THE SQUARE & THE HUB, A PARK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

Kisah ukhwah.....


THE SQUARE, A-PARK, PUCHONG
Sabtu 2 minggu yang lepas. Berdua dengan anak solehah ke majlis perkahwinan anak kawan. Hubby ada acara CLIMBATHON di Dungun, dengan kawan-kawan nya.


Terkenang banyak tahun yang lalu ketika majlis perkahwinan sepupu di sini. Kami sekeluarga yang jauh, disuruh aunty tidur di banglo ini. Pakej perkahwinan termasuk 1 malam di banglo ini. Namun A-PARK yang luas ini, tidak banyak berubah rupa, masih tetap cantik dengan perkahwinan outdoor dikelilingi bermacam jenis pokok-pokok dan tasik kecil memenuhi setiap inci ruang nya. Dulu namanya cuma THE A-PARK, tetapi kini THE SQUARE, A-PARK. 


Memenuhi jemputan kawan di Kerteh dulu, untuk majlis perkahwinan anaknya yang juga classmate anak soleh ketika di sekolah. Tapi anak soleh tidak dapat hadir sebab kerja. Macam biasa lah kan, koleksi foto-foto bersama kawan-kawan yang lama tidak bersua. Moga ukhuwah kekal selamanya.


Makanan yang disaji, Alhamdulillah memang sedap dan marvelous. Moga kedua pengantin kekal bahagia selamanya. Aamiin. 


THE HUB, A-PARK 
Sabtu lepas. Juga di A-PARK, tetapi perkarangan majlis perkahwinan yang baru. Kawasan A-PARK ni memang luas, maka buggy disediakan buat tetamu dari parking lot ke dewan majlis. Sebenarnya tak lah jauh sangat. Ketika di THE SQUARE, minggu sebelum nya, kami jalan kaki saja berdua dengan anak solehah. Kali ini pun berdua dengan anak solehah juga 2 sahabat sekolah. Hubby dan anak soleh nun di LAUT CHINA SELATAN, menyelam selagi boleh, sebelum musim tengkujuh. MB & FA datang ambil kami di rumah. 


Buggy akan berhenti di main entrance dewan majlis. Oh rupanya THE HUB A-PARK ini, di dalam dewan seakan glass house. Berhawa dingin dewannya. Akan tetapi THE SQUARE ruangnya terbuka namun ada canopy tinggi menghalang hujan juga sinaran mentari.


Terserempak dengan classmate saya yang dah nak balik. Ada majlis lain juga ada ride ke utara. Mengaji tilawah sedap dia ni. Anak solehah saya, tugasnya sebagai photographer lah hari tu. 


Macam biasa di pintu masuk dewan, kita pause sekejap, tunggu orang tak ada, terus snap foto dengan parents & siblings pengantin. Mak pengantin ni, schoolmate kami dan juga kami berkongsi katil double decker dari Form 1 hingga Form 3. Kami berempat ni, sama bilik asrama 3 tahun juga sama rumah sukan dari Form 1 sampai habis SPM.


Photo session dengan schoolmates yang dah nak balik. Kami pula tiba pukul 12pm.




Paling kelakar, kami yang perempuan ramai di meja hujung. Bila ada saja kawan-kawan yang belum bergambar, semua dikerah ke meja kami. Tak kisah lah pangkat apa pun, kami tetap macam di sekolah dulu. Tengah makan pun, ada kawan yang 4 kali kena bangun untuk bergambar.  Para isteri juga kami kenal dan mesra. 


Moga anakanda berdua kekal bahagia selamanya.


Dewan yang penuh walaupun sudah jam 3pm.


Bersama kawan yang sudah bergelar Datin, namun diabaikan gelaran. Kecoh riuh havoc kami tetap sama macam dulu. Serious memang tak mampu nak control haha.


Foto lagi bersama yang baru tiba.


Uncle dan aunty2 gorgeous di atas pelamin.


Last foto dengan bestie yang baru tiba. Moga ukhwah kami schoolmates kekal selamanya.


Banyak spot untuk berfoto.



Mungkin pemilik menyukai suasana seumpama di Amsterdam.


Jetty kecil, ada service FOC bot keliling tasik.


Ruang luarnya.




Walaupun berjerebu, namun semuanya tetap cantik.


Kata adik yang bawa buggy, DEWAN HACIENDA ni juga pemiliknya yang sama. Namun capacity untuk 400 pax sahaja, kalau tak silap dengar.


Doorgift yang comel. Teh yang diklip depan belakang, berlainan perisa. Tak ingat nak snap foto makanan, memang kecoh jumpa schoolmates.

Maaf lately agak lama tak bersiaran juga bw. Urat buat hal. Moga hilang peritnya.
Aamiin ya Rabbal Alamin.

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

44 comments

  1. Cantik tempatnya kak, pelamin lawo, makanan pelbagai jenis ada meriah.

    ReplyDelete
  2. Cantik tempat dua² majlis ni. Begitulah harapnya ukhuwah dgn kawan² berkekalan hendaknya 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul memang cantik tempat majlis perkahwinan ini. Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin.

      Delete
  3. Cantek park n dewan nya... x pernah sampai area puchong hehe... ok minggu ni ada kenduri kawen lagi.. dah hujung² thn ni mula la ramai² makan nasi minyak ye😜😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan Oktober ni memang banyak jemputan majlis perkahwinan. memang cantik dewan dan A Park ni.

      Delete
  4. Replies
    1. Kalau lah ada makanan atau minuman dalam mulut ni, memang tersembur lah jawabnya. Uncle ni kan 😂😂😂 toksah lah buat kelakar

      Delete
  5. First gambar tu, igtkan kak Mulan travel ke negara Belanda sbb architecture mcm kat sana hehe. Cantik betul kawasan wedding tu ye. Seronok dapat reunion dgn kawan2 sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul macam di negeri Belanda kan, cantik sangat. Alhamdulillah memang seronok dapat jumpa kawan-kawan.

      Delete
  6. cantik tempatnya... aaaminnn semoga ukhwah yang terjalin sejak remaja kekal hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin. Memang cantik tempat ni

      Delete
  7. MasyaAllah cantik lokasi majlis, saya sangka kat luar negara tau 😀
    Gitulah kan bila berkumpul dengan kawan sekolah, terus lupa diri 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ujie macam oversea aje tempat dia, memang cantik. Kalau jumpa kawan-kawan memang dah tak ingat dunia 😁

      Delete
  8. Yes pernah attend kenduri kawen di sini.. mmg ala ala europe sikit kawasan dia yg sgt luas.. mak mertua punya ex jiran punya anak kawen masa tu.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik kan tempat majlis perkahwinan ni

      Delete
  9. cantik betul tempat wedding ni..design rumah tu mcm feeling2 obersi...shafakillah utk mulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul MZ macam di oversea aje tempat ni & thanks ya.

      Delete
  10. Membayangkan punya rumah seperti ini, depannya ada sungai kecil, memang betah lah tak kemana2 😄.

    Dan sesuai dijadikan tempat nikah outdoor ya kak.

    Happy lah bisa ketemu teman2 lama ya kak. 😄.

    Ntah kapan saya menunggu anak2 teman saya menikah nih. Semua masih pada kecil2 😄😄

    Biasanya acara wedding begini yang bisa mempertemukan lagi sekalian reuni .

    Sukaaaa lihat tempatnya, dekorasi pun cantik. Sampai pohon di luar pun dihias dengan kain 😍😍

    Baca nama dewan hacienda, jadi teringat restoran meksiko di jakarta 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fanny kalau di sini memang tenang duduk di rumah saja sebab memang cantik. 😍
      Sekarang memang ada rumah yang besar kawasan dibuat untuk majlis perkahwinan.😊
      Betul kalau jumpa kawan-kawan memang seronok sangat.😍
      Nama Hacienda memang unik tapi tak tahu maksudnya.

      Delete
  11. Waaa cantiknyaaaa tempat majlisnya.. suka suasana itu.. bulan ni ada 3 jemputan juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat tempatnya. Kami pun bulan Oktober tiap hujung minggu ada jemputan majlis perkahwinan

      Delete
  12. Seronok dapat berjumpa kawan2 lama memang kena snap memory banyak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang seronok dan kena snap foto banyak-banyak untuk kenangan

      Delete
  13. SA pun pernah attend wedding kat sini...kawan office kahwin...luas dan betul dulu dikenali A-Park sahaja...

    ReplyDelete
  14. Saya pernah beberapa kali memenuhi jemputan orang kahwin kat sini. Saya sangat suka suasana kat sini. Sangat indah kalau mengadakan majlis kat sini. Mira Filzah pun mengadakan majlis perkahwinannya kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul suasanamajlis perkahwinan di sini memang best sangat sebab luas dan banyak pokok-pokok dan cantik

      Delete
    2. Mula saya berangan-angan ni. hehe

      Delete
  15. cantik tmpt wedding ni..ala2 overseas....meriah menu ada mcm2 tu...door gift kotak tisu kita pn dpt juga kt wedding vkend aritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang macam di oversea kan tempat perkahwinan ni sebab ada Banglo dan juga ada Tasik. Menu pun memang sedap, door gift tissue tu memang sangat berguna

      Delete
  16. cantikkkk sangat tempat niiiiiii
    berapa laa agaknya yaaa sekali sewa hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat tempat ni tapi tak tahulah berapa harganya

      Delete
  17. lepas mkn lepak2 kat luar ambil angin
    fuhhh nikmatnyaaa
    dah laa view cantikkkk
    kalau ckp ada kat obersi pun org boleh percaya hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best sebab kawasan banyak pokok dan luas juga macam di luar negara kan

      Delete
  18. Lawa sungguh dan unik tempatnya. Memang molek untuk kenduri kahwin sebab di sana sini banyak tempat untuk bergambar sebab penuh kehijauan, ada tasik bagai ye. Kalau hendak datang healing di sini pun boleh juga ye. Macam di oversea pun iya kawasannya ni. Kenduri kahwin biasanya menjadi ruang tidak rasmi untuk reunion bersama sanak saudara dan kawan-kawan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lawa KSarie macam kat oversea. Terasa kat Holland gitu. Betul kenduri memang jadi reunion keluarga dan kawan-kawan.

      Delete
  19. Cantik tempatnya buat outdoor wedding...
    Boleh dibayangkan kawan yang 4 kali bangun dari kerusi sebab kena join bergambar setiap kali ada kawan yang baru sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat. Haha kawan tu dah Dato' sekarang tapi perangai sama masa sekolah. Wife pun baik sangat.

      Delete