KESEDIHAN.... KEMATIAN....

Foto : Pinterest 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.

Foto : Pinterest 

10 hari ni jiwa dihampari kesedihan. Bermula dengan perginya seorang sahabat/kakak yang dikenali dengan peribadi sangat baik dan helpful. Juga arwah adalah sahabat sepejabat hubby sebelum kami berkahwin lagi. Berkait2 ukhuwah dengan arwah. Rupanya mak sepupu kepada kawan baik hubby/kami, juga mak saudara kepada seorang sahabat blogger satu ketika dulu. 

Warded few weeks tapi tiada yang tahu sebab tidak kritikal. Hanya keluarga terdekat dimaklum. Senang perginya. 

Foto : Public Health Malaysia 

Tak kenal secara peribadi. Hanya melalui IG dan social media sejak tahun lepas. Tabah dan semangatnya melawan kanser, mengutamakan tanggungjawab sebagai seorang anak serta ikhlas ceria menyantuni tetamu Allah. 


Beberapa hari lepas juga sangat dikejutkan dengan berita pemergian blogger KAK ELLE dari Singapore yang kenal dari mula ber-blogging tahun 2006. Pernah 2 kali ke Singapore tahun 2008 & 2013 ketika uncle bekerja di Kedutaan Malaysia, Alhamdulillah sempat ke rumahnya. Dijamu macam2, arwah suka masak dan menjamu tetamu. 

Ramai bloggers yang mengenalinya, kalau ke Singapore memang akan singgah ke rumahnya. Setelah muncul nya Facebook, ramai juga bloggers dulu, sudah kurang aktif ber-blogging termasuk Kak Elle juga saya, suatu ketika dulu. 

Bila buka blog KAK ELLE ni, dapat lihat semula LIST FRIENDS OF THE BLOGLAND suatu ketika dulu. Mengimbau kenangan lama. Ramai yang masih berukhuwah hingga kini.

Foto : Pinterest 

Subuh tadi (Selasa), hubby sampai kan berita yang sangat tak nak didengar. Sahabat se-officenya yang dikenali dari mula kerja selepas grad, pergi buat selama2 nya. Wife nya saya kenal sebelum kami kawin, ukhuwah hampir 20 tahun. Sempat ziarah di HKL 2 minggu lepas bawa Kek Oren. Yang sedih, kami baru saja sampai Putrajaya petang semalam. 4 malam dan weekend di Kuantan baru ni. 

Tak dapat ziarah wifenya kerana jenazah dibawa pulang ke Kuantan pagi tadi. Namun hubby terus balik selepas breakfast, untuk ziarah dan sama2 solat jenazah buat sahabat baiknya di Kuantan.

Penyakit diketahui hanya pada hujung tahun lepas. Baik sangat orangnya. Sakitnya tak lama. Mudah perginya.

Mati itu memang pasti. Umur tak lah pasti.
Bagaimana masa kita nanti.

Foto : Pinterest 

Foto : Pinterest 

"Ya Allah, ampunilah mereka, sayangilah mereka, 
maafkanlah mereka, dan sejahterakanlah mereka."

Foto : Pinterest 

Terima Kasih singgah baca dan komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

54 comments

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun..Al-Fatihah dan salam takziah Kak Mulan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga rohnya semua dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman

      Delete
  2. Allahummaghfirlahum warhamhum wa 'aafihim wa'fu 'anhum ...
    Salam takziah kepada keluarga waris..

    ReplyDelete
  3. Semoga roh-roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman. Diampunkan segala dosa. Al-Fatihah. Salam takziah.

    ReplyDelete
  4. mati itu pasti, cuma kita tak tau bila masa kita... moga semua yg telah pergi mendahului kita..tenang di sisiNya..aamiin

    ReplyDelete
  5. Salam takziah dan al fatihah buat semua...

    ReplyDelete
  6. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ

    اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 

    Salam takziah atas pemergian orang2 sekeliling Kak Mulan. Semoga diampunkan dosa2 mereka, diterima amal ibadah mereka dan ditempatkan di kalangan orang2 mukminin.

    ReplyDelete
  7. Salam takziah.
    Didoakan agar roh mereka semua dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin aamin 🤲🏻

    ReplyDelete
  8. Innalillahiwainnailaihirojiun....begitu juga dengan kita bila2 masa saja Allah akan panggil balik kepadaNya..semoga pengakhiran kita juga baik seperti mereka semua

    ReplyDelete
  9. Dana pun minggu lepas dan minggu ni banyak dapat berita sedih kehilangan kawan sekerja di JUPEM. Dua orang seorang tu meninggal sebab apendix pecah, seorang lagi meninggal sebab kanser.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Dana, dalam masa terdekat ni, ramai yang rapat2 pulak

      Delete
  10. إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman

      Delete
  11. salam takziah buat sekluruh keluarga allahyarham...

    ReplyDelete
  12. Innalillahi wa innalilahi rajiun. Turut berduka cita ya mbak mulan.
    Postingan ini jadi pengingat bagi kita bahwa hidup ini sebentar sahaja, sementara mati itu bisa kapan sahaja.
    Terima kasih sudah diingatkan ya mbak Mulan, saya jadi banyak merenung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Fajar. Moga husnul khatimah buat kita semua.

      Delete
  13. salam takziah.. al fatihah buat mereka yang telah meninggalkan kita..semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

    ReplyDelete
  14. إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ, اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ Semoga mereka semua ditempatkan dikalangan orang beriman

    ReplyDelete
  15. bila ada sahabat terdekat meninggal pasti terasa kesedihan yg amat...salam takziah ...alfatihah utk mereka...smoga ditempatkan di kalangan org yg beriman....yg pramugara tu mmg slalu tgk IG die share semasa dia bertugas ....tk sangka dia ada kanser...tp masih sempat bertugas musim haji 2026...smoga pahala berterusan utk arwah dgn video yg dia share berkenaan info2 umrah & haji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin
      Betul tak sangka dia kena kanser. Sebab tengok sebelum nya memang sihat physically

      Delete
  16. Sehari 2 ni pun Cie terima berita kematian orang yang dikenali. Jiran di kampung & sorang lagi suami kawan sekolah. Kematian sangat dengan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cie. Umur pun bukan terlalu tua kan.

      Delete
  17. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Semoga Allah memberi kekuatan untuk keluarga yang ditinggalkan.

    Selalu sediiih sangat jika mendengar berita kematian. Takut, sedih, campur jadi satu. Kitapun akan mengalami walau tak tahu kapan.

    Tapi saya cuma berharap sangat, seandainya tiba waktunya nanti, semoga kematian itu tidak akan membuat susah keluarga . Teringat ketika almarhum papa mertua masih hidup, beliau selalu berdoa, jangan sampai kematian nya menyusahkan, ntah Krn sakit panjang yg menghabiskan biaya atau hal lain. Dan Allah betul2 menjemput dengan cepat. Walau JD pukulan untuk kami sekeluarga Krn terasa sangat mendadak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
      Betul Fanny moga kematian kita tidak menyusahkan orang lain dan dalam husnul khatimah

      Delete
  18. Innalillahwaiinalillahirojiun..mati itu pasti..muhasabah untuk diri ini juga...

    ReplyDelete
  19. Bila ramai kenalan baik pergi dalam masa terdekat, memang boleh beri kesan kepada emosi kita.

    Terkesan pulak dengan poster gambar kuburan tu. Kematian menjemput sesiapa saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga husnul khatimah buat kita semua

      Delete
  20. Sedihnya kalau berita mengenai kematian ni. Ada seorang kawan sepejabat suami yang katanya beru je jumpa pagi tu sebab meeting sekali. Lepas balik kerja bersukan pula main badminton. Baru je mula game rebah dan disahkan meninggal. Betul la tak kira umur meninggalnya. Beliau masih muda lagi katanya dan mempunyai seorang anak yang nak SPM tahun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih kan Ezna. Kematian tak mengenali umur.

      Delete
  21. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
    Salam takziah.
    Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

    ReplyDelete
  22. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.
    Al- fatihah buat mereka yang telah pergi.
    Lately banyak terima khabar kematian. Rasa sedih bertandang tak putus-putus.

    Maaf lama tak singgah sini. Terima kasih masih sudi singgah blog saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga husnul khatimah buat kita semua.
      Ehh tak apa Fiza, kadang kita ada commitment lain. Thanks tau selalu singgah sini.

      Delete
  23. Innalillahiwainnailaihirojiun… banyak sungguh berita kehilangan yang datang berturut-turut. Kadang-kadang bila dengar berita pemergian orang yang kita kenal walaupun tidak terlalu rapat, tetap terasa sayu sebab setiap insan pasti ada kisah dan kenangan tersendiri.

    Betul kata Mulan, mati itu pasti tapi umur tidak siapa tahu. Semoga semua arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan serta ketabahan.

    Terasa juga bila baca tentang kenangan blogger lama-lama dulu. Zaman blog dulu memang banyak ukhuwah yang terjalin, walaupun sekarang ramai sudah kurang aktif tapi kenangan tetap ada.

    Semoga Mulan dan keluarga juga sentiasa dipelihara kesihatan dan dipermudahkan segala urusan. Al-Fatihah buat semua yang telah pergi 🤍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sayu kan Nurul apalagi kawan baik yang banyak kenangan dengannya. Mati tak mengenal umur.
      Banyak kenangan lama dengan blogger2 dulu walaupun kini hanya di FB.

      Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Doa yang sama buat Nurul juga.

      Delete
  24. Al-Fatihah untuk semua yang telah kembali kepada-Nya. Semoga semua arwah ditempatkan di kalangan orang beriman, dihindari daripada siksaan kubur, dihindari daripada neraka dan dikurniakan syurga Firdaus. Bak kata blogger Hamka setiap hari kita semua semakin dekat dengan lubang kubur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Betul memang semakin dekat.

      Delete
  25. Innalillahiwainnailaihirojiun... Alfatihah untuk mereka yang telah pergi. Pramugara yang meninggal kerana kanser tu, dia ada waktu penerbangan pulang umrah saya. Naik AMAL by MAS. Senyum je. Orang Sitiawan, kakak saya kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang senyum je sentiasa. Memang orang Sitiawan kan.

      Delete
  26. Amin Amin ya Allah, SEmoga pengakhiran hidup kita husnul khotimah.

    ReplyDelete
  27. banyak sungguh berita kematian berturut-turut.. lagi2 bila kenal secara personally, terasa sedihnya.. semoga mereka semua ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman.

    hafeez al-bukhary tu masa dia meninggal, saya pun nangis sekali walaupun tak kenal. sebab suka tengok video2 dia yg ramah santuni para tetamu Allah

    ReplyDelete