KISAH-KISAH SEBELUMNYA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

Alhamdulillah sempat BW hari ni walaupun tak dapat komen banyak-banyak di blog sahabat-sahabat blogger. Terubat rindu seketika. 

Mak ada sama di Putrajaya lebih seminggu sebab kami ulang alik ke HUKM tengok adik no2 sebelum surgery brain tumor nya 28/10 ni. Kami berdua saja seminggu lepas, weekend anak2 soleh solehah baru ada. Hubby ke Makassar seminggu lebih, sepatutnya balik semalam Ahad malam, tapi flight cancel Luwuk - Makassar dan Makassar- KL, typhoon dan jerebu sikit katanya. Alhamdulillah dapat flight balik hari ni walaupun delay banyak jam.


DEMANGAN CAFE, BANGI
Last week, bawa mak breakfast di sini. Asyik beli dan tapau dari surau dekat rumah je. Ada juga masak yang ringan-ringan. Kadang bila nak ke hospital, tak sempat masak sebab ambil masa. Mak senang sebab malam tak makan berat, mak boleh makan leftover je. Pagi tu, Mak order Laksa Kari. Saya order Lontong Darat lagi. Memang sedap. 


Suasananya, di dalam yang berhawa dingin dan di luar. Pernah datang dengan hubby sebelum ke Melaka beberapa minggu lepas.


Jumaat lepas, bawa Mak keluar jalan-jalan sekejap ke IOI CITY MALL sebab tak ke hospital. Bawa mak lunch di CAFE CHEF WAN. Tak dapat guna apps EATIGO sebab dah tiada dalam list untuk cafe di IOI CITY MALL tapi ada discount di branch lain. Mak order NASI GORENG UDANG PETAI dengan SAGU GULA MELAKA. Saya order CUCUR UDANG hehe memang suka cucur. Alhamdulillah semua sedap. Tak juga habis sebab portion besar, tapau lah kita, sambung makan untuk early dinner berdua. Waiter ada mention main dish pilihan untuk second order ada 50% discount. 

Siap makan, jalan-jalan dalam mall, singgah SITI KHADIJAH. Mak kata asyik dapat telekung dari orang lain, kali ni Mak nak beli sendiri. Nak bayar memang Mak tak bagi. Duit pencen ada, katanya. 


Semalam Ahad, waktu melawat di hospital lebih lama. 12pm-7pm maka ramai2 lah kami ber-gathering di food court HUKM. Siblings, cousins, uncle aunty Jerantut pun ada, anak-anak saudara + anak-anak soleh solehah juga. Aunty2 Putrajaya dan Sg Merab dah pernah ikut ziarah hari2 sebelum nya. Makanan sedap-sedap di Food Court ni. Secret Recipe pun ada, Ai Cha, Gloria Jeans Coffee dll. Gilir-gilir masuk wad tengok adik no2. 


Pagi tadi aunty dan uncle Putrajaya ajak lunch di LA RIZZ, BANGI. Sedap makanan di sini. Mak pening nak pilih lauk sebab banyak sangat. Kuih-muih semua sedap. Dah makan, siap tapau. Alhamdulillah moga aunty Putrajaya dimurahkan rezeki selamanya. Berkeras dia nak belanja. 

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

36 comments

  1. Teringin nak mencuba cucur udang chef wan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la nanti, rasa cucur tu macam cucur udang jugak, tapi lebih besar dan crispy. Sedap sebab ada sos kacang dan sos cili. Presentation memang menarik dan mahal.

      Delete
  2. nak kena repeat gi chef wan la sbb mcm craving cucur tu plak...tapi i kena tunggu my cheat day ahad nanti

    ReplyDelete
  3. Cucur udang chef wan tu teringin pula nak rasaa....
    Ye mak-mak ni kadang2 bila kita nak bayarkan, mmg dia marah...berkeras ckp tak payah..dia ada duit, dia nak beli guna duit dia sendiri..nieyl pun kadang2 kalah ngan mak..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la nanti. Betul Nieyl, kadang nak gaduh pulak hehe

      Delete
  4. Best nya keluar JJCM dgn mak. Teringin nak pergi Demangan Cafe tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang best. Free nanti pergi lah Demangan tu.

      Delete
  5. bla laa agaknya dpt merasa cucur udang chef wan ni...
    selalu nmpk resto nya tp tu laa tak singgah2 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kita pergi bila tau ada 50% discount

      Delete
  6. apa yg kaler putih gmbr bwh tu?
    badak berendam ke puteri mandi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam badak berendam je cuma bentuk macam torpedo

      Delete
  7. Semoga dipermudahkan semua urusan pembedahan brain tumor adik Mulan dan selamat semuanya ye. La Rizz masih ada ye. Masa KSarie belajar di UKM circa 1998-2001 memang antara kedai makan yang kami students akan singgah bila masuk loan MARA😅Nampak sedap makanan-makanan di Demangan Cafe. Bangi memang banyak kedai makan best kan tapi itu la entah bila nak merayap-rayap di Bangi pun tak tau la padahal bukannya jauh pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah & thanks KSarie. Ya La Rizz masih ada. Wahh lama tu since 1998. Bangi, Shah Alam, ehh Malaysia memang banyak makanan sedap-sedap kan 😋

      Delete
  8. Semoga dipermudahkan urusan rawatan adik 🤲🏻
    Ramai yg datang ziarah. Seronok tengok keluarga besar yg saling sokong menyokong ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah & thanks PH. Memang seronok bila ramai ada.

      Delete
  9. Semoga dipermudah urusan perawatan dan pembedahannya

    ReplyDelete
  10. Orang tua memang tak nak duit anak2 dia kan?

    ReplyDelete
  11. Demangan, Cafe Chef Wan IOI City Mall dan La Rizz...dah pergi makan kat sini....La Rizz tu lama pula tak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua dekat dengan Ezna kan. Nanti la bila free kita pergi mengopi, tapi tu lah, ada je hal bila balik Putrajaya ni

      Delete
  12. semua makanan sedap2 kak, lagi la kat kedai demangan cafe tu menu johor. Teringinnya nak try menu chef wan tu cucur sangat menggoda hati. LaRizz tu pun meriahnya. Moga diberi kesembuhan dan dipermudahkan semuanya buat adik akak ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah & thanks Dana. Alhamdulillah semua sedap.
      Dana pun, moga dipermudahkan semua urusan nya ya.
      Take care tau.

      Delete
  13. Bila la nak sampai cafe chef wan ni. Harap2 adalah rezeki bulan depan.

    ReplyDelete
  14. cucur udang chefwan sedap..byk pilihan lauk dkt LA RIZZ, BANGI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sedap dan crispy. Betul memang banyak pilihan

      Delete
  15. Ooo kita ke hukm juga hari jumaat tu.. mcm biasa ada appointment utk Mama uyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Mama Uyum appointment di HUKM ya. Moga dipermudahkan semua urusannya

      Delete
  16. SA ada hajat gak nak masuk restoran chef wan tu..sampai skrg x dapat2 sebab penuh..dulu pernah pi tp ramai2 ngan boss kan..segan plak nak explore...seronok semua gather kat HUKM kan..situ memang mcam2 ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah sampai nanti. Kalau gather adik beradik dan saudara mara memang seronok

      Delete
  17. Dalam pada visit adik dapat juga jumpa saudara mara. Senang banyak makanan kat food court tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok ziarah sekali dengan ukhuwah

      Delete
  18. Semoga dilancarkan operasi brain surgery untuk adik kak Mulan ❤️.

    Waaah cucur udang chef wan nih populer sangat kaaan. Saya harus cobaaaa nanti. Kemarin tuh makan di chef wan tp yang petite di KLIA 1. jadi tak jual cucur udang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah smooth semuanya. ❤️
      Betul cucur udang CW memang tersohor dan Fanny mesti cuba nanti.

      Delete