Rizz masih ada ye. Masa KSarie belajar di UKM circa 1998-2001 memang antara kedai makan yang kami students akan singgah bila masuk loan MARA😅Nampak sedap makanan-makanan di Demangan Cafe. Bangi memang banyak kedai makan best kan tapi itu la entah bila nak merayap-rayap di Bangi pun tak tau la padahal bukannya jauh pun
ReplyDeleteInsya Allah & thanks KSarie. Ya La Rizz masih ada. Wahh lama tu since 1998. Bangi, Shah Alam, ehh Malaysia memang banyak makanan sedap-sedap kan 😋
DeleteSemoga dipermudahkan urusan rawatan adik 🤲🏻
ReplyDeleteRamai yg datang ziarah. Seronok tengok keluarga besar yg saling sokong menyokong ni
Insya Allah & thanks PH. Memang seronok bila ramai ada.
DeleteSemoga dipermudah urusan perawatan dan pembedahannya
ReplyDeleteInsya Allah & thanks Wak
DeleteOrang tua memang tak nak duit anak2 dia kan?
ReplyDeleteTu lah kadang nya begitu
DeleteDemangan, Cafe Chef Wan IOI City Mall dan La Rizz...dah pergi makan kat sini....La Rizz tu lama pula tak pergi.
ReplyDeleteSemua dekat dengan Ezna kan. Nanti la bila free kita pergi mengopi, tapi tu lah, ada je hal bila balik Putrajaya ni
Deletesemua makanan sedap2 kak, lagi la kat kedai demangan cafe tu menu johor. Teringinnya nak try menu chef wan tu cucur sangat menggoda hati. LaRizz tu pun meriahnya. Moga diberi kesembuhan dan dipermudahkan semuanya buat adik akak ya.
ReplyDeleteInsya Allah & thanks Dana. Alhamdulillah semua sedap.
DeleteDana pun, moga dipermudahkan semua urusan nya ya.
Take care tau.
Bila la nak sampai cafe chef wan ni. Harap2 adalah rezeki bulan depan.
ReplyDeleteInsya Allah
Deletecucur udang chefwan sedap..byk pilihan lauk dkt LA RIZZ, BANGI
ReplyDeleteBetul sedap dan crispy. Betul memang banyak pilihan
DeleteOoo kita ke hukm juga hari jumaat tu.. mcm biasa ada appointment utk Mama uyum..
ReplyDeleteOh Mama Uyum appointment di HUKM ya. Moga dipermudahkan semua urusannya
DeleteSA ada hajat gak nak masuk restoran chef wan tu..sampai skrg x dapat2 sebab penuh..dulu pernah pi tp ramai2 ngan boss kan..segan plak nak explore...seronok semua gather kat HUKM kan..situ memang mcam2 ada...
ReplyDeleteInsyaa Allah sampai nanti. Kalau gather adik beradik dan saudara mara memang seronok
DeleteDalam pada visit adik dapat juga jumpa saudara mara. Senang banyak makanan kat food court tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok ziarah sekali dengan ukhuwah
DeleteSemoga dilancarkan operasi brain surgery untuk adik kak Mulan ❤️.
ReplyDeleteWaaah cucur udang chef wan nih populer sangat kaaan. Saya harus cobaaaa nanti. Kemarin tuh makan di chef wan tp yang petite di KLIA 1. jadi tak jual cucur udang
Alhamdulillah smooth semuanya. ❤️
DeleteBetul cucur udang CW memang tersohor dan Fanny mesti cuba nanti.