Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
Alhamdulillah ada masa dapat update blog.
SMOKED KINGDOM BY DO DANIYAL, PUTRAJAYA
Ingat tak apps EATIGO yang saya guna di CAFE CHEF WAN, dapat 50% discount. Saya guna lagi di SMOKED KINGDOM ni. Juga 50% discount, waktu 3pm berdua dengan hubby.
MIXED LETTUCE SALAD
RIBEYE STEAK
Sedap kata hubby, saiz macam agak kecil tapi sebab 50% memang ok sangat lah.
NORWEGIAN GRILLED SALMON
Sangat sedap bagi saya. Food semua memang 50% (ikut masa ditentukan pada apps EATIGO) tapi untuk minuman, full price. Namun tetaplah berbaloi. Lupa sungguh total harga, tapi boleh gugel je menu dan harga terkini.
Suasana di dalam nya, memang tenang ada beberapa pelanggan sahaja.
MASJID BESI nun di seberang sana.
GENG MINYAK ANGIN KERTEH.
Beberapa minggu lepas, Kak NH balik Kota Damansara. Kita pun ada di Putrajaya. Kak SZ memang tak boleh drive jauh. So berdua dengan AL yang duduk Bangi, kami drive ke Shah Alam. Park kereta di rumah Kak SZ, naik kereta Kak NH terus ke CAFE TEH LARIS. Opposite CAFE KUEH kepunyaan suami ERRA FAZIRA. Sempat berfoto dengan mertua Kak SZ dan cucu baru nya.
KACANG POOL, MEE SINGAPORE, LONTONG dan SOTO AYAM
Mee Singapore tu rasa macam Mee Rebus, sedap. Semua pun sedap Alhamdulillah. Ni cafe favorite Kak SZ, tu sebab kami dibawa ke sini. Makan borak, makan borak memang seronok GENG MINYAK ANGIN ni. Rindu geng yang lain. Alhamdulillah dapat tahan gelak kuat bila makan di cafe. Takut kena halau.
RESTORAN CITA RASA AIRENA IKAN SUNGAI, BENTONG
Minggu lepas kot. Berdua dengan hubby, kami singgah untuk lunch on the way balik Kuantan.
Macam-macam menunya, memang pening nak pilih. Akhirnya hubby ambil kepala ikan patin masak tempoyak, siput sedut dan ulam-ulam. Sedap semuanya Alhamdulillah. Harga agak mahal tapi sedap dan ikan fresh dari sungai.
ROJAK LONTONG MAK BIBA
Baru2 ni lalu di medsos tentang rojak ni. Nampak sedap, excited nak cuba, kami singgah baru-baru ni sebelum drive balik Kuantan. Lokasi Kg Pandan, dekat Ampang. Setiap order, kuah rojak akan dibuat fresh. Guna LESUNG COBEK, tak sure batu atau kayu. Ada hirisan bawang putih digoreng garing, ada nangka rebus, air gula melaka, kacang, lontong (nasi impit) petis, kangkung, taugeh dan ada lagi, lupa nak tanya details. Ada keropok, add on.
ES TELER NANGKA
Mak Biba ni juga jual juga ES TELER ni, menjual di porch rumah rupanya. Memang tiada kerusi meja. Maka kami terpaksa lah tapau. Fikir punya fikir, kami singgah GENTING SEMPAH, kami pun on the way balik Kuantan, dapat lah lunch rojak lontong dan es teler nangka. Serius memang sedap. Alhamdulillah tercapai hasratnya.
FOOD COURT TANJUNG API, KUANTAN
Ahad pagi. Singgah untuk breakfast. Pening lagi, macam-macam jenis kuih, geram betul.
Seawal jam 7 pagi, lauk pauk memang tersiap hidang.
Lauk pauk pun macam-macam jenis. Hubby makan NASI KERABU, anak soleh makan KUETIAU.
Saya ambil kuih favorite. DANGAI KUKUS dan KOLEH LEMAK (inti ikan).
TAMAN GELORA
Siap breakfast, kami brisk walk sekejap, masih berjerebu tapi much better.
SATA & OTAK-OTAK, PASAR TANI UTC
Selesai brisk walk singgah pasar tani. Beli 2 favorite ni. Alhamdulillah OTAK-OTAK ni memang isi ikan dan kelapa parut tanpa tepung dengan rempah yang secukupnya. Seakan otak-otak di KEDAI CHE WAN, KUALA KEMAMAN. Kedai favorite kami. Hubby pula macam biasa beli JERING REBUS dan buah-buahan.
Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.



















Ada beberapa tempat ni saya nak masukkan dalam bucket list JJCM saya. Alamak belum guna lagi apps Eatigo ni sbb akhir2 ni takde keluar rumah sgt sbb jerebu teruk
ReplyDeleteNanti guna la apps tu sebab di KL lagi banyak pilihan
Deletemeriah sungguh gmbr food kat entry ni!! berbaloi2 la guna apps eatigo tu...rasa mcm nak download jugakkk tapi tak tau nak guna bila plakkkk
ReplyDeleteDownload la MZ sebab di KL lagi banyak choice
Deletepepagi dah singgah sini...
ReplyDeletemeleleh air liur nieyl tengok semua gambar makanan ni....
wow!bestnya guna apps Eatigo tuuuu...kena guna juga ni...
Memang best sebab murah hehe
DeleteKuih koleh lemak inti ikan tu tak pernah try. Unik nampaknya tu...
ReplyDelete.
Berbaloi ye guna apps tu. 50% off kira banyak tu.
Kuih lemak inti ikan ni banyak di Pantai Timur.
DeleteMemang berbaloi sebab 50% discount
Dari kenyang terus lapar tengok semua makanan yang sedap-sedap tu kak oi...
ReplyDeleteHehe terapi mata
Deleteya allahhh... sedap2 nya food. buat lapaq je.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang sedap
DeleteNampak makanan malam2 terus la perut duk bunyi2.
ReplyDeleteHehe tengok lama bagi kenyang
DeleteLapar...lapar....begitu kejadiannya bila membaca post ini. Cafe Teh Laris tuh tidak pernah sampai walaupun KSarie duduk Shah Alam. Nanti nak ajak konco-konco makan di sana. KSarie rasa macam susah hendak eat clean sebab semua makanan di Malaysia ni sedap-sedap belaka😅
ReplyDeleteSedap food di Cafe Teh Laris tu nanti try la KSarie. Malaysia memang banyak makanan sedap-sedap kan
Deletesteak tu..terliur SA..dah la fav steak..salad tu pun looks yummy sangat...
ReplyDeleteAlhamdulillah memang sedap
DeleteMacam saya foreigner, boleh download juga aplikasinya ya kak? Bagus juga kalau bisa dapat promo setengah harga. Lumayan tuh 😍😍.
ReplyDeleteMegah sangaaat mesjid besi itu yaa ❤️❤️❤️.
Unik nama geng kalian yaaa, geng minyak angin 🤣🤭. Tapi seruuu kalau berkumpul dengan teman2 yang sudah sehati sejiwa ini kan.
Sedapnya kacang pool ❤️❤️❤️. Rindu nak makan ini . Nanti di JB saya mau ajak suami coba kacang pool
Rujak lontong ini miriiiip dengan pecal atau lotis kalau di sini. Saya sukaaaa sangat 😍😍. Apalagi kalau pakai banyak sayuran, dan tahu.
Uwaaaah jual es teler juga yaaa 😄😄. Minuman fav saya nih kak. Es teler paling sedap tuh di Bandung. Dan Garut. . Paling sukaa saya pesan es teler kalau ke dua kota itu
Satar ini saya penasaran rasanya 😍😍. Semoga nanti ada ketemu saat di KT
Fanny boleh cuba install mana tau boleh guna. 😍
DeleteYa Masjid Besi memang cantik tersergam indah
Hehe geng yang lucu sentiasa banyak menghiburkan 🥰
Kacang pool, nanti cari kalau di JB ya 😋😋
First time jumpa rojak lontong memang sedap, es teler juga 😍
Satar ini isi ikan digaul dengan bawang, kelapa dan rempah, diisi dalam daun pisang berbentuk kon kemudiannya dibakar. Sedap tau Fanny 😋😋
Teh Laris tu tak silap kat Shah Alam ya Mulan? Depan2 tu ada Kueh juga. Pernah makan kat sini sekali ke dua kali ke tak ingat tapi memang dah lama dah.
ReplyDeleteBetul, opposite nya seberang jalan tu kedai Kueh suami Era Fazira
DeleteBila jumpa geng memang lupa dunia apa lagi bila bersembang Macam2 keluar. Aduhaiiiiii sedap2 semuanya. Ngences tenguk
ReplyDeleteBetul Kak Notie hehe riuh berborak
DeleteMeriahnya episod Jalan - Jalan Cari Makan ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteDugaan tgh puasa tgk entry byk gmbr makanan ni.. Sedap2 belaka.. Teh laris xpernh try walaupn dlu kj Shah alam.. Lalu je... Smoked kingdom tu ada cawangan area umah nanti bole try
ReplyDeleteTeh Laris ni kedai favorite kawan ni lah, memang sedap food kami order. Nanti pergi Smoked Kingdom ya
Deletemenarik apps eatigo tu. macam menjadi keperluan utk download jee hehe
ReplyDeleteMemang menarik sebab 50% discount
DeleteBerbaloi apps eatigo tu.
ReplyDeleteEs teler nangka tu menggoda betul. Sekarang macam dah ramai yang jual.. kat sini ada es teler ijo.. camtu lah bahan-bahan dia cuma takde nangka. Memang sedap sejuk-sejuk lalu kat tekak.
Memang berbaloi guna apps tu. Es teler apa pun memang suka dan sedap kan
Delete