SALAM JUMAAT PENUH BERKAT
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.
Apa cerita WORLD CUP 2026 kali ni. Kami mula mengenali negara CABO VERDE (CAPE VERDE) dan goal keeper hebatnya, VOZINHA. Kebetulan tengah breakfast tengok game CAPE VERDE lawan ARGENTINA. Negara yang rakyatnya 530,000 ke World Cup.
Tak tengok tiap malam pun, tak tahan mata, jengok mana yang lalu masa tengok TV atau tengok result je. Tapi geram je dengan beberapa game ni. Kalau arwah papa ada, memang kena tengok. Dia kan pemain/coach bola. 3/7 baru ni birthday papa. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
KEK OREN..... Lagi..
Tapi kali ni resepi asal 2 cawan tepung naik sendiri ditukar dengan 2 cawan tepung gandum biasa dengan 1 atau 1.5 suduteh baking powder. Nampak kek lagi cantik texture nya. Buat 2 bekas (loaf), satu untuk aunty Putrajaya. Abaikan ketulan kecil gula icing yang tak larut tu. Nak cepat.
RESEPI DI ENTRI TERAPI YANG SIPI-SIPI
Alhamdulillah setelah sekian lama asyik terlupa, dapat order semua ROTI SOURDOUGH -->> CHOCOLATE BUN, ROTI ARTISAN, ENGLISH MUFFIN & BAGEL. Semuanya sourdough order dari CHE NURUL di Kota Warisan.
Ketika ambil semua stok sourdough ni, Che Nurul ajak jugak mengopi di rumahnya. Dijamu Kopi O dengan MADELEINE ni. Madeleine ni umpama bahulu tapi asalnya dari Perancis. Cicah dengan Kopi O, ohh sedapnya. Kami kenal lama dari Instagram or maybe dari blog. Dia suka memasak & baking, juga buat bekalan bento untuk anak2 nya dulu. Anak dah besar, dah tak buat bento. Fokus kepada kelas sourdough dan jualan.
Instagram : @nurui_pan
PUDING ROTI WHOLEMEAL
Asalnya loyang loaf kecil ni digris untuk bakar Kek Oren tapi tak digunakan sebab dah cukup adunan. Ada 2-3 keping roti wholemeal, dipotong kecil2. Digaul dengan bancuhan (dipukul manja) 1/2 cawan susu segar, 1 telur, 1 sudu besar gula perang, serbuk cinnamon, kismis dan 1 suduteh butter dicairkan. Bakar sampai masak, makan dengan ice cream Vanilla, sebab ice cream ada. Boleh juga dimakan dengan sos chocolate atau sos custard.
BLACK THORN di HIGHWAY KARAK
On the way balik Kuantan, Khamis minggu lepas. Hubby ajak makan, beli sebiji je, RM28 ada 4 ulas, biji pada tiap tu kecil sangat, so isi nya banyak. Akak tu bagi extra satu pangsa sebab katanya satu pangsa tu durian tak ada isi. Alhamdulillah rezeki dan sedap sangat. Kenyang terus rasa, mana taknya isi banyak, biji ulasnya kecil.
HOMEMADE KIMCHI
Hubby request sebab yang lama dah nak habis. Dia nak makan banyak probiotic sekarang. Satu family di-tazkirahnya kebaikan probiotic ni.
APPLE CRUMBLE
Agak2 nya ketika buat di Putrajaya hari tu, anak soleh terbau2. Balik Kuantan disebutnya. Alhamdulillah ada epal hijau. Buat lagi. Memang licin sekali hadap. Sebab yang makan 4 mulut. Bila masak untuk family especially anak2 biarpun dah besar panjang, bila diorang makan dan suka, wajib lah girang jiwa dan raga.
BRAVO BOYS...!!
Balik Kuantan weekend baru ni juga sebab nak bagi moral support (dari rumah je). Hubby dan anak soleh ni keluar rumah sebelum Subuh lagi sebab flag off untuk kategori 10km pada pukul 6.30am, yang hubby dan anak soleh join.
LUNCH @ MS ELLIOT, HOCK BEE, KUANTAN
Kuantan ni limited sikit tempat makannya. Kami ke sini lagi, untuk June celebrations. Father's Day, Anniversary & Birthday. July ke December memang tak ada celebration apa2 dah haha. January, March, Mei dan June saja buat family kecil kami.
Dessert ni very chocolatey. Tak sure sebelum ni ada ke tak. Baru nampak pada poster di dinding. Sedap tak terkata. Chocolate sangat2 yumms.
Dessert lain ni tengok je lah. Anak2 tak mau. Kekenyangan semuanya. Tapau pun tak nak.
LAKSA PENANG
Jumpa laksa frozen dah rebus dengan sebekas isi ikan siap kisar dan rebus dalam freezer. Tambah bawang kisar, ciliboh, asam keping, bunga kantan, daun kesum, garam gula, masak atas api. Breakfast bila ni ehh Isnin pagi rasanya sebelum balik Putrajaya.
BUBUR ASYURA PANTAI TIMUR LEMBUT VERSI POTONG
Alhamdulillah dapat 2 bekas, mak join tabung kacau asyura di taman berdekatan. Ni versi Pantai Timur. Berempah dan manis sikit. Kami ni, dapat asyura versi mana2 pun, semua makan. Tinggal sebekas untuk hubby dan anak soleh di Kuantan, sebekas lagi bawa balik Putrajaya.
Terima Kasih singgah baca dan komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.















Kak Mulan pun follow world cup ye..saya tak tau apa pasal bola ni haha
ReplyDeletesedapnya bubur asyura,tahun ni tak merasa lagi tak ada yang buat dah agaknya,ingat kalau rajin esok nak buat sendiri bubur asyura versi utara,buat sikit kacau dalam kuali je
Follow sipi2 je hehe. Asyura ni memang sedap kan
DeleteThe food semua sedap, Saya suka tgk IG Che Nurul tu...best2 roti sourdough dia
ReplyDeleteMemang best tengok roti2 Nurul ni kan
DeleteRamai yang tak puas hati dengan game tu. Aaa tumpang sedih team Egypt. Cemas-cemas je Messi nak tersingkir ikut jejak Neymar dan CR7.
ReplyDeleteWah kek oren lagi. Kalau dekat boleh order. hihi...
ohh..madeleine macam bahulu ye. Confirm sedap.
Sedapnya durian. Sekarang boleh makan durian puas puas sebab harga dah turun. Black thorn ramai yang mencari.
Lagi scroll kebawah lagi buat kita lapar pulak tengok menu sedap-sedap ni. Baru je beli kimchi kat Jaya Grocer. Malas nak buat sendiri sebab tak pernah buat pun. Kalau buat pun kita sorang je makan. Bazir tenaga nak buat kalau makan sorang. Kalau ramai makan takpe lagi.
Memang emotional kalau tengok bola ni kan. Geram je. Kek Oren lagi sebab nak makan sendiri pulak. Madeleine tu ya macam bahulu je.
DeleteDurian murah2 kan sekarang tapi tak lah makan selalu. Betul kimchi ni tak semua orang makan.
Kalau singgah di blog Kak Mulan, tak sah tak terliur hehe. Kek oren masih dalam perancangan tapi apple crumble dah buat sekali lagi lepas baca entry Kak Mulan sebelum ni 🤭
ReplyDeleteHehe buat lah bila free. Yeey dah buat apple crumble.
Deletejika singgah di sini pasti terliur dgn segala menu yg ada. yummy...
ReplyDeleteTerima kasih singgah sini AK
Deletesedapnya tgk menu western di MS ELLIOT...fav asyura pantai timur...biasa mak kita buat tp lama dh die tk buat
ReplyDeleteKuantan tak banyak choice dan anak2 suka so ke Ms Elliott lah lagi. Bestnya mak buat sendiri asyura
DeleteSalam blogwalking. Aduhaii.. sedap-sedap semua gambar makanannya. Alhamdulillah
ReplyDeleteSalam Aynora. Terima kasih singgah sini ya
DeleteSetakat ini belum ada kekuatan lagi even nak tgk satu match piala dunia hahahaa..
ReplyDeletentah la tak ada mood sangat at this moment nak tgk match piala dunia..
Awal2 bila Jepun dan Korea keluar, memang kurang semangat
Deletedari dulu lg teringin nak rasa madeline dtu tp bila kwn sy cakap, ala rasa mcm kuih bahulu je.... terus tak jadi nak try hahaha
ReplyDeleteRezeki hari tu Alhamdulillah memang menikmati nya lah
DeleteBagusnya semua makan bubur asyura tu. Dekat rumah ni, sy sorang je makan. Sebekas yg surau bagi minggu lepas tak luak lagi.
ReplyDeleteBetul PH tak semua gemar asyura ni
Deletesuka tengok pelbagai jenis dessert yg dijual...
ReplyDeleteconfirm sy jadi rambang mata kalau dtg ke sini hehehe
Memang banyak dessert nya
DeleteBerderet erk menu mulan tunjuk..hihii jadi kecur tengok..nurui dgn sourdoh tak boleh dipisahkan kan...rindu pulak dengan kekawan ig ..ig akk pun suam2 kuku je nk hupdate ..macam rasa malas nau..entah kemana hilangnya kerajinan masa lalu di ig..ecehh
ReplyDeleteMulan dan makanan juga tak dapat dipisahkan hehe. Roti sourdough Nurul semua sedap2
DeleteMalam2 duk BW blog Mulan. Memang lapar la citer dia, haha. Dengan laksa-nya, dengan bubur asyura-nyaaa. Yumsss
ReplyDeleteNak kasi Faa rindu semuanya hehe
DeleteTak follow world cup pun. Dulu2 pernah juga menonton. Wah masakan semua dah keluar ni. Sedapnya.
ReplyDeleteDulu2 follow jugak sekarang dah kurang. Tengok camtu2 je. Masakan dan Mulan tak dapat dipisahkan hehe
DeleteCape verde yang cuma 530ribu jiwa je bisa masuk WC. Indonesia ratusan juta cuma bisa nonton je, heuheu.
ReplyDeleteKereeen hubby dan anaknya mbak Mulan. Bisa berhasil menyelesainkan run 10K, amazing achievement tu!
Malaysia pun berjuta penduduk tak lepas ke WC. Alhamdulillah moga keduanya terus rajin berlari. Hehe mummy nya sokong dari jauh
DeleteKalau tengok akak punya blog tak boleh time perut lapar. Semua nampak sedap, lagi la kek oren akak tu... sedapnya lahai. Nape lah dana tak rajin macam akak ye hehehe
ReplyDeleteDana pun rajinnnnn tau masak macam2 yang kita malas buat tau. 😍😍
Deleteadoyai terliur bubur asyura tu!! MZ panggil 'suro' ;) tak pernah tak sedap lah hasil masakan mulan..saya paling terliur apple crumble dan lemon cake tu (1st pic)
ReplyDeleteYa MZ di Kelantan panggil suro. Nanti free try la buat apple crumble dengan kek oren guna blender tu.
DeleteDatang pagi ni scroll semua makanan, buat tekak telan air liur tengah puasa ni.. paling tak tahan kek oren dan laksa tu haa.. sedapnyaaaaa
ReplyDeleteMakanan dan Mulan tak dapat dipisahkan
DeleteMcm sedap pula keknya tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap bagi kami. Resepi simple dan sedap
DeleteTak pernah tak terliur kalau masuk ke blog Mulan ni sebab semua gambar makanannya menggiurkan😋Paling berkenan dekat durian black thorn itu
ReplyDeleteNanti cari BT tu tau sebab tengah musim ni.
DeleteLaksa Penang tu nampak macam makan di kafe pulak, elok je tersusun semuanya.
ReplyDeleteBelum pernah merasa bubur asyura belah pantai timur.
Sebelum makan memang elok tersusun Ujie hehe nanti letak sudu habis lah dikocaknya kan
DeleteHaruslah telan air liur berkali-kali bila baca blog ini. Hehe... saya tak pernah makan sour dough lagi.
ReplyDeleteBagus khasiat roti sourdough ni kan. Dia kering dan liut sikit
DeleteSayapun penasaran dengan negara Cape Verde iniii ❤️❤️. Jadi teringin pula nak traveling kesana 😄. Hebaaat, penduduk kecil tapi bisa masuk ke WC2026.
ReplyDeleteMadeleine ini saya sukaa juga. Memang teman paling pas utk teman kopi
Aiiiih tebalnya daging durian BT itu kak 😄. Saya lebih suka BT drpd MK.
Betul kan Fanny memang terasa nak travel ke Cape Verde ni. 🥰🥰
DeleteMadeleine memang sedap dengan kopi langsung dicicah
Kami pun suka BT dari MK 😍😍
Lama tak makan bubur asyura versi pantai timur. Dujlu waktu zaman belajar, selalu gotong-royong sediakan bubur asyura di asrama.
ReplyDeleteBetul kalau kacau asyura memang selalu ramai2 dan seronok kan
Delete2 lelaki yang dalam rumah memang fan bola...jadi si bujang yang umurnya 12 tu pun laju je kalau abahnya kejut kata ada game.
ReplyDeleteTu lah tunggu 4 tahun sekali semua fans memang menanti je game
Deletekimchi, tempe, yogurt antara makanan prebiotic. bestnya family kak mulan ada health coach yg selalu ingatkan pasal makan sihat, senaman hehe. saya ni struggle nk makan only real food je. banyak benor godaan makanan tak sihat yg sedap
ReplyDeleteKami dipaksa kadang tanpa rela haha.. 😄😄😄😄
DeleteAduhai Kak Mulan, kalau singgah blog akak waktu perut kosong memang boleh berkeroncong perut! Terliur betul tengok isi durian Black Thorn tu, ulas besar biji kecik memang puas hati makan. Untung rezeki Kak Mulan akak tu bagi ekstra satu pangsa pulak tu. Puding roti wholemeal dengan apple crumble tu pun nampak sangat menyelerakan!Yang lain- lain pun...dapnyaaaa....
ReplyDeleteBlack Thorn sedap. Alhamdulillah rezeki dapat extra 1 pangsa durian yang ada isi. Puding roti tu senang je buat.
DeleteLast weekend tidur semalam kat Kuantan.. ada terfikir juga nak makan kat Ms Elliot tapi semua dah kepenatan... pi order grab KFC je padahal Kuantan City Mall depan hotel.
ReplyDeleteOh ya ke tak apa lain kali datang lagi Kuantan tau
Deletefirst time jg dengar negara Cabo Verde ni..hebatkan negara pulau kecik boleh ke World Cup...sourdough..bestnya mcm2 ada...sekali harung celebrate birthday Julai-Disember...samalah, suka semua jenis bubur Asyura...
ReplyDeleteNegara yang penduduk tak sampai 600,000 boleh ke World Cup. Memang favorite kami roti sourdough ni. Kami celebrate untuk bulan June. Julai hingga December tak ada apa2 nak celebrate. Sedap kan asyura.
Delete