UKHUWAH TIDAK BERBELAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.


Jumaat kelmarin, hampir jam 12 tengahari, berdua dengan hubby kami menuju ke selatan tanahair. Exit TOL PEDAS LINGGI. Ngam2 masuk waktu Zohor. Drop hubby di MASJID KARIAH KUNDUR HULU untuk solat Jumaat.


GROBOK SALAI
Alhamdulillah dekat sangat dengan masjid. Terus lah kami lunch di sini.




Datang berdua memang tak best sebab tak dapat ambil lauk banyak2, takut tak habis. Lauk memang sangat banyak di sini. Kami ambil ITIK SALAI MLCA dengan SIPUT SEDUT MLCA serta ulaman. Sedap sangat Alhamdulillah, tercapai misi ITIK SALAI MASAK LOMAK.


Antara suasana di GROBOK SALAI. Ambil juga LIMAU ASAM BOI, sedap tatkala cuaca panas. 


Di luarnya terdapat beberapa gerai jualan cendol, dodol, pau (berbagai bentuk dan corak), bahulu dll. Kami beli dodol cair, yummmm sedapnya. Manis biasa lah, makan sikit2 dulu.


Teruskan perjalanan.


Kiri kanan jalan, pokok rambutan subur lebat merah2 buahnya.


Alhamdulillah sampai Melaka. 


VILLA D'ACQUA
Kami terus ke sini.


MAJLIS UKHUWAH KE 4 - GROUP HAJI 2022/1443H


Swimming pool di tengahnya. 


Cantik luas perkarangannya. 


Check in 1 malam, bilik 2 katil King. Bersih kemas, sangat selesa. Berempat dengan Y, Kak L dan anaknya. Suami2 dengan group lelaki lah, dari mula reunion pertama memang sebegini. Tahun ini giliran sahabat2 Melaka & Negeri Sembilan yang jadi host. Tahun lepas kami di Pantai Timur jadi host di Kijal, Terengganu. Alhamdulillah semua sangat sporting, memudahkan apa pun program yang dijalankan, apalagi bila ada beberapa sahabat yang selalu mengetuai dan merancang program, juga ada bendahari yang mengumpul duit.

Group Haji kami ni mostly yang ketika Haji dulu duduk hotel yang sama iaitu HOTEL RITAJ (berdekatan MIRA AJYAD). Hotel tu hotel sangat lama dan kecil, lif kecil, tempat makan sempit, karpet lama terkopak2, bilik agak lama dan sempit.

Namun asbab keadaan semua kekurangan tu, menjadikan kami semua sangat akrab, tanpa mengira pangkat dan kerjaya. Tiap tahun cuba akan adakan reunion juga berjumpa ketika majlis perkawinan anak2.


Lobby dan reception.


Hubby dan air berpisah tiada. Ramai juga yang berendam, semuanya bapak2 lah.


Bersama roommates Y dan Kak L sebelum acara Makan Malam dengan TEMA TRADISIONAL ala2 Hang Tuah, Tun Teja zaman dulu. Bergambar dulu.


Ceramah Ugama oleh MUFTI NEGERI MELAKA selepas solat Maghrib.


Wahhh terasa macam pahlawan jugak malam tu haha.


Sporting semuanya.


SABTU
Solat Subuh berjemaah dan tazkirah oleh USTAZ ZULKARNAIN, yang ada bersama kami sepanjang mengerjakan Haji dulu.

Namun, hubby sebelum Subuh dah ke KLIA untuk menjemput kawannya dan terus ke Kuala Kangsar untuk acara lainnya. Kita stay lah.


Breakfast dan suasana tempat makan.


Sukaneka. Seronok semua sangat sporting. Yang dah berpangkat atok2, nenek2 serta memegang berbagai profession dan pangkat, semua nya turut sama bersukaneka. Sama ketika memakai ihram.


Acara paling kelakar, MENCARI SUAMI SENDIRI.
Berpeluh dalam kelubung kain pelikat menanti masa habis.


Yang menang agak senang, sebab suami2 nya tinggi. Ada yang tersilap juga haha. Kita tak join lah, hubby dah ke Kuala Kangsar.


Moga ukhuwah kami kekal selamanya.


Check out lepas Zohor, book Grab ke STESEN KERETAPI PULAU SEBANG MELAKA. Lintas lalu Melaka Premium Outlet. Banyak kereta di parking lot, Sabtu kan. Kalau dengan hubby ni, mau dia yang ajak singgah kot. 


Alhamdulillah sampai stesen, hujan lebat sangat. Terpaksa berdiri belakang tiang sebab tempias. Bye bye MELAKA. Jumpa lagi nanti, misi mencari ASAM PEDAS kali ni tak kesampaian. First time naik train sorang2 ni.


 Train ETS lambat 10 minit sebab hujan lebat. Lupa nak bawa baju tebal, suhu dalam train 18'C ggrrr sejuk sangat. 1 jam 15 minit sampai STESEN KAJANG Alhamdulillah. Book Grab, balik Putrajaya. Alhamdulillah smooth train ride sorang2. Best jadi warga pantai Barat sebab ada KERETAPI dari JB sampai ke UTARA. Kami menunggu ECRL, moga siap elok nya, Insyaa Allah.

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

10 comments

  1. Terliur betul tengok lauk kat Grobok Salai tu. Lama SA x pi..last pi bawak arwah mak..Memang padu betul dapat singgah makan itik salai masak lemak dengan siput sedut waktu cuaca panas, lepas tu pekena pulak dengan lemon rose asam boi dengan cendol cair! Untunglah misi tercapai walaupun pergi berdua je dengan suami.

    ReplyDelete
  2. Terbaiklah ukhuwah geng haji Akk 👍🏻 semua sporting dan ada kepala yg rajin nak uruskan ni mmg memudahkan la.
    Bukan macam pahlawan Kak, macam pengantin dolu² hehe

    ReplyDelete
  3. Bagusnya semua sporting...

    ReplyDelete
  4. Wahhhh meriahnya tengok semua lauk lemak cili api tu kak oi.... cantik semua berbaju melayu tradisional... songkat lagi tu. Biliknya tu pun cantik betul, bijak betul yang cari tempat tu.

    ReplyDelete
  5. cantiknya Villa tu Mulan, Masyaa Allah kemanisan ukhwah haji-haji dan hajjah-hajjah yang masih terjalin erat.. :)

    ReplyDelete
  6. masa husband duduk Melaka, memang naik train je lah dari Batu Caves ke Pulau Sebang.. hujung ke hujung

    ReplyDelete
  7. Grobok Salai belum pernah pergi lagi. Ramai kata sedap situ. Cantik lah mural dinding tu. Terserlah Nismilan.
    Alhamdulillah menu masakannya sedap. Betullah tu, kalau berdua memang makan mana termampu je, tak membazir gitu kan pesan banyak-banyak.
    Sedapnya cendol cair macam tu.
    Waa meriahnya majlis. Cantik tema songket. Betul betul pahlawan tu siap dengan kerisnya sekali. Seronok banyak aktiviti, ada input ilmu jugak.
    Dalam train memang sejuk kemain kan. Syukurlah tak lama dan sampai dengan selamat.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, masih mengekalkan ukhwah dengan group haji yang lepas. Semua sporting pulak join aktiviti macam ni 😄

    ReplyDelete
  9. Sekali pernah singgah makan di GS tu, suami suka dodol dia panas-panas..
    Bestnya semua sporting pakai tema klasik camtu.. mesti meriah beraktiviti tu kann..
    moga ukhwah berkekalan semuanya

    ReplyDelete
  10. best betul aktiviti gathering gini. semua pun supportive dan sporting!! ya betull tak sbr tunggu ECRL!

    ReplyDelete